Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday, July 4, 2013

Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??

Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor, itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran. 

Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran. 


Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza. 


Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati. 


Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).


Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!


Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??


Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??


Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi. 


Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia. 


Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..” 


Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!

Thursday, May 16, 2013

PILIHAN RAYA Malaysia KE- 13




Table Error! No text of specified style in document.1
PILIHAN RAYA Malaysia KE- 13










AWAL
235,826




POS
146,742




BIASA
12,885,434




JUMLAH
13,268,002










PARTI
JUMLAH UNDI
%
SUBTOTAL

%
BN
5,237,699
46.5%
5,237,699
(BN)
46.5%
PKR
2,254,328
20.0%



PAS
1,633,389
14.5%



DAP
1,736,267
15.4%
5,623,984
(PR)
49.96%
Bebas
86,935
0.8%



STAR
45,386
0.4%



BERJASA
31,835
0.3%



SWP
15,630
0.1%



SAPP
10,099
0.1%



PCM
2,129
0.0%



KITA
623
0.0%



BERSAMA
257
0.0%
192,894
(LAIN-LAIN)
1.71%
TOTAL
11,054,577
98.2%




 


%
Jumlah mengundi 11256573 84.84%
Tidak mengundi 2011429 15.16%
Perbezaan (Undi Rosak) 201,996 1.79%

Thursday, April 11, 2013

Macam ni OK tak ??


macam ni OK tak ??
Petang ni lalu di Felda Sg Lui, Jempol, N.Sembilan. Nampak macam isi hati mereka nak Melayu-Islam sepakat. Impian semalam hakikat (realiti) hari ini. Impian hari ini, akan jadi hakikat hari esok insyaAllah.
Sumber: Rakan FB

Wednesday, June 6, 2012

Dr M: Bawa saya ke mahkamah, saya tak takut

"Dr M: Bawa saya ke mahkamah, saya tak takutCYBERJAYA - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.

Dipetik Bernama, Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang pemerintahan beliau.

"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail, sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya tak takut apa-apa pun," katanya ketika merasmikan KRU Academy di sini hari ini.

Semalam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur, mendakwa bahawa Dr Mahathir khuatir kebenaran skandal kewangan yang berlaku ketika pemerintahan beliau akan terdedah jika pakatan pembangkang memerintah negara.

Apabila ditanya mengenai 'Himpunan Hijau ke Putrajaya' anjuran Pas yang menarik 50,000 penyokong, Dr Mahathir menyifatkannya sebagai 'perhimpunan besar-besaran kerana diupah' dan tidak menjanjikan bahawa pakatan pembangkang bakal menang dalam pilihan raya akan datang.

"Saya biasa mendapat kurang daripada 100 orang yang datang untuk mendengar ucapan saya namun saya berjaya memenangi pilihan raya.

"Jika anda mengupah orang supaya datang, mereka akan datang. Ini adalah perhimpunan besar-besaran kerana diupah.

"Anda tengoklah nanti semasa pilihan raya kalau jumlah 50,000 itu dapat diterjemah kepada sokongan dan menghantar mereka (pakatan pembangkang) ke Putrajaya," katanya.

Sumber: sinarharian.com.my"

Thursday, May 24, 2012

Malaysian Maverick: "Buku dalam tahanan" laris di Singapura

Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times yang kini masih dalam "tahanan" Kementerian Dalam Negeri, muncul sebagai buku laris di Singapura, menyebabkan pengedarnya terpaksa menempah seribu naskah tambahan dari luar negara.
Selain dakwaan bahawa puluhan bilion ringgit Malaysia "terjatuh" ke dalam lubang hitam semasa zaman pemerintahan Mahathir Mohamad, buku ini menyarat beberapa cerita yang tidak diketahui umum.
Setelah menghubungi kedai buku berangkai di Singapura pada hari ini, MerdekaReview mendapati bahawa buku ini telah habis stoknya di kedai-kedai buku berangkai yang utama, melainkan Kinokuniya yang terletak di Takashimaya.

Kedai buku Prologue yang terletak di pusat beli belah ION, Orchard Road memberitahu wartawan MerdekaReview  melalui telefon, bahawa buku berjudul Malaysian Maverick yang dibeli oleh kedainya telah habis dijual dalam tempoh dua minggu.  Mereka telah membuat tempahan kedua, yang belum sampai stoknya.  Mereka mempercayai bahawa penerbit buku kini sedang menambah cetakannya.

Kedai buku berangkai seperti MPH, Borders pula telah habis stoknya.  Satu-satunya kedai buku berangkai di Singapura yang masih ada stok sekarang adalah Kinokuniya.  Bagaimanapun, kedai ini enggan memaklumkan jumlah jualan Malaysian Maverick atas alasan "maklumat sulit komersial".

Pengedar: Menambah tempahan 1,000 naskah
Menurut statistik daripada pengedar buku, Palgrave Macmillan, sejumlah 1,700 naskah buku berjudul Malaysian Maverick diedarkan di Singapura.  Menurut respon daripada kedai buku di "akar umbi", stok buku ini telah habis dijual, maka mereka mengambil keputusan untuk menambah tempahan sebanyak 1,000 naskah.  Namun demikian, disebabkan stok ini dihantar dengan pengangkutan laut, maka ia perlu menunggu sehingga Februari untuk diedarkan ke pasaran.

Pada hakikatnya, sejumlah 800 naskah Malaysian Maverick telah tiba di kastam Malaysia pada awal Disember 2009.  Namun, buku baru ini "ditahan" kesemuanya oleh kastam atas alasan untuk diperiksa KDN.  Buku ini masih dalam "tahanan" di pejabat Pelabuhan Klang, dan gagal masuk ke pasaran buku Malaysia.

Barry Wain adalah editor The Wall Street Journal, kini sebagai pengkaji di Institute of Southeast Asian Studies.  Dalam buku setebal 363 muka surat ini, Barry Wain telah mengulas pentadbiran PM keempat, Mahathir Mohamad selama 22 tahun.

Selain itu, Barry Wain juga mengulas pengalaman Mahathir dalam pengajian, dan pengalamannya ketika berkecimpung dalam politik dalam bab kedua.  Selain daripada maklumat yang dikumpulnya, Barry Wain juga menemuramah sahabat Mahathir, termasuk Allahyarham Tunku Abdullah Tunku Abdul Rahman.
Walau bagaimanapun, Mahathir pernah menafikan apa yang ditulis oleh Barry Wain, setelah isu ini menjadi kontroversi.  Malah, Mahathir mencabar KDN untuk memberi laluan agar buku ini diedarkan di pasaran, supaya beliau boleh menyaman penulisnya, dan beberapa orang lain yang "memfitnah" beliau, lantas membersihkan nama untuk dirinya.【Baca blog Mahathir: MALAYSIAN MAVERICK

Mahathir muncul sebagai ahli parlimen buat kali pertama pada tahun 1964.  Beliau tinggal di rumah Tunku Abdullah semasa parlimen bersidang.  Bekas putera Negeri Sembilan ini membawa Mahathir untuk berlegar di Royal Selangor Club, "memujuknya untuk menari dan mimum arak" (persuading him to dance and have a glass of white wine).

Sememangnya, apa yang menarik adalah skandal yang berlaku ketika zaman pemerintahan Mahathir (gambar kanan).  Di bawah pena Barry Wain, Mahathir jelas "cakap tak serupa bikin".  Beliau melaungkan slogan "bersih, cekap dan amanah", tetapi pentadbirannya bercanggah dengan apa yang dilaungkannya.

Pada tahun 1980-an, semasa kejatuhan harga timah di dunia, Mahathir memberi lampu hijau kepada syarikat "dua ringgit" Maminco Sdn Bhd untuk masuk ke pasaran, supaya melambungkan harga timah.  Ia berakhir dengan kegagalan.  Ketika ditemuramah oleh Barry Wain pada 31 Mac 2008, Mahathir mengakui bahawa "saya tidak masak dengannya ketika itu, saya tidak faham."
Malah, skandal Bank Bumiputera lebih membeliakkan mata.  Untuk bail out syarikat yang menjadi lambang perusahaan bumiputera ini, kerajaan telah menyuntik wang secara langsung dan tidak langsung, sebagai cubaan untuk membantunya melalui Petronas, tetapi akhirnya gagal.

Menurut Malaysian Maverick, Bank Bumiputera ini telah menjadi mesin ATM peribadi.  Pada tahun 1983, UMNO telah meminjam RM200 juta daripada Bank Bumiputera, untuk membina ibu pejabatnya di PWTC.  Namun, UMNO tidak mampu untuk menjelaskan hutang ini.  Sehingga Julai 1988, UMNO telah berhutang dengan Bank Bumiputera sebanyak RM300 juta, termasuk faedahnya.  Malah pada tahun 1989, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Bank Bumiputera berhak untuk mengambil alih PWTC yang dicagarkan.

Bekas menteri kewangan, Daim Zainuddin ketika ditemuramah Barry Wain berkata, UMNO akhirnya mencapai muafakat dengan Bank Bumiputera untuk membayar pampasan RM126 juta.
Bab keenam yang bertajuk, "Skandal, Skandal apa?", menyatakan bahawa tiga juta ringgit hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhannya.  Menurut Malaysian Maverick, skandal seterusnya membawa jumlah kepada puluhan bilion ringgit, dan mendakwa bahawa negara mungkin rebah kalau bukan disokong cukai dari Petronas.

Sumber:  MerdekaReview

Monday, January 30, 2012

Bendera Israel....di Malaysia??










Siapa tahu, di bangunan manakah bendera Israel ini pernah dikibarkan

Tuesday, January 24, 2012

Rosmah menafikan berfoya-foya dalam berbelanja

Datin Seri Rosmah Mansor telah menafikan laporan berita yang beliau telah membeli-belah sebanyak $100,000 (RM325, 000) di Sydney baru-baru ini.

Beliau berkata laporan Sydney Morning Herald, liar dan dibesar-besarkan.

"Saya telah menjadi mangsa. Laporan yang liar dan dibesar-besarkan. Sila berlaku adil kepada saya," katanya pada semasa rumah terbuka Tahun Baru anjuran parti GERAKAN di sini.

The STAR. 







  
         
P/S: Susahnyanya jadi ahli politik dan isteri ahli politik. Apa sahaja yang dibuat pasti akan mendapat perhatian. Bak kata orang tua-tua, "kalau takut dilanda ombak, jangan berumah di tepi pantai."

Sunday, January 8, 2012

Hasan Ali dipecat dari PAS (Kemaskini)

PETALING JAYA: Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Ali telah dipecat dari PAS berkuat kuasa serta-merta,  Harakahdaily.

Dalam kenyataan ringkas, PAS Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata keputusan kolektif jawatankuasa pusat parti itu telah dicapai berdasarkan peruntukan satu dalam 82 Perenggan (9) perlembagaan parti kerana tindakan Hasan, yang telah dianggap menjejaskan parti.

Dr Hasan, yang juga bekas Pesuruhjaya PAS Selangor dan Adun Gombak Setia, telah mengkritik kepimpinan PAS, terutamanya mengenai konsep negara kebajikan yang didukung oleh parti itu, yang katanya menyeleweng dari perjuangan asal membela Islam.

Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan, dalam reaksi segera, menyatakan sokongan penuh bagi keputusan itu.

Dr Hasan boleh merayu terhadap keputusan itu kepada majlis Shura, badan pembuat keputusan tertinggi parti.

Sebagai reaksi terhadap tindakan parti, Dr Hasan melahirkan rasa terkejut dan berkata beliau akan berunding dengan rakan-rakannya dan ulama.

"Saya baru sahaja menerima berita pemecatan saya. Saya amat terkejut dengan tindakan drastik oleh jawatankuasa kerja pusat PAS," kata Dr Hasan.

"Saya juga sedih bahawa perjuangan saya bagi Islam yang dibayar balik dengan cara ini," katanya.

Dr Hasan berkata beliau akan memanggil sidang akhbar "segera" untuk menjelaskan kedudukannya.

Sementara itu, setiausaha politik Kasyaf Besar Selangor, Faekah Husin berkata nama Exco baru akan dikemukakan ke istana pada hari Rabu.

Beliau berkata Dr Hasan harus meletakkan jawatan sebagai ahli majlis eksekutif kerana beliau tidak lagi menjadi ahli parti komponen Pakatan Rakyat.

Sunday, November 20, 2011

Apakah sebenarnya pemberian 'Subsidi' oleh kerajaan

"duit subsidi?
Apakah sebenarnya pemberian 'Subsidi' oleh kerajaan adalah sesuatu yang benar dan telus...
Pada hari minggu ini, mari kita memahami keadaan sebenar yang
sedang  berlaku di negara ini, apakah dia yang dimaksudkan ‘Subsidi’ yang kononnya diberi oleh kerajaan Bn :


....... Seorang lelaki yang dipanggil Razak memiliki sebuah ladang yang boleh menghasilkan 10 biji tembikai setiap hari.   Beliau mempunyai 5 orang pekerja yang mengendalikan ladang.  Setiap daripada mereka makan sebiji tembikai setiap hari.



Baki 4 biji tembikai yang tinggal, tuan rumah menjual pada harga RM10 setiap satu dan dia memperolehi RM40 jualan.  Dia gunakan RM25 untuk kos operasi ladang, beri RM2.00 kepada setiap pekerja dan dia menyimpan RM5.00 sebagai keuntungan.



Hari demi hari, ladang itu dimajukan dengan baik dan kesemua 5 pekerja berpuas hati dengan simpanan wang mereka.

Meningkatkan Kualiti Ladang

Apabila Maha meninggal dunia, tuan tanah yang baru, Najibudin, datang untuk meneruskan operasi ladang.

Dia berkata kepada para pekerja:  "Kita perlu untuk meningkatkan kualiti ladang dan mentakrif semula cara kita berfikir.  Mulai sekarang anda semua hanya perlu membayar RM1.00 bagi setiap tembikai yang anda makan.  Ia sangat murah jika dibandingkan dengan harga RM10 setiap satu di luar ladang”.

Para pekerja tiada pilihan tetapi terpaksa membayar RM1.00 bagi sebiji tembikai yang mereka makan setiap hari. Pendapatan mereka berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi setiap orang.

Seperti biasa, Najib menjual 4 biji tembikai dan dia mendapat RM40.  Beliau menggunakan RM25 untuk kos ladang dan membayar gaji RM10 kepada pekerja.  Beliau mendapat RM5.00 sebagai keuntungan. Selain itu, beliau mendapat keuntungan RM5.00 dari tembikai yang dijual kepada pekerja-pekerjanya. Secara keseluruhan, dia mendapat RM10 sebagai keuntungan setiap hari.

Penswastaan

Sekarang .... dengan kenaikan harga barang, Najib menaikkan harga tembikai kepada RM20 setiap satu.  Najib mendapat keuntungan yang lebih tinggi kerana dia mendapat jualan RM80 untuk 4 biji tembikai setiap hari.

Kemudian, beliau memutuskan untuk memberikan kontrak perladangan untuk diswastakan kepada salah seorang teman rapat, Sharizal.

Sharizal berkata :  “Harga tembikai naik, peningkatan kos ladang  juga naik”.

Jadi, peningkatan kos ladang dinaikkan dari RM25 kepada RM50.  Pada hakikatnya, peningkatan kos hanyalah RM30.  Jadi lebihan RM20, Najibudin dan Sharizal berkongsi sama rata yang dikenali sebagai komisyen.

Mari kira berapa banyak Najibudin dapat setiap hari :

keuntungan bersih jualan                  - RM20
untung dari peningkatan kos ladang   - RM10
jualan tembikai kepada pekerja         - RM5

Secara keseluruhan, Najibudin mendapat RM35 sehari berbanding RM10 pada mulanya apabila beliau mengambil alih ladang dari Razak.  Keuntungannya bertambah RM25 dan pekerja masih mendapat gaji RM1.00 sehari.

Subsidi


Satu hari, Najib berkata kepada pekerja-pekerja yang lain : “Anda lihat, harga pasaran semasa untuk satu tembikai adalah RM20 dan anda hanya membayar RM1”.

“Lihatlah betapa bertuahnya anda!  Saya telah memberi SUBSIDI RM19.00 bagi setiap biji tembikai anda beli.  Secara keseluruhan, saya beri SUBSIDI RM95.00 untuk tembikai yang anda beli”.

“Ini amat membebankan ladang dan kita mungkin menjadi muflis jika kita terus seperti ini”.

“Untuk mengelakkan kebankrapan, saya perlu tingkatkan harga tembikai yang anda beli dari RM1.00 kepada RM1.50 , dan saya akan tanggung RM18.50 baki sebiji tembikai sebagai subsidi saya kepada anda semua”. 

Jadi, dengan pengurangan subsidi, Najib menambah RM2.50 dari pekerja dan keuntungan menjadi RM37.50 .......

Apa Rakyat Perlu Buat

Selepas anda membaca cerita ini, saya pasti anda telah memahami makna 'SUBSIDI' yang diberikan oleh kerajaan.

Pertama sekali , subsidi RM95 TIDAK PERNAH WUJUD dan begitu juga dengan subsidi RM52 bilion petrol dan barangan lain yang kononnya bermurah hati 'diberikan' oleh kerajaan.

Pemotongan subsidi minyak sebenarnya hanya DIREKA-REKA dan alasan untuk mencuri wang dari poket Rakyat sendiri …

Sekarang anda faham mengenai subsidi ! . . ..