Apakah sebenarnya pemberian 'Subsidi' oleh kerajaan adalah sesuatu yang benar dan telus...
Pada hari minggu ini, mari kita memahami keadaan sebenar yang
sedang berlaku di negara ini, apakah dia yang dimaksudkan ‘Subsidi’ yang kononnya diberi oleh kerajaan Bn :
.......
Seorang lelaki yang dipanggil Razak memiliki sebuah ladang yang boleh
menghasilkan 10 biji tembikai setiap hari. Beliau mempunyai 5 orang
pekerja yang mengendalikan ladang. Setiap daripada mereka makan sebiji
tembikai setiap hari.
Baki 4 biji tembikai yang
tinggal, tuan rumah menjual pada harga RM10 setiap satu dan dia
memperolehi RM40 jualan. Dia gunakan RM25 untuk kos operasi ladang,
beri RM2.00 kepada setiap pekerja dan dia menyimpan RM5.00 sebagai
keuntungan.
Hari demi hari, ladang itu dimajukan dengan baik dan kesemua 5 pekerja berpuas hati dengan simpanan wang mereka.
Meningkatkan Kualiti Ladang
Apabila Maha meninggal dunia, tuan tanah yang baru, Najibudin, datang untuk meneruskan operasi ladang.
Dia
berkata kepada para pekerja: "Kita perlu untuk meningkatkan kualiti
ladang dan mentakrif semula cara kita berfikir. Mulai sekarang anda
semua hanya perlu membayar RM1.00 bagi setiap tembikai yang anda makan.
Ia sangat murah jika dibandingkan dengan harga RM10 setiap satu di luar
ladang”.
Para pekerja tiada pilihan tetapi
terpaksa membayar RM1.00 bagi sebiji tembikai yang mereka makan setiap
hari. Pendapatan mereka berkurangan dari RM2.00 kepada RM1.00 bagi
setiap orang.
Seperti biasa, Najib menjual 4
biji tembikai dan dia mendapat RM40. Beliau menggunakan RM25 untuk kos
ladang dan membayar gaji RM10 kepada pekerja. Beliau mendapat RM5.00
sebagai keuntungan. Selain itu, beliau mendapat keuntungan RM5.00 dari
tembikai yang dijual kepada pekerja-pekerjanya. Secara keseluruhan, dia
mendapat RM10 sebagai keuntungan setiap hari.
Penswastaan
Sekarang
.... dengan kenaikan harga barang, Najib menaikkan harga tembikai
kepada RM20 setiap satu. Najib mendapat keuntungan yang lebih tinggi
kerana dia mendapat jualan RM80 untuk 4 biji tembikai setiap hari.
Kemudian, beliau memutuskan untuk memberikan kontrak perladangan untuk diswastakan kepada salah seorang teman rapat, Sharizal.
Sharizal berkata : “Harga tembikai naik, peningkatan kos ladang juga naik”.
Jadi,
peningkatan kos ladang dinaikkan dari RM25 kepada RM50. Pada
hakikatnya, peningkatan kos hanyalah RM30. Jadi lebihan RM20, Najibudin dan
Sharizal berkongsi sama rata yang dikenali sebagai komisyen.
Mari kira berapa banyak Najibudin dapat setiap hari :
keuntungan bersih jualan - RM20
untung dari peningkatan kos ladang - RM10
jualan tembikai kepada pekerja - RM5
Secara
keseluruhan, Najibudin mendapat RM35 sehari berbanding RM10 pada mulanya
apabila beliau mengambil alih ladang dari Razak. Keuntungannya bertambah
RM25 dan pekerja masih mendapat gaji RM1.00 sehari.
Subsidi
Satu
hari, Najib berkata kepada pekerja-pekerja yang lain : “Anda lihat, harga
pasaran semasa untuk satu tembikai adalah RM20 dan anda hanya membayar
RM1”.
“Lihatlah betapa bertuahnya anda! Saya
telah memberi SUBSIDI RM19.00 bagi setiap biji tembikai anda beli.
Secara keseluruhan, saya beri SUBSIDI RM95.00 untuk tembikai yang anda
beli”.
“Ini amat membebankan ladang dan kita mungkin menjadi muflis jika kita terus seperti ini”.
“Untuk
mengelakkan kebankrapan, saya perlu tingkatkan harga tembikai yang anda
beli dari RM1.00 kepada RM1.50 , dan saya akan tanggung RM18.50 baki
sebiji tembikai sebagai subsidi saya kepada anda semua”.
Jadi, dengan pengurangan subsidi, Najib menambah RM2.50 dari pekerja dan keuntungan menjadi RM37.50 .......
Apa Rakyat Perlu Buat
Selepas anda membaca cerita ini, saya pasti anda telah memahami makna 'SUBSIDI' yang diberikan oleh kerajaan.
Pertama
sekali , subsidi RM95 TIDAK PERNAH WUJUD dan begitu juga dengan subsidi
RM52 bilion petrol dan barangan lain yang kononnya bermurah hati
'diberikan' oleh kerajaan.
Pemotongan subsidi minyak sebenarnya hanya DIREKA-REKA dan alasan untuk mencuri wang dari poket Rakyat sendiri …
Sekarang anda faham mengenai subsidi ! . . ..