Dipetik dari buku sejarah peradapan dunia tingkatan 4 Anggur SMK Tamil Bertam Ulu Jaya, Melaka
Arakian
telah tertulis dalam kitab maktub sejarah-sejarah asal usul negara
dunia,tersebut sebuah kisah bagaimana kisahnya negara Denmark mendapat
nama untuk negaranya. Adapun, Makcik Rabeah, seorang pencuci kapal layar
milik tentera portugis yang berasal dari Tampin, Nogori Sombilan.
Ketika Kapal layar portugis mendarat di Melaka, makcik Rabeah telah
meng'apply'kan kerja tukang cuci didalam kapal tersebut. Setelah lebih 3
tahun Portugis menjajah Melaka, kini tibalah masa untuk mereka
meninggalkan Melaka. Makcik Rabeah yang sangat rajin dan disayangi oleh
ketua Portugis itu turut dijemput untuk ikut belayar meninggalkan
melaka. Maka makcik Rabeah kenelah ikut sambil membawa 11 orang anak
lelakinya.
Arakian
setelah sepurnama belayar, tibalah mereka di sebuah negara yang tidak
diketahui namanya. Maka inginlah dijajah juga oleh orang portugis ini.
Maka mendaratlah tentera Portugis untuk menyerang, namun tentera negara
itu sudah bersiap sedia untuk menahan asakan tentera portugis. Akhirnya
semua tentera portugis mati dalam peperangan. Tinggallah makcik rabeah
dan 11 orang anaknya. Mereka ditangkap dan dibawa ke hadapan raja. Raja
itu bertanya kepada makcik Rabeah " Hoi pompuan tua, tahukah kau nama
negara ini?". Makcik Rabeah pun berkata "tidak tahu tuanku!".
"Ciss..Pompuan bodoh, nama negara ini pun kau tak tau." tempik Raja.
ehsan pakcik google
Makcik
Rabeah terasa malu apabila beliau dikatakan bodoh dihadapan
anak-anaknya. Lalu makcik Rabeah menjerit ke anaknya. "Tak guno punya
anak, namo negaro ni pon ekau tak tau, sapo bodo? Mak ko ekau bodoh?".
Lalu anak pertamanya menjawab " Den mak". Ditanya berulang-ulang kali
dan kesemua anaknya menjawab "den mak". Raja yang tak paham bahasa
nogori tu mendengar berulang-ulang kali sebutan 'den mak' lalu berkenan
pula dengan perkataan itu. Raja terus menamakan negara mereka sebagai
nama DENMARK kerana nama lama negara mereka sangat buruk iaitu 'LOMBU'.
Lalu makcik rabeah dilepaskan dan 11 org anak mereka dilatih untuk
menjadi pemain bolasepak negara denmark.
P/S
: Owh ini kisah nya..Sedara mara aku ramai la kat denmark nmpk nya
hahahahahahahahahaha..dah Jumaat dah wei hari ni tamo stress2...dah nak
cuti 3 hari dah ni hahahahaa
sumber : Anugerah Insani