Showing posts with label Internet. Show all posts
Showing posts with label Internet. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Bagaimana kalau lupa password WiFi

Kali ini saya akan berkongsi tentang bBagaimana cara mengetahui password wifi jika kita lupa??

Sebenarnya banyak cara yang boleh kita lakukan jikan kita lupa dengan password login wifi. Kita boleh masuk ke router wifi tersebut via browser.Tapi password login ke router saya juga lupa atau saya bukan admin jaringannya??

Cara yang paling mudah ialah menggunakan aplikasi yang bernama WirelessKeyView v1.36. Kita hanya perlu menjalankanWirelessKeyView v1.36 , nanti akan muncul network name dan password wifi baik berupa hex atau ASCII. 
WirelessKeyView

Alat untuk Curi WiFi. Boleh ke?

Tidaklah di ketahui,apa motifnya di pasarkan alat mencuri wifi dan mencuri line internet Signal King ni.Alat serendah RM100-RM170 ini mendidik kebanyakan orang menjadi pencuri hasil titik peluh orang lain yang mencari duit untuk membayar bil talian internet setiap bulan.

Tapi hasil titik peluh mereka di curi oleh pencuri pencuri yang menggunakan alatan mencuri ini.

Bukan sedikit talian connection di curi,malah berpuluh talian boleh di curi melalui alat ini, lebih teruk setiap password talian akan ditunjukkan secara nyata di skrin mereka. Kemudian ditulis dan di simpan password kamu untuk digunakan bagi kegunaan akan datang.

Alat ini juga menggunakan fake security dan fake ip adress yg tidak boleh dikesan melalui line connection tuan punya talian sendiri. Mungkin selama ini line internet kamu rasa lembab dan lambat yang kamu jangka talian kurang elok atau tempat tinggal kamu jauh dari signal talian tapi yang sebenarnya ada pengguna-pengguna yang menggunakan alatan curian talian ini sedang duduk di talian sambungan internet kamu,menggunakan internet kamu tanpa kamu ketahui.

Harap suruhjaya multimedia memantau talian dan memantau penjualan alatan curian talian ini kerana ia melibatkan hasil titik peluh usaha tuan punya talian yang mencari duit untuk membayar talian internet mereka kemudian dicuri sewenang-wenangnya oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Haram hukumnnya mencuri hasil titik peluh orang lain.


Thursday, February 3, 2011

Nasihat kepada pengguna internet

"Assalamualaikum kepada semua pengguna internet. Semoga sihat walafiat semuanya.

Di sini saya nak ingatkan diri sendiri dan juga kesemua pengguna internet. Kadang-kadang kita terlupa, dan kadang – kadang kita terlalu taksub sehingga kita melampaui batasan yang ada. Dan jarang – jarang kita saling mengingati antara satu sama lain.


Jauhi fitnah.

Pertama sekali saya terpanggil untuk membetulkan satu budaya yang semakin berleluasa. Memang betul, dengan adanya internet dan segala kemudahan pada dewasa kini kita mudah mendapatkan maklumat. Tetapi berhati-hatilah dalam memilih dan menilai. Apa yang dikesalkan adalah segelintir antara kita terlalu mudah menerima sesuatu info tanpa sumber yang sahih sama ada mengeluarkan artikel mahupun dalam memberikan pandangan dan komen. Ingatlah bahawa sekiranya sesuatu yang diperkatakan itu tidak betul, kita sama menanggung dosa memfitnah dalam menyebarkannya. Berpeluangkah kita untuk memohon maaf terhadap orang yang difitnah?

Kawal ketaksuban.
Seterusnya, dalam kita berpolitik, kawallah ketaksuban kita. Apa yang diperhatikan ialah apabila seseorang itu menyokong kerajaan, apa yang diutarakan oleh pembangkang semuanya salah di mata pembaca tersebut. Samalah budayanya dipihak penyokong pembangkang. Apa yang kerajaan jalankan semua salah dihati pembaca kalian. Berlakulah adil dalam memberikan pandangan dan mengkritik. Sekiranya betul, katakan betul dan sekiranya salah, janganlah menegakkan benang yang basah. Tidak semua pembaca bersikap sebegini tetapi eloklah jika kita saling mengingati.

Jaga budi bahasa

Seronok juga baca artikel-artikel di interneti. Kadang-kadang banyak benda yang tidak dapat diperoleh sebagai maklumat sama ada di TV3 mahupun Utusan. dibenar nasihatkan dalam kita memberikan pandangan dan komen, jagalah budi bahasa kita. Jauhilah perbuatan mencarut, menghina, mencaci dan sebagainya (termasuklah menulis perkataan tanpa huruf yang cukup dan dihiasi dengan bintang-bintang seperti ini --->***)

Berfikir sebelum berbicara

Seterusnya saya percaya kesemua pembaca disini waras-waras serta mempunyai akal fikiran yang sihat semuanya, Insyaallah. Tetapi, kadangkala, sebelum kita mengeluarkan sesuatu artikel, memberi pandangan atau komen, ambillah masa sejenak untuk berfikir. Kadang-kala sesetengah benda yang diperkatakan itu menampakkan kedangkalan pembaca sendiri, tahap pemikiran, dan ''kecerdikan'' penulis. Fahamilah dengan betul dan kajilah sesuatu isu sebelum diperkatakan.

Akhir kata, satu kunci yang boleh dijadikan panduan kepada pada pembaca sekalian sebelum mengeluarkan artikel/komen/pandangan. Kuncinya ialah tanya pada diri sendiri sebelum menekan petak-petak huruf di laptop/komputer anda. « Adakah apa yang akan aku tulis, aku perkatakan ini akan disenangi oleh Nabi sekiranya Nabi membacanya dan adakah Allah menyukainya? »

Sesunguhnya Islam itu lengkap, malah dalam berbicara sendiri ada cara dan tatatertibnya.

Sekian, sama-sama kita betulkan. Wassalam.. =) "

Saturday, June 26, 2010

Blog paling popular di Malaysia

Blogging atau budaya menulis jurnal atas talian adalah satu fenomena yang berkembangan hasil dari kemajuan pesat teknologi internet. Ia mudah untuk digunakan dan tidak melibatkan sebarang kos tambahan atau skil. Sehingga kini, kadar celik komputer dikalangan warga belia di Malaysia (bawah 40 tahun) terutamanya di kawasan bandar adalah amat menggalakkan. Kanak-kanak makin terdedah dengan internet. Harga komputer yang semakin murah dan kemudahan internet yang semakin berleluasa banyak membantu kepada berkembangan budaya menulis blog (singkatan untuk weblog)

Menurut Pew Internet study dianggarkan 11%, atau 50 juta pengguna internet adalah pembaca blog. Menurut data Technorati , terdapat 75,000 blog baru dalam sehari dan 50 000 blog dikemaskini setiap jam

Saya pasti, semua orang berminat untuk mengetahui apakah weblog yang paling popular di Malaysia. Waaupun ada antara kita sudah ada jawapannya tapi saya belum jumpa satu bancian rasmi mengenainya. Bermula dari idea Priyadi, seorang penulis blog Indonesia yang sebelum ini berjaya mengumpulkan 100 blog paling popular (beliau menggunakan istilah ‘top’) di Indonesia, saya cuba mengumpulkan blog-blog oleh warga Malaysia untuk dibanci bagi mendapatkan weblog yang paing popular di Malaysia.

Semua weblog yang terlibat di dalam bancian ini dipilih secara rawak dari beberapa sumber iaitu petalingstreet.org, jurnal.biz dan malaysiatopblog.com. Ada juga weblog yang diambil dari sumber peribadi, del.icio.us/syedsyahrul/malaysiablog iaitu himpunan weblog sahabat atau pilihan yang dikutip dari ruang siber dari masa ke semasa. Walaupun jumlah semua weblog dari semua sumber ini berjumlah ribuan, hanya segelintir kecil sahaja yang terpilih. Ini kerana ada weblog yang sudah tidak aktif, dan tidak kurang juga yang tidak mempunyai data dari Alexa.com mahupun Technorati. Ada pula segelintir yang mempunyai ranking terlalu besar untuk disertakan.

Kriteria pemilihan untuk bancian ini tidak sukar. Ia mestilah weblog yang dikendalian oleh rakyat Malaysia. Untuk mendapatkan data pula, saya menggunakan enjin pencari Alexa.com dan Technorati.com. ‘Traffic rank’ Alexa.com adalah berdasarkan sejarah atau maklumat yang dikumpul untuk jangka masa 3 bulan.


As a first step, Alexa computes the reach and number of page views for all sites on the Web on a daily basis. The main Alexa traffic rank is based on the geometric mean of these two quantities averaged over time (so that the rank of a site reflects both the number of users who visit that site as
well as the number of pages on the site viewed by those users). The three-month change is determined by comparing the site's current rank with its rank from three months ago.


Alexa juga ada kekurangannya. Contohnya, untuk sesetengah laman web seperti diaryland.com dan blogdrive.com, enjin pencari Alexa gagal berfungsi. Alexa.com gagal mengenalpasti ‘syedsyahrul’ dari syedsyahrul.blogdrive.com dan hanya akan menunjukkan keputusan untuk blogdrive.com.

Technorati.com ialah enjin khusus untuk weblog. Mereka mendakwa sedang menjejaki 41.3 juta weblog dan 2.4 billion ‘links’. Cara mereka memberi ‘ranking’ kepada setiap weblog ialah berdasarkan jumlah ‘link’ yang membawa kepada atau merujuk kepada sesebuah weblog itu. Contohnya, sekiranya weblog ‘A’ mempunyai 100 ‘link’ yang merujuk kepadanya, manakala weblog ‘B’ mempunyai 20, Ranking ‘A’ adalah lebih tinggi dari ‘B’

Keputusan bancian ini disusun berdasarkan ranking dari Alexa.com manakala nombor di dalam kurungan merujuk kepada ranking dari Technorati.com. Maaf sekiranya ada weblog yang sepatutnya disertakan dalam bancian ini tetapi tidak ada dan sebarang maklum balas adalah dialu-alukan.

Kenapa 70? Kenapa tidak 50 atau 100? Kenapa tidak.

Ranking
Blog Name
Alexa Traffic Rank
Technorati Rank

1 - Liew CF
18,400
2,060 (4)

2 - Paul Tan
29,925
2,958 (5)

3 - Jeff Ooi
35,419
1,234 (3)

4 - TV Smith Dua Sen
38,579
9,040 (14)

5 -Kenny Sia
45,117
194 (1)

6 - Huai Bin
124,115
4,775 (7)

7 - Lim Kit Siang
141,978
527,346

8 - Shaolin Tiger
148,110
5,206 (8)

9 - Brand Malaysia
151,993
6,417 (11)

10 - Rojaks
162,679
6,542 (12)

11 - MGG Pillai
194,378
-

12 - Sultan Muzaffar
198,013
6,256 (10)

13 -Minishorts
251,222
5,271 (9)

14 - Suanie
259,947
8,709 (13)

15 -Peter Tan
324,168
23,836 (22)

16 - Blog.mypapit.net
391,744
59,787 (40)

17 - Afdlin Shauki
416,364
1,010 (2)

18 - Faisal Tehrani
419,026
1,204,425

19 - Fireangleism
419,576
11,060 (15)

20 - IreneQ
482,936
17,463 (21)

22 - Yasmin the storyteller
524,548
3,110 (6)

23 - Kris Khaira
547,564
527,346 (61)

24 - Gelihati
547,649
70,623 (42)

25 - Jee’s life
647,710
42,699 (35)

26 - Mak Andeh
680,561
30,020 (29)

27 - Kimberlycun
814,396
14,147 (20)

28 - Volume of Interactions
823,730
57,882 (39)

29 - Muid Latif
870,671
121,461 (48)

30 - Sashiweb
881,105
33,590 (30)

31 - Patrick Teoh
978,469
11,601 (16)

32 - leez
1,052,619
78,706 (43)

33 - Ricecooker
1,110, 514
25,418 (23)

34 - Buku Nota
1,180,326
37,221 (32)

35 - Nizam Zakaria
1,323,222
12,300 (17)

36 - Seni Kami
1,439,347
28,956 (26)

37 - Badrul After Six
1,506,938
39,854 (33)

38 - Shahrizal
1,600,480
-

39 - Arsyan
1,646,066
-

40 - Mohd Ismail
1,673,338
105,233 (46)

41 - Najahnasseri
1,752,470
212,456 (55)

42 - Tengku Mohd Ali
1,840,155
27,504 (25)

43 - Sinaganaga
1,976,388
28,956 (27)

44 -Makansakan
2,132,523
-

45 - Adib
2,555,758
52,944 (38)

46 - Rizainuddin
2,741,383
161,515 (52)

47 - Syed Syahrul
3,201,037
212,627 (56)

48 - Salinan karbon
3,294,535
229,206 (57)

49 - Abdullah Jones
3,646,422
29,478 (28)

50 -Cik Daun
3,732,414
92,114 (45)

51 - Pakdi
4,315,191
13,207 (19)

52 - Kumprinx
4,762,733
121,461 (49)

53 - From This day
4,773,910
172,144 (53)

54 - Paichowan
4,890,247
68,147 (41)

55 - Jongkang Jongket
5,648,324
296,666 (58)

56 - Tipah Vogue
6,272,151
12,715 (18)

57 -Kembara Artrevolt
6,334,052
-

58 -Honey Biru
6,459,250
41,770 (34)

59 - Makcik Nab
6,519,805
-

60 -Seniman jalanan
6,577,013
1,204,425 (62)

61 - Tok Rimau
6,611,733
27,446 (24)

62 - Juandanza
-
35,750 (31)

63 - spyz
-
44,887 (36)

64 - Jiwa Rasa
-
46,096 (37)

65 - Dugong senyum
-
81,678 (44)

66 -Screaming sonic
-
115,765 (47)

67 - bilik
-
151,719(50)

68 - Awan Putih
-
151,860 (51)

69 - Klubbkidd
-
184,059 (54)

70 - Figurasi
-
459,962 (59)

71 - Faizal Riza
-
460,301 (60)

Sumber:http://syedsyahrul.blogspot.com