Showing posts with label Melayu. Show all posts
Showing posts with label Melayu. Show all posts

Thursday, June 8, 2023

Siapakah Bangsa banjar


Bangsa Banjar adalah salah satu suku bangsa yang berasal dari Kalimantan Selatan, Indonesia. Masyarakat Banjar umumnya tinggal di daerah-daerah seperti Kota Banjarmasin, Kabupaten Banjar, Hulu Sungai Selatan, dan sekitarnya. Mereka juga dapat ditemukan di beberapa daerah lain di Kalimantan Selatan.

Suku Banjar memiliki bahasa sendiri yang disebut bahasa Banjar. Bahasa ini termasuk dalam cabang Melayu-Polinesia dari keluarga bahasa Austronesia. Selain bahasa Banjar, banyak juga anggota suku Banjar yang bisa berbahasa Indonesia sebagai bahasa resmi negara.

Sejarah suku Banjar dapat ditelusuri kembali ke zaman kerajaan Hindu dan Buddha di wilayah ini pada abad ke-14. Pada abad ke-15, Islam mulai tersebar di kalangan masyarakat Banjar dan menjadi agama mayoritas di wilayah tersebut. Budaya Banjar sangat dipengaruhi oleh agama Islam, dengan adat istiadat dan tradisi yang unik.

Masyarakat Banjar dikenal dengan keahlian mereka dalam kerajinan tangan seperti anyaman, ukiran kayu, dan seni keramik. Mereka juga memiliki tradisi musik dan tarian yang khas, seperti tarian Baksa Kembang dan tarian Serampang Dua Belas.

Secara umum, orang Banjar dikenal sebagai masyarakat yang ramah, murah senyum, dan menjunjung tinggi nilai-nilai kekeluargaan. Mereka juga memiliki adat istiadat dan tradisi yang kuat dalam kehidupan sehari-hari, seperti adat perkawinan, adat berdiam diri setelah melahirkan, dan lain sebagainya.

Bangsa Banjar memiliki warisan budaya yang kaya dan beragam, yang terus dilestarikan dan dijaga oleh masyarakat Banjar hingga saat ini.

Saturday, April 16, 2011

Melayu Pendatang???


“Ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang. Dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam err... err... Malaysia ini. Kerana sebenarnya, ramainya err... er... Melayu pun adalah datang dari err... luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah Orang Asli”

Itulah yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen Ultra-Kiasu dari Bukit Mertajam pada 24 Mac 2011 yang lalu semasa dia mengulas mengenai isu novel Interlok. Sama ada dia ini memang buta sejarah dan geografi, atau memang sengaja membutakan mata dan hatinya tentang hakikat wilayah Nusantara ini yang serumpun. Sudahlah nak bercakap bahasa Kebangsaan pun dengan gagap dan tunggang-langgangnya (diingatkan semula si Ultra-Kiasu ini bertaraf Ahli Parlimen!). Penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang tentang apa yang telah diutarakan oleh si Ultra-Kiasu ini. Rasanya artikel terdahulu http://ibnurusydi.blogspot.com/2011/02/melayu-dituduh-pendatang.html telah cukup untuk menghuraikan mengenai perkara tersebut.


Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah hakikat mengenai hubungan kekerabatan dan persaudaraan yang telah lama terjalin antara penduduk di wilayah Nusantara ini. Sudah tentu beberapa contoh yang dipaparkan ini adalah sejarah Raja-raja di Nusantara ini, memandangkan golongan Ultra-Kiasu sering memomokkan bahawa Parameswara dan orang Melayu yang mengasaskan Kesultanan Melaka adalah ‘pendatang yang datang dari Indonesia’.




1. Di Acheh, selepas kemangkatan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1637, yang menggantikan baginda sebagai Sultan Acheh adalah menantu baginda iaitu Sultan Iskandar Tsani. Apa yang menariknya, Sultan Iskandar Tsani ini berasal dari semenanjung Tanah Melayu kerana baginda adalah putera Sultan Pahang. Pernah ditanya kepada Sultan Iskandar Tsani ini lebih kurang begini, "Kamu ini orang Pahang atau orang Acheh". Apa jawapan baginda? "Aku orang Melayu". Agak-agaklah kan, boleh tak seorang Ultra-Kiasu berketurunan Sino-Tibetan bukan Islam yang datang dari tanah besar China tiba-tiba diangkat menjadi Sultan di Acheh ini?




2. Di Kalimantan Barat, Kesultanan Sambas didirikan oleh Sultan Muhammad Shafiuddin I yang merupakan anak Sultan Sarawak iaitu Sultan Tengah pada sekitar tahun 1675 Masihi. Sultan Sarawak ini pula adalah anak kepada Sultan Brunei. Mesti pening kepala si Ultra-Kiasu bagaimana pendatang dari Negara Brunei boleh menjadi Raja di Malaysia (Sarawak), dan kemudiannya keturunan pendatang dari Malaysia ini menjadi Raja pula di Indonesia (Sambas).




3. Di selatan pulau Mindanao, Kesultanan Sulu diasaskan oleh seorang ulama Melayu-Arab yang datang dari Negeri Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakar pada tahun 1457, sementara Kesultanan Maguindanao juga diasaskan oleh seorang Melayu dari Johor iaitu Shariff Mohammed Kabungsuwan sekitar tahun 1203 hingga 1205. Ye Ultra-Kiasu, ada juga pendatang dari Malaysia yang menjadi Raja di Republik Filipina.




4. Di Sumatera, Sultan Indragiri yang pertama iaitu Raja Kecik Mambang @ Raja Merlang I yang memerintah sekitar tahun 1298 – 1337 merupakan anak kepada Sultan Melaka yang berpusat di semenanjung Tanah Melayu. Pelikkan Ultra-Kiasu, macam mana anak rakyat Malaysia boleh menjadi Raja di Indonesia pula?




5. Di selatan segenting Kra, bermula pada sekitar tahun 1688, Kesultanan Patani telah diperintah oleh Dinasti Raja-raja yang berasal dari Kelantan. Ha, jangan main-main ye Ultra-Kiasu, ada juga pendatang dari Malaysia yang menjadi Raja di Provinsi Pattani, Thailand.




6. Di Sulawesi Tenggara, Negeri Buton telah didirikan oleh oleh empat orang bangsawan yang disebut sebagai Mia Patamiana yang datang dari semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-13 Masihi. Menurut sumber sejarah lisan Buton, nama keempat-empat individu terbabit ialah Sipanjonga, Simalui, Sitamanajo dan Sijawangkati. Keempat-empat individu ini berserta para pengikutnya telah meninggalkan tanah asal di semenanjung Tanah Melayu menuju ke kawasan timur dengan menggunakan sebuah perahu palolang pada bulan Syaban 634 Hijriyah (1236 M) dan akhirnya sampai di Buton. Kemudian mereka mengibarkan bendera Kerajaan Melayu yang disebut sebagai bendera Longa-Longa. Ketika Kerajaan Buton didirikan, bendera Longa-Longa ini dipakai sebagai bendera rasmi kerajaan Buton. Ya Ultra-Kiasu, pendatang dari Malaysia ini telah belayar hingga sejauh penghujung pulau Sulawesi dan yang peliknya, diangkat pula menjadi Raja di Indonesia.


Apa yang dipaparkan di atas ini hanyalah sebahagian contoh kecil mengenai hubungan yang terjalin antara penduduk di seluruh Nusantara ini biarpun dipisahkan oleh beberapa pulau besar dan beribu-ribu lagi kepulauan kecil. Bagaimanakah para ‘pendatang’ dari semenanjung Malaysia ini boleh menjadi Raja dengan mudah di Indonesia, Thailand dan Filipina ye Ultra-Kiasu? Jawapannya mudah, mereka bukannya pendatang! Mereka adalah saudara serumpun dan kebanyakannya seagama. Para bangsawan mahupun rakyat biasa bebas untuk berhijrah dan menetap di mana-mana kawasan pun di dalam lingkungan alam Nusantara ini yang terbentang dari Acheh di barat hinggalah Maluku dan Papua di timur, dari selatan pulau Singapura hinggalah Champa di utara Indochina. Justeru itu, janganlah dihairankan jika terdapat juga anak cucu orang Melayu di Malaysia pada hari ini yang ayah atau datuk mereka berasal dari Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, dan hatta sejauh Vietnam dan Kemboja sekalipun. Kerana pada masa dahulu, nenek moyang mereka sendiri mungkin berasal dari Tanah Melayu dan mereka bebas 'berkeliaran’ dan menjelajah di seluruh Nusantara untuk mendirikan Kerajaan/Negeri baru. Dan perlu diingat, pada masa tersebut, tidak wujud sempadan politik sebagaimana yang ada pada hari ini.

Sebelum tamat, penulis ingin bertanya dua soalan kepada Y.B. (Yang Bongok) Chong Eng sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab untuk berdebat dalam menggubal undang-undang negara kita di Parlimen, “Bila Malaysia ditubuhkan?” dan “bila orang Melayu mula datang ke semenanjung tanah Melayu?”

Sumber: ibnurusydi

Friday, February 25, 2011

Perangai Melayu masa kini

Salam kepada semua rakyat Malaysia dan juga pembaca-pembaca blog ni. Kalau kita lihat sekarang, dah macam-macam perkara yang kadang-kadang tu kita pun tak menjangka akan berlaku. Politik sekarang pun aku tak percaya dah. Entah betul ke tidak sebab susah dah nak menjangka sekarang mana yang baik dan mana yang buruk. Pada yang addicted pada politik tu, jangan marah ye. Ini pandangan aku. Sama juga la dengan kelakuan dan tingkah laku rakyat Malaysia kita sekarang. Dah macam-macam perangai dah sampai ada orang kata dah hampir kepada barat dah budaya kita nih. haha. Tapi kali ni aku tak nak la bagi pandangan secara meluas berkaitan rakyat Malaysia. Sebab? Kalau nak cerita mau dekat 3 page baru habis cerita. Itu pun kalau dah takda isi dah aku nak goreng. haha. Cukupla setakat..

aku berkongsi pandangan aku tentang rakyat Malaysia yang majoritinya banyak terdiri dari bangsa atau masyarakat Melayu kita. Aku fikir dari dulu hingga sekarang, ada sesetengah perkara kadang-kadang buat aku terfikir dan tertanya-tanya, kenapa kena buat begitu? Memang perangai masyarakat kita macam tu ke? Kat sini aku nak beri pandangan dan aku senaraikan antara perlakuan masyarakat kita dari dulu hingga sekarang still maintain je buat perkara ni. hehe

SITUASI 1 : DI TRAFFIC LIGHT

Rakyat kita ni apa aku lihat kalau dekat traffic light, tak kisah la naik kereta ke atau motor, macam tak sabar-sabar nak jalan dah. Relax la dulu. Nak ke mana bawak laju-laju kan? Bila dah habis turn traffic light kat bahagian lain dan lepas tu turn kita lak, belum nak hijau lagi. Dah memecut dah semaksima yang boleh! Kadang-kadang mak cik yang tengah tunggu traffic light pun boleh melatah tetiba je bunyi deruman kereta terus memecut sedangkan belum hijau lagi. Ape cer? Itulah antara aksi lagak berani masyarakat kita hari ni.

Memang bahaya kerana kalau la ada la si polan tu memecut tanpa tunggu lampu hijau, dan dekat traffic light lain sebelum nak jadi merah tu, ada la satu kereta memecut dengan laju semata-mata nak lepas traffic light dari merah. Nahas la jawabnya!

SITUASI 2 : CAKAP LOGHAT BANGSA LAIN PUN BOLEY

Hah! Ini kalau aku fikir pun rasa nak tergelak je. Memang dari dulu sampai sekarang aku tengok memang dah macam jadi budaya masyarakat kita lak. Cuba korang fikir, kenapa ye kita, Melayu ni bila cakap dengan bangsa lain tak kisah la Cina atau India, mesti ada yang buat loghat bangsa mereka. Kenapa ye? Tak ke pelik? Kita pulak ya kena ikut diorang. Bukan aku nak kata salah, tak salah pun tapi kadang-kadang kelakar la juga dengar orang cuba sedaya-upaya nak cakap dengan bahasa loghat mereka. Mungkin lebih friendly dan mesra rakyat kut.

SITUASI 3 : MARKETING DAN SKIM CEPAT KAYA

Ini tidak aku nafikan apa-apa jenis skim dan marketing yang menawarkan keuntungan dalam masa yang singkat tumbuh bak cendawan! Aku rasa korang pun mesti dah sedar dah FENOMENA SKIM CEPAT KAYA ni yang kian melanda di negara kita ni. Yang selalu jadi target semestinya orang Melayu kan. Memang banyak la kalau aku nak cakap , pelbagai jenis skim, marketing dan MLM tu sekarang yang berada di negara kita ni. Aku tahu tak semua yang tidak betul kan. Tapi bagi korang yang nak masuk apa-apa jenis skim ni, baik korang periksa dengan lebih detail terlebih dahulu.

Sebab? Kadang-kadang keuntungan yang dinyatakan tu tak masuk akal langsung berbanding apa yang perlu kita buat. Memang lumayan beb! Kalau kat laman sosial facebook tu, memang dah berlambak dah orang promote skim-skim yang menawarkan keuntungan berlipat ganda dengan hanya modal sedikit je. Better korang check dengan terperinci, proses pendapatan, halal ke tak dan proses yang perlu dilakukan supaya nanti tidak mendatangkan masalah nanti. Bukan apa, sekarang ni, banyak dah aku lihat rakyat kita cepat tertarik dengan keuntungan tanpa memeriksa terlebih dahulu.

SITUASI 4 : KEPERCAYAAN MELAYU

Kadang-kadang kalau korang time kecik-kecik dulu atau pun dah besar sekarang pun, pernah tak dengan ungkapan-ungkapan kepercayaan Melayu? Antaranya yang aku selalu dengar :-

- Kalau anjing menyalak tengah-tengah malam, maknanya ada makhluk halus sedang berkeliaran ketika itu.

- Kalau ada pelesit ( bentuk macam belalang) datang singgah ke rumah kita bermakna ada benda atau makhluk halus yang tidak elok datang ke rumah kita.

- Kalau gigi patah atau tercabut, baling je gigi tu kat atas bumbung, nanti gigi akan kembali cantik dan tersusun. (Paling Popular)

Ini apa yang dapat aku lihat dari dulu sehingga kini terdapat ramai lagi yang masih percaya dan tidak kurang juga ada yang menganggap ianya perkara tahyul semata-mata. Apa pandangan korang?

pada mak bapak kepada anak ni, tak ada rasa kasihan ke melihat anak anda jadi sebegini???

SITUASI 5 : BUANG ANAK !

Perkara ni memang dah popular dah. Aku rasa kalau dulu tak la sangat bangkit hal pasal buang anak ni tetapi sejak peningkatan kerajinan masyarakat kita membuang anak, kini baru memdapat perhatian yang serius. Mak bapak yang sanggup buang anak mereka memang tak berperikemanusiaan dah. Cuba kalau mereka sendiri melihat anak mereka sudah dimamah dan dimakan ulat, kesian tak? Aku rasa sudah ada langkah-langkah nak buat satu pusat peliharaan anak-anak ‘buangan’ . Kalau dilihat dari aspek positif, ianya akan menyelamatkan nyawa-nyawa insan yang tidak bersalah tetapi dari aspek negatifnya, ianya seperti menggalakkan lagi perbuatan zina ini. Adakah ini menjadi satu langkah yang positif atau negatif pada masa hadapan?

mak bapak buang anak sempat lagi tinggal mesej ye.

So inilah antara sedikit pandangan aku terhadap ragam masyarakat kita. Ada yang baik dan ada yang buruk. Mana yang buruk tu elok ditinggalkan la ye sebab tak berfaedah pun kan. Sebenarnya banyak lagi benda kita boleh lihat, mungkin korang ada nak tambah apa-apa ke? Kalau orang ada apa-apa pandangan atau pendapat ke, luahkan je kat kotak komen tu. senang kan. Malaysia Tanah Airku…hehe.

Friday, December 10, 2010

Penyebaran Orang Rumpun Melayu

Kerajaan Melayu purba yang termasyhur di kalangan pelajar sejarah di Malaysia ialah kerajaan Srivijaya yang berpusat di Palembang, Sumatera, dan beragama Buddha Mahayana (bukannya Hindu). Kerajaan ini bermula pada abad ke-7 Masehi dan berakhir pada abad ke-12 Masehi setelah dikuasai kerajaan Majapahit, daripada abad ke-13 hingga ke-15 Masehi, yang berpusat di Jawa. Ini diikuti kerajaan Melaka, daripada abad ke-14 hingga ke ke-16 Masehi. Pada kemuncaknya, kerajaan Srivijaya menakluki sebahagian besar Pulau Jawa dan membina candi Borobudur di Yogyakarta, Jawa Tengah, yang kinisudah menjadi satu daripada benda ajaib dunia, malahan jauh lebih ajaib daripada ahram di Mesir atau empayar Maya dan Aztek di Amerika Selatan atau Wat Angkor, tinggalan Empayar Funan-Khmer. Empayar Srivijaya, yang berpusat di Palembang, meliputi seluruh Sumatera, Riau, Jawa Barat, Semenanjung Malaysia, Singapura, Selatan Thai (berpusat di Patani), Campa (di Vietnam sekarang), Kemboja dan Sri Lanka (Coedes & Damais 1992; Slametmuljana 1970, 1981; Chatterji 1966 & Sastri 1949). Yang menarik lagi ialah sebuah prasasti di Vietnam sekarang yang bertarikh 787 Masehi, prasasti zaman Melayu Campa, yang menceritakan askar Srivijaya mendarat di Campa dan membakar candi Hindu di situ (Sastri 1949). Ini menunjukkan kerajaan Srivijaya pernah menyerang kerajaan Campa untuk menaklukinya, walaupun tidak tercatat dalam sejarah tentang berapa lamanya kerajaan Srivijaya pernah memerintah Campa dan Empayar Funan-Khmer.

Dalam sumber Cina, Srivijaya dirujuk sebagai Sye-li-fo-sye’ (She-li-fo-she’, Shelifosche, Se-li-fo-se, San-fo-ts’i, Sanfotsi, atau Fo-che). Mengikut Sastri (1949),nama-nama itu dipakai penulis Cina dalam kurun 10 hingga 14 Masehi. Liang Liji (1996) menambah terdapat juga penulis Cina di Dinasti Tang menyebut Srivijaya sebagai He Ling atau Ka Ling. Ternyata nama ini kurang popular. Coedes dan Damais (1992) telah menjelaskan bagaimana perkataan-perkataan ini berasal daripada Srivijaya dengan panjang lebar. Ketika berada di kemuncaknya, kerajaan ini (Sastri 1949; Slametmuljana 1970), terdiri daripada 15 buah negeri di Tenggara Asia, termasuk beberapa daerah di Nosa Koncana (Malaya/Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia dan termasuk selatan Thai sekarang) yang disenaraikan mengikut sumber Cina sebagai Pa-ta’ (daripada Batak, merujuk kepada kawasan yang didiami suku kaum Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Malaysia), Tan-ma-ling (Tamralinga, Ligor), Kia-lo-hi (Grahi di Teluk Bandon, Selatan Thai land), Ji-lo-ting (Jelutong, Pulau Pinang), dan Ling-ya-asi- kia (Langkasuka, iaitu sekurang-kurangnya Kedah dan Thailand Selatan sekarang), bahkan termasuk Silan atau Sirandip/Suvarndip/Suvarnadvipa (Silon/Ceylon atau Sri Lanka sekarang)! Catatan terkenal ialah yang dibuat oleh I-Tsing, (Ye-Sing, atau Yi Jing dan beberapa versi ejaan yang lain lagi), seorang sami dari benua China, yang belayar ke India untuk menuntut agama Buddha. Sesampai beliau di pusat Srivijaya di Sumatera (Sastri (1949), sebutan Cina tempat itu pada mulanya ialah Ku-Kang, dan kemudian P’o-lin-pang, Pao-lin-pang, Pa-lin-pang, atau Pa-lin-fong) beliau terpesona dengan tamadun di situ, lalu tinggal di situ selama 7 tahun, iaitu 688- 695 Masehi, walaupun ada setengah sumber mengatakan beliau tinggal selama 4 tahun dan yang lain mengatakan beliau tinggal selama 14 tahun. Pada abad ke-12, Java (Majapahit) dan Sanfotsi disebut penulis China sebagai dua buah negara komers yang penting dengan kerajaan yang besar.

Pengertian Melayu sesempit-sempitnya dalam rencana ini merangkumi pribumi di Malaysia, Sumatera, Kepulauan Riau, Jawa, Selatan Thailand, Brunei, Singapura dan Campa; sementara pengertian Melayu yang seluas-luasnya seharusnya mengikut persempadanan sejarah dunia pra-Perang Dunia II, iaitu pribumi di Alam Melayu, Madagaskar, Filipina dan Taiwan. Peta 1 menunjukkan peta Alam Melayu mengikut pengertian yang luas (juga termasuk secuit di Kemboja). Istilah Melayu Raya pernah dipakai di Zaman Sukarno tahun 1940-an, dengan istilah Nusantara (Coedes & Damais 1992) dan Maphilindo (tahun 1960-an daripada Malaysia, Philippina dan Indonesia), Malindopura (Shaharir 2000/1987) dan lain-lain lagi bagi menamakan semula Alam Melayu moden itu ternyata tidak diterima umum. Walaupun istilah Nusantara agak popular hingga kini, tetapi semantik di Indonesia dengan di Malaysia tentang istilah ini berbeza. Perbezaan itu disebabkan di Indonesia, Nusantara meliputi Asia Tenggara, tetapi tidak termasuk Jawa, maka ia tidak menjadi istilah rasmi bagi Alam Melayu, walaupun semua bersetuju bahasa nasional Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam adalah bahasa Melayu. Tidak hairanlah majlis kerjasama bahasa antara Malaysia dengan Indonesia sejak 1970 itu dikenali sebagai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia sahaja, atau singkatannya MABIM, dan kemudian menjadi Majlis Bahasa Brunei Darusslam-Indonesia-Malaysia, atau singkatannya MABBIM, apabila Brunei menjadi ahlinya. Sehingga kini, persetujuan masih belum tercapai untuk menamakan bahasa dan bangsa yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa nasional masing-masing. Pada tahun 1998, Shaharir (1998a) memperkenalkan istilah Pascabima untuk merujuk rantau yang dahulunya dinamai alam Melayu atau Kepulauan Melayu itu bagi merangkumi Patani, Filipina, Singapura, Campa (orang Melayu di Vietnam dan Kemboja sekarang), Brunei, Indonesia dan Malaysia untuk memudahkan bicara dan memungkinkan penyelesaian masalah bahasa dan bangsa.

Thursday, March 4, 2010

Sistem Khalifah


Umat Islam di Malaysia yang majoritinya terdiri daripada umat Melayu semakin resah disebabkan oleh banyak perkara yang dilihat mengikiskan identiti mereka sebagai umat Islam yang semakin hari semakin diserang oleh beberapa golongan sekular, liberal dan musuh-musuh Islam di negara ini.

Terdapat banyak pihak yang mendakwa ingin membela kepentingan Melayu dan Islam di negara ini berkumpul dan berikrar untuk membela kedudukan Islam dan Melayu.

Malangnya, penyelesaian yang dipilih adalah penyelesaian yang juga terbit dari sistem yang telah mengakibatkan Islam diserang dan dipermainkan oleh golongan liberal, sekular dan musuh-musuh Islam. Ia adalah umpama mengubati suatu penyakit dengan menggunakan racun yang menyebabkan berlakunya penyakit tersebut.

Setelah penjajah Barat memberikan “kemerdekaan” kepada negara ini, penjajah telah memperhalusi sistem yang akan menjadi penyelesaian kepada permasalahan umat Islam di negara ini, dan penyelesaian yang diberikan oleh kafir penjajah tersebut bukanlah datang daripada Islam. Seperti kata-kata seorang pejuang anti-apartheid Afrika Selatan: “Penjajah bukan sahaja sedang menyerang kita, mereka juga memberikan kita cara bagaimana untuk kita bertindakbalas apabila diserang”.

Inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh Islam dalam memastikan bahawa umat Islam akan terus mengambil penyelesaian daripada sistem buatan mereka dan akibatnya, ia langung tidak akan memberikan apa-apa penyelesaian tetapi akan hanya menambahkan masalah baru untuk umat Islam.

Sesungguhnya, yang boleh menyelamatkan umat Islam adalah kembali kepada sistem pemerintahan Islam dan bukannya mengharap kepada perjuangan assabiyah yang dianjurkan oleh kafir penjajah.

Hembusan Amal 4U