Tuesday, August 26, 2014
Wednesday, July 3, 2013
Asas Usul Sistem Wang Kertas: Ideologi Zionis (Perumpamaan)

Apa Itu Saham?
2. Misalnya, kita mahu jual air soya tepi jalan. Kita keluarkan modal RM 500, kawan kita keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes air soya, saham bisnes kita adalah 50%.
3. Bisnes berkembang, kita pun pergi bank minta pembiayaan. Bank luluskan. Kita dapat buka kilang.
4. Bisnes makin berkembang. Kita pergi bank. Bank kata, “Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.”
5. Kita setuju. 50% dari saham kita dan rakan kita tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO).
6. Sekarang, pemilik saham syarikat berhad air soya tadi adalah kita, rakan kita dan 100,000 pemegang saham yang lain.
7. Farizal Marlias (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pemilik saham yang baru itu tadi. Oleh kerana terlalu ramai yang mahu saham syarikat berhad air soya, harga sahamnya naik di Bursa Malaysia. Untunglah pelabur bernama Farizal Marlias. Dia pun jual saham dia untuk dibeli oleh orang lain.
8. Nazmi Faiz (bukan nama sebenar) juga adalah salah seorang pemilik saham. Walaupun harga saham telah naik, tapi dia tak mahu jual lagi. Rupa-rupanya dia menunggu dividen hasil dari keuntungan operasi syarikat. Malah, dia tambah lagi pegangan saham dia apabila ada orang lain mahu menjual sahamnya.
9. Kita selaku pemilik asal syarikat tersenyum lebar sebab dah dapat modal dari IPO. Orang ramai juga dapat menumpang keuntungan syarikat kita dengan membeli saham-saham syarikat. Maklumlah, bukan semua orang berbakat uruskan bisnes sendiri sampai boleh diapungkan ke Bursa Malaysia.
10. Cuma kita selaku pembeli / penjual saham, urusan jual beli ini diuruskan oleh Bursa Malaysia menerusi pelbagai syarikat broker yang berdaftar. Manakala, untuk mengelakkan penipuan terhadap pelabur kita ada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal selia (.e.g. badan hisbah).
Mohamad Shahizan
Monday, December 17, 2012
Asalnya wang kertas hanyalah resit simpanan syiling emas
Barangan semakin naik.
Kawalan harga keatas barangan tertentu.
Harga bagi aset – aset semakin naik kerana menyerap jumlah wang yang bertambah.
Monday, February 6, 2012
Tuesday, January 31, 2012
Wednesday, November 23, 2011
Penipuan Wang Kertas
"
Hari
ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas,
orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping
wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.
Sunday, November 20, 2011
Apakah sebenarnya pemberian 'Subsidi' oleh kerajaan

Monday, August 8, 2011
Asal usul mata wang kertas
China pada masa itu mengunakan wang perak sebagai matawang. Wang perak mereka unik dimana terdapat lubang ditengah. Lubang ini digunakan untuk mengikat wang syiling ini dengan tali untuk mudah dibawa.
Dan sejak 6,000 tahun dahulu, walaupun logam-logam ini mudah dibawa ianya tetap berat berbanding dengan kertas.
Oleh itu maharaja zaman itu Kublai Khan, cucu kepada Genghis Khan memperkenalkan sistem wang kertas pertama.
Sistemnya begini, seorang individu akan menyerahkan wang-wang perak miliknya kepada sebuah “bank” untuk disimpan dalam peti simpanan. Kemudian “bank” tersebut akan mengeluarkan ”resit” untuk mewakili jumlah simpanan perak. Contohnya, 10 keping syiling perak akan diberi 10 keping resit.
Resit ini kemudianya akan digunakan sebagai medium pertukaran dalam perniagaan. Setelah beberapa lama ianya menjadi popular kerana lebih mudah dibawa dan disimpan berbanding perak. Orang ramai juga yakin dengan sistem ini kerana pihak “bank” menjamin setiap keping “resit” ini mewakili sejumlah perak didalam “bank”.
Konsep ini dipanggil “sistem wang kertas disandarkan kepada logam-logam berharga”. Dan pada ketika itu kertas digunakan untuk mempermudah sistem kewangan mereka dengan mengunakan “teknologi” kertas agar lebih mudah dibawa.
Dan idea ini diterima pakai oleh pelbagai tamadun dan negara sehingga awal kurun ke-19.
Perak Lebih Sukar Ditemui
Pada kurun ke-18, wang logam emas dan perak masih lagi digunakan untuk urusniaga, samada dalam bentuk sandaran kertas atau fizikal. Pada masa itu terdapat dua jenis piawai iaitu “matawang piawaian emas” (Gold standard) dan “matawang piawaian perak” (Silver standard). Piawai ini digunakan untuk mengukur nilai matawang dan ianya berbeza disetiap zaman. Secara umum diantara kedua piawai ini, emas dilihat sebagai asset lebih berharga, dimana nisbah 1 emas adalah bersamaan dengan beberapa nisbah perak. Sebagai contoh di Amerika pada masa itu, 1 oz emas bersamaan 15 oz perak.
Pada masa ini pengeluaran emas terus meningkat. Tetapi lain pula kisahnya untuk perak. Pelombongan dan pengeluaran perak semakin susut kerana sukar ditemui. Dan permintaan semakin meningkat, dari sudut industri dan juga matawang menyebabkan nilai perak semakin naik. Tiba pada suatu tahap dimana perak menjadi lebih berharga dari emas.
Ini menjadikan nisbah ukuran emas kepada perak tidak tepat. Ini menyebabkan sistem piawai emas dan perak sukar diukur dan perlu dilihat semula.
Jerman Pertama Meningalkan “Piawaian Perak”
Disekitar tahun 1870, Jerman negara pertama, meninggalkan “piawaian perak” dan hanya mengunakan “piawaian emas”.
Ini adalah langkah yang diambil untuk mengatasi ketidak seimbangan pertukaran antara emas dan perak. Kerajan Jerman hanya perlu menumpukan pada satu piawai sahaja.
Dengan ini bermulanya “penghapusan wang perak” dari kitaran. Tindakan Jerman ini menyebabkan semua wang-wang perak tidak lagi diterima dan ditingalkan. Dan ini menyebabkan lambakan perak dipasaran, menjadikan nilainya jatuh.
Dan ini telah memberikan impak kepada negara-negara lain. Melihat insiden ini, dan Jerman sebagai sebuah negara berpengaruh, negara-negara lain turut serta meninggalkan “piawaian perak” dan mengangkat “Piawaian Emas” sebagai polisi matawang baru. Dan dengan insiden ini bermulalah proses wang-wang perak dikeluarkan dari kitaran.
Friday, January 7, 2011
Miskin di Negara Maju
"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Melaka tadi petang.Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"
Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.
Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.
"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.
Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"
Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.
Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.
Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.
Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju.
Friday, December 31, 2010
Dinar dan Dirham

Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.
Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.
Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.
Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.
Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.
Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.
Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.
Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.
Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.
Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
Sumber: http://emasdinar.blogspot.com
Sunday, May 30, 2010
Ekonomi maju - negara bangkrap?

Setiap kali pemimpin negara membicarakan tentang ekonomi negara, pemimpin kerajaan menyatakan bahawa ekonomi negara dalam keadaan baik, pertumbuhan ekonomi negara positif, ringgit kukuh dan macam-macam lagi.
Namun yang memelikkan rakyat Malaysia ialah mengapa di saat ekonomi negara dikatakan sangat baik dan bertumbuh dengan pesat, kerajaan bercakap untuk mengurangkan subsidi minyak.
Timbul difikiran rakyat, betulkah ekonomi kita baik, pertumbuhan positif dan sebagainya. Kalau betul baik mengapa negara semakin miskin dan mahu bangkrap dalam masa 9 tahun jika subsidi minyak tidak dikurangkan.
Mana satu betul ni?????^%$$^%$%$&@












