"Suatu
ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang
berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang
tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan
penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air
terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman
malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah
bersama keluarga.
Lautan
disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran,
dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan
untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya
wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan
kepingan2 emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang
bernilai. Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal
pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum
Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak
mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama
mereka.
Ada
kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta
mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong
membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut,
hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman
dan hidup dengan harmoninya.
Dipulau
yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum
Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau
adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka. Pulau Bayan juga
adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun
penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir
didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga
hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam
meneruskan kehidupan.
Kaum
Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2
barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau
Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih
daripada pulau mereka sendiri. Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik
dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar
barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang.
Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya
barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.
Pada
satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal
berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu
menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu. Gago dan Mago menceritakan
kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka
juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang
kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.
Kaum
Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang
kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka.
Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas,
apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub
kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat
meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka
dipulau itu.
Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank
akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka
dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan
simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang
mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja. Kaum Ayan yang
sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang
amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan
tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau
Aya.
Mereka meraikan penubuhan bank itu dengan meriahnya. Kaum Aya berpusu2 menyimpan wang emas mereka didalam bank
Gago dan Mago. Bagi setiap emas yang disimpan kaum Aya akan diberi
sekeping kertas bercetak yang mana mereka boleh gunakan untuk menuntut
kembali wang emas mereka.
Kaum
Aya amat gembira dengan wang kertas mereka, malah pada wang kertas
tersebut terdapat gambar pemimpin mereka Raja Aya, yang mana membuatkan
Raja Aya juga bangga dengannya
Sejumlah
100,000 kepingan emas didepositkan oleh kaum Ayan dan sejumlah wang
kertas yang sama juga dikeluarkan. Sekarang mereka menggunakan kertas
sebagai wang dan mendapati lebih mudah menggunakannya berbanding
kepingan emas yang berat sebelum ini. Wang kertas cetakan Gago dan Mago
menjadi salah satunya matawang yang digunakan dipulau Aya. Tiada lagi
mereka yang menggunakan kepingan emas.
Kaum
Ayan amat gembira kerana dengan mudahnya mereka boleh berurusan sesama
mereka. Mereka amat percayakan Gago dan Mago kerana setiap kali mereka
memulangkan wang kertas tersebut, kepingan emas mereka dikembalikan
semula. Gago dan Mago lama kelamaan menjadi seorang yang dihormati dan
dipuji didalam masyarakat pulau Aya.
Cerita
mengenai wang kertas di pulau Aya sampai kepengetahuan kaum Bayan dan
mereka juga tertarik dengan wang kertas tersebut. Mereka lantas meminta
bantuan Gago dan Mago. Dengan tersenyum, Gago dan Mago menyatakan mereka
dengan senang hati juga ingin membantu mereka. Mereka kemudian membina
bangunan yang sama di pulau Baya untuk digunakan sebagai bankdan Mago menjadi pengurus bank tersebut.
Berbeza
dengan pulau Aya, pulau Baya tidak mempunyai emas untuk disimpan oleh
kaum Bayan sebagai deposit. Mago menyatakan tidak mengapa, sebaliknya
dia akan memberikan 1000 keping wang kertas kepada setiap keluarga di
pulau Baya. Disebabkan ada 100 keluarga di Baya maka 100,000 keping wang
kertas diedarkan.
Akan
tetapi Mago memberi syarat, pada setiap tahun setiap keluarga mesti
memulangkan 1100 keping wang tersebut, 10 peratus lebihan tersebut
adalah untuk upah perkhidmatan mereka. Kaum Bayan mendapati wang kertas
suatu yang ajaib, ia membuatkan urusan perniagaan mereka semakin mudah
dan tiada lagi kerenah mencari orang lain yang ingin bertukar barangan
dengan mereka. Mereka semakin boleh tumpukan perhatian kepada satu
pekerjaan sahaja.
Ekonomi
Aya dan Baya semakin berkembang dengan pesatnya, Gago dan Mago membuat
keputusan sudah tiba masanya untuk menjalankan tipu muslihat mereka.
Gago mendapati pada satu2 masa, hanya 10% sahaja simpanan emas dituntut
oleh kaum Ayan, selebih 90% lagi selamat didalam simpanan. Melihat wang
kertas cetakan mereka sudah semakin diterimapakai, mereka mencetak lagi
sebanyak 900,000 wang kertas. Gago mengira, jika kaum Ayan datang
menuntut kembali wang emas mereka, dengan kadar 10% tuntutan pada satu2
masa, 100,000 kepingan emas cukup untuk menampung tuntutan itu.
Gago
kemudiannya meminjamkan wang kertas yang dicetak itu kepada penduduk
Aya yang memerlukannya dengan kadar faedah 15%. Lama kelamaan kaum Ayan
mendapati harga barangan mereka semakin meningkat. Mereka tertanya2 akan
tetapi tiada siapa yang tahu mengapa terjadinya demikian. Sesetengah
dari mereka yang meminjam wang dari Sago tidak mampu membayar balik
pinjaman walaupun mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang yang
lebih. Persaingan semakin sengit didalam perniagaan dan masyarakat
menjadi semakin kurang prihatin dan tidak lagi ambil peduli kebajikan
sesama mereka seperti sebelum ini.
Kaum
Bayan juga mendapati perkara yang sama terjadi kepada mereka, pada
mulanya mereka tidak nampak harga barangan yang meningkat, akan tetapi
mereka perasan akan perubahan dari segi sikap sesama mereka. Mereka
terpaksa lebih bersaing dan semakin kurang prihatin sesama mereka.
Walaupun terpaksa bekerja keras dan dengan cuba bersaing, sesetengah
mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Mereka tidak berjaya
mendapat wang yang cukup untuk dipulangkan kepada bank kepunyaan Mago.
Mago
mula merampas harta kepunyaan kaum Bayan yang tidak mampu membayar
pinjaman seperti tanah dan juga ternakan seperti lembu dan kambing. Tuk
Bayan juga antara mereka yang tidak mampu membayar balik akan tetapi
Mago memberi pinjaman semula kepada Tuk Bayan dan juga kepada kaum Bayan
yang lain yang mana ini menambah lagi hutang mereka. Tuk Bayan kemudian
tidak mampu lagi membayar dan Mago membiayainya lagi dengan lebih
banyak hutang yang perlu dibayar. Tuk Bayan mula mengelak dari berjumpa
dengan Mago, beliau sungguh malu malah kuasa, keberanian dan kehormatan
yang dimilikinya dahulu semakin hilang. Tuk Bayan sebaliknya mendapati
Mago menjadi semakin kaya dengan mengambil harta kaumnya. Malah beliau
merasakan kuasa, keberanian dan juga kehormatan yang dipunyainya dahulu
sekarang beralih kepada Mago.
Selepas
beberapa tahun, Gago dan Mago yang dahulunya berlabuh dipantai pulau
Aya dengan hanya mesin pencetak, sekarang adalah tuan punya kebanyakan
tanah dan harta dikedua2 pulau Aya dan Baya. Penduduk pulau tersebut
sekarang hanya menjadi pekerja dan hidup didalam kemiskinan. Mereka
terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung hidup yang semakin sukar.
Semakin kurang masa untuk bersama keluarga, rakan2 malahan untuk
beribadat. Masalah sosial semakin berleluasa, manusia semakin tidak
pedulikan manusia yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dengan
kemiskinan, penyakit sosial lain seperti kecurian, rompakan, pelacuran
juga semakin meningkat. Begitu juga dengan alam sekitar mereka yang
dahulunya bersih sekarang sudah tercemar akibat aktiviti penduduk Aya
dan Baya sendiri yang terpaksa mengekspoitasi sumber alam untuk membayar
hutang2 mereka.
Cara
hidup mereka sikit demi sedikit berubah kerana Gago dan Mago
memperkenalkan budaya "hebat" olahan masyarakat "hebat" dari mana mereka
berasal. Inilah penghujung budaya prihatin dan penyayang masyarakat
pulau Aya dan Baya yang hidup dengan aman dan prihatin sebelum Gago dan
Mago datang dengan mesin pencetak.
Gago
dan Mago tidak berhenti disitu, mereka terus menyebarkan pengaruh
mereka manusia dan masyarakat lain. Impian utama mereka adalah untuk
menjadi raja yang memerintah dunia dengan mewujudkan satu sistem
perbankan dengan satu sistem kewangan global.
Kita
boleh menganggap, berdasarkan perumpamaan diatas, dibawah sistem
kewangan antarabangsa, kejadian yang berlaku diatas adalah apa yang
berlaku pada negara2 membangun diserata dunia termasuklah negara kita
Malaysia.
1.
Inilah cara bagaimana wang dicipta dibawah sistem perbankan semasa.
Jika keperluan simpanan disyaratkan adalah 10% maka dengan simpanan
sebanyak 100,000, maka jumlah pinjaman yang boleh diberikan adalah
sebanyak 1,000,000 (100,000/0.1).
2. Lebih mudah untuk melihat permasalahan diatas dengan formula untuk pertukaran yang mana MV = PY
Didalam contoh diatas, dengan bertambahkan wang didalam kitaran M tanpa bertambahnya dengan kadar yang sama akan jumlah barangan atau perkhidmatan Y, paras harga P akan meningkat (dengan anggapan kadar kitaran, V, kekal tidak berubah).
3.
Pinjaman (bercampur dengan bunga/faedah) tidak akan habis dibayar
kerana bunga/faedah tersebut tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan
faedah 15% dari 900,000 iaitu 135,000, jadi jumlah yang perlu dibayar
adalah 1,035,000 tetapi hanya 1,000,000 wang yang wujud didalam sistem,
maka ketidak bolehan membayar balik memang tersedia didalam sistem tersebut.
4.
Disebabkan wang faedah/bunga yang dikenakan tidak wujud didalam sistem
itu maka persaingan untuk mengaut wang sedia berlaku, ini dapat dilihat
dalam persaingan didalam perniagaan. Sikap manusia secara keseluruhan
juga berubah dan lebih mementingkan diri sendiri.
5.
Disebabkan tiada wang yang cukup untuk membayar keseluruhan hutang
didalam sistem, akan terdapat mereka yang tidak dapat membayar hutang
(bankrup/harta dirampas/rumah dilelong).
6.
Bayangkan jika anda meminjam Rm10,000 dari rakan anda, apakah kelakuan
anda terhadap rakan anda itu tidak berubah, contohnya apabila
terserempak dijalanan? Lebih2 lagi apabila tempoh masa pinjaman yang
anda persetujui sebelum ini sudah terlewat?
Kredit kepada Prof Ahamed Kameel Mydin Meera untuk bukunya "The Theft Of Nation - Returning to Gold dan korekgold blogspot"
Terkejutkan?
Inilah rancangan jahat Yahudi Zionis yang dirancang sejak 100 tahun
dahulu lagi. Saya akan kupaskan lagi kepintaran mereka ini menerusi
artikel berikutnya. Perkongsian artikel ini saya lakukan sebagai ibadah
dan kesedaran bahawa sistem kewangan yang kita amalkan sekarang
sememangnya amalan Yahudi sejak zaman berzaman lagi yang suka
menjalankan amalan Riba dalam urusan perdagangan. Ia juga satu jalan
untuk Yahudi memiliki tanah seperti yang terjadi di Palestin dan menjadi
raja dunia. Fikir-fikirkan.
Sumber: Nazri Salleh
No comments:
Post a Comment