Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam
persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke
tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad
menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar
negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor,
itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed
Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang
anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.
Jun 2012, Mursi
dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin
sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya,
sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam
Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara
Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.
Presiden Mesir
menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat
dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar.
Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan
hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era
32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari
Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah
diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain.
Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza,
bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar
beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki
kepada para sukarelawan Gaza.
Morsi tidak cukup dengan itu,
mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan
ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan
beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat
nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras
kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa
delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan
dengan rasa tidak puas hati.
Didalam negara pula, presiden Mursi
berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di
istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera
yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh
mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa,
ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam
cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan
bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz
(profesional dan ustaz).
Namun! 3 julai 2013 merubah
segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras
untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera
juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang
dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan
dengan cara yang sangat biadap!
Dunia islam yang terkenal dengan
bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan
diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu
menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini
akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang
ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal
didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di
kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??
Kita!! Termasuk
Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu
dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara
islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya
hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi.
Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??
Selepas
ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu
sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup
kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir
akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan
yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.
Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia
muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman.
Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi
anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang
satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.
Sejarah hanya
berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu
dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda
memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh
ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan
pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung
tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar
berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar
tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi
ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada
diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan
kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang
berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh
Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah
syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini
untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman
menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang
mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman??
Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap,
Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin
mereka dibuatnya..”
Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung
besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas
hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara
mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan
ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika
itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari
mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri,
saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi
dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati
sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir
itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika
Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak
lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang
menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah..
tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku
ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!
No comments:
Post a Comment