Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Tuesday, March 4, 2014
Saturday, April 13, 2013
Masih dijajah oleh Barat...Aduhai...Negaraku Malaysia
Sebagai sebuah negara yang pernah kena jajah beberapa kali (oleh Belanda, Portugis, Inggeris, Jepun, dan Inggeris semula), psikologi orang Melayu khususnya sentiasa merasakan apa yang datang dari Barat adalah BAIK dan BETUL dari apa yang ada di negara sendiri walaupun negara sudah merdeka dari penjajah hampir 60 tahun.
Para ilmuan Malaysia juga masih belum dapat lari dari sindrom “colonized mind and attitude”. Menteri Pengajian Tinggi yang cuba membawa gelombang KPI bertanggungjawab membawa balik rakyat Malaysia khususnya para pensyarah di universiti MENYEMBAH DUNIA BARAT dengan mengikut apa sahaja yang dikemukakan oleh BARAT.
Beberapa pihak di Barat memulakan dengan permainan SENARAI 100 Universiti terbaik dunia, SENARAI 100 universiti Asia terbaik dengan mengemukakan beberapa kriteria.
Kemudian kriteria ini berubah-ubah dari masa ke semasa dan kemudian kriteria baru diwujudkan dengan permainan SCOPUS dan ISI di mana setiap penerbitan jurnal di dalam SCOPUS dan ISI dibayar dengan harga tinggi. Yang menerbit juga diberikan ganjaran wang antara RM1000 hingga RM10,000 bagi setiap artikel. Maka penerbit jurnal kaya mengutip yuran dari penulis untuk menerbit artikel; penulis juga kaya mengaut wang dari majikan universiti kerana bejaya menerbit artikel dalam senarai jurnal SCOPUS dan ISI.
Apa yang lebih parah ialah apabila artikel ditulis oleh sebilangan pensyarah sehingga ada artikel yang ditulis oleh 2 pensyarah, 5 pensyarah, 10 pensyarah, hatta ada juga satu artikel yang ditulis oleh 30 orang! Inilah Malaysia BOLEH! Profesor Ulung Negara, iaitu Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin, menggelar fenomena kegilaan menulis beramai-ramai dalam satu artikel ini sebagai “SARJANA GOTONG ROYONG.” Inilah agaknya yang mahu diwujudkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Malaysia yang membawa imej korporat dalam mengurus universiti.
Bukan “sarjana gotong royong sahaja” yang menjadi keghairahan para pensyarah dewasa ini, malah ramai pensyarah menenggek dalam artikel pensyarah lain untuk diterbitkan dalam senarai penerbitan SCOPUS dan ISI. Fenomena ini boleh digelar sebagai ”PENERBITAN TIMBANG KATI” di mana pensyarah menerbit apa sahaja dalam jurnal asalkan diterbitkan dalam jurnal SCOPUS dan ISI dan walaupun artikel dan jurnal itu tidak melambangkan bidang disiplin atau kepakaran pensyarah bekenaan.
Yang lebih jenaka pula ialah apabila pensyarah dan mereka yang berjawatan dalam pentadbiran yang menjadi penyunting dan pewasit jurnal SCOPUS dan ISI menawarkan diri kononnya mahu membantu pensyarah muda menulis dan menerbit artikel dalam jurnal SCOPUS dan ISI dengan syarat nama pensyarah itu dimasukkan dalam artikel berkenaan tanpa mengira bidang.
Maka pensyarah senior berkenaan dan mereka yang berjawatan dalam pentadbiran memiliki puluhan malah ratusan artikel dalam SCOPUS dan ISI walaupun nama pensyarah berkenaan berada dalam artikel yang bukan bidang disiplinnya . Dengan terbitnya artikel mereka dalam jurnal SCOPUS dan ISI, maka mereka menuntut ganjaran wang dari universiti atas alasan berjaya menaikkan KPI universiti dan menaikkan ranking universiti di mata dunia. Ada artikel bernilai RM1000, RM2000, dan paling tinggi RM10,000 untuk dituntut oleh pensyarah berkenaan.
Benarlah kata pepatah Melayu, menang sorak kampung tergadai. Jurnal tempatan tidak mendapat perhatian lagi dari pensyarah tempatan kerana permaian “politik perniagaan” Barat dan kerana kekalutan Menteri Pengajian Tinggi yang mengikut tarian Barat. Jurnal bahasa Melayu MALAP. Jurnal tempatan MATI.
Lebih teruk lagi apabila buku-buku dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris tidak lagi diberi perhatian, dan akibatnya, bilangan buku tulisan akademik amat berkurangan kerana BUKU tidak dinilai dalam KENAIKAN PANGKAT di universiti. Menteri Pengajian Tinggi dan Naib-Naib Canselor tidak mahu melihat buku sebagai sumber ilmu yang diedar dan dibaca oleh anggota masyarakat umum berbanding dengan jurnal yang hanya berada di rak buku dan dalam Internet untuk kegunaan ilmiah semata-mata.
Pentadbir universiti bagaikan lembu dicucuk hidung oleh hegomoni barat dalam permainan “politik perniagaan” oleh Barat dalam hal ini.
Di mana perginya jatidiri ilmuan Malaysia jika buku yang menjadi sumber ilmu tidak diiktiraf sebagai sumbangan ilmu dalam negara ini ketika menilai ilmuan dalam proses kenaikan pangkat?
Di mana pergi jatidiri jurnal dari Malaysia apabila pensyarah tidak mahu menulis dalam jurnal tempatan kerana segelintir kecil sahaja jurnal tempatan yang diterima sebagai jurnal SCOPUS dan ISI oleh Barat? Betul, IPTA sudah hilang arah haluan!
Di manakah keikhlasan pensyarah menulis artikel kerana ilmu dan bukan kerana mengejar status dan bukan kerana mengejar ganjaran yang lumayan sehingga menggadaikan jurnal tempatan serta buku tempatan dalam bahasa Melayu? Benarlah IPTA sudah hilang arah haluan!
Apakah bahasa Melayu ini hina sangat di sisi dunia sehingga tidak boleh menjadi bahasa ilmu? Memang IPTA sudah hilang arah haluan!
Inilah bukti kesan MENTAL DAN SIKAP ORANG YANG PERNAH DIJAJAH. Mereka melihat apa yang dibuat dan dicadangkan oleh Barat itu semua bagus dan betul sehingga mereka sanggup menyempitkan pembinaan khazanah ilmu dalam acuan kita sendiri.
Siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini kalau tidak Menteri Pengajian Tinggi dan Naib-Naib Canselor IPTA yang kini bukan berkhidmat untuk kesarjanaan tetapi untuk menjaga periuk nasi masing-masing! Inilah yang dikatakan IPTA sudah hilang arah haluan! Akhirnya PENJAJAH tetap ULUNG, ilmuan MALAYSIA kena GULUNG!
Sumber: http://kehidupan-phd.blogspot.com
Friday, May 25, 2012
Thursday, February 2, 2012
Wednesday, January 19, 2011
PensyarahTanpa Ph.D.......
Salam,Tulisan berkenaan dengan pensyarah dan kerjaya ini datangnya dari Dr Fauziah Mohd Noor dari UIAM. Harap dapat dijadikan panduan dan pengajaran.
..........................................................................
Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim (pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA))berkata:
"jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik."
Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D.
Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997.
Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? Mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan.
Sebagai contoh, suami terpaksa bercuti tanpa gaji selama 3 tahun dan anak sulung pula ketinggalan dalam pelajaran selama 3 tahun. (kerana polisi waktu itu mewajibkan Ph.D dari universiti di luar negara)
Tetapi untuk mereka yang memilih untuk menjadi pensyarah universiti terutamanya di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), perkara ini menjadi satu kewajiban.
Tanpa Ph.D, mereka boleh diminta supaya berhenti atau memilih kerjaya lain. Oleh kerana itu setiap pensyarah universiti perlu menyambung pelajaran ke tahap Ph.D, walaupun ada di antara mereka yang berat hati untuk berbuat demikian.
Namun tidak dinafikan terdapat juga pensyarah yang memang bercita-cita menyambung pelajaran ke tahap doktor falsafah kerana mereka memang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran dan cinta kepada pelajaran.
Bagaimanapun, jika hanya ingin mengejar sekeping kertas kerana inginkan gelaran 'doktor' pada pangkal nama hingga ada yang menipu dengan membeli gelaran tersebut, atau mengupah orang lain untuk membuat kajian dan menulis tesis, perjuangan itu tidak mempunyai makna.
Jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, biarlah niatnya ikhlas kerana mencari ilmu dan bukan kerana gelaran yang bakal diterima serta mengharapkan orang lain lebih hormat pada mereka.
Ada pihak yang berfikir dengan mempunyai gelaran doktor boleh memberikan kemewahan kepada mereka, saya rasa mereka telah tersimpang jauh dari matlamat sebenar.
Melalui pengalaman, saya pernah dijemput sebanyak tiga kali menjadi ahli panel di dalam perbincangan di dua buah stesyen televisyen (isu Aids, poligami dan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tetapi tidak pernah diberi sebarang hononarium kecuali secawan teh dan sekeping kuih.
Kenalan saya pernah berkata, "Rugilah macam tu, Fauziah. Habis tenaga, habis duit minyak dan habis masa."
Tetapi bagi saya itu adalah peluang saya berbakti kepada masyarakat.
Kalau bercakap tentang gaji, hakikatnya gaji mereka yang mempunyai Ph.D tidak setinggi mana dan atas dasar itu apabila penuntut-penuntut di universiti saya bertanya tentang gaji pensyarah yang memegang Ph.D, saya memberitahu mereka;
"kalau kamu nak buat duit dengan jadi pensyarah, lupakanlah. kalau kamu nak jadi kaya, pilihlah profesion lain yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan. Pensyarah hanya sesuai utk mereka yang cintakan ilmu dan suka belajar dan mengajar. Biarlah apa yang kita buat kerana Allah Ta'ala"
Semakin banyak yang kita pelajari akan semakin tahu berapa jahilnya kita dan berapa kerdilnya kita kerana banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu.
Ph.D bukan untuk bermegah-megah dan bukan untuk mencari nama. Semoga Allah memberkati kita semua dalam apa jua yang kita lakukan. Maaf jika ada tutur kata yang menyinggung perasaan.
Dr Fauziah Mohd Noor
Friday, October 29, 2010
Wajib Lulus Sejarah: Apa kata Profesor Khoo Kay Kim

Ahli Sejarah, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim hari ini menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk memertabatkan mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan negara amat wajar.Namun begitu, beliau tidak menolak keraguan sesetengah pihak yang mendakwa langkah ini diambil bertujuan menyelamatkan kepentingan politik parti pemerintah dan bukanlah semata-mata demi kepentingan sejarah itu sendiri.Keraguan ini memang mempunyai asasnya jika dilihat kembali terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ahli-ahli akademik khasnya untuk memertabatkan Sejarah yang selama ini dilihat sepi oleh kerajaan.
Hanya setelah kedudukan politik parti pemerintah ini dalam kedudukan genting, barulah kepentingan Sejarah dibangkitkan mereka.
Berbanding dengan usaha yang telah lama dijalankan oleh ahli akademik yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi.
"Kami, para akademik memang telah lama mengharap dan kemukakan usul agar Sejarah dijadikan salah satu mata pelajaran utama dalam sistem pendidikan negara ini.
"Tetapi nampaknya ia hanya boleh terlaksana apabila ada perwakilan Umno yang menyuarakannya dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini," demikian luahan Profesor Khoo ketika dihubungi FMT hari ini.
"Ahli politik bukanlah orangnya yang patut membuat keputusan tentang Sejarah dan dasar-dasar dalam sistem pendidikan negara.
"Perkara ini harus diputuskan oleh ahli-ahli akademik yang telah membuat penyelidikan begitu lama tentang sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara.
Ahli sejarah tulen
"Dalam konteks melibatkan Sejarah, keputusan harus melibatkan ahli sejarah yang tulen, yang tidak boleh dipengaruhi oleh agenda mana-mana parti politik," kata beliau lagi.
Menurut beliau lagi, matlamat untuk memperkasakan mata pelajaran Sejarah hanya boleh terlaksana jika pihak-pihak terbabit jujur untuk melaksanakannya dengan mengambil kira beberapa syarat.
"Guru-guru yang mengajar subjek Sejarah haruslah diberikan latihan semula. Mesti guru yang benar-benar memahami Sejarah, Undang-undang dan Perlembagaan Negara. Mereka haruslah memahami bagaimana negara ini ditubuhkan.
Beliau turut memberikan syarat sukatan mata pelajaran Sejarah dan buku teks Sejarah perlu dikaji dan ditulis semula.
"Penulis buku teks Sejarah haruslah di kalangan ahli sejarah yang benar-benar membuat penyelidikan tentang sesuatu Sejarah.
Bukannya menulis dengan jalan mudah, sekadar mengutip fakta dimana-mana buku, internet dan sebagainya," kata beliau lagi.
"Tindakan ‘menghitamkan’ dan ‘memutihkan’ sesuatu bahagian Sejarah adalah tindakan yang dibuat oleh bukan ahli sejarah tulen".
Sebelum ini, ketika menggulung perbahasan oleh Muhyiddin dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, beliau mengumumkan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat lulus dalam peperiksaan SPM.
Tuesday, June 8, 2010
Bateri tak hidup
Assalamualaikum wrt"Abah - kenapa bateri ni tak hidup bah ...." tanya sianak
"Bateri tu kena charge ...barulah boleh digunakan"jawab si ayah.
"Kita pun begitu juga... kalau dibiarkan tanpa di
"charge" ia akan lemah. " si ayah menyambung
"Bagaimana kita nak "charge" kan diri kita ayah" tanya
si anak kerana baru pertama kali dengar ungkapan sedemikian rupa.
"Pertama-tamanya kita kena lakukan apa yang wajib dan
tinggalkan yang haram. Kemudian kita lakukan yang
sunat - mengaji, berpuasa, bersedekah dan seumapanya"
"Bagaimana tandanya kalau "bateri" kita ini lemah
ayah?" tanya si anak
"Hidupnya sentiasa runsing .... silap sikit nak
marah.. hati susah nak terdorong buat yang baik....
amat mudah melakukan yang maksiat ..." jawab si ayah ringkas.
"Ohh gitu ...Insya Allah mulai hari ini, Anas tidak
akan tinggalkan sembahyang...malahan Anas akan selalu
ke masjid.
Belajar Grammar
Salam di sini ada sedikit tentang pelajaran English. Saya ambil dari blog Cikgu Mohd Yusoff (cikgutuition@yahoo.com). Kalau nak tuisyen boleh contact di email atau tel kkat bawah. Selamat BelajarJenis-jenis Verbs
Sebelum anda belajar secara mendalam tentang Verb Tenses seperti Present tenses, Past Tenses,Future tenses dan sebagainya, pastikan anda kenal jenis Verb terlebih dahulu. Ini amat penting kerana anda perlu tahu samaada Verbs yang anda akan gunakan itu boleh wujud dalam semua Tenses atau tidak.
Ada 3 jenis utama iaitu:-
1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif
2. Non progressive Verbs - Kata kerja tidak progresif
3. Mixed Verbs - Kata kerja campuran
1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif
Kebanyakan verbs adalah dalam kategori ini iaitu Verb jenis ini boleh ditambah -ing untuk menunjukkan ianya sedang berlaku (progressive /continuous)
Biasanya Verbs jenis ini ialah verbs Physical Actions yang mana anda boleh lihat seseorang/sesuatu itu membuatnya.
Progressive Verbs boleh wujud dalam semua 12 bentuk Tenses dalam bahasa Inggeris.
Cth2 Verbs - walk, talk, sleep, eat dsbnya
Untuk jenis ini anda boleh gunakan mereka dalam bentuk Verb + -ing atau Present Participle
Jadi anda boleh gunakan dalam Progressive tenses seperti:-
1. Ali is sleeping right now. -Kala Present Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku sekarang.
2. Ali was sleeping last night when I went to his house. -Kala Past Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku di masa lepas(was sleeping)dan dicelah oleh perbuatan lain ( I went)
3. Ali will be sleeping when I go to his house tonight. - Kala Future Progressive untuk perbuatan yang akan sedang berlaku di masa akan datang (will be sleeping) dan dicelah oleh perbuatan lain ( I go)
Ada lagi bentuk Progressive tenses seperti Present perfect progressive, Past perfect progressive, Future perfect progressive yang semuanya diterangkan oleh saya dalam kelas Intermediate Grammar saya..
Nanti sambung lagi ya..
Yusoff
0193090711
Monday, April 26, 2010
Teknik Mempelajari Matematik-Formula 5R (Untuk Anak2 Kita)
Assalamualaikum. Di sini saya ingin berkongsi bagaimana caranya untuk belajar matematik untuk anak-anak kita (diambil dari site latitubi). Di harap ilmu yang setitis ini dapat memberikan impak kepada pembelajaran anak-anak kita. Semoga apa yang dikongsi dapat meberi manfaat kepada kita. *********************************************************************************** Disini saya sediakan 5 cara bagaimana mempelajari matematik.
R1 - RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)
- Salin dengan tulisan yang terang.
- Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.
- Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.
- Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.
- Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.
- Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.
- Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.
- Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
- Selesaikan secara pantas.
- Teknik ini meningkatkan kemahiran.
- Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama dan begitulah seterusnya.
- Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.
- Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.
- Hari Sabtu, Ahad, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan banyak masalah Matematik yang bertaraf Peperiksaan.
Lafazkan.- Suara anda harus dikuatkan.
- Lafazkan formula berulang-ulang.
- Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.
- Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan (teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkahlangkah penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).
- Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun Sejarah atau Geografi.
- Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
- Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.
- Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.
Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya.

Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja. Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah.
Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting. Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan takut buku-buku tersebut mengalami kekotoran.
Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah. Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah. Sekian sahaja dari saya. Diharap secebis ilmu dapat disebarkan kepada warga TKO. Jikalau ingin membuat latih tubi Matematik Untuk anak-anak anda sila layari Sumber.
LAWAK MEMATIK:
Ketawa sejenak:



Subscribe to:
Posts (Atom)
