Showing posts with label Renungan. Show all posts
Showing posts with label Renungan. Show all posts
Tuesday, November 12, 2013
Sunday, October 27, 2013
Thursday, July 4, 2013
Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??
Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam
persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke
tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad
menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar
negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor,
itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed
Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang
anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran. Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.
Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.
Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.
Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).
Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!
Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??
Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??
Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.
Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.
Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”
Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!
Tuesday, July 2, 2013
MAGMA SEDANG MENGGELEGAK BAK AIR MENDIDIH DI BAWAH TANAH, TETAPI ORANG HIDUP DI ATASNYA DALAM KESELESAAN
Adalah menakjubkan bahawa terdapat magma panas yang menggelegak di
bawah tanah, ia menggelegak dengan bisingnya. Maksud saya magma ini yang
menggelegak seperti air dan kita mengadakan perbincangan diatasnya,
sebahagian berlayar, ada yang menganjurkan majlis perkahwinan, ada yang
menari di disko, ada yang tidur nyenyak, mereka semuanya sangat selesa.
Adakah anda tahu bahawa kerak bumi adalah senipis kupasan kulit epal,
ianya sebegitu nipis. Dan terdapat ruangan yang menakjubkan dan tambahan
lagi dalam luasnya ruangan tersebut, kita sedang bergerak dengan
kelajuan yang luar biasa. Bumi mungkin berlanggar dengan sesuatu
bila-bila masa, sesuatu dapat menyerang kita bila-bila masa... ini tidak
juga berlaku. Perkara ini sering terlepas. Misalnya, mereka berkata
meteor telah muncul di langit dan kemudian mereka berkata ia akan tangen
dengan Bumi, ianya akan tangen begitu, akan tangen begini, ia sentiasa
akan menjadi tangen tetapi ia tidak akan berlanggar. Tetapi lintasan
tangen begitu ini tidak akan berlaku dalam 2120. Ia tidak akan tangen
begitu tetapi terhempas terus ke dalam bumi ini, ia akan menyerang, ia
akan membuat lubang di bumi dan keluar dari arah sebelah lainnya, ia
akan berputar keliling, berpusing balik sekali lagi dan datang
menghempas dunia sekali lagi. Terdapat rujukan mengenai pertembungan
kedua di dalam al-Quran. Bumi ini akan rebah selepas itu, bumi ini akan
dibakar, bersama perlanggaran pertama akan ada gempa bumi besar-besaran
di bumi dan kemudian dengan perlanggaran kedua bumi ini akan dibakar
keseluruhannya. Biarlah mereka menulis begini untuk mereka yang akan
hidup pada tahun 2120.Harun Yahya
Friday, June 21, 2013
Friday, May 17, 2013
Kekitaan: Baik atau Buruk
Sudah menjadi
takdir Ilahi, bahawa suatu bangsa atau kaum yang mundur suatu ketika dahulu
kemudian menjadi kuat serta membina peradaban yang hebat. Siapa sangka,
puak-puak Jerman yang pada masa dahulu digelar “orang-orang gasar” (Barbarian)
kini maju dalam segala lapangan. Puak-puak Jerman ini pada ketika dahulu
melarikan diri ke arah barat Eropah serta merempat di tanah jajahan Rom kerana
dihambat oleh puak-puak Turki dari Asia Tengah pada kurun kelima.[1]
Puak-puak Jerman ini kemudian bersatu tenaga. Antaranya puak Anglo Saxon
berjaya membina kerajaannya di England setelah mengusir puak Briton ke
pergunungan Wales. Begitu juga dengan puak Jerman yang lain seperti puak Frank
yang membina kerajaannya di Gaul (Perancis) sehingga membina satu empayar yang
mahsyur di bawah Charles Mantel dan Charlermage.
Begitu juga dengan
bangsa Arab sebelum kedatangan Islam, amat lemah serta berpecah-belah kerana
mengamalkan semangat kesukuan yang sempit sehingga diperkotak-katikkan oleh
bangsa Rom dan Farsi. Namun setelah kedatangan Islam, wujudlah apa yang
dinamakan dengan persaudaraan sesama Islam. Semangat kerjasama ini akhirnya
menghasilkan sebuah tamadun yang agong.
Bangsa Mongol dan
Tartar di utara negeri China juga pada asalnya puak yang berpecah belah
sehingga terpaksa membayar ufti kepada kerajaan Dinasti Jin di yang berpusat di
Peking. Namun setelah kesatuan wujud di bawah kepimpinan Gengis Khan, bangsa
ini berjaya membina empayar yang amat luas dari negeri Cina sehingga ke lembah
Poland di Eropah serta dapat memusnahkan kerajaan-kerajaan Islam di Timur
seperti kerajaan Khawarismi (berpusat di Samarkand) dan kerajaan bani Abbasiyah
(berpusat di Bagdad) yang saling bermusuhan. Namun, setiap sesuatu peristiwa
itu pasti ada kebaikannya. Penakluk-penakluk berbangsa Monggol yang bersatu ini
kemudian memeluk agama Islam dan akhirnya mewujudkan kerajaan-kerajaan Islam
seperti di Xinjiang China (kerajaan Chagatai) dan kerajaan Islam di Eropah
timur (kerajaan Golden Horse).
Kerajaan Islam Mongol di Eropah kemudian berpecah dan kemudian tunduk pula
kepada bangsa yang mereka takluk iaitu bangsa Rusia (Slav). Begitu juga
kerajaan Chagatai yang berpecah dan akhirnya tunduk di bawah kerajaan Manchu.
Begitu juga dengan
bangsa Melayu yang mana pernah mengecapi zaman kegemilangannya.
Kerajaan-kerajaan Melayu sebelum kedatangan Islam pernah berusaha untuk
menyatukan semua rumpun Melayu namun tidak berjaya secara keseluruhannya.
Misalnya. Kerajaan Srivijaya pernah cuba menyatukan kepulauan Nusantara ini,
namun Cuma dapat menguasai pulau Sumatera, Jawa barat, sebahagian Pulau Broneo
barat, Semenanjung Tanah Melayu dan Segenting Kra. Namun, apa yang dilakukan
oleh kerajaan Majapahit adalah lebih
dianggap berjaya, walaupun tidak dapat menguasai keseluruhan rumpun Melayu di
Nusantara. Namun setelah kedatangan Islam umat Melayu didapati dapat bersatu
atas nama Islam walaupun terpisah dari segi politik. Ini kerana walaupun
mempunyai empayar atau kerajaan yang berasingan, kerajaan-kerajaan ini dapat
bersatu dari segi agama dan pertalian darah. Misalnya, Sultan Melaka mempunyai
pertalian darah dengan sultan-sultan di Tanah Melayu dan Sumatera. Manakala
Kesultanan Brunei mempunyai pertalian darah dengan kesultanan Manila, Mindoro,
Manguindanau dan Kesultanan Sulu. Kesultanan Melaka dan kesinambungannya
Kesutanan Johor-Riau seolah-olah diiktiraf sebagai Yang diPertuan Agong pada
kini. Maka dengan ini apabila Kesultanan Melaka dan kesinambungannya Kesutanan
Johor-Riau diancam oleh kerajaan asing maka, sultan-sultan negeri Melayu yang
lain akan turut membantu. Begitu juga apabila kesultanan kesultanan Manila,
Mindoro, Manguindanau dan Kesultanan Sulu diserang oleh Sepanyol maka adalah
menjadi tanggungjawab kepada kesultanan Brunei membantunya.
Namun, kegemilangan
kerajaan-kerajaan Melayu Islam ini akhirnya runtuh akibat hilangnya semangat
kerjasama dengan dikalangan orang Melayu Islam. Banyak peristiwa-peristiwa yang
mana terdapat kerajaan Melayu Islam yang bekerjasama pula dengan penjajah bagi
menjatuhkan kerajaan Islam yang lain. Misalnya sewaktu penyerangan tentara
Acheh ke atas Portugis di Melaka oleh Sultan Iskandar Muda pada tahun 1629,
kerajaan Johor, Pahang dan Patani datang membantu Portugis di Melaka. Begitu
juga dengan kerajaan Brunei yang pernah dikhianati oleh dua pembesarnya iaitu
Pengeran Seri Laila dan Pangeran Ratna yang bekerja sama dengan Sepanyol bagi
menyerang kerajaan Brunei pada 20 April 1578.[2]
Walaupun serangan tersebut telah gagal, namun ia secara tidak langsung
melemahkan kesultanan Brunei di kepulauan Filipina.
Berdasarkan sejarah
silam didapati bangsa-bangsa yang dahulunya berpecah dan mundur telah
melahirkan kerajaan-kerajaan yang hebat akibat dari perpaduan yang bercirikan
perasaan kekitaan atau assabiyah yang
tinggi berdasarkan kebangsaan. Namun demikian tamadun dan kerajaan yang mereka
dirikan akhirnya runtuh akibat perpecahan dan semangat kesukuan yang semakin
mengecil berdasarkan keturunan.
Oleh: Al-Mansor Abu Said
Oleh: Al-Mansor Abu Said
[1] Puak-puak Jerman seperti Ostrogoth, Visigoth, Vandal, Lombard, Aleman,
Frank, Anglo-Saxonbergerak dari sebelah utara sungai Rhine dan Danube kerana
diburu oleh puak-puak liar dari Asia Tengah seperti puak Hun dan puak Alan.
[2] Lihat Kesultanan Brunei Darussalam
Abad ke 15 dan ke 16 dalam Tamadun Melayu Jilid 3 oleh Wan Husein Azmi Abd
Kadir
Friday, May 3, 2013
Subhanallah kejadian WTC sudah tertulis dalam Al Quran..
Subhanallah kejadian WTC sudah tertulis dalam Al Quran..
Bismillahir-Rahmanir-Raahiim ..
“Tragedi 11 september 2001 memang membuat pilu.
Namun Kejadian tersebut Telah Tercatat dan tidak diketahui oleh seorangpun.
Adalah suatu Keajaiban Al-Quran yaitu membuktikan Suatu kejadian akan terjadi di masa mendatang.
Walaupun ALLAH telah MEMPERINGATKAN kita akan kejadian ini,namun kita tak sadar Akan maksud dari Surah At-Taubah ayat 109 ini : ”
Ternyata ALLAH telah memberikan kabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh
manusia. Ini adalah salah satu mukjizat Al-Qur’an yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.
Tragedi WTC ada dalam Surah At-Taubah Ayat 109 :
Terjemahan
“Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa
kepada ALLAH dan keridhaan-(NYA) itu yang baik, ataukah orang-orang
yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh , lalu
bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam.
Dan ALLAH tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang Zalim.”
Disitu disebutkan keruntuhan sebuah bangunan karena yang mendirikannya adalah orang -orang yang zalim.
Pada Surah At-Taubah di atas telah disebutkan kata ditepi jurang yang runtuh yang dalam arabnya “JURUFIN HAR”. ulama tafsir dulu menterjemahakan kata ini sebagai “tepi jurang yang runtuh”
ternyata 14 abad kemudian kata tersebut menjadi nama sebuah jalan dikota New York tempat berdirinya WTC, iaitu : Jalan JERF HAR.
Subhanallah.. !!
Kita ingat kejadian Gedung WTC runtuh pada tanggal 11-9-2001.
Mari kita lihat beberapa kesamaan (yang mestinya bukan hanya kebetulan semata-mata ) :
1. Tanggal 11 adalah tanggal terjadinya tragedi WTC , apakah suatu kebetulan bila surat At Taubah terletak pada juz ke 11.
2. Bulan terjadinya tragedi itu adalah bulan September (bulan ke 9), apakah secara kebetulan jika surat At Taubah berada pada urutan ke 9 dari Alquran.
3. Tahun terjadinya tragedi itu adalah tahun 2001 , apakah secara kebetulan pula bila jumlah huruf dalam surat At Taubah terdiri dari 2001 huruf.
4. Jumlah tingkat di gedung WTC ada 109 tingkat, sekali lagi apakah mungkin kebetulan – berulang sampai 4 kali – bila hal tersebut sudah tertulis dalam Surah At Taubah ayat 109.
SubhanAllah,,
Maha Suci ALLAH dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-MU.. !
Sungguh benarlah firman-MU :
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru langit dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Qur’an itu adalah benar.
(Al Qur’an, surah Al Fushshilat 53)
Maha benar ALLAH dengan segala firman-Nya...
Bismillahir-Rahmanir-Raahiim ..
“Tragedi 11 september 2001 memang membuat pilu.
Namun Kejadian tersebut Telah Tercatat dan tidak diketahui oleh seorangpun.
Adalah suatu Keajaiban Al-Quran yaitu membuktikan Suatu kejadian akan terjadi di masa mendatang.
Walaupun ALLAH telah MEMPERINGATKAN kita akan kejadian ini,namun kita tak sadar Akan maksud dari Surah At-Taubah ayat 109 ini : ”
Ternyata ALLAH telah memberikan kabarnya 14 abad yang lalu tanpa diketahui oleh
manusia. Ini adalah salah satu mukjizat Al-Qur’an yang telah membuktikan kejadian pada masa yang akan datang.
Tragedi WTC ada dalam Surah At-Taubah Ayat 109 :
Terjemahan
“Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunannya di atas dasar taqwa
kepada ALLAH dan keridhaan-(NYA) itu yang baik, ataukah orang-orang
yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh , lalu
bangunannya itu jatuh bersama-sama dengan dia ke dalam neraka Jahannam.
Dan ALLAH tidak memberikan petunjuk kepada orang-orang yang Zalim.”
Disitu disebutkan keruntuhan sebuah bangunan karena yang mendirikannya adalah orang -orang yang zalim.
Pada Surah At-Taubah di atas telah disebutkan kata ditepi jurang yang runtuh yang dalam arabnya “JURUFIN HAR”. ulama tafsir dulu menterjemahakan kata ini sebagai “tepi jurang yang runtuh”
ternyata 14 abad kemudian kata tersebut menjadi nama sebuah jalan dikota New York tempat berdirinya WTC, iaitu : Jalan JERF HAR.
Subhanallah.. !!
Kita ingat kejadian Gedung WTC runtuh pada tanggal 11-9-2001.
Mari kita lihat beberapa kesamaan (yang mestinya bukan hanya kebetulan semata-mata ) :
1. Tanggal 11 adalah tanggal terjadinya tragedi WTC , apakah suatu kebetulan bila surat At Taubah terletak pada juz ke 11.
2. Bulan terjadinya tragedi itu adalah bulan September (bulan ke 9), apakah secara kebetulan jika surat At Taubah berada pada urutan ke 9 dari Alquran.
3. Tahun terjadinya tragedi itu adalah tahun 2001 , apakah secara kebetulan pula bila jumlah huruf dalam surat At Taubah terdiri dari 2001 huruf.
4. Jumlah tingkat di gedung WTC ada 109 tingkat, sekali lagi apakah mungkin kebetulan – berulang sampai 4 kali – bila hal tersebut sudah tertulis dalam Surah At Taubah ayat 109.
SubhanAllah,,
Maha Suci ALLAH dan sungguh benar Muhammad adalah Rasul-MU.. !
Sungguh benarlah firman-MU :
“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap penjuru langit dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahawa Al Qur’an itu adalah benar.
(Al Qur’an, surah Al Fushshilat 53)
Maha benar ALLAH dengan segala firman-Nya...
Saturday, April 13, 2013
Tuesday, December 11, 2012
Sunday, December 2, 2012
Pendidikan aliran Cina halang perpaduan -Prof Dr Teo Kok Seong
Pendidikan aliran Cina di Malaysia, yang menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, mempunyai warisan cemerlang yang sudah berusia dua abad. Ia sering dipuji kerana mutu pendidikannya yang tinggi. Ini hasil daripada pengurusan yang cekap serta pembabitan komuniti yang aktif. Kini terdapat 1,280 buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan 60 buah sekolah persendirian Cina di seluruh negara.Walau bagaimanapun, ia selalu dipersepikan sebagai antinasional pada julat yang paling ekstrem dan sebagai isu perkauman saja pada julat yang kurang ekstrem. Hal ini disebabkan, antaranya oleh perjuangan dan tuntutan sesetengah persatuan Cina. Antaranya adalah Dong Zong, iaitu Persatuan Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Jiao Zong, iaitu Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia. Perjuangan dan tuntutan dua persatuan ini sering didapati keterlaluan. Ini kerana mereka tidak mahu mengambil kira Malaysia sebagai masyarakat majmuk, dengan kaum Melayu selaku penduduk asal dan dominan. Sehubungan ini, dalam banyak tindakan mereka, resam di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, sengaja dikesampingkan.
Usaha parti politik Cina, seperti MCA dan GERAKAN untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah Cina, seperti kesesakan pelajar dan kekurangan guru, bukan saja diperlekeh. Malah, ia ditolak sebagai tidak sesuai untuk pelestarian pendidikan aliran Cina di Malaysia oleh dua persatuan ini.
Akibat keadaan yang tidak mesra kepada bahasa Melayu ini, lepasan sekolah Cina rata-ratanya didapati bukan saja tidak cekap berbahasa Melayu. Tetapi lebih malang lagi mereka tidak mempunyai sikap integratif terhadap bahasa Melayu dan juga orang Melayu selaku penutur jatinya. Sehubungan ini, mereka didapati tidak mampu mempamerkan jati diri kebangsaan, khususnya dalam konteks kecekapan berbahasa Melayu.
Persepsi umum masyarakat Malaysia, khususnya daripada kaum Melayu dan juga sebilangan orang Cina sendiri, mengenai pendidikan aliran Cina adalah penghalang kepada perpaduan yang cuba dipupuk, melalui sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini didapati benar apabila diteliti beberapa tuntutan dan syarat yang pernah dan sedang dihantar sebagai memorandum oleh dua persatuan ini kepada kerajaan.
Pertama ialah keengganan untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk Malaysia Negaraku, mata pelajaran kerakyatan yang sepatutnya mula diajar pada 2011 melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia yang hanya mengambil masa 30 minit seminggu dan ingin disampaikan dalam bahasa Melayu, sebagai lambang negara, untuk membentuk jati diri kebangsaan dalam kalangan golongan muda kita, ditolak atas pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Kedua ialah syarat penempatan guru. Semua guru yang berkhidmat di sekolah jenis kebangsaan Cina, dikehendaki memiliki kepujian dalam bahasa Mandarin pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia, walaupun sesetengahnya tidak pun mengajar mata pelajaran yang menggunakan bahasa itu. Dengan pelaksanaan syarat ini, boleh dikatakan semua guru di sekolah Cina, akan terdiri daripada kaum Cina saja. Peraturan begini sudah tentu boleh menjejaskan pemupukan perpaduan di sekolah.
Guru hanya kaum Cina
Ketiga ialah keengganan menambah masa pendidikan bahasa Melayu untuk kedua-dua tahap satu dan dua, serta menyelaraskan sukatan pelajaran bahasa Melayu untuk tahap dua agar sama dengan yang digunakan di sekolah kebangsaan. Tujuannya adalah untuk mempertingkat pengetahuan dan penguasaan pelajar Cina agar menjadi lebih baik lagi.
Sesungguhnya tiga tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai perbuatan keterlaluan untuk melindungi bahasa Mandarin selaku bahasa etnik Cina. Malang sekali, ia dilakukan dengan mengetepikan bahasa Melayu, yakni bahasa negara yang diberi peranan untuk menyatukan rakyat dan membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda.
Akibat keadaan yang tidak mesra kepada bahasa Melayu ini, lepasan sekolah Cina rata-ratanya didapati bukan saja tidak cekap berbahasa Melayu. Tetapi lebih malang lagi mereka tidak mempunyai sikap integratif terhadap bahasa Melayu dan juga orang Melayu selaku penutur jatinya. Sehubungan ini, mereka didapati tidak mampu mempamerkan jati diri kebangsaan, khususnya dalam konteks kecekapan berbahasa Melayu.
Oleh sebab keengganan kaum Cina untuk ikut membantu memupuk perpaduan dan membentuk jati diri, melalui bahasa Melayu, tujuan murni kerajaan untuk membina negara bangsa yang bersatu padu dan rakyat yang berjaya mempamerkan jati diri kebangsaan dengan menggunakan lambang dan proses sosiobudaya Melayu, tidak kesampaian.
Sesungguhnya, bahasa Melayu mampu menyatupadukan rakyat kita yang berbilang kaum, serta mampu membentuk jati diri kebangsaan yang utuh dalam kalangan kita semua. Hanya kita sendiri yang menghalangnya atas kejahilan bahawa pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang lebih baik itu, boleh menggugat etnisiti tertentu.
Penulis Profesor Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Thursday, November 29, 2012
Monday, November 12, 2012
Friday, July 20, 2012
Rentung
PELABUHAN
HARCOURT, Nigeria - Lebih 100 orang yang cuba mengambil minyak petrol
daripada sebuah lori tangki yang terbalik, maut apabila kenderaan itu
disambar api.
Wanita
dan kanak-kanak merupakan antara mangsa yang rentung. Sementara
berpuluh-puluh yang lain mengalami kecederaan serius. Sebelum itu,
pasukan tentera memberi amaran bahawa kebakaran boleh berlaku bila-bila
masa sahaja.
Lebih 85 orang mangsa kemudian dikebumikan dalam satu kubur.
"Lori
tangki itu terbalik kerana cuba mengelak tiga buah kenderaan dari arah
bertentangan," jelas Ketua Suruhanjaya Keselamatan Jalan Raya
Persekutuan, Kayode Olagunju.
Tidak
lama kemudian, beratus-ratus penduduk tempatan di Ahoada memenuhi
lokasi kejadian untuk mencedok minyak yang tumpah. Kebanyakan mangsa
yang mati ialah pemandu teksi motor, dikenali sebagai Okada.
Beberapa
buah jengkaut dibawa untuk menggali kubur besar untuk mengebumikan
mangsa yang mayat mereka rosak teruk dan sukar untuk dikenal pasti atau
diangkat ke tempat lain. Menilai kepada tahap kecederaan mangsa yang
dirawat di hospital, jumlah kematian mungkin akan terus meningkat.
Kebocoran
minyak dan kemalangan lori tangki sering berlaku di negara Afrika yang
kaya dengan hasil minyak itu. Pada Oktober 1998, lebih 1,000 orang maut
di Jesse, negeri Delta apabila sebuah paip saluran minyak meletup ketika
orang ramai sibuk hendak mencuri minyak - AFP
Wednesday, June 13, 2012
Sunday, May 27, 2012
Ini 'Wasatiyyah' Atau 'Wa Tala Kisah' : Himpunan 2 juta Belia



Kejahilan generasi muda terhadap Islam
Sumber: Blog Na'im Nikmt
Thursday, May 10, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Thursday, April 26, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)






