Showing posts with label Sosial. Show all posts
Showing posts with label Sosial. Show all posts

Monday, January 16, 2012

Awas! Gambar Anda tidak berpakaian boleh dirakam di bilik mandi


Awas! Jangan Gambar Bogel Anda Pula yang dirakam
ini adalah Peringatan bagi sesiapa yang sering menginap di hotel,

Sila periksa semua keadaan didalam bilik mandi dan ruang tidur anda kerana mungkin didalam tandas itu mempunyai kemera tersembunyi,terutamanya kaum wanita.


semestinya anda tidak mahu sekiranya gambar personal anda disebarkan oleh orang tidak bertanggungjawab..jadi beringatlah dan berhati-hati..

Awas! Jangan Gambar Bogel Anda Pula yang dirakam

Wednesday, January 11, 2012

EMAS Dilombong ditepi Jalan: Betul ke??

JOHOR BAHRU: Ratusan individu bakal bergelar jutawan sekiranya puluhan ketulan batu didakwa bersalut hablur emas yang dikumpul keluarga masing-masing sejak empat hari lalu di Jalan Mewah, Kampung Melayu Majidee disahkan emas tulen.


Setakat semalam, kumpulan berkenaan tinggal selangkah lagi untuk bergelar jutawan selepas wakil pemilik kedai emas yang beroperasi di sebuah pusat beli-belah di Tampoi mengesahkan ia emas tulen.

Penduduk memaklumkan, mereka mendapat kerjasama wakil kedai emas berkenaan yang datang ke lokasi dan melakukan pemeriksaan ke atas ketulan batu itu, kelmarin.

Hasilnya, wakil berkenaan mendakwa ketulan batu diselaputi warna kuning tua itu adalah emas tulen yang mempunyai gred terbaik.

Bagaimanapun, perkara itu belum ditentukan kesahihannya 100 peratus kerana banyak lagi kajian serta ujian perlu dilakukan sebelum menyatakan ketulan batu berkenaan sahih diselaputi emas tulen.

Idham Mohd Diah, 36, berkata, wakil pemilik kedai emas yang mengunjungi tapak pencarian itu turut dikatakan menempah batu kononnya mengandungi hablur emas.

“Ada penduduk yang mendakwa batu yang dikumpul mereka itu sudah ditempah pembeli emas dengan harga hingga RM15,000.

“Saya dan bapa menemui beberapa ketulan emas sejak mencarinya empat hari lalu,” katanya.
Suri rumah dari Stulang, Munawarah Rashid, 29, berkata, sejak jam 10 pagi hingga 3 petang semalam, dia serta suami mengumpul 40 batu bersalut hablur dipercayai emas.

“Kami bercadang kembali semula ke sini pagi ini dengan harapan dapat menemui lebih banyak batu berkenaan.

“Saya mendapat tahu berkaitan penemuan batu terbabit menerusi rakan yang mendakwa mengumpul 20 ketulan batu bersalut hablur emas dalam tempoh dua jam, kelmarin.

“Sekiranya benar ia emas tulen, kami menganggapnya rezeki,” katanya.

Munawarah berkata, dia turut tahu berkaitan kesahihan yang dimaklumkan wakil kedai emas berkenaan dan berharap ia benar.

Penduduk, Mohd Diah Abdullah, 63, berkata, suasana perkampungan itu bertukar riuh selepas penemuan batu bersalut warna keemasan terbabit.

Menurut Diah, individu pertama menemui batu itu adalah keluarga besannya, empat hari lalu.

Sumber : metro

Sunday, October 23, 2011

Tidak membayar hutang RM150 kena penjara

Lewat bayar hutang RM150 saja, mahkamah arahkan orang Melayu ini dipenjarakan. Melayu bernama Suradi ni bukan kaki rasuah, bukan kaki betina, bukan perompak, bukannya murtad. Beliau ditimpa kemalangan menyebabkan beliau terpaksa menjual kereta, tetapi ditipu.

Namun beliau tetap berusaha membayar hutang, isteri beliau juga bekerja, berlapar untuk membantu suami.


   
RAYU BEBAS SUAMI MUFLIS DARI PENJARA

Berita Harian 17 Okt 2011

   
KUALA LUMPUR: Suri rumah Rosnah Mohd Sailan, 43, kini terpaksa menyara tiga anak yang masih bersekolah selepas suaminya, Suradi Daruis, 43, dipenjarakan sebulan kerana melanggar perintah mahkamah membayar RM100 sebulan selepas beliau diisytiharkan muflis gagal membayar ansuran bulanan kereta yang dijual kepada pihak ketiga.
 
Wanita dari Kg Bukit Naga, Bukit Kemuning, Shah Alam itu bimbang suaminya akan dibuang kerja, sekali gus menyebabkan masa depan mereka sekeluarga tidak terjamin selain suaminya mungkin gagal mendapat kerja baru kerana statusnya bekas banduan dan muflis. “Saya merayu mahkamah bebaskan suami saya, kalau saya tahu begini jadinya kami sekeluarga rela tidak makan untuk bayar semua tunggakan itu,” katanya kepada Berita Harian, ketika ditemui di rumahnya di Shah Alam, semalam.
 
Rosnah berkata, suaminya kemalangan pada 1997 dihempap besi satu tan menyebabkan sebelah kaki remuk dan tidak bekerja selama setahun sekali gus memaksa menjual kereta Proton Saga miliknya kepada kenalan adiknya yang gagal membayar ansuran bulanan kenderaan itu.
 
Sehubungan itu katanya, bank terbabit menarik dan melelong kereta itu selain suaminya diisytiharkan muflis kerana gagal membayar ansuran kereta itu dan beliau (pemilik) serta Suradi (penjamin) diperintah membayar RM30,000 dan RM34,000 kepada pihak bank.
 
Rosnah berkata, beliau mengambil upah RM300 sebulan dengan mengasuh anak jirannya bagi menampung pendapatan suaminya RM1,200 sebulan bagi membiayai keperluan anak mereka yang berumur antara 12 dan 17 tahun.
   
SUDAH DIISYTIHAR MUFLIS, DIPENJARA PULA SEBULAN
Berita Harian 24 Okt 2011
 
SURADI Darius, berusia 43 tahun diisytiharkan bankrap pada 2004 akibat kegagalan melangsaikan hutang pinjaman kereta. Suradi diarahkan Pejabat Insolvensi Malaysia untuk membayar ansuran RM50 sebulan sehingga penyelesaian penuh hutang selari dengan perintah mahkamah bertarikh 4 Mac 2005.
 
Isteri Suradi, Rosnah Mohd @ Sailan sebagai penjamin juga diisytihar bankrap. Suradi terpaksa membayar hutang isterinya RM50 sebulan menjadikan ansuran bulanannya ialah RM100.
 
Suradi tidak mempertikaikan keputusan mahkamah pada 27 September lalu kerana berdasarkan undang-undang. Namun, adalah keterlaluan dan tidak setimpal jika beliau dipenjarakan sebulan hanya kerana gagal membayar baki RM150.
 
Jika Suradi hidup mewah dan enggan mematuhi perintah mahkamah, wajar tindakan memenjarakannya dilaksanakan. Kes Suradi ialah yang pertama di Malaysia dengan tindakan memenjarakan si bankrap dilaksanakan sejajar dengan lunas undang-undang. Namun, persoalannya, adakah wajar dan patut beliau dipenjarakan sebulan?
   
1,086 PENJAWAT AWAM MUFLIS
Berita Harian 3 Mac 2011
 
Kakitangan diisytihar bankrap tak boleh terima pencen, ganjaran
 
PUTRAJAYA: Jabatan Insolvensi Malaysia merekodkan 1,086 penjawat awam diisytiharkan muflis pada 2009 dan 72.74 peratus atau 790 adalah lelaki. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata masalah itu perlu diatasi segera kerana ia dikhuatiri boleh menjejaskan prestasi mereka sehingga memaksa tindakan tatatertib dikenakan terhadap kakitangan terbabit. “Penjawat awam nadi penggerak dalam memastikan hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi dan maju menjelang 2020 dapat dicapai.
   
41 BELIA MUFLIS SETIAP HARI GAGAL URUS KEWANGAN
Utusan Malaysia 12 Okt 2011
 
KUALA LUMPUR 11 Okt. - Seramai 41 belia Malaysia berumur lingkungan 21 hingga 40 tahun dianggarkan menjadi muflis setiap hari akibat kurangnya pengetahuan berkaitan pengurusan kewangan.
 

Thursday, April 21, 2011

Kisah Wanita Tua Yahudi yang Memeluk Islam

"Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW? Nabi SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Nabi SAW menziarahi dan merawati wanita tua tadi, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.

Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.

Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang wanita tua Yahudi.

Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tadi. Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.

Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.

Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.

Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan tadi dan isterinya. Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.

Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.

Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi tadi telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tadi.

Moral of the story :

Hidayah hanya Allah yang beri kepada sesiapa yang dikehendakki. Kita cuma boleh ketuk pintu hidayah.

Kalau wanita tua Yahudi, yang memaki hamun kita, Islam suruh kita berbuat baik, apa lagi ibu kandung kita sendiri yang beragama Islam, yang sudah tua, yang sentiasa berleter.

Sejarah itu sentiasa berulang.

Siapakah Suhaib Webb ini ? Saya ada tulis sedikit sebelum ini mengenai siapa Suhaib Webb di waghih.blogspot.com

Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

Sunday, March 13, 2011

TSUNAMI: Kartun "BERITA HARIAN" dan "fizz fairuz" memalukan Malaysia

Alahai Berita Harian. Mana pergi celiknya mata Ketua Editor? Ke kerja main 'tutup mata' je, kasi approve segala materials janji paper published and masuk market?

And now, even the CNN is reporting this news. I guess, to those in the Editorial Board of Berita Harian, ready to cover your assholes! CLICK HERE for the CNN brief news on this matter.

Are there still stupid, insensitive and uncivilized 'people' in Berita Harian?


Itulah jadinya bila manusia sekadar kerja untuk DUIT!!!! |

Ni seorang lagi artis yang melawak (dalam twitter) tak kena tempat yang bernama FIZZ FAIRUZ

Pesanan kepada Fizz Fairuz dan kepada sesiapa sahaja di luar sana, lawak atau gurauan sebegini tak kelakar dan tak melucukan langsung di kala bencana melanda. Sila jangan buat kelakar sebegini. Menampakkan diri sendiri tak berapa sensitif. Lagi-lagi kalau anda seorang selebriti yang ramai follower. Sekian terima kasih

Wednesday, March 9, 2011

Saman ekor bawa motor tak pakai tali pinggang, ?????????

"Ada ke orang di Sabah ni kena saman ekor sebab bawa motosikal tidak pakai tali pinggang keledar? Bukankah ini menunjukkan sistem Saman Ekor ni hari demi hari menunjukkan KEGANJILAN DAN KEKUSUTAN pihak polis termasuk MENTERI dan PERDANA MENTERInya sekali? Cukuplah, hentikanlah mengugut rakyat suruh bayar saman ekor. Lebih banyak kes begini akan keluar dalam akhbar.

Sebelum ni atok umur 85 tahun di saman ekor bawa motosikal kuasa besar 500cc, kisahnya di amkns.blogspot.com



POLIS PERLU PASTIKAN DATA SAMAN EKOR TEPAT ELAK KEKELIRUAN
BERITA HARIAN 9 Mac 2011

HAMPIR semua rakyat mempunyai saman yang perlu dijelaskan menyokong perlanjutan tempoh pembayaran saman. Bukan kerana tidak mahu membayar, tetapi disebabkan sibuk dengan tugasan harian dan tidak menyedari mereka mempunyai ‘saman ekor'.

Saman bermaksud mengenakan hukuman atau denda kepada pesalah trafik dengan harapan pesalah tidak mengulangi kesalahan terbabit. Masalahnya, apakah matlamat saman dikeluarkan terutama ‘saman ekor'? Apakah saman itu dikeluarkan dengan betul kepada pesalah trafik? Apakah nombor pendaftaran kenderaan juga betul?

Apa yang dikesali, apabila saya membuat pemeriksaan saman di Ibu Pejabat Polis (IPD) Penampang, didapati sebuah kenderaan didaftar atas nama saya disaman pada 2005 oleh PDRM daerah Tawau.

Tetapi, kenderaan itu digunakan di Kota Kinabalu sejak 2000 hingga 2008.
Pada 2008 barulah kenderaan itu dihantar ke Tawau untuk kegunaan anak saya. Lebih mengejutkan, apabila diperiksa kesalahan itu, kenderaan saya adalah motosikal, tetapi disaman atas kesalahan ‘tidak memakai tali pinggang keledar'.

Apabila saya menjelaskan perkara itu kepada pegawai terbabit, saya dinasihatkan merujuk kepada IPD pengeluar saman di Tawau. Saya yakin bukan hanya saya seorang menghadapi keadaan sebegitu berhubung ‘saman ekor' di negara ini bahkan ramai lagi tetapi tidak ingin membesar-besarkannya.

Sepatutnya, sebelumnya pihak polis mengeluarkan saman, terutamanya ‘saman ekor', pastikan dulu data kenderaan adalah betul. Jangan hanya mengutamakan kuantiti tetapi kualiti diabaikan.

Thursday, February 3, 2011

Nasihat kepada pengguna internet

"Assalamualaikum kepada semua pengguna internet. Semoga sihat walafiat semuanya.

Di sini saya nak ingatkan diri sendiri dan juga kesemua pengguna internet. Kadang-kadang kita terlupa, dan kadang – kadang kita terlalu taksub sehingga kita melampaui batasan yang ada. Dan jarang – jarang kita saling mengingati antara satu sama lain.


Jauhi fitnah.

Pertama sekali saya terpanggil untuk membetulkan satu budaya yang semakin berleluasa. Memang betul, dengan adanya internet dan segala kemudahan pada dewasa kini kita mudah mendapatkan maklumat. Tetapi berhati-hatilah dalam memilih dan menilai. Apa yang dikesalkan adalah segelintir antara kita terlalu mudah menerima sesuatu info tanpa sumber yang sahih sama ada mengeluarkan artikel mahupun dalam memberikan pandangan dan komen. Ingatlah bahawa sekiranya sesuatu yang diperkatakan itu tidak betul, kita sama menanggung dosa memfitnah dalam menyebarkannya. Berpeluangkah kita untuk memohon maaf terhadap orang yang difitnah?

Kawal ketaksuban.
Seterusnya, dalam kita berpolitik, kawallah ketaksuban kita. Apa yang diperhatikan ialah apabila seseorang itu menyokong kerajaan, apa yang diutarakan oleh pembangkang semuanya salah di mata pembaca tersebut. Samalah budayanya dipihak penyokong pembangkang. Apa yang kerajaan jalankan semua salah dihati pembaca kalian. Berlakulah adil dalam memberikan pandangan dan mengkritik. Sekiranya betul, katakan betul dan sekiranya salah, janganlah menegakkan benang yang basah. Tidak semua pembaca bersikap sebegini tetapi eloklah jika kita saling mengingati.

Jaga budi bahasa

Seronok juga baca artikel-artikel di interneti. Kadang-kadang banyak benda yang tidak dapat diperoleh sebagai maklumat sama ada di TV3 mahupun Utusan. dibenar nasihatkan dalam kita memberikan pandangan dan komen, jagalah budi bahasa kita. Jauhilah perbuatan mencarut, menghina, mencaci dan sebagainya (termasuklah menulis perkataan tanpa huruf yang cukup dan dihiasi dengan bintang-bintang seperti ini --->***)

Berfikir sebelum berbicara

Seterusnya saya percaya kesemua pembaca disini waras-waras serta mempunyai akal fikiran yang sihat semuanya, Insyaallah. Tetapi, kadangkala, sebelum kita mengeluarkan sesuatu artikel, memberi pandangan atau komen, ambillah masa sejenak untuk berfikir. Kadang-kala sesetengah benda yang diperkatakan itu menampakkan kedangkalan pembaca sendiri, tahap pemikiran, dan ''kecerdikan'' penulis. Fahamilah dengan betul dan kajilah sesuatu isu sebelum diperkatakan.

Akhir kata, satu kunci yang boleh dijadikan panduan kepada pada pembaca sekalian sebelum mengeluarkan artikel/komen/pandangan. Kuncinya ialah tanya pada diri sendiri sebelum menekan petak-petak huruf di laptop/komputer anda. « Adakah apa yang akan aku tulis, aku perkatakan ini akan disenangi oleh Nabi sekiranya Nabi membacanya dan adakah Allah menyukainya? »

Sesunguhnya Islam itu lengkap, malah dalam berbicara sendiri ada cara dan tatatertibnya.

Sekian, sama-sama kita betulkan. Wassalam.. =) "

Thursday, January 6, 2011

MASIH RAMAI LULUSAN UNIVERSITI BERGAJI KECIL

AKHIR-AKHIR ini kita begitu ghairah hendak melonjakkan negara dari kedudukannya sekarang sebagai negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Maka pelbagai usaha dijalankan kerajaan untuk mencapai matlamat ini.

Dalam pada itu apakah realitinya kalau dilihat daripada keadaan yang wujud sekarang? Benar kerajaan berazam melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mengubah nasib golongan berpendapatan rendah, iaitu kurang daripada RM1,500 sebulan yang dikatakan mewakili lebih 46 peratus daripada tenaga kerja negara untuk menerima pendapatan tinggi menjelang 2020.

Antara mereka yang berpendapatan rendah ini termasuk juga lulusan universiti. Mungkin mereka yang bernasib baik akan mendapat pekerjaan dengan syarikat besar, syarikat berkaitan kerajaan atau dengan kerajaan. Mereka akan menerima ganjaran setimpal dengan kelulusan.

Tetapi dengan pendapatan melebihi RM2,000 sebulan pun mereka akan hanya dapat menampung kehidupan seharian dengan membayar sewa bilik, belanja pengangkutan untuk pergi balik bekerja dan belanja makanan. Apa pun tidak juga ada maknanya berpendapatan tinggi tetapi masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. Kalau hendak membeli kereta pun terpaksa berhutang hingga tujuh tahun untuk melangsaikannya.

Untuk menampung keadaan sekarang pinjaman kepada pembeli rumah dilonggarkan dengan tempoh bayaran balik melebihi 30 tahun, iaitu kalau sudah bersara pun rumah masih tergadai dengan bank hinggakan bank sudah pun mengadakan peraturan bayaran balik pinjaman rumah boleh diambil alih oleh anak.

Inilah keadaan yang dihadapi rakyat. Apa yang perlu ialah menentukan rakyat biasa mampu membeli rumah mereka sendiri tanpa perlu berhutang hingga sudah bersara masih belum dapat melangsaikan piutang dengan bank.

Maka itu apakah seorang lulusan universiti yang sudah bekerja lima tahun misalnya sudah mampu untuk membeli rumahnya sendiri? Kalau dilihat keadaan sekarang, ini tidak mungkin. Harga rumah berterusan melambung tanpa ada hadnya. Rumah teres di sesetengah tempat pun kini sudah ada yang mencecah jutaan ringgit.

Kerajaan wajar memastikan rakyat dapat memenuhi tiga keperluan utama dalam kehidupan mereka, iaitu mampu menyara diri sendiri dan anak isteri, mampu memiliki rumah sendiri dan mampu pula berulang alik ke tempat kerja dengan mudah atau pun mampu memiliki kereta sendiri.

Maknanya kerajaan harus menentukan adanya pelbagai skim menyediakan rumah mampu dibeli pekerja demikian ini.

Inilah keperluan minimum setiap pekerja. Apakah menjelang 2020 nanti kita akan dapat menjamin bahawa majoriti pekerja kita boleh memenuhi kehendak ini?

Kalau dilihat keadaan yang wujud sekarang kita sememangnya menghadapi suatu keadaan yang sungguh mencabar untuk mencapai impian ini walaupun dengan adanya pelbagai inisiatif strategik untuk menjayakan MBE yang diumumkan kerajaan hampir setahun lalu.

Buat masa ini seorang lulusan universiti pun menghadapi pelbagai cabaran mendapatkan pekerjaan hinggakan ada di antara mereka berterusan dieksploitasi oleh banyak majikan syarikat kecil yang mengambil mereka bekerja tanpa diberikan surat pelantikan.

Syarikat seperti agensi pengiklanan, syarikat pembikinan filem atau syarikat yang menguruskan acara peristiwa banyak mengambil lulusan universiti hanya secara lisan. Mereka tahu bahawa lulusan itu akan menerima saja pekerjaan walaupun secara lisan asalkan dapat menerima gaji yang boleh menyara kehidupan mereka di kota.

Maka dengan itu pekerja ini tidak akan tersenarai sebagai pekerja dan tidak mempunyai apa-apa pun hak sebagai pekerja. Jadi mereka bekerja mengikut suka hati pemilik syarikat itu tanpa mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tidak berhak mendapat perbelanjaan rawatan kiranya jatuh sakit, tidak mempunyai sebarang cuti sakit dan kalau tidak bekerja pada hari-hari sakit gaji bulanan akan dipotong mengikut jumlah hari yang dia tidak datang bekerja.

Demikian pula waktu bekerja juga panjang hingga ada yang perlu bekerja hingga larut malam jika dikehendaki menyiapkan sesuatu projek yang diterima majikan tanpa diberikan bayaran lebih masa.
Mereka juga boleh diberhentikan dengan mudah hanya dengan lisan tanpa sebarang alasan munasabah.

Inilah yang dialami seorang gadis muda lulusan bidang penyiaran dari UiTM baru-baru ini yang dipecat majikan sebuah syarikat pembikinan filem.

Walaupun dia telah mewakili syarikatnya naik ke pentas menerima hadiah pada majlis Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini tetapi dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti bahawa dia adalah pekerja syarikat produksi berkenaan.

Kisahnya dimuatkan dalam blog ‘Sifu.Net’ yang kebetulan dikendalikan rakan majikan gadis malang itu. Blog itu menyatakan pemilik syarikat itu mewakilkan gadis berkenaan naik ke pentas menerima hadiah kerana majikannya tidak dapat hadir. Gadis itu disuruh mengenakan pakaian yang cantik.

Ditakdirkan drama syarikat itu menang, lalu gadis berpakaian cantik dan seksi itu pun naik ke pentas untuk menerima trofi seperti juga beberapa penerima lain berpakaian seksi sehingga mereka ditegur Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kerana berpakaian sedemikian.

Blog itu menambah: “Ternyata pakaian yang dipakainya tidak sesuai untuk menghadiri majlis anugerah berprestij seperti Anugerah Skrin yang disiarkan secara langsung dan turut dihadiri orang kenamaan. “Difahamkan, dia dipecat selepas insiden itu kerana majikannya malu mempunyai pekerja sepertinya sebab dia hadir ke majlis itu mewakili syarikat.”

Gadis ini menjadi mangsa dipecat serta-merta secara lisan tanpa diberi notis atau surat, malah tidak pun dinyatakan sebab dipecat. Kiranya soal pokok mengenai hak sah seseorang pekerja pun kita tidak dapat memantau dan menentukan majikan tidak akan mengeksploit mereka bagaimana kita hendak melonjakkan negara ke tahap yang diidamkan itu?

Apakah Kementerian Sumber Manusia tidak boleh menyiasat wujudnya syarikat yang mengeksploitasi rakyat sedemikian?

Penulis adalah Felo Kanan UKM

http://www.bharian.com.my/articles/Masihramailulusanuniversitibergajikecil/Article/

Saturday, January 1, 2011

PENDEDAHAN , Siapa Maling Siapa sekarang? Siapa yang mencuri sekarang?

Semenjak kebelakangan ni ,Malaysia sentiasa dicemuh oleh puak Indonesia yang Malaysia Maling iaitu pencuri,kerana menciplak Budaya dialah, kain batik dan sebagainya.Yang menjadi perit atau mengeruhkan keadaan lagi apabila Indonesia kalah di AFF Suzuki baru baru ni.

Pelbagai alasan diberinya sampai naik muak.Yang lebih perit lagi bila provokasi yang amat kurang beradaban (kurang ajar) terhadap kedutaan Malaysia dibaling taik, Jalur Gemilang kita dibakar dan berbagai bagai perilaku kelakuan demi untuk menegak benang yang basah. Satu video clip untuk tontonan semua rakyat Malaysia wawancara yang di lakukan di INDONESIA sendiri bukan Malaysia,nanti kata fitnah la ..mereka ni kan pakar pemberi alasan! PENDEDAHAN SAPA YANG MENCURI SEKARANG ATAU MALING?.



Sunday, August 1, 2010

Arnold Schwarzenegger-Tiada yang kekal



Arnold Schwarzenegger yang popular ngan filem terminator tu, skang ni badannya dah tak macam masa muda² dulu dah. Cuba lihat gambar ...

Saturday, July 3, 2010

Negara Bangsa

After the fall of the Uthmaniyyah, states or nations were form based on "assobiyyah":

Namely Turki for Turks, Iran for Persians etc....

"assobiyah" based nations are "bangsa-bangsa..."

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.

Apa yg berlaku dlm tahun 1940an yang menyebabkan semua negara2 yg dijajah dimerdekakan?

Perjanjian IMF (international monetary fund) ditandatangani pada tahun 1944. Perjanjian ini merangkumi semua perbankan sistem di dunia. Semua bank pusat di seluruh dunia tertakluk kepada undang2 IMF ini.

Inilah penjajahan baru.

Atau orang Amerika atau Singapura boleh saja membeli tanah serta rumah di Malaysia atau di Indonesia.

Mereka boleh saja membuka kilang2 dan kita bertungkus lumus bekerja untuk menyara hidup tetapi dalam masa yang sama mengkayakan mereka. Kalau dalam sejarah boleh saja pekerja kilang/ factory ini di panggil 'hamba'(slave).

Cuba google IMF. Anda akan lebih faham

Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Friday, July 2, 2010

PONDAN GODA SEBELUM RAGUT

KUALA LUMPUR: Segelintir pondan dipercayai menggoda dan memperdaya mangsa
dengan pergi ke tempat sunyi sebelum merompak mereka.

Dalam satu kejadian berhampiran Perhentian Bas Jalan Chow Kit di sini malam
kelmarin, selepas merompak, pondan terbabit berpura-pura menjerit dengan
meminta pertolongan kononnya dia diserang oleh lelaki yang dirompaknya.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa dalam perjalanan
pulang selepas habis bekerja di sebuah hotel di ibu kota.

Lelaki berusia 17 tahun itu dipanggil oleh seorang pondan yang melepak di
perhentian bas berkenaan sebelum ditarik tangannya menuju ke sebuah lorong
gelap.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Bakri Zinin berkata,
selepas pondan itu membawa mangsa ke satu lorong gelap, dia terus meragut
rantai emas dipakai mangsa.

"Mangsa meminta pondan itu memulangkan semula rantai lehernya tetapi
sebaliknya pondan berkenaan menjerit meminta bantuan.

"Sekumpulan empat pondan membantu rakannya yang kononnya cuba dirompak oleh
mangsa (lelaki yang dirompak)," katanya ketika dihubungi Harian Metro,
semalam.

Katanya, mangsa yang takut diserang sekumpulan pondan itu lari bagi
menyelamatkan diri daripada dipukul.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan membuat laporan polis di Balai Polis Dang
Wangi selepas berlaku kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa kehilangan rantai emas tidak mengalami
sebarang kecederaan.

Katanya, sepanjang Mac, kejadian serupa pernah dilaporkan dua minggu lalu
apabila seorang lelaki terpaksa memanjat sehingga bumbung bangunan untuk
menyelamatkan diri daripada diserang oleh sekumpulan pondan.

Sehubungan itu, Mohd Bakri menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati
ketika berjalan seorang diri dan jangan mudah terperdaya dengan ajakan orang
yang tidak dikenali ke kawasan sunyi.

Sunday, June 20, 2010

Mudah Zina dari Kahwin

Sehingga kini nampaknya melakukan zina itu jauh lebih mudah dari berkahwin. Apa taknya - bila nak kahwin, hantarannya sahaja mencecah kadangkala RM10,000.00. Seolah-olah jika hantarannya sedikit - masyarakat akan memandang rendah.

Itu belum masuk upah mak andam yang kadangkala mencecah RM5,000 - RM10,000 jika termasuk pelamin dan set pakaian lengkap. Aduih.... apa nak jadi pada masyarakat kita. Fokus masyarakat sepatutnya ditumpukan kepada bagaimana hendak mewujudkan satu keluarga yang harmoni dan diberkati Allah. Apa yang berlaku, masyarakat lebih menumpukan kepada aspek perhiasan dari intinya. Sehinggakan sanggup mendedahkan aurat demi untuk kelihatan cantik dan anggun.... bukankah ini mengundang kemurkaan Allah. Bukankah keredhaan Allah yang kita cari agar perkahwinan itu nanti diberkati olehNya.

Tuesday, June 15, 2010

Kisah pasal Straw

Seorang sahabat yang bertugas dengan pasukan penguatkuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang telah memberitahu dia terkejut bila telah melihat seorang pekerja Indon sedang membasuh straw minuman yang sudah diguna semasa membuat pemeriksaan biasa dikawasan tempat-tempat makan di Pulau Tikus kelmarin.

Pekerja Indon itu memberitahu yang straw itu akan diguna semula, kira di-'recycle'semula laa..
pekerja itu juga telah memberitahu yang banyak kedai-kedai makan dikawasan itu menggunakan semula straw yang telah digunakan.

Ada juga bila straw-straw yang telah digunakan itu telah dipotong sedikit hujungnya selepas mendapati bahagian hujung straw itu mempunyai bekas kesan-kesan digigit.

Moral: Lepas ni kalau minum bawa straw sendiri.

Friday, May 14, 2010

Anakku

Boleh kata dalam setiap hari, suara aku akan berbunyi mungkin lebih dari sepuluh kali untuk melarang ataupun menyuruh anak aku tentang sesuatu. Pada pandangan aku, mereka ini sentiasa mencuba satu demi satu perkara dan perhatikannya sama ada itu boleh atau tidak. Percubaan untuk mencapai satu keputusan dalam diri mereka ini kadangkala menyebabkan sesetengah ibubapa secukup rasa melabelkan, 'anak aku ngada2', 'anak aku buas', 'anak aku tak reti duduk diam' whatsoever.

Setelah 14 tahun mempunyai anak, aku juga telah berkali2 melarang orang rumah aku aku dari menggunakan perkataan2 negatif ini untuk anak sendiri juga kepada anak orang lain. Untuk anak sendiri kerana kata2 ibu juga adalah doa. Untuk anak orang lain adalah bagi mengelak perbuatan mengumpat dan demi mengelakkan diri kita akan diuji dengan anak seperti anak orang yang dikata itu.

Sebenarnya, jika terkeluar perkataan2 yang aku sebutkan itu, serasanya kita masih tidak cukup memahami fitrah seorang anak. Apakah sebenarnya yang kita mahukan? Anak berusia 2-3-4 tahun bangun pagi, mandi dan kemudiannya duduk bersandar di dinding? Kemudian menunggu maknya suap makan dan kemudian bersandar semula di dinding? Kemudian diajak tidur dan dia tidur? Kemudian terjaga dan kembali bersandar ke tepi dinding??

Adakah begitu kita definisikan sebagai 'budak yang baik'?? Awaslah dengan fahaman kita. Kanak2 mempunyai fitrahnya yang tersendiri. Kita sewajarnya tidak cepat melenting bila mereka mencuba itu dan ini. Tapi setiap percubaan mereka itu memerlukan perhatian dari kita. Setiap percubaan anak, akan ada jalan penyelesaiannya tapi kita juga akan mengambil masa untuk mendapat formula terbaik untuk guide anak kita itu.

Sejujurnya, aku mudah terasa hati bila orang kata, "Ya ALLAH buasnya anak kau..." tapi alhamdulillah takde lagi la orang direct gitu dengan aku. Aku cuma imejinnya sahaja. Maka aku akan mengelakkan untuk berkata dengan perkataan yang sama. Andai ada yang kelam kabut mengejar anak mereka dalam kedai, aku akan kata, "Biasalah budak2 nak belajar."

Bagi mendalami diri setiap anak itu, rasanya aku perlu lebih banyak study. Aku mempunyai 3 anak dan perangai mereka tidak sama. Aku bernasib baik sekalipun perangai mereka berbeza, namun jika diberi baju sebagai contoh, mereka tak pernah kata, "Taknaklah, yang ni tak elok untuk Amin."

Apa yang kami bagi, itulah yang mereka terima. Kerana itulah aku yakin, ia akan kembali kepada apa yang kita ajarkan akhirnya. Formula aku mungkin sesuai untuk diri aku dan boleh jadi formula aku tidak cukup bagus untuk menjadikan anak aku lebih bagus.

Thursday, April 22, 2010

Haram dan Halal

1) Terdapat seorang Menteri menggesa agar cadangan pendidikan seks diteruskan pelaksanaannya di sekolah.

2) Beliau meminta Kementerian Pelajaran membuat penjelasan lanjut kepada ibu bapa dan menukar nama pendidikan seks untuk mengubah persepsi masyarakat.

3) Inilah contoh pemikiran untuk memesongkan makna seolah-olah ingin menghalalkan sesuatu tindakan. Misalnya istilah arak kepada minuman keras.

4) Sebab itulah ada judi halal dan judi haram. Sport Toto, 4D, judi di Genting Highlands termasuk kateogori judi halal.

5) Apakah dengan menukar nama zina kepada seks bebas, rasuah kepada politik wang, arak kepada minuman keras maka masyarakat akan terdidik dan mencegah mereka daripada melakukan perbuatan yang bertentangan di sisi Islam?

6) Boleh jadi sebab itulah juga disebabkan istilah politik wang yang digunakan oleh sesetengah pemimpin, maka rasuah yang dilakukan dalam pemilihan Umno lalu tidak dianggap sebagai satu perbuatan yang berdosa di sisi agama dan undang-undang negara.


7) Inilah contoh apabila, Islam tidak dilihat sebagai penyelesaian terbaik dalam semua masaalah. Adakah masyarakat Barat yang dikiblatkan oleh sesetengah pemimpin berjaya mengatasi gejala zina dan anak haram setelah memperkenalkan pendidikan seks di sekolah?


Monday, April 19, 2010

Bahasa Melayu


Salam.

Ramai benar bukan melayu marah bila kita ada hak istimewa itu. Sebab mereka juga rakyat Malaysia dan wajar diberikan hak yang sama.

Hujah paling popular ialah:

  1. Nenek moyang mereka sudah lama ada di Tanah Melayu. semenjak kerajaan maritim melaka lagi.
  2. Mereka juga lahir di Malaysia, seperti orang Melayu.
  3. Mereka juga begitu menyayangi negara ini.

Cuma bezanya, mereka ini begitu tidak fasih berbahasa Melayu; bahasa KEBANGSAAN kita.

Tidak pelikkah kita bila bertemu dengan seorang Jepun (contohnya) tetapi tidak boleh bertutur dalam bahasa Jepun dengan baik? seperti seekor kucing, tapi mengembek pula.

Pemimpin kita yang tidak tegas dalam mendaulatkan bahasa Melayu, malah menggagungkan bahasa penjajah melebihi bahasa sendiri.


Pernah satu program yang dianjurkan oleh sebuah universiti tempatan, memerlukan 3 RAKYAT MALAYSIA yang berlainan bangsa untuk sama-sama membacakan rukun negara di sekitar Kuala Lumpur. Puluhan pejalan kaki selain Melayu terkebil-kebil matanya bila mengaku mereka tidak hafal rukun negara!

Sudahlah tidak fasih berbahasa KEBANGSAAN, tidak tahu pula RUKUN NEGARA.

Diberi kerakyatan Malaysia pun sebenarnya mereka sudah patut bersyukur!

Malaysia masih jauh dari menjadi negara maju dan masih belum siap melaksanakan demokrasi total. Antara lain hal2 yang menjadi hambatan adalah berikut.
  1. Rakyat berbilang bangsa dan masih belum bersatu
  2. Tiap2 bangsa tidak mahu mengalah berkorban untuk sistem satu bahasa satu budaya saja.Mereka semua mahu mempertahankan budaya dan bahasa ibuda.
  3. Terlalu banyak kegiatan fitnah antara satu sama lain.

Friday, March 12, 2010

Kahwin Mutaah

Kerajaan Iran telah memutuskan untuk menggunakan rumah atau sementara perkahwinan, dikenali sebagai perkahwinan sementara selama satu hari, di jalanan dan persekitaran, dengan alasan menghilangkan masalah pemerkosaan dan represi seksual yang dideritai oleh pemuda Iran.

Sumber yang dikutip media pada hari Jumaat, pada pasukan keselamatan dalaman yang mengatakan: Ini akan memperluaskan ruang lingkup apa yang dikenali di Iran pusat atau kesucian rumah-rumah untuk mengurangkan perkosaan dan memecahkan dilema hubungan seksual yang tidak sah.!

Laporan rasmi daripada Kerajaan yakin bahawa sementara mempromosikan perkahwinan, atau apa yang dipanggil perkahwinan sementara, untuk menyelesaikan krisis ini, dan siap untuk mencipta pusat-pusat khas di daerah ini!!

Kerajaan membenarkan banyak pejabat dan halaman Web dalam bidang kegiatan dalam perempuan dan laki-laki kenalan mencari suami atau isteri, dan perkahwinan sementara.

Sebuah kenyataan yang diterbitkan di laman rasmi mengumumkan bahawa pusat-pusat keagamaan di bandar Qom dan Mashad dan Teheran untuk menjaga anak-anak untuk sementara lelaki yang berminat tentang perkahwinan, dan harga per malam antara 50-100 dolar, setengah laman web Akhbar Arab Times diterbitkan hari ini, kerajaan mengatakan: ini bertujuan untuk mengurangkan insiden penindasan seksual di kalangan pemuda dan mengurangkan kes perkosaan, dan bahawa ada yang ingin melakukan kerja seksual boleh pergi ke rumah-rumah kesucian!.

Laporan mengatakan bahawa rumah-rumah atau pusat-pusat semacam itu sudah ada pada era bekas raja Iran iaitu mantan Shah Iran, tetapi selepas revolusi telah dihapuskan kerana mereka adalah pusat-pusat rasuah, tapi Ali Akbar Hashemi Rafsanjani yang pertama kali mengemukakan gagasan tentang kesucian pusat rumah atau perkahwinan sementara pada 1991.

Laporan mengatakan bahawa rumah ini menjadi tempat berkembang biak bagi tingkah laku dan keinginan para pegawai.

Namun penentang projek ini bertanya: Adakah Rafsanjani akan menghantar salah seorang anak perempuannya ke rumah kesucian untuk bersenang-senang dengan latihan dengan puluhan anak-anak muda per hari, atau menyarankan agar orang-orang ini hanya menghantar anak-anak perempuan mereka ke rumah untuk berlatih kesucian yang berhubungan seks dengan mereka untuk memuaskan keinginan mereka.

Thursday, March 4, 2010

Sistem Khalifah


Umat Islam di Malaysia yang majoritinya terdiri daripada umat Melayu semakin resah disebabkan oleh banyak perkara yang dilihat mengikiskan identiti mereka sebagai umat Islam yang semakin hari semakin diserang oleh beberapa golongan sekular, liberal dan musuh-musuh Islam di negara ini.

Terdapat banyak pihak yang mendakwa ingin membela kepentingan Melayu dan Islam di negara ini berkumpul dan berikrar untuk membela kedudukan Islam dan Melayu.

Malangnya, penyelesaian yang dipilih adalah penyelesaian yang juga terbit dari sistem yang telah mengakibatkan Islam diserang dan dipermainkan oleh golongan liberal, sekular dan musuh-musuh Islam. Ia adalah umpama mengubati suatu penyakit dengan menggunakan racun yang menyebabkan berlakunya penyakit tersebut.

Setelah penjajah Barat memberikan “kemerdekaan” kepada negara ini, penjajah telah memperhalusi sistem yang akan menjadi penyelesaian kepada permasalahan umat Islam di negara ini, dan penyelesaian yang diberikan oleh kafir penjajah tersebut bukanlah datang daripada Islam. Seperti kata-kata seorang pejuang anti-apartheid Afrika Selatan: “Penjajah bukan sahaja sedang menyerang kita, mereka juga memberikan kita cara bagaimana untuk kita bertindakbalas apabila diserang”.

Inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh Islam dalam memastikan bahawa umat Islam akan terus mengambil penyelesaian daripada sistem buatan mereka dan akibatnya, ia langung tidak akan memberikan apa-apa penyelesaian tetapi akan hanya menambahkan masalah baru untuk umat Islam.

Sesungguhnya, yang boleh menyelamatkan umat Islam adalah kembali kepada sistem pemerintahan Islam dan bukannya mengharap kepada perjuangan assabiyah yang dianjurkan oleh kafir penjajah.

Hembusan Amal 4U

Thursday, February 25, 2010

Wanita Idaman


Salam. Agaknya apa ciri2 wanita idaman lelaki. Ini aku ada terbaca satu artikel. Laman webnya aku dah lupa. tapi aku sempat save kan dalam "word processing".

1 . SIKAP KEIBUAN

Banyak lelaki yang terpikat pd wanita yang bersikap keibuan, lembut , mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2 . KEANAK-ANAKKAN
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakan yg melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yg membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3 . PENUH PENGERTIAN
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4 . MENGHARGAI
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai ,dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5 . MENJAGA PENAMPILAN
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6 . PANDAI BERBICARA
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walaupun topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik, serta mengalihkan topik yg agak serius kepada perbualan yg lebih menarik.

7 . PANDAI BERGAUL DAN MENYESUAIKAN DIRI
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi org yg lebih tua dan cara berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg baru, wanita tersebut tidak gentar, malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.

8 . MENGHORMATI DIRI SENDIRI
Lelaki suka wanita yg menghargai dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya.

9 . SIMPATI DAN PRIHATIN
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah. Sayang pada kanak2 dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg memancar keluar dengan indah dan mempesona.

Ok gak artikel ni. Moga jadi panduan bagi wanita. Lelaki pun kena jaga juga. Nanti kalau ada masa cerita pasal lelaki pulak.
Sumber: Zetty Aliesya