Jimmy Donald "Jimbo" Welsh atau Jimmy Welsh lahir di Huntsville, Alabama, Amerika Syarikat, 7 Ogos 1966, Ayahnya adalah pengurus kedai runcit, sementara ibunya, (Doris) dan neneknya (Erma) mengurus suatu sekolah swasta kecil yang berupa "sekolah tradisional dengan satu ruang kelas ".tempat Welsh bersekolah. Kerana jumlah murid yang sekelas dengannya selalu hanya empat anak, pihak sekolah menyatukan murid-murid kelas satu hingga kelas empat, dan kelas lima hingga kelas lapan.
Setelah lulus kelas lapan, Welsh masuk Randolph School, suatu sekolah persiapan untuk masuk perguruan tinggi, yang merupakan penyokong awal gerakan penggunaan makmal komputer dan kemudahan teknologi lain untuk digunakan oleh para pelajar. Welsh mengatakan bahawa kos bersekolah di sana terlalu mahal untuk keluarganya, tetapi pendidikan dianggap penting. "Keluarga saya selalu mementingkan pendidikan ... suatu pendekatan yang sangat tradisional terhadap pendidikan sebagai landasan kehidupan yang baik." Ia menerima gelar sarjana dalam bidang kewangan dari universias Auburn dan meneruskan pendidikannya dalam bidang kewangan pada universiti Alabama dan memperolehi gelaran master dalam bidang kewangan. Setelah itu, ia mengikuti pendidikan doktoral di Universiti Indiana. Selama menjadi pelajar pasca-sarjana, ia mengajar di kedua-dua universiti itu, tetapi ia tidak mengerjakan disertasi yang diperlukan untuk memperoleh gelaran Ph.D.
Sejak 1994 hingga 2000, Welsh bekerja sebagai pengarah penyelidikan di Chicago Options Associates, suatu syarikat broker bursa berjangka dan option di Chicago. Menurut Daniel Pink dari majalah Wired, dengan melakukan "spekulasi kadar faedah dan mata wang asing" ia akan boleh mengumpulkan cukup wang untuk "membiayai dirinya sendiri dan isteri selama hidup". Pada 1996, ia mendirikan laman portal carian yang bernama Bomis, yang juga menjual hal-hal yang bersifat erotis hingga pertengahan 2005. Pada September 2005 ia diwawancara oleh stesen televisyen kabel C-SPAN tentang penglibatannya di masa lalu terhadap hal itu, yang disebut oleh Brian Lamb, si pewawancara, sebagai "gambar-gambar lucah". Welsh menjawab dengan menggambarkan Bomis sebagai "laman enjin carian untuk lelaki", dengan target pasaran yang sama dengan Majalah Maxim.
Dalam wawancara dengan website majalah online Wired News, ia juga menjelaskan bahawa ia menentang pengelompokkan Bomis ke dalam kelompok "pornografi soft-core": "Jika filem-filem dengan rating R dikumpulkan ke dalam pornografi softcore, filem itu memang porno. Dengan kata lain, tidak, Bomis tidak porno. " Welsh sudah tidak lagi terlibat secara aktif pada syarikat itu. Pada Mac 2000, ia mendirikan ensiklopedia yang boleh disunting oleh orang ramai namun di awasi oleh orang-orang yang terkemuka di bidangnya masing-masing, iaitu Nupedia.com ("ensiklopedia bebas"), dan mengambil Larry Sanger sebagai editor-in-chief.
Larry Sanger mengajukan proposal untuk membuat ensiklopedia menggunakan perisian wiki pada 10 Januari 2001, dan Welsh berusaha untuk mewujudkannya, dan meluncurkannya pada 15 Januari 2001.ketika itu, Wikipedia merupakan laman berasaskan wiki sebagai kemudahan untuk membuat isi awal ensiklopedia yang dikerjakan oleh orang ramai untuk pemeriksaan oleh para ahli dan kemudian dimasukkan ke Nupedia, tetapi perkembangan Wikipedia yang begitu cepat menjadikannya sebagai projek yang lebih berkembang dan Nupedia menjadi terbengkalai. Sanger mengundurkan diri dari projek ini pada tahun 2002.
Pada pertengahan 2003, Welsh mendirikan Yayasan Wikimedia, syarikat bukan untung yang berpusat di St. Petersburg, untuk menyokong Wikipedia dan projek-projek serupa yang lain. Ia menunjuk dirinya sendiri dan dua orang rakan perniagaan yang bukan Wikipedian aktif menjadi ahli lembaga pengarah yang terdiri daripada lima orang, dua orang ahli lain adalah wakil komuniti terpilih. Menurut Daniel H.Pink dari majalah Wired, hingga 2004 Welsh telah menghabiskan lebih kurang US $ 500,000 untuk mendirikan dan mengendalikan projek-projek Wiki-nya, hampir seluruhnya berasal dari poketnya sendiri. Pada akhir pengumpulan dana pada Februari 2005, Yayasan Wikimedia telah disokong sepenuhnya oleh sumbangan dan hadiah. Welsh menjadi semakin terlibat dengan mempromosi dan berbicara mengenai projek-projek Wikimedia, dan untuk melakukannya, ia mengunjungi persidangan-persidangan dan pertemuan-pertemuan, seperti "Wikimeets" dan Wikimania.
Welsh seringkali menjelaskan tujuan-tujuannya akan Wikipedia. Dalam wawancara dengan laman web Slashdot, Beliau berkata, "Bayangkanlah suatu dunia yang setiap orangnya boleh mendapatkan akses percuma ke seluruh ilmu pengetahuan yang ada. Itulah yang kami lakukan." Pada akhir 2005, Welsh dikritik kerana menyunting biografinya sendiri dengan cara yang disebut oleh beberapa orang sebagai "sejarah revisionis." Secara khusus, Rogers Cadenhead menarik perhatian orang kepada fail log yang menunjukkan bahawa Mr. Welsh telah menghapuskan rujukan tentang Sanger sebagai co-founder Wikipedia. Ia juga diketahui telah menukar rujukan Bomis dengan cara yang disebut sebagai mengurangkan unsur seksualiti dari beberapa produk syarikatnya yang terdahulu. Pada kedua-dua kes itu, Welsh berpendapat bahawa perubahan yang dilakukannya semata-mata untuk membuat isi kandungannya menjadi lebih tepat. Welsh menjelaskan bahawa Sanger adalah pegawainya, dan ia selalu menganggap dirinya sebagai satu-satunya pengasas Wikipedia.
Pada 2006, Welsh mengatakan kepada surat khabar Boston Globe bahawa "tak masuk akal" untuk menyebut Sanger sebagai co-founder. Namun, Sanger menolak hal ini dengan keras. Ia sudah dikenali sebagai co-founder Wikipedia setidak-tidaknya semenjak September 2001 dan menyebut dirinya sendiri demikian setidak-tidaknya semenjak Januari 2002. Setelah peristiwa itu, Welsh meminta maaf kerana telah mengubah artikel tentang biografinya sendiri (tindakan yang kurang disukai di Wikipedia).Welsh mengatakan pada wawancara di majalah Wired, "Seharusnya tidak dilakukan, saya sendiri pun seharusnya tidak. Saya menyesal telah melakukannya." Namun, ia tetap berkeras bahawa ia adalah satu-satunya pengasas Wikipedia.
Menurut risalah akhbar yang dikeluarkan oleh Wikia, Wikia (dahulu dikenali sebagai Wikicities) adalah wiki hosting service yang ditubuhkan pada Oktober 2004 oleh Jimmy Welsh dan Angela Beesley. Wikia adalah sekumpulan laman wiki yang berpusat perisian MediaWiki dan dikendalikan oleh Wikia, Inc.yang bertujuan untuk pelbagai komuniti. Laman wiki itu percuma bagi para tetamu dan penyunting, dan pendapatan berasal dari iklan. Setelah bertukar ganti nama, Wikia mengumumkan bahawa syarikat itu telah menerima dana sebanyak US $ 4 juta dalam bentuk modal gabungan dari sekumpulan pemodal."Para pemodal sangat tertarik terhadap syarikat ini, dan masalahnya hanya memilih siapa pemodal yang akan diajak bekerjasama untuk memastikan bahawa orang-orang yang menjadi pemodaladalah orang-orang yang mempunyai keyakinan yang sama terhadap misi kami," kata Welsh, yang mengendalikan Wikipedia dan Wikia secara berasingan dari pejabatnya di St. Petersburg, demikian laporan Tempa Bay Business Journal.
Welsh dilantik menjadi ahli Berkman Center for Internet and Society di Harvard Law School pada 2005.Menurut risalah akhbar yang dikeluarkan oleh SocialText, pada 31 Oktober 2005, Welsh bergabung dengan lembaga pengarah Socialtext, suatu syarikat pemaju teknologi wiki untuk perniagaan. Pada 2006, ia bergabung dengan lembaga pengarah Creative Commons, sebuah pertubuhan bukan untung.Welsh menerima gelaran kehormatan dari Knox College pada 3 Jun 2006. Yayasan Electronic Frontier memberikan penghargaan Pioneer Award kepadanya pada 3 Mei 2006. Welsh adalah orang pertama yang dimasukkan dalam senarai "Scientists & Thinkers" pada majalah Time edisi khas tarikh 8 Mei 2006 ("Riwayat hidup dan idea-idea orang-orang yang paling berpengaruh di dunia"), senarai pemilihan 100 orang terkemuka 2006 pada majalah Time.
Rujukan;
- Http://id.wikipedia.org/wiki/Jimmy_Wales