"CYBERJAYA
- Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak gentar dengan
dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang untuk mendedahkan apa yang dikatakan
skandal kewangan sepanjang 22 tahun pemerintahannya.
Dipetik
Bernama, Dr Mahathir berkata, Kit Siang boleh berbuat apa sahaja
sekarang juga untuk membuktikan berlakunya skandal kewangan sepanjang
pemerintahan beliau.
"Dia (Kit Siang) boleh buka apa-apa fail,
sekarang pun tak apa. Nak bawa saya pergi ke mahkamah pun boleh. Saya
tak takut apa-apa pun," katanya ketika merasmikan KRU Academy di sini
hari ini.
Semalam, Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur,
mendakwa bahawa Dr Mahathir khuatir kebenaran skandal kewangan yang
berlaku ketika pemerintahan beliau akan terdedah jika pakatan
pembangkang memerintah negara.
Apabila ditanya mengenai 'Himpunan
Hijau ke Putrajaya' anjuran Pas yang menarik 50,000 penyokong, Dr
Mahathir menyifatkannya sebagai 'perhimpunan besar-besaran kerana
diupah' dan tidak menjanjikan bahawa pakatan pembangkang bakal menang
dalam pilihan raya akan datang.
"Saya biasa mendapat kurang
daripada 100 orang yang datang untuk mendengar ucapan saya namun saya
berjaya memenangi pilihan raya.
"Jika anda mengupah orang supaya datang, mereka akan datang. Ini adalah perhimpunan besar-besaran kerana diupah.
"Anda
tengoklah nanti semasa pilihan raya kalau jumlah 50,000 itu dapat
diterjemah kepada sokongan dan menghantar mereka (pakatan pembangkang)
ke Putrajaya," katanya.
Sumber: sinarharian.com.my"
No comments:
Post a Comment