Thursday, February 14, 2013

Perjuangan untuk bahasa Melayu: Nasionalisme bahasa atau Nasionalisme etnik? Oleh: Wong Chin Huat


Sesetengah pihak yang menggelar diri mereka sebagai pejuang bahasa Melayu kebelakangan ini menggesa agar kebebasan berbahasa rakyat Malaysia disekat agar bahasa Malayu dapat diagungkan.
Mentaliti mereka ini berparadigmakan dasar perlindungan (protectionism) bahasa.  Ini bukan sesuatu yang baru.  Di dunia Barat, Perancis adalah salah sebuah negara yang asyik sangat untuk melindungi bahasanya daripada ancaman bahasa Inggeris.

Seperti dalam dunia ekonomi, apabila sesuatu itu perlu dilindungi, ia pastinya sesuatu yang lemah.

Bahasa Perancis tidak perlu perlindungan 200 tahun yang dahulu apabila ia adalah bahasa teragung di Eropah.  Kuasa-kuasa pesaing Perancis seperti Jerman, Australia dan Rusia menggunakan bahasa Perancis di istana mereka.

Bahasa Inggeris hari ini juga tidak menerima perlindungan daripada United Kingdom, Amerika Syarikat ataupun mana-mana negara Komanwel.  Sebagai bahasa yang paling berleluasa dituturi di dunia, Bahasa Inggeris hari ini lebih dipertuturkan sebagai bahasa asing daripada bahasa ibunda.

Kerana ini, bahasa Inggeris menyerap kosa-kata dan pengaruh daripada bahasa lain dengan kadar yang tinggi, sehingga bahasa Inggeris yang ditutur di pelbagai perusuk dunia itu semakin berbeza daripada bahasa klasik yang digunakan oleh Shakespeare, Yeats atau Charles Dickens.

Kalau dulu ada orang yang percaya bahawa seseorang yang bukan Inggeris boleh diinggeriskan dengan pendidikan bahasa Inggeris, kepercayaan ini langsung tidak berasas dalam era globalisasi ini.  Kebanyakan penutur bahasa Inggeris hari ini tidak berhajat untuk menjadi orang Inggeris.  Bahasa Inggeris menentukan daya saing mereka, bukan jati diri.

Perkara yang sama akan berlaku kepada bahasa Cina.  Penutur bahasa Cina sebagai bahasa asing semakin meningkat lantaran kebangkitan ekonomi negara China, sungguhpun ia mungkin mengambil masa sekurun sebelum ia mencapai kedudukan seperti bahasa Inggeris, di mana lebih penuturnya menuturinya sebagai bahasa asing daripada bahasa ibunda.

Di Malaysia sekalipun, semakin ramai budak bukan keturunan Cina yang bersekolah Cina, mencapai kira-kira 11% dalam murid sekolah rendah jenis kebangsaan bahasa Cina, mengikut data terkini, berbanding dengan cuma 7% murid sekolah rendah kebangsaan yang berketurunan bukan Bumiputera.

Persoalan yang para pejuang bahasa Melayu perlu membuat suatu ketetapan ialah sama ada bahasa Melayu harus diperjuangkan supaya ia berkembang seperti mana bahasa Inggeris dan bahasa Cina melampaui batasan keturunan malahan tamadun?  Ataupun, bahasa Melayu harus dipertahankan seperti bahasa Perancis yang semakin merosot keagungannya?

Ini suatu pilihan yang cukup besar yang tidak boleh dielakkan lagi oleh semua penutur dan pencinta bahasa Melayu.  Sudah tiba masanya untuk kita semua berterus-terang dan tidak bermain kata.

Apakah bahasa Melayu itu harus diperjuangkan demi nilai intrinsiknya, yakni sebagai bahasa?  Ataupun bahasa Melayu itu harus diperjuangkan demi nilai ekstrinsiknya, yakni sebagai alat untuk memajukan kaum Melayu?

Perjuangan pertama ialah nasionalisme bahasa, sementara perjuangan kedua ialah nasionalisme ethnic (kaum).  Bertentangan dengan keinginan subjektif ramai orang, kedua-dua perjuangan ini tidak sentiasa berkawan, sebaliknya mungkin berlawan.

Kalau tujuannya untuk mengagungkan sesuatu bahasa itu, maka insentif maksima harus diberikan kepada semua rakyat untuk bukan sahaja bertutur dalam bahasa itu, tetapi juga menambahkayakan ilmu pengetahuan dalam dan melalui bahasa itu.

Jika dasar ini cukup berjaya, kaum bukan penutur asal mungkin lebih fasih menutur bahasa itu daripada kaum penutur asal sehingga menerima paling banyak insentif dasar bahasa.

Ini sebenarnya berlaku di Malaysia di bawah Dasar Ekonomi Baru, yakni selepas dominasi kaum Melayu ditetapkan selepas rusuhan 13 Mei dan sebelum tamatnya Era Perang Dingin yang membawa liberalisasi ke seluruh dunia.

Dalam masa dua dekad itu, ramai anak-anak bukan Melayu bersungguh-sungguh belajar bahasa Melayu demi berjaya dalam sistem pendidikan kebangsaan yang berorientasikan bahasa Melayu.

Sekiranya kefasihan bahasa akan memberikan mereka peluang kerjaya yang lebih baik, seperti mana kefasihan dalam bahasa Inggeris, sudah pasti sekolah kebangsaan akan menjadi semakin popular dan sekolah-sekolah bahasa ibunda akan merosot.

Akan tetapi, kerana orang bukan Melayu tetap diberi layanan kelas kedua sebagai Bukan Bumiputera sekalipun jika mereka lebih fasih berbahasa Melayu daripada orang Melayu, insentif untuk orang bukan Melayu menguasai dan menggunakan bahasa Melayu adalah minima.  Inilah percanggahan keutamaan di antara nasionalisme bahasa dan nasionalisme kaum.

Ini menjelaskan mengapa peratusan anak Cina yang pergi ke sekolah rendah Cina memecut dari lebih kurang 70% pada awal perlaksanaan DEB ke hampir 90% pada dekad 1990-an.

Hakikat ini mungkin mengecewakan sesetengah orang Melayu: mengapa orang Cina di Indonesia dan Negara Thai sanggup diasimilasikan sepenuhnya tetapi orang Cina di Malaysia degil mempertahankan jati diri mereka?

Jawapannya ringkas sahaja.  Di Negara Thai, dasar nasionalisme budayanya bermakna sesiapa yang sanggup diasimilasikan sepenuhnya tidak akan menghadapi apa-apa diskriminasi.  Ini menjelaskan mengapa orang Cina Thai yang kebanyakannya beragama Buddha dengan mudahnya menerima asimilasi sebaliknya orang Melayu Thai yang berlainan agama dengan kaum majoriti merasai peminggiran dan ramai bangkit menentang.

Kalau orang Melayu sanggup mengikut contoh negara Thai (dalam konteks asimilasi bahasa sahaja) dalam tahun-tahun DEB (1971-1990), ramai orang bukan Melayu juga akan bersetuju menerima asimilasi sebagai syarat untuk kesamarataan sepenuh.  Pokoknya, apakah orang Melayu sanggup menerima syarat sebegitu?  Hari ini, dengan globalisasi, asimilasi sepenuhnya sudah lenyap sebagai sebuah opsyen dasar.

Mungkin ada yang tertanya: bagaimana pula di Indonesia?  Orang Cina Indonesia menerima asimilasi sungguhpun mereka tetap didiskriminasi pada zaman Order Baru?

Jawapannya juga ringkas.  Orang Cina cuma merangkumi kira-kira 3% daripada penduduk Indonesia, mereka tidak mempunyai kekuatan untuk menentang polisi kerajaan, ini terutamanya selepas pembunuhan besar-besaran orang komunis dan kaum Cina pada tahun 1965.

Dalam erti kata lain, apabila kaum majoriti mempunyai kuasa mutlak, ia menjadi rasional untuk kaum minoriti menerima asimilasi dan diskriminasi pada masa yang sama, kerana alternatifnya - penentangan - kebarangkalian besar cuma akan membawa maut.

Sekali lagi, kaedah ini cuma mungkin berjaya semasa Perang Dingin kerana keganasan politik sebagai alat pihak kerajaan untuk mencapai matlamat politiknya tidak akan ditoleransi oleh dunia hari ini.

Dengan ketibaan Era Globalisasi, paksaan termasuk asimilasi sudah pasti menerima kegagalan.  Sekalipun bahasa Melayu dipaksakan ke atas semua rakyat, bahasa Melayu tidak akan maju di dalam negeri selagi kita tidak menutup pintu daripada dunia dan menjadi Korea Utara kedua.

Ini adalah sebab pejuang-pejuang bahasa harus memikir semula apakah sebenar perjuangan yang diingini?

Kalau untuk berjuang demi kaum penutur asal, yakni orang Melayu, pengagungan bahasa melalui paksaan - dan bukan peningkatan keupayaan bahasa itu - mungkin lebih memudaratkan daripada menguntungkan bukan sahaja seluruh rakyat, tetapi juga orang Melayu sendiri.

Sudah nyata, sikap authoritarian dalam bahasa Melayu akan menyebabkan anak-anak Melayu kurang berminat mempelajari bahasa lain dan akhirnya mereka akan kurang berdaya saing di arena antarabangsa.  Malahan, kita mungkin kehilangan lebih bakat-bakat yang tidak percaya dengan dasar eka-bahasa, termasuk bakat orang Melayu sendiri.

Kalau kita ingin membangunkan penutur asal bahasa Melayu, yakni orang Melayu, maka kita kena cari cara yang lebih berkesan.

Kalau perjuangan adalah benar-benar untuk memajukan bahasa tinggalan nenek-moyang, maka bahasa Melayu mesti disebarkan ke khalayak orang bukan Melayu malah di luar sempadan Malaysia atau negara-negara Nusantara.

Daripada segi ini, ada baiknya bagi pejuang-pejuang bahasa mengimbas kembali sejarah kebangkitan bahasa Melayu.

Sememangnya kebangkitan awalnya mungkin terhutang budi kepada penutur asalnya di kawasan Palembang-Jambi, yang membina Empayar Sri Vijaya, akan tetapi, kejayaan seterusnya tidak dapat dijelaskan dengan kuasa politik.

Mengapa bahasa Melayu tetap menjadi lingua franca di Nusantara di bawah Empayar Majapahit yang rajanya berbahasa-asalkan Jawa?  Kuasa SriVijaya pada zaman keagunganya juga tidak merangkumi Kepulauan Maluku dan Kepulauan Nusatenggara yang tetap menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa "antarabangsa" dalam urusan dengan penduduk dari pulau lain.

Perkara ini berulang pada 1928 apabila golongan nasionalis muda memilih untuk menjunjung bahasa Melayu (namanya bahasa Indonesia) dan bukan bahasa majoriti (yakni bahasa Jawa) sebagai bahasa kebangsaan.  Mengapa pemimpin-pemimpin revolusi keturunan Jawa tidak meletakkan bahasa sendiri sebagai bahasa perpaduan?

Ini sudah tentu berkenaan dengan ciri-ciri bahasa Melayu sebagai bahasa.  Ia ringkas, mudah dipelajari tetapi juga kurang feudalistik daripada bahasa Jawa.

Dalam memperjuangkan bahasa Melayu, kita mesti mempertingkatkan kegunaan bahasa.  Dan apakah musuh paling besar kepada bahasa Melayu itu?  Bukan kebebasan bahasa lain untuk digunakan, tetapi sekatan ke atas penggunaan bahasa Melayu itu sendiri.

Tanyalah kita sendiri: apakah rasionalnya kalau edisi asal bahasa Inggeris "The Origin of Species" oleh Charles Darwin itu boleh didapati di kedai buku dan perpustakaan tetapi penterjemahan buku itu dalam bahasa Indonesia itu diharamkan?  Apakah bahasa Melayu dapat berjaya jika disekat daripada membawa ilmu pengetahuan yang tidak disukai oleh sesetengah pihak?

Usaha sesetengah pihak yang cuma mengIslamkan bahasa Melayu - yakni menjadikan ia sejenis bahasa yang hanya boleh membawa pengetahuan yang sesuai dengan Islam dan oleh itu tidak boleh digunakan oleh penganut agama-agama bukan Islam untuk tujuan agama - itu sebenarnya sedang cuma melemahkan dan melesukan bahasa itu sahaja.

Kalau orang bukan Islam di Malaysia pun tidak dibenarkan menggunakan bahasa kebangsaan untuk tujuan keagamaannya, apakah peluang bahasa Melayu boleh maju di luar Malaysia, Brunei dan Singapura.  Sebenarnya, kalau kita bandingkan bahasa Melayu dengan bahasa Indonesia, bahasa Indonesia jauh lebih dinamika kerana pelbagai isu boleh dibincangkan dalam bahasa itu dan usaha-usaha penterjemahan itu tidak berhenti.

Di Malaysia, ramai tokoh-tokoh intelektual dan golongan kelas pertengahan yang kosmopolitan pandangan cuma menggunakan bahasa Inggeris untuk berhujah dan bahasa Melayu seolah-olah sudah menjadi bahasa yang cuma sesuai untuk mencetak Utusan Malaysia.

Dalam kata lain, bahasa Melayu menjadi lesu dalam dunia intelektual, tidak setanding dengan saudaranya bahasa Indonesia, janganlah lagi jika dibandingkan dengan bahasa Inggeris, Cina, Jepun dan sebagainya.

Saya amat sedih sekali apabila membaca berita bahawa ada golongan yang menggelar diri mereka sebagai penulis yang menyokong pengharaman buku dan penyekatan kebebasan.  Manakah keindahan bahasa jika kita tidak berkebebasan untuk berfikir?

Dan kalau inilah pejuangnya, perlukah lagi musuh untuk bahasa Melayu?

*Dr.Wong Chin Huat adalah seorang pencinta bahasa Melayu bukan nasionalis.  Beliau cintakan bahasa kerana keindahannya dan kesal tidak ada peluang menggunakan bahasa Melayu untuk tujuan romantik.

Sumber: Merdeka Review
   

Saturday, January 26, 2013

Senapang Melayu ketika lawan Portugis

Mereka yang cinta Allah , akan cinta negara, akan cinta negeri, akan cinta bangsa, akan cinta budaya sendiri, itulah kata-kata seorang ahli sufi yang saya kenali. Generasi kini semakin melupakan sejarah bangsa, pada mereka adat hanyalah satu pertunjukan kebudayaan. Untuk menarik minat generasi muda khususnya para pelajar kepada sejarah, kita perlu beri kesedaran kepada mereka bahawa kita mempunyai teknologi yang lebih hebat dari Eropah sebelum kejatuhan Melaka.



Orang Minangkabau mendirikan kerajaan Rembau bersama orang Asli dari Suku Jakun yang begitu digeruni Portugis. Orang Minangkabau membawa bersama senapang yang dipanggil matchlock, meriam serta keris yang hebat yang diberi nama Guloh Rembau.

Tapi malang , tiada kajian, penemuan sehingga saat ini, bagaimana rupa bentuk senapang ini.

Semoga ada usaha kajian dilakukan untuk menjejaki kembali teknologi anak tempatan yang amat hebat satu ketika dulu.

Friday, January 4, 2013

Kejam: 'Kucing Bonsai'

"Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.


Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.

Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu?

Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.

Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!

Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri.

Sumber : AJM Info "

Monday, December 24, 2012

Siapa Aminuddin Baki


Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung dalam daerah kecil Chemor di Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor dari tahun 1932 hingga 1936. Selepas lulus peperiksaan darjah lima beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson, Ipoh. Sekolah tersebut merupakan sekolah Inggeris terbaik dan mempunyai guru yang baik dan berpengalaman. Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941. Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada ketika itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudiannya menjadi Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu yang ditubuhkan pada 11 Februari 1946. Kesatuan ini telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyatukan semua persatuan pelajar di negara ini dan Aminuddin telah dilantik sebagai setiausaha. Pada masa yang sama beliau telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada bulan Oktober 1947 beliau diterima sebagai pelajar di Raffles College, sebuah kolej termasyhur.

Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi menentang penubuhan Malayan Union. Dalam masa yang sama pemimpin-pemimpin persatuan pelajar digalakkan berusaha ke arah pencapaian matlamat mereka. Oleh kerana itu, Aminuddin dan pemimpin pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan yang lebih kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun, Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Walau bagaimanapun pada tahun 1949 Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif dalam persatuan pelajar kerana ditawarkan ke Universiti Malaya, Singapura. Pada ketika itu beliau hanya mengikuti perkembangan persatuan dari jauh sahaja. Semasa di universiti beliau berminat mengajar dan untuk menimba pengalaman beliau telah mendaftar sebagai guru sambilan di Anglo-Malay Evening School. Beliau telah mengajar di sekolah itu dari tahun 1949 hingga 1951. Dalam tahun 1950, beliau bergiat aktif dalam GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan. Dalam tahun yang sama beliau telah lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun berikutnya, lulus Ijazah Kepujian Sarjana Sastera.
Selepas menamatkan pelajarannya, beliau kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, beliau telah berkhidmat di Sekolah Anderson. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa Queen. Beliau meninggalkan Pulau Pinang dengan menaiki kapal SS Canton pada 12 Julai 1952. Aminuddin menamatkan pengajiannya pada bulan Julai 1953 dengan mendapat Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan. Selepas pulang ke tanahair beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Sumbangan besarnya kepada pelajar dengan memperkenalkan Sejarah Islam tetapi tidak termasuk dalam sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955 Aminuddin terlibat dalam menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula beliau dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan Rahman.
Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor. Pada masa yang sama beliau aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan Bahasa dan Pustaka. Dengan usaha beliau juga peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP), Sijil .Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) diwujudkan. Beliau telah menubuhkan Lembaga Peperiksaan pada tahun 1963. Aminuddin Baki meninggal dunia pada 24 Disember 1965 kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan sembahyang. Pada ketika itu memegang jawatan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia.

by Kulanzsalleh
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.

Friday, December 21, 2012

Kusangka aur di pinggir tebing

Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir

Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang

Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban

Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda

Monday, December 17, 2012

Asalnya wang kertas hanyalah resit simpanan syiling emas



Syiling emas 10 dollar : 1834

Proses pertama: Sijil dikeluarkan sebagai bukti kamu menyimpan syiling emas

Proses kedua : Tiada lagi tertulis simpanan syiling emas pada kertas.


Proses ketiga : Mereka ( Federal Reserve ) menyimpan semua emas.


Proses keempat : Kita hanya mendapat kertas !


Dengan wang ini mereka berbelanja, membiayai peperangan di Iraq, Afghanistan, membantu Israel. Wang ini sebenarnya tidak ada nilai ( no intrinsic value ) tetapi kerana manusia percaya, ia menjadi bernilai. Kenapa ? Kerana kejahilan umat Islam sendiri mengenal matawang mereka.

Bank mewujudkan wang melalui rizab berkanun dan meminjamkannya kepada pelanggan dengan interest. Pelanggan membeli tanah, rumah ,mesin dll. Aset berpindah tangan tetapi jumlah wang yang ada dalam ekonomi bertambah. Perpindahan harta berlaku melalui inflasi.

Implikasinya :
Barangan semakin naik.
Kawalan harga keatas barangan tertentu.
Harga bagi aset – aset semakin naik kerana menyerap jumlah wang yang bertambah.
Muflis atau bankrup

Kita patut dengar apa yang diucapkan oleh Tun Dr. Mahathir tentang kejatuhan sistem ekonomi barat.

Tidak seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia. Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan antarabangsa. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak. Tetapi kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.

Sebagai contoh, Jika sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan eksport bernilai 10 juta Dinar.

Sistem ini boleh diterima oleh masyarakat dunia satu ketika dulu yang sebenarnya perosak sistem masyarakat yang makmur. Yahudi Zionis sangat pintar!!

Rujukan:dirham2dinar.com

Majalah Ahkam Johor: Johor dan Kerajaan Uthmaniyah

Johor diperintah menggunakan Sistem Khalifah, bukan sistem "British" seperti yg di gambarkan buku teks..



Bendera Khalifah Othmaniah




Bendera Khalifah Johor (bendera sultan)


Ramai yangg tidak mengetahuiakan kewujudan Majallah Al Ahkam Johor, dari tahun 1893 sehingga tahun 1914.. sets of written law, yang berlandaskan hukum Syariah seperti Majallah Al Ahkam Al Adliyah, yang digunakan Khalifah Othmaniah Turki...




Salinan "Majallah Al Ahkam Johor" terdapat di Library Petaling Jaya and National Library KL..




Raja Ali Kelana of Johor


Kaitan Johor dgn Khalifah Turki
Johor diperintah menggunakan Sistem Khalifah, bukan sistem "British" seperti yg di gambarkan buku teks..

Ramai yang tidak mengetahui kewujudan Majallah Al Ahkam Johor, dari tahun 1893 sehingga tahun 1914.. sets of written law, yang berlandaskan hukum Syariah seperti Majallah Al Ahkam Al Adliyah, yang digunakan Khalifah Othmaniah Turki...

- Sultan Albert Baker pernah melawat Khalifah pada tahun 1866, 1879 dan 1893
- Khalifah menghadiahkan 2 orang wanita Turki kepada Sultan Johor = Khadijah Hanim dan Ruqayyah Hanim.. dan dikahwinkan dgn Sultan Albert Baker dan Sultan Ibrahim utk menyambungkan Nasab keturunan mereka setaraf dengan Khalifah Turki
- 1894, Kapal Perang Attughrul dari Turki mendarat di Istana Besar
- Seruan dan doa utk Raja2 pertama kali dignakan apda tahun 1895 mengikut adat dan amalan Khalifah Turki = seterusnya ditiru oleh negeri lain sehingga kini
- 1904 - Pegawai Khalifah Uthmaniah diberikan bintang kebesara kerajaan Johor
- Raja Ali Kelana dari Riau di lantik menjadi Sheikh Al Islam, satu jawatan yg lebih tinggi dari Mufti Kerajaan seperti yang digunakan oleh Khalifah Turki = beliau Meninggal dunia di Johor Bahru pada tahun 1927
- Raja Ali Kelana dihantar ke Turki untuk mendalami undang2 mualamalat dan shariah pada tahun 1883, 1895, 1899 dan 1913
- Syed Hasan dan Syed Abu Bakar Al Attas dan 4 orang pegawai kerajaan dihantar menghadiri persidangan khalifah 1926 sebagai wakil Sultan Johor

- Penubuhan sekolah agama kerajaan Johor diguna pakai dari Maktab Uthmani di Turki
- Kitab2 rujukan mcm Muttaal Badrain yg digunakan oleh sekolah agama Johor adalah ditranslate dari syllibus Maktab Uthmani Turki




Ini adalah lambang darjah kebesaran Khalifah Othmaniah yg digunakan oleh turki..

Lihat persamaan dgn yang ni :




Darjah kebesaran Johor


Kaitan "Sultan"

- Kite diwar-warkan yang Sultan Ibrahim diberikan gelaran "Sultan" oleh Queen Victoria... fikir semula ; seorang wanita kristian memberi gelaran 'sultan' kepada raja islam??

wrong... British cube memusingkan Fakta disini ;- kerana... Anugerah gelaran "Sultan" adalah pemberian Khalifah Uthmaniah semasa lawatan baginda ke Turki pada tahun 1866..

Lihat sejarah :

- Dalam Buku "Hikayat Hang Tuah".. Sultan Melaka.. Muzaffar Shah ade menghantar Hang Tuah ke Turki untuk mendapat 'recognition' dari Khalifah utk memakai title SULTAN..
- Sama juga seperti Pasai dan Sultan Acheh Iskandar Alam = semua mengadap Khalifah utk mendapat 'recognition' memakai gelaran Sultan.. Johor pun buat mcm tu pada tahun 1866..

Ahkam Shariah Johor

We knew that Johor become successfully independent sejak tahun 1855.. tapi.. ape sistem kehakiman yang digunakan??? British?? tak mungkin, sebab.. british cume datang pada tahun 1914..

That is the clue.. Undang2 Adat dan Shariah Majallah Ahkam Johor..

Semasa Undang2 shariah ini dijalankan - semua Peguam, persuruhjaya Polis, pegawai dan kakitangannya terdiri daripada Ulamak dan orang Islam SAHAJA.. sebab tu, ramai Melayu yang kerja dgn kerajaan zaman tu di Johor..

Dalam Hikayat Johor.. Hakim2 dan Kadi2 diberi kuasa menghukum pegawai kerajaan yg tak sembahyang Jumaat.. begitu jugak yang berjudi dan minum arak di Kasino Wong Ah Fook.. yg diberi kuasa utk melapurkan kepada Kadi2 jika terdapat orang islam dalam premisnya berjudi dan minum arak..

Undang2 Tubuh Negeri Johor

Undang2 negeri ini di sedia kan oleh Rodyk & Davidson.. firma guaman British yg berkerja dgn Sultan Johor. The funny thing is.. firma guaman ini menggunakan set undang2 yang digunakan oleh Kesultanan Lama Riau dan Acheh.. dalam buku Thammarat Al Muhimmah..

Dengan tertubuhnya undang2 ini pada tahun 1895.. secara rasmi Agama Islam menjadi agama negeri.. DAN... undang2 ini TIDAK BOLEH DIGUBAL, DIUBAH, DIPINDA, DIHAPUSKAN selagi ade bulan dan bintang..

Now...

- British source tak pernah sentuh sikit pun pasal hubungan Khalifah Turki dgn Kerajaan Johor..
- Undang2 Malaysia, di guna pakai cara Inggeris kerana 'anggapan' bahawa tiada undang2 yang diguna pakai sebelum Merdeka kecuali undang2 adat... so, klu ade orang expose yg ade undang2 yg berjaya terlaksana dgn tatacara yang baik dan teratur.. tentu undang2 malaysia sekarang tidak seperti ini.. again, takde siape dalam cabinet Tun Abd. Rahman yg bercakap tentang fakta ini..

Menteri Pendidikan, cepat! tulis balik buku teks tu!

Posing with tiger fail

Posing with tiger fail

Sunday, December 2, 2012

Pendidikan aliran Cina halang perpaduan -Prof Dr Teo Kok Seong

Pendidikan aliran Cina di Malaysia, yang menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, mempunyai warisan cemerlang yang sudah berusia dua abad. Ia sering dipuji kerana mutu pendidikannya yang tinggi. Ini hasil daripada pengurusan yang cekap serta pembabitan komuniti yang aktif. Kini terdapat 1,280 buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan 60 buah sekolah persendirian Cina di seluruh negara.

Walau bagaimanapun, ia selalu dipersepikan sebagai antinasional pada julat yang paling ekstrem dan sebagai isu perkauman saja pada julat yang kurang ekstrem. Hal ini disebabkan, antaranya oleh perjuangan dan tuntutan sesetengah persatuan Cina. Antaranya adalah Dong Zong, iaitu Persatuan Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Jiao Zong, iaitu Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia. Perjuangan dan tuntutan dua persatuan ini sering didapati keterlaluan. Ini kerana mereka tidak mahu mengambil kira Malaysia sebagai masyarakat majmuk, dengan kaum Melayu selaku penduduk asal dan dominan. Sehubungan ini, dalam banyak tindakan mereka, resam di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, sengaja dikesampingkan.

Usaha parti politik Cina, seperti MCA dan GERAKAN untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah Cina, seperti kesesakan pelajar dan kekurangan guru, bukan saja diperlekeh. Malah, ia ditolak sebagai tidak sesuai untuk pelestarian pendidikan aliran Cina di Malaysia oleh dua persatuan ini.

    Akibat keadaan yang tidak mesra kepada bahasa Melayu ini, lepasan sekolah Cina rata-ratanya didapati bukan saja tidak cekap berbahasa Melayu. Tetapi lebih malang lagi mereka tidak mempunyai sikap integratif terhadap bahasa Melayu dan juga orang Melayu selaku penutur jatinya. Sehubungan ini, mereka didapati tidak mampu mempamerkan jati diri kebangsaan, khususnya dalam konteks kecekapan berbahasa Melayu.

Persepsi umum masyarakat Malaysia, khususnya daripada kaum Melayu dan juga sebilangan orang Cina sendiri, mengenai pendidikan aliran Cina adalah penghalang kepada perpaduan yang cuba dipupuk, melalui sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini didapati benar apabila diteliti beberapa tuntutan dan syarat yang pernah dan sedang dihantar sebagai memorandum oleh dua persatuan ini kepada kerajaan.

Pertama ialah keengganan untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk Malaysia Negaraku, mata pelajaran kerakyatan yang sepatutnya mula diajar pada 2011 melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia yang hanya mengambil masa 30 minit seminggu dan ingin disampaikan dalam bahasa Melayu, sebagai lambang negara, untuk membentuk jati diri kebangsaan dalam kalangan golongan muda kita, ditolak atas pelbagai alasan yang tidak munasabah.

Kedua ialah syarat penempatan guru. Semua guru yang berkhidmat di sekolah jenis kebangsaan Cina, dikehendaki memiliki kepujian dalam bahasa Mandarin pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia, walaupun sesetengahnya tidak pun mengajar mata pelajaran yang menggunakan bahasa itu. Dengan pelaksanaan syarat ini, boleh dikatakan semua guru di sekolah Cina, akan terdiri daripada kaum Cina saja. Peraturan begini sudah tentu boleh menjejaskan pemupukan perpaduan di sekolah.

Guru hanya kaum Cina

Ketiga ialah keengganan menambah masa pendidikan bahasa Melayu untuk kedua-dua tahap satu dan dua, serta menyelaraskan sukatan pelajaran bahasa Melayu untuk tahap dua agar sama dengan yang digunakan di sekolah kebangsaan. Tujuannya adalah untuk mempertingkat pengetahuan dan penguasaan pelajar Cina agar menjadi lebih baik lagi.

Sesungguhnya tiga tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai perbuatan keterlaluan untuk melindungi bahasa Mandarin selaku bahasa etnik Cina. Malang sekali, ia dilakukan dengan mengetepikan bahasa Melayu, yakni bahasa negara yang diberi peranan untuk menyatukan rakyat dan membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda.

Akibat keadaan yang tidak mesra kepada bahasa Melayu ini, lepasan sekolah Cina rata-ratanya didapati bukan saja tidak cekap berbahasa Melayu. Tetapi lebih malang lagi mereka tidak mempunyai sikap integratif terhadap bahasa Melayu dan juga orang Melayu selaku penutur jatinya. Sehubungan ini, mereka didapati tidak mampu mempamerkan jati diri kebangsaan, khususnya dalam konteks kecekapan berbahasa Melayu.

Oleh sebab keengganan kaum Cina untuk ikut membantu memupuk perpaduan dan membentuk jati diri, melalui bahasa Melayu, tujuan murni kerajaan untuk membina negara bangsa yang bersatu padu dan rakyat yang berjaya mempamerkan jati diri kebangsaan dengan menggunakan lambang dan proses sosiobudaya Melayu, tidak kesampaian.

Sesungguhnya, bahasa Melayu mampu menyatupadukan rakyat kita yang berbilang kaum, serta mampu membentuk jati diri kebangsaan yang utuh dalam kalangan kita semua. Hanya kita sendiri yang menghalangnya atas kejahilan bahawa pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang lebih baik itu, boleh menggugat etnisiti tertentu.

Penulis Profesor Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Malaysia Fiscal Policy