Mereka
yang cinta Allah , akan cinta negara, akan cinta negeri, akan cinta
bangsa, akan cinta budaya sendiri, itulah kata-kata seorang ahli sufi
yang saya kenali. Generasi kini semakin melupakan sejarah bangsa, pada
mereka adat hanyalah satu pertunjukan kebudayaan. Untuk menarik minat
generasi muda khususnya para pelajar kepada sejarah, kita perlu beri
kesedaran kepada mereka bahawa kita mempunyai teknologi yang lebih hebat
dari Eropah sebelum kejatuhan Melaka.
Orang
Minangkabau mendirikan kerajaan Rembau bersama orang Asli dari Suku
Jakun yang begitu digeruni Portugis. Orang Minangkabau membawa bersama
senapang yang dipanggil matchlock, meriam serta keris yang hebat yang
diberi nama Guloh Rembau.
Tapi malang , tiada kajian, penemuan sehingga saat ini, bagaimana rupa bentuk senapang ini.
Semoga ada usaha kajian dilakukan untuk menjejaki kembali teknologi anak tempatan yang amat hebat satu ketika dulu.
No comments:
Post a Comment