Friday, December 3, 2010

Kelebihan Merantau - Imam Syafie


ما في المقامِ لذي عقلٍ وذي أدبِ مِنْ رَاحَة ٍ فَدعِ الأَوْطَانَ واغْتَرِبِ
سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة ً لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى ً في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ

Menetap di tempat sendiri bukan hal yang menyenangkan bagi mereka yang berakal dan memilik tatakerama mulia maka tinggalkan tanah airmu dan merantaulah !

Pergilah bermusafir, pasti kamu akan mendapat ganti apa yang kau tinggalkan dan bersusah payahlah kerana sesungguhnya lazatnya hidup itu apabila bersusah payah.

Sesungguhnya kulihat berhentinya mengalir air itu akan merosakkannya, sebaliknya bening dan segar ia jika terus mengalir.

Singa tak akan mendapat mangsanya kalau ia hanya tetap di gubuknya dan anak panah tak akan mengenai sasarannya kalau tak lepas dari busurnya

Matahari, andaikan tetap tersangkut di dada langit, tentulah jemu kepadanya oleh orang Arab maupun Ajam.
Lombong emas cuma ketulan tanah di tempatnya, sementara kayu terbiar di bumi hanyalah sejenis bahan bakar.

Jika seseorang ini tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia dapatannya dan jika seseorang itu tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia seperti emas.

No comments: