Monday, September 29, 2025

Isi Minyak Subsidi Sehari Sekali Je? 😅

 Isi Minyak Subsidi Sehari Sekali Je? 😅



Bayangkan macam ni, kau ada kereta yang tangki penuh 40 liter. Dengan penggunaan minyak dalam 15 km per liter, kau boleh jalan lebih kurang 600 km sekali isi penuh. Kalau ikut harga subsidi sekarang, RM 2.05 seliter, kos dia jadi lebih kurang RM 79.60. Okay lah kan?


Tapi... ada twist. 👀


Kalau kau dah habiskan 600 km tu dalam hari yang sama (contohnya long trip balik kampung), nak isi lagi RoN95 subsidi memang tak boleh dah. Kena bayar harga penuh RM 2.60 seliter. So bila isi balik penuh tangki 40 liter, terus kena cucuk RM 104.


Kalau campur total sehari tu, jadi RM 183.60. Lagi mahal sebenarnya berbanding kalau kau isi dua kali dengan harga subsidi penuh (80 liter x RM 2.05 = RM 164).


Moral of the story?

Siapa yang kaki travel jauh sehari, especially balik kampung beratus km, memang akan rasa perit sikit dengan sistem baru ni. Yang jalan dekat-dekat mungkin tak terasa sangat. Tapi dalam kira-kira, sekali sehari isi subsidi ni boleh buat pengguna terpaksa bayar lebih kalau perjalanan panjang.

Top Student Kena Reject Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI? Habis Tu Ilmu Kat Mana?”


“Top Student Kena Reject Jadi Cikgu Hanya Sebab BMI? Habis Tu Ilmu Kat Mana?”

Kisah ni tengah panas sekarang. Seorang graduan universiti awam yang memang tip-top, siap pernah dapat Anugerah Naib Canselor, tapi tiba-tiba tak lepas nak pergi temuduga cikgu. Sebab apa? Sebab BMI dia lebih daripada syarat yang ditetapkan.

Bayangkan, orang ni dah usaha bertahun-tahun belajar, skor pointer tinggi, nak jadi pendidik — tapi tersekat hanya sebab nombor atas penimbang badan.


TikTok Jadi Punca Viral

Isu ni meletup bila Dato’ Syed Agil (DSA) post video dekat TikTok. Dia sendiri pelik kenapa BMI jadi penghalang. Katanya, “Bukannya BMI tu boleh ukur keupayaan mengajar. Yang penting ilmu, skill, dengan cara dia bawa diri depan anak murid.”

Betul jugak kan? Kalau tengok nombor je, macam tak adil.


Netizen Pun Meletup

Dekat ruangan komen, macam-macam reaksi keluar:

  • Ada yang setuju BMI tu penting sebab cikgu kena aktif, turun naik tangga, jalan ke kelas lain. Kalau tak fit, susah juga nak layan budak-budak.
  • Tapi ramai bantah: “Kuruih tak semestinya rajin, gemuk tak semestinya lembab.”
  • Ada student IPG pulak share pengalaman dia terpaksa jogging setiap hari semata-mata nak cukupkan BMI.

Persoalan Besar

Patut ke masa depan anak muda cemerlang ni tergadai hanya sebab angka BMI? Bukankah lebih masuk akal kalau tengok kesihatan sebenar, stamina, atau cara dia mengajar?

Isu ni dah jadi viral, orang ramai desak Kementerian Pendidikan kaji balik syarat ni. Takkanlah kita nak biar pelapis terbaik terpinggir semata-mata sebab saiz badan.


Kalau ikut logik, cikgu ni jiwa dia kena kuat, ilmu kena mantap, dan ikhlas nak ajar. Bukan sekadar ukur pakai meter timbang.


$700 kuintilion,


Ahli astronomi telah menemui sebuah asteroid yang menakjubkan dengan nilai dianggarkan sebanyak $700 kuintilion, jumlah yang begitu besar sehingga secara teorinya boleh menjadikan setiap seorang di Bumi ini seorang bilionair. Batu angkasa gergasi ini dipenuhi dengan logam berharga seperti emas, platinum, dan mineral jarang, menjadikannya salah satu objek paling bernilai dalam sistem suria kita.

Walaupun angka $700 kuintilion itu hampir mustahil untuk dibayangkan, ia menunjukkan betapa kayanya alam semesta ini. Sebagai perbandingan, keseluruhan ekonomi global hanyalah sebahagian kecil daripada nilai asteroid ini. Para saintis dan peminat angkasa begitu teruja bukan sahaja tentang nilainya, tetapi juga tentang kemungkinan yang dibawanya untuk masa depan perlombongan asteroid dan penerokaan angkasa.

Asteroid seperti ini bukan sekadar peluang kewangan, ia adalah khazanah sains. Mengkaji komposisinya boleh mendedahkan rahsia tentang awal pembentukan sistem suria, bagaimana planet terbentuk, dan bahan-bahan yang wujud di luar Bumi. Perlombongan asteroid pada masa depan boleh merevolusikan industri global, tenaga, dan teknologi, mewujudkan sumber yang hampir tidak terbatas.

Meskipun mungkin mengambil masa beberapa dekad sebelum manusia benar-benar dapat mengekstrak mineral dari asteroid, membayangkan kesannya sahaja sudah cukup mempesonakan. Sebuah asteroid tunggal boleh membekalkan logam jarang yang mencukupi untuk menggerakkan inovasi dalam bidang elektronik, tenaga boleh diperbaharui, dan infrastruktur selama beberapa generasi akan datang.

Penemuan ini adalah satu peringatan yang mengagumkan bahawa alam semesta penuh dengan khazanah yang menanti untuk diterokai. Daripada kekayaan yang sukar dibayangkan hinggalah kepada penemuan saintifik yang memecah batas, angkasa terus mencabar pemahaman kita tentang apa yang mungkin.

Lain kali bila anda menatap langit malam, ingatlah bahawa di suatu tempat di luar sana, sebuah kekayaan bernilai $700 kuintilion sedang berlegar-legar mengorbit Matahari, menanti saat manusia mencapainya.

#PerlombonganAsteroid #KhazanahAngkasa #700Kuintilion #PenemuanAngkasa #KekayaanKosmik #BeritaAstronomi

RON95 Tanpa Subsidi RM2.60 Seliter – Rakyat Kena Faham Game Baru


RON95 Tanpa Subsidi RM2.60 Seliter – Rakyat Kena Faham Game Baru

Kerajaan baru umum harga runcit RON95 tanpa subsidi akan jadi RM2.60 seliter bermula 30 September sampai 8 Oktober 2025. Tapi jangan risau, untuk rakyat Malaysia yang layak, program BUDI95 masih kekalkan harga RM1.99 seliter je. So, kalau kau apply BUDI95 tu, masih boleh isi minyak murah.

Untuk sektor pengangkutan awam darat dan angkutan barangan, kerajaan tetapkan harga RON95 subsidi bawah sistem SKPS pada RM2.05 seliter. Jadi, bas, teksi, lori – semua tu masih terkawal sikit kos dia.

Harga minyak lain pun kekal:

  • RON97 maintain RM3.21 seliter
  • Diesel Semenanjung RM2.93 seliter
  • Diesel Sabah, Sarawak, Labuan RM2.15 seliter

Kerajaan kata diorang akan terus pantau harga minyak mentah dunia dan adjust ikut kesesuaian. Kononnya nak jaga kebajikan rakyat la kan.

So, ringkasnya – kalau kau layak BUDI95, isi minyak masih RM1.99 seliter. Kalau tak, siap sedia la bayar RM2.60 seliter untuk RON95.




Meremang Bulu Roma…” Bila Radio Jepun Mainkan Lagu Isabella

“Meremang Bulu Roma…” Bila Radio Jepun Mainkan Lagu Isabella

Bayangkan tengah chill dalam kereta kat Jepun, tiba-tiba radio TokyoFM pasang lagu Isabella dari kumpulan Search. Fuhh, memang lain macam rasa dia — terus meremang bulu roma beb!

Kisah ni jadi viral lepas seorang rakyat Malaysia yang dah duduk kat Jepun hampir tiga tahun, share video kat TikTok bila dia terdengar lagu keramat tu diputarkan kat sana. Bukan setakat pasang lagu je, DJ radio tu siap explain lagi maksud lirik Isabella. Katanya lagu ni kisah cinta dua insan yang terhalang sebab beza latar hidup, macam cerita Romeo & Juliet versi Malaysia gitu.

“First time dalam tiga tahun duduk Jepun dengar lagu Malaysia masuk radio, terus merinding,” tulis lelaki tu dalam caption TikTok.


Bangga Lagu Malaysia Sampai Ke Jepun

Dekat ruang komen, ramai rakyat Malaysia teruja dan bangga. Ada yang siap share pengalaman sendiri bila dengar lagu Melayu diputarkan kat luar negara.

Seorang netizen cakap dulu masa awal 2000-an, dia pernah dengar Sinaran nyanyian Sheila Majid diputarkan kat TokyoFM. Katanya tersenyum sorang-sorang dalam pejabat bila dengar lagu tu.

Ada jugak yang cerita dia pernah dengar lagu Melayu diputarkan kat Kanada. Nampaknya memang betul, lagu-lagu kita bukan setakat berhantu kat Malaysia je, tapi dah merentas sempadan dunia.


Pendek kata, walaupun dah berpuluh tahun, lagu macam Isabella ni tetap hidup dan terus buat orang meremang bulu roma — bukan je kat Malaysia, tapi sampai ke Jepun sekali.



Pelajar MRSM Cemerlang Jadi Operator Kilang – Salah Siapa Sebenarnya?"


Asyraf Wajdi, Pengerusi Mara, kongsi satu cerita yang agak menyedihkan. Ada seorang pelajar bijak gila – SPM dapat 9A, masa asasi pula capai CGPA 3.87. Tapi sayangnya, sebab hidup susah, dia terpaksa berhenti belajar dan masuk kerja kilang.

Cerita ni lagi menyentuh hati bila tahu dia bekas budak MRSM. Ayah dia tengah sakit, mak dia pulak hanya tolong bungkus nasi lemak. Jadi bila universiti emel bagitahu tak ada bantuan kewangan, pelajar ni buat keputusan sendiri untuk tak sambung ke kampus induk, sebaliknya terus kerja kilang untuk bantu keluarga.

Asyraf kata, dia dah minta bahagian Umno tolong keluarga ni dan dia sendiri nak jumpa pelajar tu, pujuk supaya sambung belajar.

Kabar baiknya, Mara dah bincang dengan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan dan setuju nak tawarkan tempat dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di British Malaysia Institute (BMI), UniKL – ikutlah prestasi akademik budak tu yang memang hebat.

Mara juga akan tawarkan pembiayaan belajar dan jamin laluan kerjaya yang lebih baik. Asyraf sempat pesan, hanya ilmu yang boleh ubah nasib hidup.

Sunday, September 28, 2025

Ridhuan Tee Dipanggil Polis, Petang Ni Kat Bukit Aman


Ridhuan Tee Dipanggil Polis, Petang Ni Kat Bukit Aman

Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah, pendakwah bebas yang selalu keluar dalam media, maklumkan dia dah dapat panggilan daripada polis. Katanya, dia dipanggil untuk beri keterangan pasal Podcast Muafakat (Muafakat Nasional) yang berlangsung 26 September lepas pukul 9 malam.

Ridhuan bagitahu dia akan hadir ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman petang ni untuk beri kerjasama. Katanya lagi, dia akan disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan – pasal penghinaan yang boleh cetus pecah keamanan – dan juga bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, berkaitan salah guna kemudahan rangkaian.

Dalam kenyataan dia, Ridhuan sempat minta doa daripada orang ramai supaya diberi kekuatan nak hadapi ujian ni. “Saya hanya berkata benar demi ABATA,” tulisnya di Facebook.

Setakat ni, polis belum keluar kenyataan rasmi pasal tujuan siasatan tersebut. Jadi semua masih menunggu perkembangan lanjut.


Jepun Tak Lagi 100% Selamat Dari Penyeluk Saku?

Jepun Tak Lagi 100% Selamat Dari Penyeluk Saku?

Kalau sebut pasal Jepun, orang ramai memang terbayang teknologi canggih, masyarakat sopan santun, dan bunga sakura yang cantik. Tak hairanlah lebih setengah juta rakyat Malaysia terbang ke sana tahun lepas untuk bercuti.

Tapi baru-baru ni, seorang pengguna Threads, Mafarikha, buka cerita yang agak mengejutkan — kat Jepun pun dah ada penyeluk saku profesional!

Lokasi Panas Sindiket

Menurut dia, kawasan yang jadi tumpuan pencuri ni adalah sekitar Dotonbori dan Universal Studios Japan di Osaka.
Paling “plot twist”, katanya pelakunya bukan orang Jepun, tapi warga asing yang datang menyusup sekali dengan pelancong lain.

Beg ‘Kebal’ Pun Kena Tebuk

Ramai yang selalu rasa selamat kalau pakai beg dengan ciri keselamatan tinggi. Tapi sindiket ni lain macam hebat — kononnya beg paling kebal pun boleh bocor walaupun kita sentiasa pegang kat depan mata. Seram kan?

Jepun Masih Best, Tapi…

Walaupun kes ni agak menakutkan, Jepun tetap jadi destinasi idaman ramai sebab budaya dan layanan masyarakat dia yang masih tip-top. Cuma sekarang kena lebih berjaga-jaga, jangan terlalu leka sangat dengan suasana “safe country” bila melancong.



Guru Buat Perjalanan 5 Jam Sehari Dari Cyberjaya Ke Johor

Guru Buat Perjalanan 5 Jam Sehari Dari Cyberjaya Ke Johor

Seorang cikgu perempuan, Elle Eisha umur tiga puluh empat tahun, tengah viral kat TikTok sebab sanggup drive ulang-alik dari Cyberjaya ke Bukit Kepong, Johor setiap hari kerja. Perjalanan tu ambik masa dua jam setengah sehala, jadi total lima jam sehari, dan dia buat benda ni lima kali seminggu.

Bayangkan, setiap hari dia lalu empat negeri dengan jarak dekat empat ratus kilometer. Kos minyak + tol je dah cecah dua ribu ringgit sebulan, belum kira tayar, minyak hitam, servis kereta lagi. Dia sendiri cakap, memang penat gila — mental dengan fizikal memang kena tahan.


Kenapa Tak Pindah Dekat-Dekat Je?

Masa SAYS interview dia, Elle cerita dia keluar rumah seawal pukul 4.45 pagi, dan balik rumah lebih kurang pukul 2 petang. Ada yang tanya kenapa tak pindah je dekat dengan sekolah. Dia jawab simple — sebab nak duduk sekali dengan family kat Cyberjaya.

Elle ni dulu pernah jadi cikgu lima tahun dari 2013 sampai 2018, lepas tu berhenti untuk bisnes sendiri. Tahun lepas dia decide nak masuk balik jadi cikgu. Sekarang dah enam bulan berkhidmat. Tapi ikut peraturan, dia cuma boleh mohon tukar lepas cukup dua tahun. Walaupun belanja travel besar, dia kata masih cukup untuk tampung kos hidup.


Ramai Netizen Boleh Relate

Video Elle dah cecah lebih dua ratus ribu views kat TikTok. Ramai orang share pengalaman masing-masing ulang-alik jauh untuk kerja. Ada yang cerita dulu dia drive dari Paya Rumput, Melaka ke Bangsar, KL setiap hari dari 2019 sampai 2023. Ada pulak yang ulang-alik Segamat – Muar tiap hari selama sepuluh tahun, jarak harian seratus enam puluh kilometer. Memang letih.

Seorang lagi kongsi dia dah dua tahun ulang-alik dari Puncak Alam ke Senawang. Kiranya, kisah Elle ni buat ramai rasa "eh sama lah macam aku dulu."


Kesimpulannya

Walaupun nampak gila jauh dan penat, ada orang tetap sanggup demi kerja dan demi keluarga. Kisah Elle ni bukan sekadar pasal drive jauh, tapi pasal pengorbanan, pilihan hidup, dan semangat nak teruskan kerjaya walaupun susah.

Nak tengok video asal dia? Kat TikTok memang tengah meletup sekarang.




FAM AKUI KESILAPAN DOKUMEN KE FIFA


Okay, cerita dia macam ni. 📢 FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia) baru-baru ni tampil mengaku ada berlaku kesilapan teknikal dalam dokumen yang dihantar kepada FIFA. Silap tu pulak bukan benda pelik sangat, lebih kepada isu pentadbiran yang dibuat oleh staf admin. 📝⚠️

FAM kata, memang benda ni dipandang serius sebab bila melibatkan FIFA, apa-apa salah laku dokumen boleh jadi isu besar. Tapi dalam masa sama, FAM juga nak rakyat jangan risau sangat. Sebabnya, semua pemain warisan yang tengah hangat diperkatakan tu tetap sah warganegara Malaysia. Maksudnya, status kewarganegaraan diorang memang clear, bukan palsu atau dibuat-buat. 🇲🇾⚽️

Sekarang ni, apa yang FAM buat ialah tunggu dulu keputusan bertulis penuh daripada FIFA. Bila dapat dokumen rasmi tu, barulah FAM akan ambil langkah seterusnya dengan buat rayuan ikut saluran undang-undang yang sepatutnya. Jadi buat masa ni, kes masih dalam proses dan FAM janji akan ikut semua prosedur yang betul. ⚖️

Kesimpulannya, isu ni lebih kepada masalah teknikal je, bukannya sebab pemain tu tak sah atau tak layak main untuk Harimau Malaya. FAM pun dah janji akan lebih teliti lepas ni supaya benda macam ni tak berulang lagi. Harapnya, isu ni cepat selesai dan fokus boleh balik semula kepada bola sepak, bukannya dokumen. 🐯🇲🇾

✍️ Datuk Noor Azman Hj Rahman
Setiausaha Agung, FAM

#FAM #HarimauMalaya #MalaysiaFootball #ASEANFootball

Gajah Pygmy mati lagi

 


Di Lahad Datu, orang FELCRA jumpa bangkai seekor gajah pygmy Borneo betina kat kawasan Blok 57, Estate Danum semalam.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Mohd Soffian Abu Bakar cakap setakat ni tak nampak tanda-tanda jenayah hidupan liar. Dari keadaan bangkai tu, dipercayai gajah tu dah mati lebih kurang satu ke dua hari lepas.

Punca sebenar kematian masih misteri, jadi pasukan postmortem akan ambil sampel untuk dihantar ke makmal. Lepas ni, kes tu akan diuruskan oleh Jabatan Hidupan Liar Lahad Datu untuk tindakan seterusnya.

Kiranya, buat masa ni semua masih dalam siasatan—nak pastikan betul-betul apa jadi kat gajah comel rare ni.

BUDI95: Isi RM3 je, dah penuh tangki motor!

BUDI95: Isi RM3 je, dah penuh tangki motor! 🚲⛽

Hari ni bermula la sistem BUDI95 – subsidi petrol RON95 khas untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Tinjauan kat stesen Petronas Sungai Siput nampaknya berjalan lancar, takde drama pun.

Orang kampung yang layak cuma tunjuk IC kat kaunter, terus boleh isi minyak. Mudah betul.

Seorang pakcik, M Kanniappan umur 70 tahun kata:

“Dulu isi RM4 baru penuh tangki motor kapcai saya, tapi hari ni RM3 je dah penuh. Staf Petronas pun layan mesra, tak pening kepala langsung.”

Lepas tu ada Azhari Sulaiman pulak, umur 51 tahun, dia cakap sistem ni memang smooth, tak macam SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang dulu banyak problem.

Seorang lagi pengguna, Mohd Sabri Ramli, umur 49 tahun, suka sebab boleh bayar pakai aplikasi Setel. Senang, cepat, siap boleh check baki kelayakan petrol terus dalam apps.

Orang ramai pun lega sebab tak perlu tunggu lama. Ramai kata inisiatif BUDI95 ni memang membantu, at least ringankan sikit beban rakyat.



Terkejut Dengar, Mat Saleh Bongkar Benda Paling Dia Tak Suka Pasal Malaysia

 




Terkejut Dengar, Mat Saleh Bongkar Benda Paling Dia Tak Suka Pasal Malaysia

Malaysia ni memang dah lama jadi tempat wajib singgah pelancong dari seluruh dunia. Dari pulau cantik sampai bandar penuh warna, confirm ramai yang jatuh hati. Tambah pulak dengan makanan sedap-sedap, orang kita yang mesra – siapa je tak suka kan?

Tapi baru-baru ni, ada seorang pelancong Mat Saleh share pengalaman dia. Katanya, Malaysia memang best, tapi ada satu benda yang betul-betul spoil mood – jerebu.

“Bukan salah Malaysia pun...”

Dalam video dia, dia jelaskan jerebu ni bukan berpunca dari Malaysia, tapi datang daripada pembakaran hutan terbuka kat Indonesia. Dia frust sebab bila jerebu melanda, bangunan depan mata pun nampak samar-samar, macam berkabus tebal.

Katanya lagi:

“Perkara paling saya tak suka pasal Malaysia ni jerebu. Tapi masalahnya, bukan salah Malaysia pun. Punca dia datang dari Indonesia.”

Malah, dia throwback balik zaman sebelum COVID-19. Masa tu dia dah biasa pakai mask bila duduk kat Malaysia – bukan sebab virus, tapi sebab asap tebal dari Sumatera.

Sampai pernah lari cari udara bersih

Yang paling tak sangka, pelancong tu siap mengaku dia pernah tinggalkan Malaysia sekejap semata-mata nak cari udara segar kat negara lain. Baginya, udara bersih tu hak semua orang, tapi jerebu buat hidup jadi beban.

Dia siap pesan lagi:

“Carilah teknologi lain, guna traktor ke mesin ke, jangan la bakar semua sampai kami ni terpaksa hidup dengan abu.”

Malaysia tetap power di mata pelancong

Walaupun begitu, dia masih puji Malaysia. Katanya, bila fikir balik, masalah paling besar kat sini pun datang dari luar negara. Itu sendiri dah cukup tunjuk betapa best dan selesa pengalaman dia duduk kat Malaysia.

“Saya suka Malaysia. Masalah paling teruk pun datang dari luar. Jadi, Malaysia memang negara yang hebat.”

Dia tambah lagi, dia suka juga Indonesia, cuma harap negara tu lebih serius tangani isu jerebu supaya jiran serantau tak jadi mangsa.



Wednesday, June 26, 2024

BALI KALAH MELAWAN SASAK ⛵**


Setelah Demak berdiri, para penganut Hindu melarikan diri ke pulau Bali. Di sana, mereka mengumpulkan kekuatan untuk merebut kembali pulau Jawa dari Islam. Kekuatan besar dari pulau Bali menyerbu Demak yang dipimpin oleh orang-orang dari daerah Klungkung. Bali bergabung dengan Kediri (menurut catatan Tome Pires, Kediri atau Daha memiliki 200 ribu prajurit bersenjata lengkap). Pertempuran dahsyat terjadi di Wirasaba (Jombang). Dalam pertempuran tersebut, gabungan pasukan Bali dan Kediri dapat dikalahkan. Arya Damar, pemimpin Bali, dan Adipati Andayaningrat, pemimpin Daha, dapat dikalahkan. Peristiwa ini terjadi pada tahun 1513. Ini tercatat dalam Tome Pires, Suma Oriental, juga bab Cirebon. Dengan kekalahan Bali dan Kediri, kesempatan untuk merebut kembali Jawa hilang selamanya.

Kediri akhirnya dihancurkan oleh Demak yang dipimpin oleh Sunan Kudus pada tahun 1527. Kekalahan Kediri dari Demak menyebabkan pusat kebudayaan Jawa pindah ke Jawa Tengah hingga hari ini (sebagai standar dan paket bahasa serta politik dan budaya etnis Jawa).


Sedangkan Demak berhasil mengislamkan Lombok. Sunan Prapen dan pengikutnya adalah penyebar agama Islam di sana. Pulau Bali dikuasai oleh Islam di barat (Jawa) dan di timur (Lombok).


**Bali di Bawah Sasak dan Kegagalan Bali di Pulau Jawa**


Bahkan di bawah Aji Krahengan, suku Sasak mengalahkan Bali. Sasak sering menyerbu pulau Bali dan setiap pertempuran pasukan Bali (Kerajaan Gelgel) kalah dan banyak tentaranya tewas.

Sebenarnya pada tahun 1520-an, Bali berada di bawah pengaruh Lombok. Ini berdasarkan berita dalam 2 naskah Bali yaitu Dwijendra Tatwa dan Babad Dalem. Dari berbagai sumber diceritakan ketika kerajaan Sasak diperintah oleh Sri Aji Krahengan, Gelgel sering menerima serangan dari pasukan Sasak, hingga akhirnya karena kewalahan dan gelisah tentang pertempuran tersebut. Waturenggong, raja Gelgel saat itu, memerintahkan Dahyang Nirartha, pionir utama di kerajaan Gelgel, untuk menemui raja Sasak. Misinya adalah untuk menawarkan perdamaian, hingga ke istana kerajaan Sasak, Dahyang Nirartha disambut dengan hormat oleh Sri Aji Krahengan. Di hadapan Sri Aji Krahengan, Dahyang Nirartha menekankan pentingnya perdamaian antara Lombok dan Bali. Sri Aji Krahengan menyambut perdamaian yang ditawarkan oleh Gelgel. Momen penting pertemuan diplomatik ini terjadi pada bulan Oktober 1530 Masehi, perjanjian perdamaian ini dikenal sebagai "Perjanjian Aji Krahengan". Dari penjelasan di atas dapat disimpulkan bahwa hubungan antara Bali dan Lombok berlangsung sejak tahun 1500-an.


Karena kalah, Bali kemudian meminta perdamaian kepada masyarakat Sasak.

Jembatan di bawah Sri Aji Krahengan adalah kelanjutan visi Majapahit sebagai pemersatu Nusantara. Telah mengirimkan ekspedisi militer ke Bali (Babad Dalem & Babad Dwijendra Tatwa) antara tahun 1520-1530 dan ke Sunda Kelapa pada tahun 1520-an (Ridwan Saidi).

Menurut Dr. Sugianto Sastrodiwiryo dalam bukunya Perjalanan Dang Hyang Nirartha dan Sir Alfred Wallace dalam bukunya The Malay Archipelago, ibu kota Kerajaan Sasak berada di Cakranegara sekarang.

Jadi, ketika Fatahillah menyerbu Portugis di Batavia, di wilayah Mataram sudah ada kerajaan dengan rajanya yang terkenal Sri Aji Krahengan. Sejumlah sejarawan menduga bahwa pemerintahan Sasak berbasis di wilayah Cakranegara saat ini.


Kemudian, pertumbuhan kerajaan-kerajaan Islam di pesisir utara Jawa juga membawa perubahan di kota ini. Babad Lombok mencatat kedatangan rombongan Sunan Prapen dengan misi Islamisasi. Periode ini diperkirakan sekitar tahun 1545.

Gelombang ini datang dari timur ke barat dan diyakini meninggalkan banyak pengikut yang kemudian bercampur dan menetap di Lombok.

Masih menurut Babad Lombok, gerakan Islamisasi terhenti ketika rombongan memasuki wilayah Mataram. Tepatnya di Penjara, sebuah desa tua Sasak yang dulu memilih tetap berpegang pada ajaran lama.

Kemudian, selain membawa agama baru, campuran imigran dari Pulau Jawa juga akan melengkapi pengaruh budaya Jawa di Lombok yang telah datang sebelumnya.

Di antaranya, dalam nama-nama tempat yang dibawa dari Jawa. Sebutlah nama-nama Mataram, Pajang, Kediri, Singasari, Sesela, Surabaya, Kuripan dan lainnya. Nama-nama daerah Jawa tersebar merata di Pulau Lombok.


Sumber: Sejarah Agung Nusantara