Thursday, February 5, 2015

Perubahan Geografi Negara Umat Islam melalui Peta

Peta di bawah menerangkan perubahan sejarah iaitu hasil daripada pelbagai penaklukan, pembentukan empayar, dan budaya bermula tahun 1450 hingga 2000 SM.

Sumber:  Gulf/2000 Project funded by Columbia University

Sunni, Syiah usah berbalah: Misi mustahil mencari pertemuan

22 Mei 2013: Dua pemimpin berpengaruh dunia Islam hari ini merayu umat Islam seluruh dunia tanpa mengira fahaman Sunni atau Syiah supaya segera berdamai dan berhenti berbalah serta berbunuhan sesama sendiri.

Perkara itu diusulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Iran, Sayyid Muhammad Khatami dalam kenyataan bersama hari ini yang memohon pengikut kedua-dua fahaman terbesar itu menghentikan pertelingkahan dan perbalahan yang telah mengorbankan banyak nyawa.

Menurut mereka, perbalahan yang berterusan itu telah mencemar maruah dan harga diri umat Islam di mata dunia.

"Kami merayu semua Sunni dan Syiah yang sama-sama beriman kepada Allah, kitab suci al-Quran, Nabi Muhammad SAW dan menghadap kiblat yang sama agar menghentikan pertumpahan darah serta-merta.

"Hentikan keganasan, hentikan pertumpahan darah dan hentikan pembunuhan," kata mereka.

Kenyataan satu muka surat itu dibaca oleh Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr. Chandra Muzaffar dalam sidang akhbar Pelancaran Rayuan Bersama kepada Muslim Sunni dan Syiah oleh Dr. Mahathir dan Khatami di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Kedua-dua pemimpin itu menandatangani dokumen tersebut yang turut merayu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mewakili semua negara Islam tanpa mengira mazhab atau fahaman menubuhkan satu jawatankuasa kerja.

Menurut Chandra, jawatankuasa itu berperanan untuk meneliti dengan lebih mendalam jurang perbezaan antara kedua-dua fahaman itu.

"Kami juga merayu kepada setiap individu dan pertubuhan masyarakat madani dari seluruh dunia agar turut serta dalam usaha menghentikan keganasan dan pertumpahan darah serta menggalakkan perdamaian dan kefahaman antara Sunni dan Syiah," katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika ditemui pemberita berkata, semua pihak harus menerima dan bertindak matang dalam mengemukakan perbezaan pendapat masing-masing.

Katanya, jika umat Islam boleh bersikap toleransi terhadap penganut agama lain seharusnya mereka juga boleh bersikap sedemikian terhadap saudara seagama.

"Apa yang penting, kita terima perbezaan pendapat itu dan berhenti membunuh satu sama lain kerana kita sembah Tuhan yang sama, mengikut nabi yang sama dan berpandu kepada kitab yang sama.

"Jika kita saling bunuh membunuh, musuh Islam akan bertepuk tangan kerana gembira kita melakukan kerja itu bagi mereka, jadi sudah tiba masanya kita semua berhenti melakukan keganasan sesama Islam," katanya.

Nota: Ketahuilah bahawa Syiah adalah agama di luar Islam. Perbezaan antara kita kaum Muslimin dengan Syiah sebagaimana berbezanya dua agama dari awal hingga akhir yang tidak mungkin disatukan, kecuali salah satunya meninggalkan agamanya. 

Perhatian : Ibnu Babawaih Al Qummi, salah seorang ulama besar syiah, berkata: kami menyakini bahawa taqiyah adalah wajib, siapa yang meninggalkannya sama seperti meninggalkan solat. [Al I'tiqadat hal 114]

Thursday, January 29, 2015

Muawiyah II

Hari ini saya cuba memaparkan sejarah Muawiyah II iaitu seoarng Khalifah dari bani Umaiyah yang jarang diperkatakan dalam sejarah Islam. Muawiyah II (atau Mu'awiyah ibn Yazid) (معاوية بن يزيد) (28 Mac 661 - Januari / Februari 684) adalah seorang khalifah Umayyah selama kira-kira empat bulan selepas kematian bapanya Yazid bin Muawiyah. Empayar yang diwarisi berada  dalam keadaan kucar-kacir. Pada masa yang sama Abdullah bin Zubair juga yang mengaku sebagai khalifah yang benar dan yang juga telah menguasai  Hijaz dan juga kawasan-kawasan lain.

Kelahiran dan tahun-tahun awal 
Muawiyah II dilahirkan pada 28 Mac 661 iaitu  anak kepada Yazid I dari Dinasti Umayyah. Ibunya juga berketurunan Quraisy di Hijaz. Ayah ibunya bernama Abu Hashim ibn Utbah ibn Rabi'ah pernah dilantik sebagai Gabenor Basra. Ibunya berkahwin Yazid 1 pada tahun 660. Muawiyah II adalah anak lelaki sulung  daripada enam adik-lelaki. Beliau juga mempunyai ramai adik beradik perempuan  (tidak diketahui jumlahnya).

Pada masa yang sama dengan kelahiran  Mua'wiyah II, datuknya (Muawiyah 1) telah bertemu dengan ahli-ahli Shura. Apabila Muawiyah 1 mendengar kelahiran cucu lelakinya lalu beliau berkata, "Sesungguhnya ini adalah satu rahmat dari Tuhan dan satu tanda pasti, bahawa Akulah Khalifah yang benar. Kanak-kanak itu (cucunya) telah  dinamakan Mua'wiyah iaitu sempena nama dirinya sendiri.

Menurut al-Tabari, Muawiyah II  berumur 13 tahun, pada ketika kematian datuknya (Muawiyah I). Ini bermakna Muawiyah II  telah dilahirkan pada 671 iaitu pada ketika bapanya Yazid berumur 25 tahun.

Muawiyah II adalah putera pertama dari Bani Umayyah yang membesar pada era  Khalifah Bani Umayyah.

Pergolakan selepas pembunuhan Saidinah Husein
Al Hushain bin Al Namir dari Syria telah ditugaskan untuk menentang pasukan Abdullah bin Zubair di Makkah. Beliau menemui jalan buntu.. Kerana tak mampu menembusi pertahanan lawan dan mendengar berita wafatnya Khalifah Yazid bin Muawiyah, Al Hushain menyeru gencatan senjata. Abdullah bin Zubair tidak keberatan.

Masa damai itu membuat kedua pasukan membaur satu sama lain, seolah tak terjadi permusuhan. Ahli pasukan dari Syria dengan bebas melaksanakan umrah, thawaf di sekitar Ka'bah, dan sa'i antara Shafa dan Marwah.

Ketika thawaf itulah, Panglima Al Hushain bin Al Namir bertembung dengan Abdullah bin Zubair. Sambil memegang lengan Abdullah, Al Hushain berbisik, "Apakah anda mahu berangkat bersamaku ke Syria? Saya akan berupaya supaya orang banyak mengangkat anda sebagai khalifah. "

Abdullah bin Zubair menarik tangannya seraya menjawab, "Bagiku tak ada pilihan lain kecuali perang. Bagi setiap satu korban di tanah Hijaz, harus ditebus dengan sepuluh korban di Syria. "

Panglimah Al Hushain menjawab dengan kata-kata yang cukup terkenal dalam sejarah, "Bohong orang yang menganggap anda sebagai cendekiawan Arab. Saya bercakap dengan berbisik, tetapi anda menjawab dengan berteriak. "

Tidak lama selepas itu, Al Hushain dan pasukannya kembali ke Syria. Boleh jadi, tawarannya bukan sembarangan. Sebab, di Syria sendiri sedang berlaku kemelut yang cukup membimbangkan. Sepeninggal Yazid bin Muawiyah, telah ditunjuklah putranya, Muawiyah bin Yazid sebagai khalifah yang pada ketika  itu berusia 23 tahun.

Berbeza dengan ayahnya, Muawiyah bin Yazid lebih mengutamakan ibadah ketimbang urusan duniawi. Hari-harinya dipenuhi dengan keshalihan dan ketaatan. Jabatan sebagai khalifah bukanlah keinginannya, tetapi warisan dari sang ayah.

Muawiyah bin Yazid bukanlah seorang negarawan, tetapi seorang ahli agama. Ia sendiri merasa tidak layak menduduki jabatan khilafah. Ia merasa tak sanggup menghadapi urusan pemerintahan dan kenegaraan. Apalagi sepeninggal ayahnya, Yazid bin Muawiyah, bumi Syria terus dilanda kemelut. Disokong lagi oleh pangaruh Abdullah bin Zubair di tanah Hijaz yang semakin meluas.

Dengan segala pertimbangan itu, akhirnya khalifah ketiga Bani Umayyah ini menyatakan mundur dari jabatan khalifah selepas hanya tiga bulan memerintah. Di hadapan para tokoh istana, ia menyerahkan jabatannya. Para pemuka istana dan tokoh keluarga Bani Umayyah memintanya untuk menunjuk seorang pengganti.

Namun, cucu pengasas Daulah Umayyah itu dengan tegas menjawab, "Aku bukan seperti Abu Bakar yang mampu menunjuk seorang pengganti. Aku belum mendapati seorang pun di antara kalian yang mempunyai keutamaan seperti Umar bin Al-Khattab. Aku juga bukan seperti Umar yang boleh menunjuk Ahli Syura. Kalian lebih tahu dan pilihlah orang yang kalian kehendaki. "

Sejak saat itu, Muawiyah bin Yazid menyerahkan hidupnya hanya untuk beribadah dengan uzlah (mengasingkan diri). Menjelang pengujung tahun 64 H / 684 Masehi, ia meninggal dunia dalam usia masih belia, 23 tahun. Ada yang mengatakan kematiannya tidak wajar, ia dibunuh secara diam-diam.

Sepeninggalnya, terjadi perpecahan di wilayah Syam (Syria dan Palestin). Satu pihak cenderung mengikuti pendirian penduduk Hijaz untuk mengangkat baiat atas Abdullah bin Zubair yang berkedudukan di Makkah. Selain itu penduduk wilayah Iraq dan Iran telah menyatakan baiat. Abdullah bin Ziyad yang menjadi gabenor wilayah itu buru-buru melarikan diri ke Syria untuk meminta perlindungan dari para tokoh Bani Umayyah.

Dengan demikian, wilayah kekuasaan Abdullah bin Zubair sudah meliputi Hijaz, Yaman, Iraq dan Iran. Sebuah perutusan yang berangkat dari Mesir ke Makkah membawa berita bahawa penduduk bumi Pyramid itu pun menyatakan sokongan atas Abdullah bin Zubair.

Sementara itu, perpecahan di wilayah Syam semakin tajam. Pihak yang menyokong Abdullah bin Zubair dipimpin oleh Dhahak bin Qais. Sedangkan di sebelah utara wilayah Syam, tepatnya di bandar Hims dan Halab, gerakan penyokong Abdullah dipimpin Nu'man bin Basyir Al-Ansari. Gerakan ini semakin meluas sehingga hampir mampu menguasai istana Bani Umayyah yang sedang kritikal.

Oleh sebab itu, kalau Abdullah bin Zubair menerima tawaran Panglima Al Hushain untuk berangkat ke Syria, tidak mustahil ia akan dibaiat oleh banyak orang. Apalagi dari sisi keturunan, ia termasuk keluarga dekat Rasulullah SAW. Namun sejarah tak menghendaki hal itu. Abdullah bin Zubair menegaskan menetap di wilayah Hijaz dengan segala sokongan penduduknya. Agaknya, apa yang menimpa Husain bin Ali bin Abi Talib, begitu membekas di benaknya...

Tuesday, December 2, 2014

Keratan komik akhbar Skor Berita Harian berkaitan PPSMI

Apa yang penting? Penyampaian ilmu atau bahasa?

Saturday, August 16, 2014

The Truth

Sunni, Syiah usah berbalah: Misi mustahil

Dua pemimpin berpengaruh dunia Islam hari ini merayu umat Islam seluruh dunia tanpa mengira fahaman Sunni atau Syiah supaya segera berdamai dan berhenti berbalah serta berbunuhan sesama sendiri.