Monday, October 4, 2010

Kenangan di UTHM-Parit Raja Batu Pahat Johor

Kebanyakan gambar adalah suasana di perkarangan UTHM dan rumah sewa yang disewa bersama Irwan, Shamri dan Klairul























Saturday, October 2, 2010

Melawat Zoo





















Melawat Zoo Melaka. Lepaskan tension.

Gambar atas sekali, anak-anak aku.

Gambar kedua, Capybara "the world's largest rodent".

Gambar ketiga , itik air (boleh terbang macam burung.

Gambar ke4 dan ke5. Iguana.

Seterusnya, rasanya semua dah tahu nama haiwan tersebut.





Monday, September 27, 2010

My Blog Pageviews

Sehingga 27 September 2010, kebanyakan pageviews dari India iaitu sebanyak 1,284, diikuti oleh United States 1,079, Germany 688 dan kemudian Malaysia 545. Didapati kebanyakan pengguna internet melayari blog ini dengan menggunakan Internet Explorer 4,059 (55%), Firefox 1,893 (25%) Chrome 801 (11%) Safari 286 (3%) dan lain-lain seperti Opera (2%). Sudah pasti kebanyakan internet browser menggunakan Windows 6,861 (94%).

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas

Tuesday, September 14, 2010

Jutawan Sosilawati tidak bawa wang tunai RM4 juta

Menurut Malaysian Insider 13 September - Millionaire kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya disahkan dibunuh sebelum terbakar dengan tiga lain tidak membawa wang tunai RM4 juta seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Menurut laporan media hari ini, tiada wang tunai ditemui di lokasi pembunuhan Sosilawati walaupun rumor sebelumnya ia membawa RM4 juta pada akhir bulan lepas dilaporkan hilang.

Harian Metro melaporkan, sumber-sumber polis pastikan tidak ada wang ditemui selepas penangkapan lapan suspek, termasuk suspek utama, seorang peguam yang disebut Walikota.

Setakat ini, menurut sumber-sumber, semua hal yang berkaitan dengan wang membawa korban dan suspek adalah melalui transaksi bank.

Menurut sumber yang terlibat juga, nilai transaksi yang dilakukan lebih besar dari nilai selepas tersebar berita tentang kehilangan penerbitan jutawan kosmetik.

Pada tarikh 7 September lalu, seorang teman dekat ketika bertemu Sosilawati The Insider Malaysia berkata, beliau dan anggota keluarganya tidak percaya pengusaha jutawan diculik bahkan lebih kerana wang, kerana tidak ada tanda-tanda pengeluaran wang terbuat dari deklarasi itu.

Ketika ditanya tentang tuduhan wang itu RM4 juta, dia mengatakan hal itu cukup mustahil.

"Tidak mungkin untuk Sosilawati membawa wang sebanyak itu sedangkan dia dapat menerbitkan cek.

"Anak-anak Sosilawati merungut kerana ada juga laporan surat khabar berkata, ibu membawa wang" katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman dikutip Harian Metro berkata, polis mendapati terdapat sejumlah wang 'besar' dalam akaun suspek.

Penyelidikan menunjukkan bahawa pemindahan dana terjadi pada akaun bank suspek dan polis masih menyiasat sumber wang dibangkitkan.

Terakhir, Pengarah Reserse Kriminal di Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri berkata semua suspek mengakui membawa korban untuk keluasan empat hektar tanah sebelum dipukul sampai mati dan tubuh mereka dibakar.

Delapan suspek ditangkap setakat ini, termasuk salah satu peguam yang disebut "Datuk".

Selain Sosilawati, juga membunuh pemandu Syamsuddin Kamaruddin, 44, "banker" CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan seorang peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita 47 tahun, yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga orang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos selepas dalam perniagaan untuk membeli tanah untuk Banting.

Bahkan, mengikut Bakri, suspek juga mengakui pernah menggunakan modus operandi yang sama sebelum ini, dan polis menyiasat kehilangan empat orang lain di daerah itu sejak tahun lalu.

Sunday, August 29, 2010

Salahkah Bukan Islam Memasuki Masjid?

KECOH apabila dua wakil rakyat bukan Islam selepas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar berucap dalam satu majlis berbuka puasa di dewan utama Masjid Taman Sri Andalas, Klang pada Ogos tahun lepas sehingga menimbulkan perasaan kurang senang di kalangan umat Islam.

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dari DAP yang dikatakan menyampaikan 'tazkirah' di dalam Surau Al-Huda Kajang Sentral pada Ahad lalu sementara rakannya Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula diberi 'kebebasan' berada di saf paling hadapan di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru.

Mengikut Kamus Dewan, tazkirah bermaksud ceramah ringkas tentang agama Islam sebagai peringatan.

Namun tidak dapat dipastikan kedua-dua Ahli Parlimen itu 'bertazkirah' atau tidak. Ataupun penggunaan perkataan 'tazkirah' sesuai digunakan dalam isu ini.

Kedua-dua mereka berada di rumah ibadah umat Islam atas jemputan jawatankuasa masjid dan surau terbabit dan adanya mereka di situ telah mencetuskan polemik yang dahsyat seolah-olah mereka telah meruntuhkan atau mencemari surau dan masjid sehingga ke tahap yang tidak boleh dimaafkan lagi.

Banyak pihak menghukum kedua-dua wakil rakyat bukan Islam ini seolah-olah mereka sengaja mahu mencemarkan rumah ibadah umat Islam sedangkan jelas mereka adalah seolah-olah mangsa keadaan.

Sebagai reaksi segera atas insiden tersebut Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi terus menghukumkan bahawa orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Kenyataan orang nombor satu JAIS itu ternyata bertentangan dengan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac lalu telah membincangkan `Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid'.

Jawatankuasa Fatwa telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat mendapat keizinan pihak pengurusan masjid dan perlakuan serta tingkah laku mereka tidak mencemarkan kesucian masjid dan sentiasa terkawal dan beradab.

Menurut portal rasmi fatwa Malaysia Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di alamat http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/hukum-pelancong-bukan-islam-memasuki-masjid-dan-ruang-solat-utama-di-dalam-masjid, bagaimanapun perbuatan berdoa atau bertafakur oleh pelancong bukan Islam mengikut cara agama mereka dalam keadaan yang boleh menimbulkan fitnah adalah dilarang. Pelancong dalam fatwa ini menyebut yang bukan Islam dan kedua-dua wakil rakyat itu sememangnya bukan Islam.

Dalam isu melibatkan Teo, jika mahu dipersalahkan sekalipun ialah melibatkan perkara etika berpakaian yang tidak tidak menutup kepala bukannya kerana beliau menyampaikan 'tazkirah' yang jelas bukan ceramah politik sebaliknya menyebut tentang bantuan pelajaran oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Namun, siapakah yang sepatutnya dipersalahkan dalam soal etika berpakaian para jemputan kalau bukan mereka yang menjemput? Dalam soal ini, pihak yang patut dipersalahkan sepenuhnya ialah Jawatankuasa Surau Al-Huda yang beragama Islam sepatutnya menegur atau menasihati Teo supaya berpakaian lebih sopan dengan menutup kepala.

Sebaliknya, beliau yang bukan Islam itu dibiarkan berada di bahagian depan surau tanpa menutup kepala. Sepatutnya ahli jawatankuasa perlu sensitif dalam soal ini.

Tetapi berlainan halnya dengan rakan Teo di Selayang. William berada di Masjid at-Taqwa, Selayang Baru dikatakan atas jemputan jawatankuasa masjid berkenaan. Beliau berpakaian sempurna, selain mematuhi etika pemakaian di dalam masjid.

Jadi adakah wajar beliau dituduh sebagai mencemarkan masjid? Sama-samalah kita fikirkan. Dalam isu ini, pendapat politik diletakkan di depan berbanding hukum dalam Islam. Wajarkah umat Islam mendahului nafsu politik berbanding hukum agama sendiri? Tepuk dada tanya selera.

Sebaik-baiknya kita rujuk pada hujah Jawatankuasa Fatwa dalam soal ini iaitu dalam hal-hal yang berkaitan ibadah, sensitiviti umat Islam sangat tinggi dan nilai-nilai ta'abbudi (menghambakan diri dengan Allah) amat dititikberatkan oleh masyarakat Islam.

Selain itu, umat Islam dibenarkan melakukan ibadah sembahyang walaupun di dalam gereja kerana Saidina Umar al-Khattab pernah melakukannya. Umat Islam perlu bersikap tasamuh (berlapang dada atau terbuka) dan tidak terlalu rigid dalam membenarkan orang bukan Islam mendekati masjid.

Fatwa itu diakhiri dengan hujah bahawa keindahan Islam boleh ditunjukkan kepada orang bukan Islam melalui lawatan mereka ke masjid-masjid selaras dengan peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh pengurusan masjid.

Oleh HAIRULAZIM MAHMUD

Sumber: MSTAR

Sunday, August 22, 2010

Mengatasi masalah jantung dan Paru-paru

Nasihat ini saya ambil dari laman MJ. Kebenarannya, wallahualam. Jika ada pertanyaan anda boleh diemail di alamat ini kangmasjb@hotmail.com.

Bagi mengelakkan masalah jantung atau paru-paru ini silalah amalkan perkara berikut:

1. Elakkan makan ais krim cornetto / vanilla / strawberry / cokelat / jagung dsb.

2. Elakkan makan junk food spt twisties, o ring, double decker, Pringles, Mr Potato dan sebagainya

3. Elakkan makan mee segera seperti maggi mee

4. Elakkan makan fast food seperti Mc Donald, KFC dsb

5. Elakkan makan kentang goreng (french fry di Mc Donald dan KFC atau yang dibeli di pasar raya), burger, sausage, nugget dsb. Makan kentang goreng yang dibuat sendiri dengan mengupas kentang dan meraciknya masih boleh diterima.

6. Elakkan makan margerine atau soft margarine atau sebarang produk margerine

7. Elakkan kerap minum susu pekat manis dan krimer (dalam teh atau kopi dsb)

8. Elakkan makan kek dan krim pada kek kecuali kek yang dibuat dari mentega tulen

9. Kurangkan makan barangan bergoreng dan bersantan

10. Elakkan lemak daging (tetel), kulit ayam, bontot ayam.

11. Kurangkan makanan yang mengandungi krim seperti biskut yang ada krim ditengahnya atau biskut wafer cream.

12. Elakkan Suka minum air batu atau air sejuk dalam peti ais

13. Elakkan tabiat mandi malam iaitu antara waktu masuk maghrib hingga kira-kira 4.30 pagi walaupun mandi air panas.

14. Kurangkan makan telur kecuali telur ayam kampung (jangan ambil lebih 3 biji seminggu)

15. Elakkan mandi selepas makan

16. Makan sayuran yang pahit seperti peria, ulam raja, kailan, daun ubi, dsb

17. Elakkan minum semasa makan. Minum hanya selepas makan.

18. Elakkan tidur di bawah kipas yang laju.

19. Usahakan minum air suam atau panas

20. Usahakan minum susu lembu segar atau susu tepung biasa (bukan susu anelene atau rendah lemak atau high low dengan sukatan ½ cawan sekali ambil 2 hinga 4 kali sehari. Boleh mencuba menambah kuantiti susu sekadar mampu ditangani oleh badan anda. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar untuk bernafas akibat banyak lendir keluar dari hidung, ia adalah reaksi yang baik tetapi anda perlu kurangkan sukatan setiap kali meminum tetapi jangan kurangkan bilangan minum sehari.

21. Bagi yang sudah mula kalah panas (tidak selesa bila panas atau kena matahari) Elakkan atau kurangkan makanan pedas, lada hitam, buah pear, pisang dan daging.

22. Elakkan kopi, cokelat, nescafe

23. Elakkan merokok. Ia adalah haram dan merosak.

24. Elakkan burger, naget, sosej dan yang sewaktu dengannya.

25. Elakkan sama sekali krimer seperti coffemate dsbnya.


Bagi yang telah merasai sakit di bahagian dada, ia menambah lagi simptom penyakit jantung.

Bagi mereka atau kanak-kanak yang telah mengalami hidung berdarah terutama sekali bila cuaca panas, ini mengesahkan bahawa jantung telah bermasalah.

Saturday, August 14, 2010

Ringan kepala- Basikal bawa kereta


Aku selalu tengok kereta yang bawa basikal. Korang pernah tengok tak basikal yang bawa kereta. Kalau tak percaya tengok kat gambar ni....


ringan-ringan kan lah kepala.....

Wednesday, August 4, 2010

Cek dari Google

Cek aku bulan ni dari Google. Hasil pengiklanan dengan Google Adsense. Macam tak percaya plak. Alhamdulillah.

Kalau nak tengok macam mana dapat duit dari Google Adsense boleh klik DI SINI. Video ni dari saudara Munawar. Sifu aku ni...

Sunday, August 1, 2010

Arnold Schwarzenegger-Tiada yang kekal



Arnold Schwarzenegger yang popular ngan filem terminator tu, skang ni badannya dah tak macam masa muda² dulu dah. Cuba lihat gambar ...

Saturday, July 24, 2010

Tapak Tangan Basah

Apabila bersalam kita dengan rakan atau sesiapa sahaja, akan kita temui pelbagai gaya bersalam dan apabila kita amati lebih lanjut, pelbagai keadaan tapak tangan, ada yang sejuk, ada yang hangat ada yang kering, ada yang lembab dan ada juga yang basah.

Apa hikmahnya Allah menjadikan tapak tangan manusia sebegitu rupa?.

Allah menjadikannya sedemikian sebagai satu simptom untuk mengenali sesuatu keadaan penyakit pada penghidapnya. Kalau tapak tangan kering dan hangat ia menggambarkan orang yang sihat dan sebaliknya orang yang tapak tangannya lembab atau basah adalah orang yang kurang sihat.

Begitulah cantiknya Allah. Melalui kaedah ini , seseorang rakan mudah mengenali sahabat atau saudara mereka sama ada mereka ini benar-benar sihat atau kurang sihat. Seterusnya dapatlah dinasihatkan orang ini langkah seterusnya agar keadaan kesihatan mereka akan kembali pulih.

Kira-kira beberapa tahun lalu di TV3, ada satu program kesihatan bersama seorang doktor pakar. Doktor pakar tersebut menyediakan satu rawatan mengatasi masalah tersebut dengan kos rawatan sebanyak RM9000 sahaja iaitu dengan membuang bahagian tertentu di tapak tangan mereka agar masalah ini dapat diatasi. Begitulah ilmu doktor. Banyak yang mereka tahu namun banyak lagi ilmu yang mereka tidak tahu. Sebenarnya rawatan doktor ini adalah satu rawatan untuk mencacatkan tapak tangan pesakit kerana sebenarnya tapak tangan orang ini tidak mengalami sebarang masalah. Ia sekadar menggambarkan situasi kesihatan orang ini sahaja. Bila ia kembali pulih, tapak tangan ini akan insya-Allah kembali kering dan begitulah sebaliknya.

Ada keadaan tapak tangan seseorang yang mungkin kering, lembab atau basah dan dalam kes tertentu air sentiasa menitis dari hujung jari. Dalam kes ini jari agak sedikit menggeletar. Allah menjadikan situasi ini sebagai simptom gambaran tahap kesihatan seseorang di mana tapak tangan yang kering adalah tahap terbaik. Basah adalah menggambarkan tidak sihat.

Ada dua orang pelajar perempuan pernah menceritakan pengalaman mereka. Kedua-dua mereka menceritakan bahawa beberapa tahun lalu, tapak tangan mereka basah dan sentiasa nampak air pada tapak tangan mereka dan kini tapak tangan mereka sudah kering. Salah seorang menambah lagi bahawa dahulu beliau sangat gemuk dan kini sudah cantik slim. Kedua-dua mereka bercerita bahawa dahulu mereka sangat suka makan junk food dan kini sudah memberhentikan amalan pemakanan yang tidak sihat ini.

Begitulah tapak tangan sememangnya boleh kering dan boleh basah. Mengapa bahagian tertentu tapak tangan perlu dibedah dan dibuang ??

Keadaan tapak tangan yang basah / lembab memberitahu pemiliknya bahawa jantung dan atau paru-paru mereka sedang mengalami masalah. Berusahalah untuk memulihkan situasi ini.

Memadailah sekadar saya ingin memberitahu di sini agar janganlah suka makan junk food, mandi malam, minum air batu, pengambilan fast food dan sebagainya.

Sumber: Blog Emjay.

Wednesday, July 14, 2010

Daging Babi Halal

Adakah dengan membaca tanda halal pada tin babi cincang tersebut, maka kandungan babi pada tin tersebut sudah menjadi halal?? Kalau kita umat Islam tidak berilmu, memang mudahlah menjadi mangsa penipuan syaitan ini.

Subhanallah.. semakin banyak penyimpangan dan kejadian yang menyerang keutuhan umat islam sekarang ini, belum lagi selesai masalah kartun nabi kali ini ada lagi yang saya temukan yaitu daging babi yang bersijil halal yang di jual di singapura.. masya allah bagaimana ini bisa terjadi?? anda ingin lihat gambarnya??

Bagaimana boleh daging babi diberi sijil halal di Singapura.. ya Allah....


Sumbernya saya dapat dari Sini

Saturday, July 3, 2010

Negara Bangsa

After the fall of the Uthmaniyyah, states or nations were form based on "assobiyyah":

Namely Turki for Turks, Iran for Persians etc....

"assobiyah" based nations are "bangsa-bangsa..."

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dun seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka". Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?" Nabi saw. menjawab, "Bahkan kanu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan"'.
Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?" Nabi kita nenjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

H.R. Abu Daud
Keterangan
Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak, iaitu 1,000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum muslimin itu sendiri, iaitu dari penyakit 'wahan" yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalarn bentuk kembar dua, iaitu "cinta dunia" dan 'takut mati". Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. "Cinta dunia" bermakna tamak, rakus, bakhil danti dak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. Manakala "takut mati" pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agarna Allah swt.

Apa yg berlaku dlm tahun 1940an yang menyebabkan semua negara2 yg dijajah dimerdekakan?

Perjanjian IMF (international monetary fund) ditandatangani pada tahun 1944. Perjanjian ini merangkumi semua perbankan sistem di dunia. Semua bank pusat di seluruh dunia tertakluk kepada undang2 IMF ini.

Inilah penjajahan baru.

Atau orang Amerika atau Singapura boleh saja membeli tanah serta rumah di Malaysia atau di Indonesia.

Mereka boleh saja membuka kilang2 dan kita bertungkus lumus bekerja untuk menyara hidup tetapi dalam masa yang sama mengkayakan mereka. Kalau dalam sejarah boleh saja pekerja kilang/ factory ini di panggil 'hamba'(slave).

Cuba google IMF. Anda akan lebih faham

Kita berdoa agar Allah swt. menurunkan mushrahNya kepada kaurn muslimin dan memberikan kepada mereka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Friday, July 2, 2010

PONDAN GODA SEBELUM RAGUT

KUALA LUMPUR: Segelintir pondan dipercayai menggoda dan memperdaya mangsa
dengan pergi ke tempat sunyi sebelum merompak mereka.

Dalam satu kejadian berhampiran Perhentian Bas Jalan Chow Kit di sini malam
kelmarin, selepas merompak, pondan terbabit berpura-pura menjerit dengan
meminta pertolongan kononnya dia diserang oleh lelaki yang dirompaknya.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 9.30 malam ketika mangsa dalam perjalanan
pulang selepas habis bekerja di sebuah hotel di ibu kota.

Lelaki berusia 17 tahun itu dipanggil oleh seorang pondan yang melepak di
perhentian bas berkenaan sebelum ditarik tangannya menuju ke sebuah lorong
gelap.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Bakri Zinin berkata,
selepas pondan itu membawa mangsa ke satu lorong gelap, dia terus meragut
rantai emas dipakai mangsa.

"Mangsa meminta pondan itu memulangkan semula rantai lehernya tetapi
sebaliknya pondan berkenaan menjerit meminta bantuan.

"Sekumpulan empat pondan membantu rakannya yang kononnya cuba dirompak oleh
mangsa (lelaki yang dirompak)," katanya ketika dihubungi Harian Metro,
semalam.

Katanya, mangsa yang takut diserang sekumpulan pondan itu lari bagi
menyelamatkan diri daripada dipukul.

Menurutnya, mangsa yang ketakutan membuat laporan polis di Balai Polis Dang
Wangi selepas berlaku kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, mangsa kehilangan rantai emas tidak mengalami
sebarang kecederaan.

Katanya, sepanjang Mac, kejadian serupa pernah dilaporkan dua minggu lalu
apabila seorang lelaki terpaksa memanjat sehingga bumbung bangunan untuk
menyelamatkan diri daripada diserang oleh sekumpulan pondan.

Sehubungan itu, Mohd Bakri menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati
ketika berjalan seorang diri dan jangan mudah terperdaya dengan ajakan orang
yang tidak dikenali ke kawasan sunyi.