Monday, September 29, 2025

Tragedi RM50: Nyawa Melayang Hanya Kerana Hutang Kecil


Tragedi RM50: Nyawa Melayang Hanya Kerana Hutang Kecil

Di Keningau, Sabah, berlaku satu kisah yang betul-betul meruntun hati. Allahyarham Abdul Hafiz, seorang warga Pakistan yang mencari rezeki dengan cara berniaga kecil-kecilan, berakhir dengan tragedi bila dia dibunuh dengan kejam.

Puncanya? Hanya kerana hutang telefon bimbit bernilai RM50.

Kalau kita fikir, RM50 ni mungkin kecil untuk sesetengah orang. Tapi untuk insan yang hidupnya bergantung pada berniaga demi sesuap nasi, jumlah tu besar maknanya. Malangnya, tuntutan kecil itu jadi sebab nyawanya diragut.

Lebih menyedihkan, bila berita ni tular, ada komen-komen di media sosial yang langsung tak jaga adab. Bukan simpati yang diberi, tapi kata-kata yang menjatuhkan maruah. Sedangkan kita semua tahu, rezeki itu hak setiap manusia – tak kira bangsa atau asal usul.

Pelaku dah pun ditangkap, tapi nyawa yang melayang takkan pernah kembali. Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Pakistan untuk dikebumikan di tanah kelahirannya.

Kisah ni sepatutnya jadi pengajaran besar. Kita hidup semua sama – berusaha, bekerja, berniaga untuk teruskan kehidupan. Janganlah kita tambah luka keluarga yang ditinggalkan dengan komen-komen yang menyakitkan.

Ingat, kemuliaan bukan pada bangsa, tapi pada akhlak dan budi pekerti kita.

Moga Allah tempatkan Allahyarham Abdul Hafiz bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.



No comments: