Salam semua,
Hari ini aku terbaca satu artikel berkenaan dengan isu bahasa Inggeris. Menarik juga bila sudah dibaca. Penulis tersebut telah telah meluahkan perasaannya berkenaan tanggapan sesetengah majikan yang sering menyamakan kemahiran dan kebolehan bekerja dengan kebolehan berbahasa Inggeris. Sumbernya dari blog http://alifiqbal.blogspot.com/. Silakan membaca...
Salam..Apa khabar
semua?Sihat..Alhamdulillah...Syujur kepada Allah s.w.t. kerana memberi
kesempatan untuk aku terus bernafas dan mengharungi dunia yang penuh
pancaroba ini. Thank you Allah..
Hari ini aku memberi sedikit pendapat daripada benak fikiran aku yang terbatas dalam menjawab isu yang pernah aku post dalam entry aku
yang sebelum ini. Rasanya agak lama juga untuk aku mengumpul segenap
semangat dan idea untuk membangkitkan perasaan memberi komen berkenaan
memperjuangkan bahasa ibunda kita iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar.
Jiwa aku ini meluak-luak dan meronta-ronta untuk "Menegakkan benang yang basah", lagi-lagi bila terdapat sesetengah pihak seolah-olah menolak, ketepikan
(perkataan apa yang sesuai ye??) ha...bersikap liberal (betul ke
pengunnaan perkataan ini??) menerima bahasa lain untuk dijadikan bahasa
pengatar (Bahasa Inggeris la).
Aku bukanlah bersikap patriotik atau seolah-olah ingin menjadi seperti 'Katak di bawah tempurung',
tidak boleh menerima perubahan atau tidak tahu perubahan telah berlaku
tetapi aku ingin menjadi 'katak' yang berdiri di bumi yang
nyata..kuang3..ok...da cukup kut pendahuluan karangan aku ni..haha
Sebenarnya
isu pengunaan bahasa Inggeris ini merupakan isu yang bukan sahaja
hangat diperkatakan di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah
tetapi juga merebak di kalangan pelajar universiti (terutamanya aku)
yang mempunyai masalah penguasaan bahasa Inggeris.
Terus-terang cakapla..aku cukup berbulu dan hangit gak la..bila bahasa
Inggeris begitu mendapat tempat di kalangan pendidik mahu pun majikan
yang begitu memandang tinggi terhadap bahasa ini. Mereka sudah lupa ke
bahasa Melayu ini pernah menjadi bahasa pengantar utama dunia?? Siapa
yang tak biasa dengar dengan penggunaan 'Lingua Franca' dikalangan pedagang yang datang ke tanah melayu suatu masa dulu.
Persoalan dekat sini:
Adakah seseorang itu akan nampak lebih
pandai sekiranya pandai berbahasa Inggeris berbanding orang yang hanya
bersikap kemelayuan yang hanya pandai berbahasa melayu?
Adakah orang yang berbahasa Inggeris ini mempunyai IQ yang tinggi berbanding IQ orang yang berbahasa Melayu?
Aku sendiri pernah terkena gak la..ada sekali, aku pernah pergi temuduga dekat satu company ini
la..So,dalam temuduga, bos ini tanya kenapa awak yang sudah ada degree
ini masih tidak pandai berbahasa Inggeris?? Erm..terdiam gak aku pada
mulanya. Namun, aku tekad untuk argue mende ini juga.
Dalam kepala otak aku ini berfikir adakah dalam fikiran dorang ini sudah diterapkan dengan formula matematik macam ini??
Degree holder = Bahasa Inggeris
Then, aku pun tanya balik dekat bos tersebut dengan bahasa Inggeris yang berterabur..
Ini selepas dialih bahasa...huahua
"Tuan, saya nak minta pendapat tuan sedikit boleh tak?"
"Boleh. silakan..."
"Baiklah, sekiranya dalam satu sesi temuduga tersebut, terdapat dua orang calon"
"Calon pertama mahir berbahasa Inggeris, tetapi tidak mempunyai sebarang kebolehan"
"Calon kedua, tidak pandai berbahasa Inggeris, tetapi mempunyai
kemahiran yang diperlukan syarikat tuan. So, yang mana satu tuan pilih?"
Terdiam terus dia..huhu..
Aku pun terus basuh la..(Sebenarnya nak merapu lagi..huhu)
"Tuan, sebenarnya saya agak tidak bersetuju dengan penggunaan bahasa
Inggeris dalam sistem pembelajaran negara kita. Bagi saya seolah-olah
kita ini macam malu je nak jual bahasa ibunda kita ini dekat negara
luar. Kita lebih mempercayai kekuatan bahasa Inggeris. Sebenarnya tuan,
terdapat hampir 70 hingga 80 peratus pelajar di Malaysia mengalami
masalah untuk faham lebih dalam sesuatu subjek yang menerapkan bahasa
Inggeris ini."
Nota Kaki: Aku sebenarnya terbaca dalam wikipedia
yang menjelaskan terperinci pasal PPSMI dan dorang siap buat
perbandingan statistik lagi bagaimana peratusan penguasaan matematik dan
sains pelajar sekolah menurun berbanding sebelum penubuhan PPSMI
ini..Korang semua boleh rujuk dekat link ini
"Bagi saya apa yang paling utama adalah bagaimana kita hendak melahirkan
graduan yang beryakinan tinggi serta mempunyai pemahaman yang mendalam
dengan apa yang dia belajar. So, sekiranya kita terlalu gelojoh untuk
mengubah ini dan itu sehingga mengabaikan apa yang paling penting. Sudah
tentu kita tak dapat mencapai kehendak objektif"
"Paling penting self confidence dapat dibina melalui tahap kemampuan seseorang".
Setelah hampir panjang lebar merapu aku itu (tak larat lagi nak
menaip.Ini sebahagian je la yang mampu). Orang yang interview itu pun
diam seribu bahasa...kuang3..tak tahu la dia setuju x pendapat aku itu
ke tidak..Akhirnya setelah menunggu hampir 2 bulan, aku diterima kerja
di syarikat tersebut..huhu..mungkin dorang terima gak idea aku ini..hehe
Okla..da tak larat nak menaip lagi
Nanti jemu la orang yang membacanya..huhu..(entah ada orang baca ke tidak..kuang3)
Apa2 pun pada sesiapa yang ingin komen pasal isu boleh la drop komen..k..So, dapatlah kita bermuzakarrah ke..apa ke??
So, Selamat Menyambut Hujung Minggu..
Salam kawan-kawan
Sumber: http://alifiqbal.blogspot.com/