Mat Indera merupakan individu yang berbangsa Melayu dikatakan memimpin pasukan komunis untuk menyerang Balai Polis Bukti Kepong pada 23 Februari 1950.
Biarpun isu ini telah lama berlaku, tetapi kini tiba-tiba nama Mat
Indera menjadi popular.
Mat Indera kembali popular akibat tindakan beberapa pemimpin UMNO yang
tersilap percaturan menghentam Mat Sabu yang menganggap Mat Indera
sebagai hero. Akhbar-akhbar yang dikuasai kerajaan BN hampir setiap hari
memaparkan isu ini. Seolah-olah tiada lagi perkara penting selain dari
isu Mat Sabu.
Mat Sabu (tengah) |
Kini
pelbagai pihak mula mencari siapa Mat Indera.
Malah
timbul dua pendapat mengenai Mat Indera, ada yang menganggap dia
sebagai hero dan ada pula menganggap dia sebagai pengganas komunis.
Telah timbul banyak salah faham mengenai Mat Indera.
Jika
sejarah Mat Indera ini dikaji oleh golongan muda maka sejarah mungkin
akan berubah. Golongan muda hari ini tidak lagi membaca UTUSAN, dan
BERITA HARIAN, internet menjadi pusat rujukan utama mereka
Apakah sejarah akan berubah?..
Muhammad
(Ahmad) bin Indera atau lebih dikenali sebagai Mat (Muhammad) Indera
merupakan salah seorang pemimpin komunis yang berada di bawah perintah
Chin Peng. Dia menjadi terkenal kerana memimpin serangan terhadap pihak
Polis dalam peristiwa Bukit Kepong.
Ahmad
bin Indera dikatakan salah seorang daripada keturunan Datuk Bentara
Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima
kanan Sultan Sharif di Siak. Beliau dilahirkan pada tahun 1920 di
Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor.
Ahmad
bin Indera mendapat pendidikan awal di sekolah agama sehingga tahun
1937. Dia kemudian pernah berkhidmat sebagai seorang guru agama di
Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar.
Ahmad
bin Indera kemudiannya terbabit dalam politik apabila menyertai ahli
sayap pemuda Partai Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dengan matlamat
membebaskan tanah air daripada penjajahan Inggeris.
Apabila
Parti Kebangsaan Melayu Malaya diharamkan, Ahmad bin Indera telah
bertindak menyertai pergerakan gerila komunis di dalam hutan,
kemungkinannya terpengaruh dengan perjuangan Indonesia menentang
Belanda. Beliau bergerak cergas di sekitar kawasan Lenga, Pagoh, Jorak,
Bukit Kepong dan Poris. Dia mengetuai pergerakan komunis dibahagian
selatan yang merangkumi daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka.
Akibat
dari peristiwa itu, pihak Inggeris menawarkan $75,000 sebagai hadiah
tawaran penangkapan Muhammad Indera. Pada 14 Oktober 1952, Muhammad
Indera telah diperangkap oleh anggota Cawangan Khas Batu Pahat dalam
satu perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan beliau ditangkap.
Muhammad
Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11
malam 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, mayatnya
dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.