Thursday, November 26, 2015

Khalifah Umar Abdul Aziz (99-101 H)

Zamannya adalah lembaran yang gemilang di antara lembaran-lembaran sejarah Islam. Iaitu lembaran yang menyambung kembali mata-rantai yang telah terputus dari sejarah Abu Bakar
dan Umar. Pada masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ini, walaupun amat pendek, namun ia merupakan suatu masa yang berdiri sendiri, mempunyai ciri-ciri sendiri dan mengandung falsafah Islam yang murni, yang tidak terpengaruh oleh aliran-aliran dan peraturan-peraturan Bani Umaivah yang disesali orang.

Umar bin Abdul Aziz dilahirkan di kota Hulwan, tidak jauh dari kota Kairo, ketika itu ayahnya yang jadi gabernor di Mesir 107 (lihat Tahzibul Asma; karya Nawawi). Tetapi Ibnu Abdil Hakam meriwavatkan bahwa Umar dilahirkan di Madinah.108. Salsilah keturunannya dari pihak ibunya, bersambung kepada Khalifah yang kedua, Umar Ibnul-Khattab. Mungkin disebabkan itu, beliau telah mewarisi daripadanya banyak sifat-sifat yang mulia dan jarang tandingannya. Bahkan di masa kecilnya beliau tinggal bersama pakcik-pakcik ibunya di Madinah. Dalam suasana yang semerbak itulah ia mempelajari bimbingan-bimbingan dan pendapat-pendapat yang sihat, dan di sana jugalah beliau membesar dengan sifat baiknya. Pendidikan yang diperolehnya dalam masa tersebut mempunyai pengaruh yang besar terhadap sifat-sifatnya yang istimewa dan terpuji itu.

Khalifah Umar melarang sama sekali untuk mencaci-maki Ali bin Abu Talib, padahal di masa-masa yang lalu para khalifah Bani Umaiyah selalu mencaci-maki dalam pidato-pidato dan khutbah-khutbah mereka (Ahmad Shalaby, 1975).

Sebagai gantinya, Umar meletakkan di tempat cacian itu, firman Allah:

إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

"Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil, dan berbuat kebaikan, serta memberi bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhiNya".

(an-Nahl: 90)


Oleh kerana itu, di waktu Umar bin Abdul Aziz meninggal, maka as-Syarifur-Ridha meratapinya dengan bait-bait sebagai berikut:

Duhai, Ibnu Abdul Aziz......
Kalaulah boleh mata menangis,
Meratapi remaja Bani Umaiyah,
Niscaya beta meratapi tuan,
Tuan berjasa melepaskan kami,
Dari bahaya perbuatan keji,
Mencaci-maki kepada Ali,
Andaiku dapat membalas jasa,
Kepada tuan kuserahkan dia. (Al-Fakri, m.s 111)

Umar meninggal dunia tatkala badannya meniadi kurus. kerana terlalu banyak mencurahkan tenaganya, dan terlalu mengekang nafsunya sampai hidupnya menderita.



Wednesday, September 2, 2015

100 Keyboard Shortcuts

More than 100 Keyboard Shortcuts must read
SHARE IT........

Keyboard Shorcuts (Microsoft Windows)
1. CTRL+C (Copy)
2. CTRL+X (Cut)
3. CTRL+V (Paste)
4. CTRL+Z (Undo)
5. DELETE (Delete)
6. SHIFT+DELETE (Delete the selected item permanently without placing the item in the Recycle Bin)
7. CTRL while dragging an item (Copy the selected item)
8. CTRL+SHIFT while dragging an item (Create a shortcut to the selected item)
9. F2 key (Rename the selected item)
10. CTRL+RIGHT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next word)
11. CTRL+LEFT ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous word)
12. CTRL+DOWN ARROW (Move the insertion point to the beginning of the next paragraph)
13. CTRL+UP ARROW (Move the insertion point to the beginning of the previous paragraph)
14. CTRL+SHIFT with any of the arrow keys (Highlight a block of text)
SHIFT with any of the arrow keys (Select more than one item in a window or on the desktop, or select text in a document)
15. CTRL+A (Select all)
16. F3 key (Search for a file or a folder)
17. ALT+ENTER (View the properties for the selected item)
18. ALT+F4 (Close the active item, or quit the active program)
19. ALT+ENTER (Display the properties of the selected object)
20. ALT+SPACEBAR (Open the shortcut menu for the active window)
21. CTRL+F4 (Close the active document in programs that enable you to have multiple documents opensimultaneou sly)
22. ALT+TAB (Switch between the open items)
23. ALT+ESC (Cycle through items in the order that they had been opened)
24. F6 key (Cycle through the screen elements in a window or on the desktop)
25. F4 key (Display the Address bar list in My Computer or Windows Explorer)
26. SHIFT+F10 (Display the shortcut menu for the selected item)
27. ALT+SPACEBAR (Display the System menu for the active window)
28. CTRL+ESC (Display the Start menu)
29. ALT+Underlined letter in a menu name (Display the corresponding menu) Underlined letter in a command name on an open menu (Perform the corresponding command)
30. F10 key (Activate the menu bar in the active program)
31. RIGHT ARROW (Open the next menu to the right, or open a submenu)
32. LEFT ARROW (Open the next menu to the left, or close a submenu)
33. F5 key (Update the active window)
34. BACKSPACE (View the folder onelevel up in My Computer or Windows Explorer)
35. ESC (Cancel the current task)
36. SHIFT when you insert a CD-ROMinto the CD-ROM drive (Prevent the CD-ROM from automatically playing)

Dialog Box - Keyboard Shortcuts
1. CTRL+TAB (Move forward through the tabs)
2. CTRL+SHIFT+TAB (Move backward through the tabs)
3. TAB (Move forward through the options)
4. SHIFT+TAB (Move backward through the options)
5. ALT+Underlined letter (Perform the corresponding command or select the corresponding option)
6. ENTER (Perform the command for the active option or button)
7. SPACEBAR (Select or clear the check box if the active option is a check box)
8. Arrow keys (Select a button if the active option is a group of option buttons)
9. F1 key (Display Help)
10. F4 key (Display the items in the active list)
11. BACKSPACE (Open a folder one level up if a folder is selected in the Save As or Open dialog box)

Microsoft Natural Keyboard Shortcuts
1. Windows Logo (Display or hide the Start menu)
2. Windows Logo+BREAK (Display the System Properties dialog box)
3. Windows Logo+D (Display the desktop)
4. Windows Logo+M (Minimize all of the windows)
5. Windows Logo+SHIFT+M (Restorethe minimized windows)
6. Windows Logo+E (Open My Computer)
7. Windows Logo+F (Search for a file or a folder)
8. CTRL+Windows Logo+F (Search for computers)
9. Windows Logo+F1 (Display Windows Help)
10. Windows Logo+ L (Lock the keyboard)
11. Windows Logo+R (Open the Run dialog box)
12. Windows Logo+U (Open Utility Manager)
13. Accessibility Keyboard Shortcuts
14. Right SHIFT for eight seconds (Switch FilterKeys either on or off)
15. Left ALT+left SHIFT+PRINT SCREEN (Switch High Contrast either on or off)
16. Left ALT+left SHIFT+NUM LOCK (Switch the MouseKeys either on or off)
17. SHIFT five times (Switch the StickyKeys either on or off)
18. NUM LOCK for five seconds (Switch the ToggleKeys either on or off)
19. Windows Logo +U (Open Utility Manager)
20. Windows Explorer Keyboard Shortcuts
21. END (Display the bottom of the active window)
22. HOME (Display the top of the active window)
23. NUM LOCK+Asterisk sign (*) (Display all of the subfolders that are under the selected folder)
24. NUM LOCK+Plus sign (+) (Display the contents of the selected folder)

MMC COnsole Windows Shortcut keys

1. SHIFT+F10 (Display the Action shortcut menu for the selected item)
2. F1 key (Open the Help topic, if any, for the selected item)
3. F5 key (Update the content of all console windows)
4. CTRL+F10 (Maximize the active console window)
5. CTRL+F5 (Restore the active console window)
6. ALT+ENTER (Display the Properties dialog box, if any, for theselected item)
7. F2 key (Rename the selected item)
8. CTRL+F4 (Close the active console window. When a console has only one console window, this shortcut closes the console)

Remote Desktop Connection Navigation
1. CTRL+ALT+END (Open the Microsoft Windows NT Security dialog box)
2. ALT+PAGE UP (Switch between programs from left to right)
3. ALT+PAGE DOWN (Switch between programs from right to left)
4. ALT+INSERT (Cycle through the programs in most recently used order)
5. ALT+HOME (Display the Start menu)
6. CTRL+ALT+BREAK (Switch the client computer between a window and a full screen)
7. ALT+DELETE (Display the Windows menu)
8. CTRL+ALT+Minus sign (-) (Place a snapshot of the active window in the client on the Terminal server clipboard and provide the same functionality as pressing PRINT SCREEN on a local computer.)
9. CTRL+ALT+Plus sign (+) (Place asnapshot of the entire client window area on the Terminal server clipboardand provide the same functionality aspressing ALT+PRINT SCREEN on a local computer.)

Microsoft Internet Explorer Keyboard Shortcuts
1. CTRL+B (Open the Organize Favorites dialog box)
2. CTRL+E (Open the Search bar)
3. CTRL+F (Start the Find utility)
4. CTRL+H (Open the History bar)
5. CTRL+I (Open the Favorites bar)
6. CTRL+L (Open the Open dialog box)
7. CTRL+N (Start another instance of the browser with the same Web address)
8. CTRL+O (Open the Open dialog box,the same as CTRL+L)
9. CTRL+P (Open the Print dialog box)
10. CTRL+R (Update the current Web )

SHARE IT WITH YOUR FRIENDS

Saturday, June 20, 2015

FUNGSI TOMBOL WINDOWS

1. Jika anda  ingin meninggalkan meja anda seketika, anda boleh menekan tombol Windows dan tahan kemudian tekan L, dengan begini layar komputer anda akan terkunci dengan sendirinya, tidak perlu khuatir ada yang menyalahgunakan komputer anda.
2. Ketika mahu cari dokumen, kebanyakan anda akan  akan membuka "my computer". Bagi professional, dia akan menekan tombol windows+E, dan anda akan terus masuk ke PC Manager.
3. Bos anda datang ketika anda bermain game! Bagaimana? Jangan gelabah! Terus tekan windows+D, anda akan terus masuk ke dekstop!
4. Trik – trik yang mewah, tekan windows +tab, layar anda akan menjadi 3D
5. Alat perakam di dalam windows. Tekan saja windows+R dan click psr.exe, setelah itu kamu boleh  memulai rakaman.
6. Windows +R dan masukan osk, layar anda akan muncul keyboard virtual!
7. Gambar / tulisan di layar terlalu kecil, tekan windows ditambah "+" atau"-" ,dan kaca pembesar akan muncul di layar, kamu boleh memperbesar atau memperkecil gambar di layar!
8. Sekarang ini computer kita banyak program, contohnya ID, dan kita akan membuka banyak halaman di browser kita. Dengan ctrl+Tab, kamu boleh menukar halaman di browser. Dan tekan ctrl+w, kamu boleh serta-merta menutup halaman yang sedang dibuka.
9. Ctrl+Esc memunculkan layar Start
10. alt+space+c menutup halaman yang sedang dibuka.
Semoga Bermanfaat.
‪#‎copypaste‬

Sunday, April 5, 2015

Kucing Kampung

Kucing kampung sering disebut sebagai kucing, kerana jenis kucing ini adalah campuran dari berbagai ras kucing. Kucing ini (Felis catus-silvestrid) telah hidup dengan manusia sejak 3500 tahun yang lalu. Orang-orang Mesir kuno menggunakan kucing jenis ini untuk mengusir hama tikus dan haiwan perosak yang lain.

Berat kucing ini secara umum adalah sekitar 2,5 kg sampai 7 kg, kecuali diberi makanan khusus, beratnya mampu menjangkau hingga 23 kg. Jika kucing ini dibela dengan rai usianya dapat menjangkau 15-20 tahun. Kucing yang berkeliaran tanpa ada yang mengurus, mungkin dapat hidup kurang dari 2 tahun.

Kemampuan kucing

Kucing kampung yang sering dijumpai, dan biasa tidur sekitar 12-16 jam sehari. Kadang-kadang ada juga kucing tidur selama 20 jam sehari. Meskipun seperti haiwan pemalas, dia adalah salah satu Predator paling cekap. Ia mampu memburu beberapa ribu spesies berbanding harimau dan singa, yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 spesies haiwan.

Kucing mempunyai kemampuan untuk melindungi diri apabila jatuh dari tempat yang tinggi. Ini kerana kucing memiliki kecepatan terminal atau kecepatan jatuh maksimum, yang adalah 60 batu per jam. Kucing mampu mengawal perengangan kaki bagi mengurangi impak apabila jatuh dari tempat yang tinggi.

Kucing juga termasuk dalam kategori haiwan yang mapu mengurus kebersihan diri. Air liur atau air ludah kucing yang dijilatkan ke dalam tubuh mereka mampu membersihkan bulu-bulu. Dan kadang-kadang, ia juga mampu memuntahkan gulungan bulu (hairball yuck) dari dalam perut mereka. 


Thursday, February 5, 2015

Perubahan Geografi Negara Umat Islam melalui Peta

Peta di bawah menerangkan perubahan sejarah iaitu hasil daripada pelbagai penaklukan, pembentukan empayar, dan budaya bermula tahun 1450 hingga 2000 SM.














Sumber:  Gulf/2000 Project funded by Columbia University

Sunni, Syiah usah berbalah: Misi mustahil mencari pertemuan


22 Mei 2013: Dua pemimpin berpengaruh dunia Islam hari ini merayu umat Islam seluruh dunia tanpa mengira fahaman Sunni atau Syiah supaya segera berdamai dan berhenti berbalah serta berbunuhan sesama sendiri.

Perkara itu diusulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Iran, Sayyid Muhammad Khatami dalam kenyataan bersama hari ini yang memohon pengikut kedua-dua fahaman terbesar itu menghentikan pertelingkahan dan perbalahan yang telah mengorbankan banyak nyawa.

Menurut mereka, perbalahan yang berterusan itu telah mencemar maruah dan harga diri umat Islam di mata dunia.

"Kami merayu semua Sunni dan Syiah yang sama-sama beriman kepada Allah, kitab suci al-Quran, Nabi Muhammad SAW dan menghadap kiblat yang sama agar menghentikan pertumpahan darah serta-merta.

"Hentikan keganasan, hentikan pertumpahan darah dan hentikan pembunuhan," kata mereka.

Kenyataan satu muka surat itu dibaca oleh Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr. Chandra Muzaffar dalam sidang akhbar Pelancaran Rayuan Bersama kepada Muslim Sunni dan Syiah oleh Dr. Mahathir dan Khatami di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Kedua-dua pemimpin itu menandatangani dokumen tersebut yang turut merayu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mewakili semua negara Islam tanpa mengira mazhab atau fahaman menubuhkan satu jawatankuasa kerja.

Menurut Chandra, jawatankuasa itu berperanan untuk meneliti dengan lebih mendalam jurang perbezaan antara kedua-dua fahaman itu.

"Kami juga merayu kepada setiap individu dan pertubuhan masyarakat madani dari seluruh dunia agar turut serta dalam usaha menghentikan keganasan dan pertumpahan darah serta menggalakkan perdamaian dan kefahaman antara Sunni dan Syiah," katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika ditemui pemberita berkata, semua pihak harus menerima dan bertindak matang dalam mengemukakan perbezaan pendapat masing-masing.

Katanya, jika umat Islam boleh bersikap toleransi terhadap penganut agama lain seharusnya mereka juga boleh bersikap sedemikian terhadap saudara seagama.

"Apa yang penting, kita terima perbezaan pendapat itu dan berhenti membunuh satu sama lain kerana kita sembah Tuhan yang sama, mengikut nabi yang sama dan berpandu kepada kitab yang sama.

"Jika kita saling bunuh membunuh, musuh Islam akan bertepuk tangan kerana gembira kita melakukan kerja itu bagi mereka, jadi sudah tiba masanya kita semua berhenti melakukan keganasan sesama Islam," katanya.


Nota: Ketahuilah bahawa Syiah adalah agama di luar Islam. Perbezaan antara kita kaum Muslimin dengan Syiah sebagaimana berbezanya dua agama dari awal hingga akhir yang tidak mungkin disatukan, kecuali salah satunya meninggalkan agamanya. 

Perhatian : Ibnu Babawaih Al Qummi, salah seorang ulama besar syiah, berkata: kami menyakini bahawa taqiyah adalah wajib, siapa yang meninggalkannya sama seperti meninggalkan solat. [Al I'tiqadat hal 114]



Thursday, January 29, 2015

Muawiyah II

Hari ini saya cuba memaparkan sejarah Muawiyah II iaitu seoarng Khalifah dari bani Umaiyah yang jarang diperkatakan dalam sejarah Islam. Muawiyah II (atau Mu'awiyah ibn Yazid) (معاوية بن يزيد) (28 Mac 661 - Januari / Februari 684) adalah seorang khalifah Umayyah selama kira-kira empat bulan selepas kematian bapanya Yazid bin Muawiyah. Empayar yang diwarisi berada  dalam keadaan kucar-kacir. Pada masa yang sama Abdullah bin Zubair juga yang mengaku sebagai khalifah yang benar dan yang juga telah menguasai  Hijaz dan juga kawasan-kawasan lain.

Kelahiran dan tahun-tahun awal 
Muawiyah II dilahirkan pada 28 Mac 661 iaitu  anak kepada Yazid I dari Dinasti Umayyah. Ibunya juga berketurunan Quraisy di Hijaz. Ayah ibunya bernama Abu Hashim ibn Utbah ibn Rabi'ah pernah dilantik sebagai Gabenor Basra. Ibunya berkahwin Yazid 1 pada tahun 660. Muawiyah II adalah anak lelaki sulung  daripada enam adik-lelaki. Beliau juga mempunyai ramai adik beradik perempuan  (tidak diketahui jumlahnya).

Pada masa yang sama dengan kelahiran  Mua'wiyah II, datuknya (Muawiyah 1) telah bertemu dengan ahli-ahli Shura. Apabila Muawiyah 1 mendengar kelahiran cucu lelakinya lalu beliau berkata, "Sesungguhnya ini adalah satu rahmat dari Tuhan dan satu tanda pasti, bahawa Akulah Khalifah yang benar. Kanak-kanak itu (cucunya) telah  dinamakan Mua'wiyah iaitu sempena nama dirinya sendiri.

Menurut al-Tabari, Muawiyah II  berumur 13 tahun, pada ketika kematian datuknya (Muawiyah I). Ini bermakna Muawiyah II  telah dilahirkan pada 671 iaitu pada ketika bapanya Yazid berumur 25 tahun.

Muawiyah II adalah putera pertama dari Bani Umayyah yang membesar pada era  Khalifah Bani Umayyah.

Pergolakan selepas pembunuhan Saidinah Husein
Al Hushain bin Al Namir dari Syria telah ditugaskan untuk menentang pasukan Abdullah bin Zubair di Makkah. Beliau menemui jalan buntu.. Kerana tak mampu menembusi pertahanan lawan dan mendengar berita wafatnya Khalifah Yazid bin Muawiyah, Al Hushain menyeru gencatan senjata. Abdullah bin Zubair tidak keberatan.

Masa damai itu membuat kedua pasukan membaur satu sama lain, seolah tak terjadi permusuhan. Ahli pasukan dari Syria dengan bebas melaksanakan umrah, thawaf di sekitar Ka'bah, dan sa'i antara Shafa dan Marwah.

Ketika thawaf itulah, Panglima Al Hushain bin Al Namir bertembung dengan Abdullah bin Zubair. Sambil memegang lengan Abdullah, Al Hushain berbisik, "Apakah anda mahu berangkat bersamaku ke Syria? Saya akan berupaya supaya orang banyak mengangkat anda sebagai khalifah. "

Abdullah bin Zubair menarik tangannya seraya menjawab, "Bagiku tak ada pilihan lain kecuali perang. Bagi setiap satu korban di tanah Hijaz, harus ditebus dengan sepuluh korban di Syria. "

Panglimah Al Hushain menjawab dengan kata-kata yang cukup terkenal dalam sejarah, "Bohong orang yang menganggap anda sebagai cendekiawan Arab. Saya bercakap dengan berbisik, tetapi anda menjawab dengan berteriak. "

Tidak lama selepas itu, Al Hushain dan pasukannya kembali ke Syria. Boleh jadi, tawarannya bukan sembarangan. Sebab, di Syria sendiri sedang berlaku kemelut yang cukup membimbangkan. Sepeninggal Yazid bin Muawiyah, telah ditunjuklah putranya, Muawiyah bin Yazid sebagai khalifah yang pada ketika  itu berusia 23 tahun.

Berbeza dengan ayahnya, Muawiyah bin Yazid lebih mengutamakan ibadah ketimbang urusan duniawi. Hari-harinya dipenuhi dengan keshalihan dan ketaatan. Jabatan sebagai khalifah bukanlah keinginannya, tetapi warisan dari sang ayah.

Muawiyah bin Yazid bukanlah seorang negarawan, tetapi seorang ahli agama. Ia sendiri merasa tidak layak menduduki jabatan khilafah. Ia merasa tak sanggup menghadapi urusan pemerintahan dan kenegaraan. Apalagi sepeninggal ayahnya, Yazid bin Muawiyah, bumi Syria terus dilanda kemelut. Disokong lagi oleh pangaruh Abdullah bin Zubair di tanah Hijaz yang semakin meluas.

Dengan segala pertimbangan itu, akhirnya khalifah ketiga Bani Umayyah ini menyatakan mundur dari jabatan khalifah selepas hanya tiga bulan memerintah. Di hadapan para tokoh istana, ia menyerahkan jabatannya. Para pemuka istana dan tokoh keluarga Bani Umayyah memintanya untuk menunjuk seorang pengganti.

Namun, cucu pengasas Daulah Umayyah itu dengan tegas menjawab, "Aku bukan seperti Abu Bakar yang mampu menunjuk seorang pengganti. Aku belum mendapati seorang pun di antara kalian yang mempunyai keutamaan seperti Umar bin Al-Khattab. Aku juga bukan seperti Umar yang boleh menunjuk Ahli Syura. Kalian lebih tahu dan pilihlah orang yang kalian kehendaki. "

Sejak saat itu, Muawiyah bin Yazid menyerahkan hidupnya hanya untuk beribadah dengan uzlah (mengasingkan diri). Menjelang pengujung tahun 64 H / 684 Masehi, ia meninggal dunia dalam usia masih belia, 23 tahun. Ada yang mengatakan kematiannya tidak wajar, ia dibunuh secara diam-diam.

Sepeninggalnya, terjadi perpecahan di wilayah Syam (Syria dan Palestin). Satu pihak cenderung mengikuti pendirian penduduk Hijaz untuk mengangkat baiat atas Abdullah bin Zubair yang berkedudukan di Makkah. Selain itu penduduk wilayah Iraq dan Iran telah menyatakan baiat. Abdullah bin Ziyad yang menjadi gabenor wilayah itu buru-buru melarikan diri ke Syria untuk meminta perlindungan dari para tokoh Bani Umayyah.

Dengan demikian, wilayah kekuasaan Abdullah bin Zubair sudah meliputi Hijaz, Yaman, Iraq dan Iran. Sebuah perutusan yang berangkat dari Mesir ke Makkah membawa berita bahawa penduduk bumi Pyramid itu pun menyatakan sokongan atas Abdullah bin Zubair.

Sementara itu, perpecahan di wilayah Syam semakin tajam. Pihak yang menyokong Abdullah bin Zubair dipimpin oleh Dhahak bin Qais. Sedangkan di sebelah utara wilayah Syam, tepatnya di bandar Hims dan Halab, gerakan penyokong Abdullah dipimpin Nu'man bin Basyir Al-Ansari. Gerakan ini semakin meluas sehingga hampir mampu menguasai istana Bani Umayyah yang sedang kritikal.

Oleh sebab itu, kalau Abdullah bin Zubair menerima tawaran Panglima Al Hushain untuk berangkat ke Syria, tidak mustahil ia akan dibaiat oleh banyak orang. Apalagi dari sisi keturunan, ia termasuk keluarga dekat Rasulullah SAW. Namun sejarah tak menghendaki hal itu. Abdullah bin Zubair menegaskan menetap di wilayah Hijaz dengan segala sokongan penduduknya. Agaknya, apa yang menimpa Husain bin Ali bin Abi Talib, begitu membekas di benaknya...

Tuesday, December 2, 2014





Keratan komik akhbar Skor Berita Harian berkaitan PPSMI

Apa yang penting? Penyampaian ilmu atau bahasa?


Saturday, August 16, 2014

The Truth


Sunni, Syiah usah berbalah: Misi mustahil


Dua pemimpin berpengaruh dunia Islam hari ini merayu umat Islam seluruh dunia tanpa mengira fahaman Sunni atau Syiah supaya segera berdamai dan berhenti berbalah serta berbunuhan sesama sendiri.

Perkara itu diusulkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Iran, Sayyid Muhammad Khatami dalam kenyataan bersama hari ini yang memohon pengikut kedua-dua fahaman terbesar itu menghentikan pertelingkahan dan perbalahan yang telah mengorbankan banyak nyawa.

Menurut mereka, perbalahan yang berterusan itu telah mencemar maruah dan harga diri umat Islam di mata dunia.

"Kami merayu semua Sunni dan Syiah yang sama-sama beriman kepada Allah, kitab suci al-Quran, Nabi Muhammad SAW dan menghadap kiblat yang sama agar menghentikan pertumpahan darah serta-merta.

"Hentikan keganasan, hentikan pertumpahan darah dan hentikan pembunuhan," kata mereka.

Kenyataan satu muka surat itu dibaca oleh Presiden Pergerakan Keadilan Sedunia (Just), Dr. Chandra Muzaffar dalam sidang akhbar Pelancaran Rayuan Bersama kepada Muslim Sunni dan Syiah oleh Dr. Mahathir dan Khatami di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini.

Kedua-dua pemimpin itu menandatangani dokumen tersebut yang turut merayu Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang mewakili semua negara Islam tanpa mengira mazhab atau fahaman menubuhkan satu jawatankuasa kerja.

Menurut Chandra, jawatankuasa itu berperanan untuk meneliti dengan lebih mendalam jurang perbezaan antara kedua-dua fahaman itu.

"Kami juga merayu kepada setiap individu dan pertubuhan masyarakat madani dari seluruh dunia agar turut serta dalam usaha menghentikan keganasan dan pertumpahan darah serta menggalakkan perdamaian dan kefahaman antara Sunni dan Syiah," katanya.

Sementara itu, Dr. Mahathir ketika ditemui pemberita berkata, semua pihak harus menerima dan bertindak matang dalam mengemukakan perbezaan pendapat masing-masing.

Katanya, jika umat Islam boleh bersikap toleransi terhadap penganut agama lain seharusnya mereka juga boleh bersikap sedemikian terhadap saudara seagama.

"Apa yang penting, kita terima perbezaan pendapat itu dan berhenti membunuh satu sama lain kerana kita sembah Tuhan yang sama, mengikut nabi yang sama dan berpandu kepada kitab yang sama.

"Jika kita saling bunuh membunuh, musuh Islam akan bertepuk tangan kerana gembira kita melakukan kerja itu bagi mereka, jadi sudah tiba masanya kita semua berhenti melakukan keganasan sesama Islam," katanya.