Sunday, March 28, 2010

Serangan Monggol- Kehancuran atau Hikmah

1) Sedang aku membuat persediaan untuk kuliah pada esok hari, tiba-tiba teringat aku tentang sejarah Bangsa Monggol.

2) Bangsa Monggol berasal dari suku kaum yang mempunyai perkaitan dengan bangsa Tartar dan Turki, iaitu dari susur galur bangsa Ural Altai.

3) Akibat dari serangan Bangsa Monggol tersebut maka banyaklah peradaban-peradaban dunia terutamanya peradaban Islam Hancur binasa.

4) Semuanya bermula apabila Sultan Muhammad Syah menolak perutusan dari Genghis Khan, raja Monggol. Kebanyakan utusan dibunuh, dan yang dibenarkan pulang telah dicukur janggutnya (satu penghinaan yang besar pada zaman itu). Maka hancurlah empayar Khawarismi (tanahair A-Khawarismi-bapa matematik Islam).

5) Apabila tiba pada pemerintahan Manggu Khan atau Mangku Khan, maka diutus pula Sepupunya Hulagu Khan menghancurkan Kota Bagdad. Satu pukulan maut terhadap kota peradaban Islam yang Agong.

6) Peradaban Islam Mesir masih terjaga apabila Sultan di bawah pemerintahan Mamluk dapat mempertahankannya.

7) Tidak lepas juga kota-kota lain di Eropah seperti kota Moscow, Poland, Kazan, Ryzan, di Eropah. Hancur jugalah Kerajaan Dinasti Sung selatan di China di bawah serangan Kublai Khan. Malah serangan Monggol sehingga sejauh Asia Tenggara seperti kerajaan Pagan di Burma, Nankhao di Yunan (tanahair orang Siam), dan juga jawa semasa pemerintahan Kertagenara.

8) Namun tidak semena-mena, keturunan Bangsa Monggol itu memeluk Islam. Maka secara tidak langsung terbentuklah kerajaan Islam di Eropah sehingga kini seperti Wilayah Tatarstan, Degestan, Krimea di Russia. Maka wujudlah kerajaan-kerajaan Islam dari Bangsa Monggol, seperti kerajaan Ilkhanid di Iran, Empayar Golden Horde di Russia, Empayar Chagatai di China, Empayar Moghul di India (raja yang terkenal Shah Jahan-pembina Taj Mahal).

9) Tidak lupa kita terhadap bangsa Turki yang berasal dari tempatnya sama dengan bangsa Monggol juga telah membentuk Empiyar Saljuk dan Empayar Usmaniayah yang dapat menguasai Konstantinople (Istanbul) di bawah Sultan Muhamad Al-Fatih. maka wujudlah bangsa Islam Eropah hingga ke hari ini seperti Bangsa Albania dan Bangsa Bosnia.

10) Pengajarannya, semua kegagalan atau keburukan yang berlaku selalunya akan Allah gantikan dengan hikmahnya. pasti ada sebabnya. Allah Maha Mengetahui.

No comments: