Sunday, March 28, 2010

Serangan Monggol- Kehancuran atau Hikmah

1) Sedang aku membuat persediaan untuk kuliah pada esok hari, tiba-tiba teringat aku tentang sejarah Bangsa Monggol.

2) Bangsa Monggol berasal dari suku kaum yang mempunyai perkaitan dengan bangsa Tartar dan Turki, iaitu dari susur galur bangsa Ural Altai.

3) Akibat dari serangan Bangsa Monggol tersebut maka banyaklah peradaban-peradaban dunia terutamanya peradaban Islam Hancur binasa.

4) Semuanya bermula apabila Sultan Muhammad Syah menolak perutusan dari Genghis Khan, raja Monggol. Kebanyakan utusan dibunuh, dan yang dibenarkan pulang telah dicukur janggutnya (satu penghinaan yang besar pada zaman itu). Maka hancurlah empayar Khawarismi (tanahair A-Khawarismi-bapa matematik Islam).

5) Apabila tiba pada pemerintahan Manggu Khan atau Mangku Khan, maka diutus pula Sepupunya Hulagu Khan menghancurkan Kota Bagdad. Satu pukulan maut terhadap kota peradaban Islam yang Agong.

6) Peradaban Islam Mesir masih terjaga apabila Sultan di bawah pemerintahan Mamluk dapat mempertahankannya.

7) Tidak lepas juga kota-kota lain di Eropah seperti kota Moscow, Poland, Kazan, Ryzan, di Eropah. Hancur jugalah Kerajaan Dinasti Sung selatan di China di bawah serangan Kublai Khan. Malah serangan Monggol sehingga sejauh Asia Tenggara seperti kerajaan Pagan di Burma, Nankhao di Yunan (tanahair orang Siam), dan juga jawa semasa pemerintahan Kertagenara.

8) Namun tidak semena-mena, keturunan Bangsa Monggol itu memeluk Islam. Maka secara tidak langsung terbentuklah kerajaan Islam di Eropah sehingga kini seperti Wilayah Tatarstan, Degestan, Krimea di Russia. Maka wujudlah kerajaan-kerajaan Islam dari Bangsa Monggol, seperti kerajaan Ilkhanid di Iran, Empayar Golden Horde di Russia, Empayar Chagatai di China, Empayar Moghul di India (raja yang terkenal Shah Jahan-pembina Taj Mahal).

9) Tidak lupa kita terhadap bangsa Turki yang berasal dari tempatnya sama dengan bangsa Monggol juga telah membentuk Empiyar Saljuk dan Empayar Usmaniayah yang dapat menguasai Konstantinople (Istanbul) di bawah Sultan Muhamad Al-Fatih. maka wujudlah bangsa Islam Eropah hingga ke hari ini seperti Bangsa Albania dan Bangsa Bosnia.

10) Pengajarannya, semua kegagalan atau keburukan yang berlaku selalunya akan Allah gantikan dengan hikmahnya. pasti ada sebabnya. Allah Maha Mengetahui.

Friday, March 19, 2010

Kelebihan wanita

Salam artikel ini aku ambil dari blog Muhammad Aliffudin B Ramlee. Insaf rasa hati ini apabila membacanya. sama-samalah kita renungkan.

Kelebihan wanita daripada Lelaki
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kua
t daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah S.A.W akan hal tersebut,jawab baginda:

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah itu lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang soleh.

b. Anak Perempuan lebih istimewa
3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah S.W.T dan orang yang takutkan Allah S.W.T akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barang siapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail A.S

5. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga.

6. Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

7. Daripada Aisyah r.a. "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

c. Kelebihan Ibu

8. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.


9. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

d. Kelebihan Taat Kepada Suami
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya dan direkannya(walinya) (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

12. Aisyah r.a berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah S.A.W, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "Suaminya." "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah S.A.W, "Ibunya."

e. Ibadah Wanita;
13. Wanita apabila sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dia kehendaki.

14. Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

f. Keistimewaan wanita Dalam melahirkan dan menjaga Anak .

15. Apabila seseorang wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah S.W.T mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah S.W.T mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah S.W.T

17. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir seorang anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan menjaga anaknya yang sakit, maka Allah S.W.T memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah S.W.T

Fikir-fikirkan lah....wahai mereka yang berakal......

Muhammad Aliffudin B Ramlee
12.23 malam
15/03/2010

http://alifuddin.blogspot.com/

Friday, March 12, 2010

Kahwin Mutaah

Kerajaan Iran telah memutuskan untuk menggunakan rumah atau sementara perkahwinan, dikenali sebagai perkahwinan sementara selama satu hari, di jalanan dan persekitaran, dengan alasan menghilangkan masalah pemerkosaan dan represi seksual yang dideritai oleh pemuda Iran.

Sumber yang dikutip media pada hari Jumaat, pada pasukan keselamatan dalaman yang mengatakan: Ini akan memperluaskan ruang lingkup apa yang dikenali di Iran pusat atau kesucian rumah-rumah untuk mengurangkan perkosaan dan memecahkan dilema hubungan seksual yang tidak sah.!

Laporan rasmi daripada Kerajaan yakin bahawa sementara mempromosikan perkahwinan, atau apa yang dipanggil perkahwinan sementara, untuk menyelesaikan krisis ini, dan siap untuk mencipta pusat-pusat khas di daerah ini!!

Kerajaan membenarkan banyak pejabat dan halaman Web dalam bidang kegiatan dalam perempuan dan laki-laki kenalan mencari suami atau isteri, dan perkahwinan sementara.

Sebuah kenyataan yang diterbitkan di laman rasmi mengumumkan bahawa pusat-pusat keagamaan di bandar Qom dan Mashad dan Teheran untuk menjaga anak-anak untuk sementara lelaki yang berminat tentang perkahwinan, dan harga per malam antara 50-100 dolar, setengah laman web Akhbar Arab Times diterbitkan hari ini, kerajaan mengatakan: ini bertujuan untuk mengurangkan insiden penindasan seksual di kalangan pemuda dan mengurangkan kes perkosaan, dan bahawa ada yang ingin melakukan kerja seksual boleh pergi ke rumah-rumah kesucian!.

Laporan mengatakan bahawa rumah-rumah atau pusat-pusat semacam itu sudah ada pada era bekas raja Iran iaitu mantan Shah Iran, tetapi selepas revolusi telah dihapuskan kerana mereka adalah pusat-pusat rasuah, tapi Ali Akbar Hashemi Rafsanjani yang pertama kali mengemukakan gagasan tentang kesucian pusat rumah atau perkahwinan sementara pada 1991.

Laporan mengatakan bahawa rumah ini menjadi tempat berkembang biak bagi tingkah laku dan keinginan para pegawai.

Namun penentang projek ini bertanya: Adakah Rafsanjani akan menghantar salah seorang anak perempuannya ke rumah kesucian untuk bersenang-senang dengan latihan dengan puluhan anak-anak muda per hari, atau menyarankan agar orang-orang ini hanya menghantar anak-anak perempuan mereka ke rumah untuk berlatih kesucian yang berhubungan seks dengan mereka untuk memuaskan keinginan mereka.

Lelaki

Semua mengetahui bahawa wanita dan lelaki itu amat berbeza daripada segalan segi. Cuma,ada segelintir masyarakat khususnya wanita sengaja
memandang sepi perbezaan yang nyata disedari mereka.Mungkin, golongan seperti ini perlu meneliti buku, For Women Only : What You Need to Khow About the Inner Lives of Men hasil tulisan Shaunti Feldhahn.

Menariknya,buku ini menceritakan tentang kebenaran yang mengejutkan berkaitan lelaki hasil temubual penulis bersama lebih seribu kaum Adam.

1.Lelaki lebih suka rasa dirinya tidak disayangi daripada berasa serba kekurangan dan tidak dihormati.

Para suami perlu tahu bahawa isteri mereka sebenarnya amat menghormati mereka tidak kira secara peribadi atau di khalayak ramai.

2.Lelaki akan bangga apabila mengetahui isteri mereka mempercayai dan mengagumi mereka. Kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn mendapati lelaki lebih suka melihat hilangnya perasaan sayang di hati isteri mereka daripada tidak dihormati oleh isteri masing-masing.

3.Kemarahan yang diluahkan lelaki dikatakan satu tindak balas yang sering dilakukan golongan itu apabila mereka berasa diri tidak dihormati oleh si isteri.

Apabila suami marahkan isterinya, dia mungkin tidak akan berkata, `Awak langsung tidak menghormati saya'. Tetapi, besar kemungkinan dia berasa terluka dengan salah satu perbuatan isterinya yang dianggap tidak menghormati dirinya sebagai suami dan itu merupakan satu penghinaan.

4.Lelaki mempunyai perasaan tidak yakin pada dirinya sendiri.

Mereka selalu berasa takut kemungkinan dilukai dalam hidup – tidak hanya berkaitan kerja, tetapi juga di rumah iaitu dalam memainkan peranannya sebagai seorang suami. Mungkin, mereka tidak menyuarakannya, tetapi hakikatnya mereka memang mudah dilukai.

Penawarnya? Tentulah pengakuan. Bagi lelaki, pengakuan daripada si isteri adalah segala-galanya. Pengakuan yang tulen daripada si isteri (bukan pujian) membuatkan lelaki rasa lebih yakin dan terjamin dalam menjalani kehidupan harian mereka.

5.Lelaki sebenarnya rasa terbeban dengan statusnya sebagai pencari nafkah untuk keluarga.

Secara umumnya,tidak penting berapa gaji yang diperoleh si lelaki,ataupun isterinya memperoleh gaji yang lebih besar mahupun sedikit. Apa yang pasti,lelaki akan memikul bebanan untuk menyara keluarganya walaupun ia bukan pilihan hatinya.

Lelaki akan terikat dengan bebanan itu. Hakikatnya, perkara tersebut tidak akan lari meninggalkan fikiran lelaki dan keadaan itu akan memberi kesan pada perasaannya yang rasa seolah-olah terkurung.

Bagaimanapun, isteri memang tidak boleh membebaskan suami daripada bebanan itu,cuma mereka boleh membantu meringankan bebanan melalui kata-kata penghargaan, galakan dan sokongan.

6.Lelaki mahu lebih seks.

Ramai mungkin beranggapan lelaki mahukan lebih hubungan seks dengan isterinya disebabkan keadaan fizikal mereka (keperluannya) .Tetapi,apa yang mengejutkan, kajian yang dilakukan Shaunti Feldhahn menunjukkan bahawa alasan lelaki mahukan lebih seks kerana ingin rasa dihormati oleh isteri mereka. Lelaki cuma suka andai diri mereka diperlukan. Biasanya, memenuhi keinginan seks lebih menjurus kepada nafsu dan perasaan ingin disayangi oleh si lelaki.

Seks bukan hanya hubungan kelamin antara suami dan isteri tetapi lebih daripada itu.Apabila suami merasakan si isteri mengingini mereka secara seksual, ia amat memberi kesan pada keseluruhan kehidupan mereka. Ia membuatkan mereka lebih yakin dan bahagia. Namun, di sebaliknya wujud pula kesan negatif.

Apabila suami berasa dirinya ditolak, dia berpendapat isterinya bukan sahaja menolaknya daripada segi fizikal,tetapi menidakkan peranannya sebagi suami dan juga lelaki. Sebab itu,melakukan hubungan seks adalah satu keutamaan dalam perkahwinan dan ia juga sangat penting.

7.Lelaki bergelut dengan godaan mata.

Maknanya,majoriti besar kaum lelaki akan bertindak balas terhadap imej yang dilihat terutama berkaitan wanita. Dan,lelaki berkenaan bukan hanya mereka yang sememangnya bermata liar.Lelaki yang baik juga tidak terkecuali daripada memandang wanita yang memakai pakaian yang seksi dan menarik. Biarpun,pandangan itu hanya sekilas, imej tersebut akan tersimpan dalam fikiran lelaki dan ia akan kembali terbayang pada bila-bila masa.

8. Golongan Adam memang suka berasmara.

Namun,mereka sebenarnya ragu-ragu sama ada cara mereka itu romantik atau tidak.Hakikatnya, ramai lelaki sebenarnya tidak romantik, tetapi ia tidak bermakna mereka ingin berkeadaan begitu.Lelaki hendak juga menjadi romantik,tetapi mereka sangsi dengan keupayaan sendiri untuk melakukannya. Mereka sering dihantui perasaan ragu-ragu, berkemungkinan diri berhadapan dengan risiko yang memalukan dan kegagalan.

Bagaimanapun, isteri boleh membantu meningkatkan keyakinan suami untuk menjadi seorang yang romantik melalui galakan dan mentafsirkan semula hubungan asmara mereka.

9.Kaum lelaki amat mengambil berat tentang penampilan isterinya.

Kenyataan itu tidak bermakna semua suami ingin isteri mereka kelihatan seperti supermodel.Apa yang sebenarnya diingini lelaki hanyalah agar si isteri berusaha menjaga penampilan diri kerana ia amat bermakna buat mereka (suami).Malah, suami amat menghargai usaha si isteri yang cuba mengekalkan daya tarikan mereka.

10.Lelaki yang bergelar suami sememangnya mahu isterinya mengetahui bahawa dia amat sayangkan mereka.

Itu adalah maklum balas pertama yang diperoleh daripada lelaki yang ditemui penulis.Cuma, lelaki tidak yakin dengan keupayaan mereka untuk meluahkan perkara tersebut biarpun sebenarnya mereka amat mencintai isteri mereka. Lelaki memang ingin memberitahu atau memperlihatkan betapa sayang dan cintanya mereka kepada isteri masing-masing, tetapi mungkin anda perlu menunggu lama sedikit untuk melihat mereka melakukannya.

www.wanita2u. com

Monday, March 8, 2010

Isteriku / Suamiku Berdengkur


BILA disebut mengenai tidur, pasti anda terbayang waktu untuk merehatkan otak dan badan serta membolehkan fungsi sistem badan diseimbangkan semula sebelum bermula hari baru keesokannya.

Tetapi sedarkah anda perkara sebaliknya yang berlaku dan waktu tidur mungkin menjadi tempoh paling berbahaya kepada badan anda.

Tidur dan dengkur kini makin menjadi kebiasaan dan diterima ramai sebagai satu perkara yang normal di kalangan lelaki dan wanita.

Tanpa mengira punca daripada berat badan berlebihan, diwarisi daripada ibu bapa atau masalah struktur salur pernafasan, terlalu ramai yang mengambil ringan masalah dengkur dan tidak berusaha mendapatkan rawatan.

Masalah dengkur hadir dalam dua bentuk iaitu dengkur tabiat atau dengkur lembut dengan bunyi perlahan seperti bunyi dekus kucing, tiada halangan laluan udara dan tidak berbahaya.
Jenis kedua adalah dengkur halangan saluran udara iaitu dengkur kuat akibat laluan udara tersekat yang menyukarkan udara masuk ke paru-paru dan sangat berbahaya.

“Rasa mengantuk yang amat sangat ketika memandu pula menjadi satu kebiasaan akibat tidur yang terganggu, sehinggakan pernah tertidur untuk beberapa saat di dalam kereta,”
Saya cuba mengamalkan meditasi pagi untuk mengatasi rasa letih dan mengantuk ini tetapi itu tetap tidak membantu masalah dengkur yang dihadapi.

“Pernah terjadi saya merasakan seperti terapung selepas terjaga dari tidur. Saya juga selalu merasakan tekanan pada bebola mata dan amat letih selepas bangun tidur,”

Ukur lilit leher yang melebihi 17 inci dikaitkan dengan peningkatan risiko halangan salur udara kerana longgokan lemak di leher mungkin menekan saluran pernafasan.

Struktur tulang muka turut meningkatkan risiko halangan salur udara, termasuklah tulang rahang atas dan bawah yang tidak selari, seperti rahang bawah yang lebih pendek atau lebih kecil sehingga menyempitkan saluran pernafasan.

Oleh itu jangan ambil ringan masalah dengkur yang dihadapi pasangan anda.

how are you feeling today....: ayamakkkkk

how are you feeling today....: ayamakkkkk

Saturday, March 6, 2010

Khilafah Uthmaniyah


Tarikh 3 Mac 1924 merupakan detik kejatuhan Khilafah Uthmaniyah yang mana pada detik itu, Islam tidak lagi berkuasa penuh di atas muka bumi Allah SWT. Pada tarikh ini juga, menandakan berakhirnya kekuasaan kerajaan Islam yang telah diasaskan sejak zaman Rasulullah SAW.

Perkara ini sepatutnya amat mendukacitakan buat seluruh umat Islam di dunia. Tiada lagi kekuasaan menghalang kemungkaran dan juga kekuatan membela agama Allah di dunia ini. Islam dinodai dengan berbagai-bagai pengharaman ciptaan manusia yang bernama Mustafa Kamal Attaturk untuk menghalang penguasaan kerajaan Allah di muka bumi. Namun demikian, setelah lama dibuai mimpi, kesedaran mulai timbul dari pengajaran yang cukup pedih buat umat Islam ketika itu.

Kesedaran tentang kewajipan mewujudkan khilafah Islamiyah, yang mana tidak dapat tidak wajib wujudnya khilafah ini yang memerintah dunia mengikut syariat Allah.

Maka, bermula pada tahun 1928, atas inisiatif seorang insan bernama Imam Hasan al-Banna telah merintis jalan untuk mengembalikan khilafah Islamiyah dengan menubuhkan satu jamaah Islam yang dinamakan Ikhwanul Muslimin.

Penubuhan Ikhwanul Muslimin ini telah mendorong penubuhan jamaah-jamaah Islam lain di serata dunia. Islam mulai bertebaran di serata dunia selepas kejatuhan kerajaan Turki Uthmaniyah.

Benarlah janji Allah SWT di dalam al-Quran ” Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan Rasulnya serta orang orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada agama) Allah, itulah yang tetap menang ” – Al Maidah : 56

Berpegang kepada aqidah yang satu, gerakan Islam di seluruh dunia meyakini khilafah minhaj ’alan Nubuwwah pasti akan kembali untuk mentadbir muka bumi Allah SWT. Allah tidak akan membiarkan manhaj ciptaan manusia untuk terus memerintah muka bumiNya.K

Kita tidak tahu negara mana yang akan menjadi Daulah Khilafah. Kita juga masih tidak tahu siapa khalifahnya untuk dibai’ah. Sebagai umat Islam, kita wajib berjuang memerah setiap titik keringat dan darah yang ada untuk memenangkan Islam. Allah tidak akan bertanyakan tentang hasilnya, akan tetapi Allah akan bertanya apakah usaha yang telah kita lakukan untuk menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Thursday, March 4, 2010

Kesan Botox


WALAUPUN Majlis Fatwa Kebangsaan sudah memutuskan penggunaan suntikan kosmetik botox untuk tujuan kecantikan adalah haram, masih ramai umat Islam khususnya wanita membelakangkan fatwa itu kerana taksub dengan keinginan untuk kelihatan cantik dan muda. Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahab sekali lagi menasihatkan mereka yang sudah menggunakannya supaya segera bertaubat dan mengingatkan orang lain tidak membuat suntikan itu kerana ia bukan saja bertentangan dengan Islam, tetapi boleh menggadai nyawa. Malangnya masih ramai yang berdegil, termasuk wanita berpurdah menggunakan suntikan itu yang dikatakan mampu mengembalikan keremajaan kulit walaupun sesetengahnya menyedari bahan suntikan itu mengandungi unsur yang meragukan dari segi kesuciannya dan syarak.

Bagi kebanyakan wanita, suntikan kosmetik botox menjadi cara paling mudah untuk mengekalkan kejelitaan kerana prosedur melakukannya hanya mengambil masa beberapa minit. Mereka lupa penggunaan suntikan botox untuk tujuan kecantikan akan memberi kesan jangka panjang jika diambil secara berterusan, apatah lagi pemakaiannya hanya mampu bertahan selama tiga hingga enam bulan. Selain itu, kebimbangan pakar perubatan terhadap suntikan kosmetik botox juga mengambil kira pelbagai masalah membabitkan bahan yang digunakan, termasuk toksin atau racun. Botox adalah larutan protein Botulinum Toxin Type A yang ditulenkan dan dihasilkan daripada Clostridium botulinum, sejenis bakteria yang menyebabkan botulisme atau keracunan makanan serius. Toksin ini dikatakan mempengaruhi sistem saraf pusat dan dalam beberapa kes, ada yang menyebabkan kematian. Asalnya suntikan botox digunakan untuk merawat penyakit seperti palsi serebrum, masalah peluh berlebihan, migrain, pengecutan otot dan sakit belakang, sebelum Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) meluluskannya pada 2002 untuk tujuan kecantikan. Ini berikutan kajian pelbagai pihak termasuk Allergen Inc, syarikat pertama menghasilkan larutan botox, menunjukkan penggunaannya untuk menghilangkan kedutan adalah selamat.

Suntikan botox untuk tujuan kecantikan sudah mula diguna sejak 1980-an lagi, terutama di kalangan selebriti dan golongan berada di Barat. Walaupun pada mulanya penggunaan lebih terhad kepada menghilangkan kedutan terutama pada bahagian dahi, kini suntikan kosmetik botox turut digunakan pada bahagian tepi mata dan mulut. Begitu pun, mengambil kira pengharamannya dan kebarangkalian kesan sampingan kepada kesihatan, wanita perlu berfikir panjang sebelum menggunakannya. Jangan hanya kerana terlalu taksub untuk kelihatan cantik dan muda sanggup mengabaikan larangan berkenaan. Adalah diharap Kementerian Kesihatan meningkatkan program pendidikan dan kesedaran mengenai kesan buruk suntikan botox. Selain itu, setiap bahan beracun perlu disertakan maklumat lengkap dan telus, termasuk dalam bahasa Malaysia. Maklumat seperti itu bukan eksklusif untuk pengendali dan pelanggan rawatan botox, malah untuk orang ramai secara keseluruhannya. Kecantikan paras rupa adalah bersifat sementara dan kekedutan pada wajah adalah lumrah apabila usia meningkat dan wanita harus menerima hakikat ini. Apa yang lebih penting, mereka harus sedar kecantikan sebenar adalah daripada dalam diri yang kemudian diterjemahkan melalui tingkat lalu dan adab sopan.

Apakah Strok

STROK masalah kesihatan yang kerap berlaku di sekeliling kita. Ia merujuk pada keadaan pengaliran darah ke sebahagian otak terjejas akibat saluran darah tersekat. Selain itu mungkin boleh berlaku atau perdarahan dan ia mengakibatkan perubahan fungsi sistem saraf.

Siapa yang berisiko ?
  1. Umur yang meningkat melebihi 55 tahun
  2. Pesakit kencing manis
  3. Tahap kolesterol yang tinggi
  4. Pesakit darah tinggi
  5. Tahap asid urik dalam darah yang tinggi
  6. Wanita yang sudah putus haid.
  7. Wanita putus haid yang mengambil rawatan hormon
  8. Pesakit yang berhadapan dengan masalah jantung yang kembang
  9. Perokok
  10. Peminum arak
Gejala dan tanda
Bergantung kepada bahagian otak yang terjejas, tanda stok berbeza. Ia boleh berlaku dengan mendadak, iaitu dalam beberapa minit atau dalam tempoh 24 jam, terutama jika ia berpunca dari perdarahan. Ia juga boleh berlaku dalam beberapa hari jika berpunca dari pembekuan darah dalam saluran darah.

Selain itu strok boleh menimbulkan gejala seperti;

  1. Pening kepala atau persekitaran berpusing
  2. Sakit kepala yang mendadak dan berpanjangan
  3. Muntah
  4. Hilang sebahagian atau seluruh penglihatan
  5. Tidak dapat bertutur dengan lancar
  6. Kebas dan rasa tebal sebahagian muka
  7. Tidak boleh telan
  8. Kebas sebahagian lengan dan kaki
  9. Tidak dapat menggerakkan sebahagian lengan dan kaki
  10. Hilang kesedaran

Rawatan
Rawatan asas adalah merehatkan diri. Selain itu, pesakit perlu berjumpa pengamal perubatan untuk pastikan jenis dan punca strok. Doktor akan menjalankan beberapa ujian iaitu pemeriksaan darah, pemeriksaan kencing, X-ray dada, imbasan CT (CT Scan) atau imbasan magnetik resonan (MRI).

Apabila punca diketahui rawatan akan diberikan untuk mengawalnya. Jika puncanya saluran darah tersumbat, doktor akan beri ubat untuk cairkan darah. Bila pesakit stabil dia akan menjalani rawatan pemulihan fisioterapi dan pemulihan kerja.

Pencegahan
Bagi mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengawal risiko yang mereka ada. Antaranya, mengawal berat badan, melakukan senaman berkala, mengawal tahap gula darah dengan sempurna, mengawal tekanan darah dan mengawal tahap kolesterol darah.

Bagi wanita putus haid berbincang dengan doktor anda sebelum mengambil rawatan hormon dan berhenti merokok serta berhenti mengambil arak.

Dinasihatkan juga, bagi mereka yang berisiko selalu berjumpa doktor untuk rawatan susulan dan mengambil rawatan dengan tepat dan disiplin supaya tahap risiko rendah. Bila berlaku tanda yang awal segera berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan ujian dapat dilakukan. Ini membantu mengetahui punca serangan dengan cepat. Rawatan pencegahan lebih bermakna dari rawatan sesudah diserang strok.

Sumber: Kol (B) Dr Abd Rahman Mohd Ali, Pakar Perubatan Am & Kardiologi DEMC, Shah Alam

Perutku Buncit

Untuk memelihara kecergasan diri, setiap orang perlu bersenam untuk sentiasa kekal sihat dan cerdas.

Jangan memaksa diri untuk bersenam apatah lagi jika seseorang itu sudah bersedia. Lakukan senaman dengan cara yang betul seperti:

  1. Senaman angkat berat untuk semua kumpulan otot (dada, belakang, bahu, lengan, perut dan kaki) sekurang-kurangnya dua hari dalam masa seminggu.
  2. Mulakan tanpa mengangkat apa-apa beban. Jika mahu, boleh memilih dumbel yang mempunyai beban yang ringan.
  3. Buat senaman sekurang-kurangnya sebanyak 10 hingga 15 kali. Jika anda yakin boleh melakukannya lebih, tambahkan berat.
  4. Apabila tubuh sudah boleh menyesuaikan diri, tambahkan kekerapan bersenam dalam masa seminggu.
  5. Pastikan anda membuat gerakan ringan sebelum dan sesudah bersenam.

TIPS ATASI MASALAH PERUT BUNCIT

Bagi setiap orang, mengalami perut buncit adalah sesuatu yang memalukan kerana ia dilihat sebagai salah satu punca yang boleh menyebabkan seseorang itu hilang keyakinan diri. Berikut adalah tips untuk mengatasi masalah perut buncit:

Bersarapan dengan Yogurt
• Pengambilan yogurt yang rendah lemak ketika sarapan dipercayai dapat membantu menghilangkan lemak pada perut.
Jangan gelojoh ketika makan
• Kunyah makanan dengan perlahan dan telan makanan apabila ia benar-benar hancur. Apabila menelan makanan terlalu cepat udara yang tertahan dan ter sekat di dalam usus akan membentuk gas yang menyebabkan perut terasa penuh. Makanan yang tidak di kunyah dengan lumat susah untuk dihadamkan dan menyebabkan terhasilnya gas-gas yang membentuk perut buncit.
Kurangkan pengambilan garam
• Pengambilan garam yang banyak di dalam diet harian akan menyebabkan berlakunya pertambahan sodium dalam badan. Ia juga melambatkan mekanisma dan memaksa air keluar dari sel badan dan meyebabkan perut terasa penuh dan perut mula mengembung kehadapan.

Minum air
• Sekiranya anda berasa perut anda kembung dipenuhi air kesan daripada penyimpanan air berlebihan, anda boleh mengurangi masalah itu dengan meminum lebih banyak air. Pengambilan air ini dapat mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh untuk melancarkan jumlah air yang keluar daripada tubuh. Selain itu ia juga dapat menjamin fungsi hempedu supaya aktif mengeluarkan bendasing dalam badan.

Pengambilan serat yang tepat
• Pengambilan serat dari buah-buahan seperti pear dan epal yang mengandungi banyak air dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air yang boleh menyebabkan pengembungan pada perut.

Berkongsi rasa antara satu sama lain sesuatu kebaikkan adalah anda seorang yang penyayang.

boleh dapat Info produk layari www.wanita2u. com

Sistem Khalifah


Umat Islam di Malaysia yang majoritinya terdiri daripada umat Melayu semakin resah disebabkan oleh banyak perkara yang dilihat mengikiskan identiti mereka sebagai umat Islam yang semakin hari semakin diserang oleh beberapa golongan sekular, liberal dan musuh-musuh Islam di negara ini.

Terdapat banyak pihak yang mendakwa ingin membela kepentingan Melayu dan Islam di negara ini berkumpul dan berikrar untuk membela kedudukan Islam dan Melayu.

Malangnya, penyelesaian yang dipilih adalah penyelesaian yang juga terbit dari sistem yang telah mengakibatkan Islam diserang dan dipermainkan oleh golongan liberal, sekular dan musuh-musuh Islam. Ia adalah umpama mengubati suatu penyakit dengan menggunakan racun yang menyebabkan berlakunya penyakit tersebut.

Setelah penjajah Barat memberikan “kemerdekaan” kepada negara ini, penjajah telah memperhalusi sistem yang akan menjadi penyelesaian kepada permasalahan umat Islam di negara ini, dan penyelesaian yang diberikan oleh kafir penjajah tersebut bukanlah datang daripada Islam. Seperti kata-kata seorang pejuang anti-apartheid Afrika Selatan: “Penjajah bukan sahaja sedang menyerang kita, mereka juga memberikan kita cara bagaimana untuk kita bertindakbalas apabila diserang”.

Inilah yang dikehendaki oleh musuh-musuh Islam dalam memastikan bahawa umat Islam akan terus mengambil penyelesaian daripada sistem buatan mereka dan akibatnya, ia langung tidak akan memberikan apa-apa penyelesaian tetapi akan hanya menambahkan masalah baru untuk umat Islam.

Sesungguhnya, yang boleh menyelamatkan umat Islam adalah kembali kepada sistem pemerintahan Islam dan bukannya mengharap kepada perjuangan assabiyah yang dianjurkan oleh kafir penjajah.

Hembusan Amal 4U

Monday, March 1, 2010

Samak VS Sabun


Assalamualaikum,

Saya terbaca tentang satu article di bawah ni. Harap menjadi panduan kepada semua.

Hukum Allah memang yang terbaik. Dalam satu kuliah Subuh di Seksyen 24,Shah Alam yang disampaikan oleh Dr. Rani,seorang penceramah bebas.Antaranya:Bekas Presiden Indonesia, Sukarno pernah mengatakan bahawa pada zaman sekarang kita tidak perlu lagi menyamak apabila terkena najis Mughallazah tetapi cukup sekadar menggunakan sabun seperti Fab, Breeze dsbnya.Pendapat beliau ini ditentang oleh ulama-ulama Indonesia pada waktu itu. Ulama-ulama tersebut mencabar Presiden Indonesia untuk menjalankan satu eksperimen untuk membuktikan mana yang lebih relevan, penggunaan sabun atau kaedah samak (cara Islam).Maka dengan itu satu eksperimen dijalankan di mana dua benda diberi untuk dijilat oleh anjing.

Satu daripadanya dicuci dengan sabun dan yang satu lagi dibersihkan dengan menyamak menggunakan tanah. Selepas itu kedua-dua benda tadi diperiksa dibawah 'electron microscope'. Keputusannya didapati bahawa bagi bahan ujian yang dibasuh dengan menggunakan sabun masih lagi kelihatan kuman yang berpunca dari anjing tetapi untuk bahan yang dibersihkan dengan kaedah samak, bahan itu tidak lagi terdapat kuman yang sama.Jadi di sini
menunjukkan bahawa Allah s.w.t. memang Maha Mengetahui tentang sesuatu kejadian itu dan memberi petunjuk kepada umat manusia sebagai keselamatan hidup di dunia dan seterusnya membawa sampai ke akhirat.Semuga satu contoh mudah ini boleh kita jadikan iktibar dan boleh dijadikan panduan untuk lain-lain amalan hidup kita seharian.

Wallahualam.

Website Palsu


The web site www.aboutislam.com is definitely not about islam.
It gives a bias comparison on Islam and Christianity. Of course pro the latter.

Haven't checked out the rest.

Assalamualaikum Wr. Wb.
Muslimin & Muslimah yang dicintai Allah:

Mohon hati-hati dengan web sites dibawah ini:

www.answering-islam.org
www.aboutislam.com
www.thequran.com

Website-website tsb diatas dibuat oleh Israel yang sengaja
mempropagandakan ajaran salah tentang Al-Quran, Hadits dan Islam.

Mohon diberitahukan kepada Muslimin dan Muslimah diseluruh dunia.