Sunday, May 30, 2010

Kacang oh Kacang


Seorang gadis membawa teman lelaki barunya yang berasal dari bandar pulang ke kampung untuk bertemu dengan neneknya. Setibanya ke rumah, si gadis terus meluru masuk ke dapur dan memeluk neneknya. Lupa tentang teman lelakinya yang masih di ruang tamu, si gadis tersebut terus berbual dengan neneknya.

Teman lelakinya terus duduk di ruang tamu, sambil menantikan kekasihnya di dapur dia terpandang semangkuk kecil kacang badam dan gajus di atas meja. Bosan menunggu, diapun terus mangambil sebutir kacang, lalu memakannya.. setengah jam kemudian.. habis semangkuk kacang itu dimakannya!

Si gadis setelah puas berborak dengan neneknya baru teringat yang teman lelakinya masih berada di ruang tamu. Lalu dia dan neneknya naik ke ruang tamu..

"Nenek, inilah teman lelaki saya yang katakan tadi.., Yang, minta maaf
lupa nak kenalkan dengan nenek tadi," kata si gadis..

"Tak mengapa, saya pun nak minta maaf dengan nenek, habis semangkuk kacang nenek saya habiskan.." kata pemuda itu pula.

"Itulah cu, cucu-cucu nenek ini suka berikan nenek coklat kacang, tapi nenek ni bukannya ada gigi, jadi nenekpun hisaplah coklat tu sampai habis, kacangnya nenek letakkanlah dalam mangkuk tu..."

Ekonomi maju - negara bangkrap?


Setiap kali pemimpin negara membicarakan tentang ekonomi negara, pemimpin kerajaan menyatakan bahawa ekonomi negara dalam keadaan baik, pertumbuhan ekonomi negara positif, ringgit kukuh dan macam-macam lagi.

Namun yang memelikkan rakyat Malaysia ialah mengapa di saat ekonomi negara dikatakan sangat baik dan bertumbuh dengan pesat, kerajaan bercakap untuk mengurangkan subsidi minyak.

Timbul difikiran rakyat, betulkah ekonomi kita baik, pertumbuhan positif dan sebagainya. Kalau betul baik mengapa negara semakin miskin dan mahu bangkrap dalam masa 9 tahun jika subsidi minyak tidak dikurangkan.

Mana satu betul ni?????^%$$^%$%$&@

Tuesday, May 25, 2010

Kisah sedih pasal tudung

Cuba baca kisah ni......

"Aku mengeliat sepuas-puasnya. Nasib baik takdak siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku….

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung?

Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk.

Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar. Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi. Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung.

Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung.

Aku sanggup lari dari rumah.
Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!! Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik.

Aikkkk, apahal bapa balik awal ni

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung.

Now or never! Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, “”Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!”Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar!
Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa. “Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh… . sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ka kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak… .” Pangggggggggggggggg gggg… .! labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.”Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa

Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng!
Nama hang aku boh “Razali”, tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!”.

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampaq, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.
SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU!
OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk!

Moral of the story: kenalpasti jantina anda!

Sunday, May 23, 2010

Persempadan Semula Kawasan Pilihanraya

Tindakan BN melalui SPR membuat persempadanan semula pilihanraya dengan memperbanyakkan kawasan campuran iaitu peratusan pengundi bukan Melayu sekitar 30-50% akhirnya memakan diri mereka. Ini kerana jika 70 % pengundi bukan Melayu khasnya Tionghua mengundi PR maka sudah tentu BN akan tergugat. Inilah sebabnya majoriti 2/3 BN berjaya dinafikan kerana banyaknya kerusi campuran yang dimenangi oleh DAP, PKR maupun PAS.

Paling jelas pada PRK Sibu minggu lalu, DAP yang sebelum itu dilihat mustahil untuk menang di Sibu akhirnya berjaya melalukan upset, sesuatu yang diluar jangkaan ramai. Walaupun ramai yang menjangkakan pertarungan DAP-BN di Sibu adalah sengit tetapi tidak ramai yang yakin DAP akan memberikan pukulan maut kepada BN. Ini kerana mereka melihat lokasi Sibu yang agak pedalaman tidak memungkinkan rakyatnya menerima tempias dari Kuching atau Semenanjung. Namun akhirnya sangkaan dan ramalan mereka meleset.

Jelas sekali 66 % pengundi Tionghua memberikan sokongan padu kepada DAP sehingga berjaya menenggelamkan kira-kira 2,500 undi pos dan undi dari masyarakat Melayu/Melanau dan Iban di Sibu. Secara kasarnya lebih dari 75 % pengundi Tionghua mengundi DAP walaupun dihidangkan dengan pelbagai isu seperti isu negara Islam dan lain-lain.

Selepas Pilihanraya Umum 1999, BN mengambil langkah memecahkan banyak kawasan parlimen majoriti melayu dijadikan kawasan campuran antaranya Pokok Sena, Kuala Kedah, Yan (Jerai) dan lain-lain. Di mana kawasan ini yang dimenangi oleh PAS pada PRU 1999 akhirnya kembali ke tangan BN pada PRU 2004 akibat tindakan BN/SPR memasukkan kawasan padat pengundi Tionghua ke kawasan tersebut. Namun pada PRU semua kawasan tersebut di tawan kembali oleh PAS dengan sokongan padu pengundi Tionghua dan India.

Kini BN tersepit. Mereka tidak mempunyai majoriti 2/3 di parlimen untuk membuat persempadanan baru. Itulah sebabnya BN memujuk (tapi dinafikan oleh pemimpin BN)Ahli-Ahli Parlimen PR supaya melompat menyertai BN atau menjadi bebas. Walaupun ada segelintir yang melakukannya bilangannya belum cukup untuk memungkin BN mendapat kembali 2/3 majoriti di parlimen.

Wednesday, May 19, 2010

Senarai Kes Jenayah Mengikut Mahkamah Rendah




DENDA: TIDAK MELEBIHI RM3,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 2 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
1 4 Pemujaan Salah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
2 12 Menghina Pihak Berkuasa Agama Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
3 13 Menyebarkan Pendapat Bertentangan Dengan Fatwa Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
4 14 Mengajar Tanpa Tauliah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
5 15 Mengingkari Perintah Mahkamah Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
6 16 Penerbitan Bertentangan Hukum Syarak Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
7 17 (1) (2) (3) Judi Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
8 18 (1) (2) Minuman Yang Memabukkan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
9 29 (a) (b) Khalwat Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
10 33 Menghalang Pasangan Yang Sudah Bernikah Daripada Hidup Sebagai Suami Isteri Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
11 37 Pemungutan Zakat / Fitrah Tanpa Diberi Kuasa Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM2,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
12 19 (a) (b) Tidak Menghormati Ramadhan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
13 27 Hubungan Jenis Antara Orang Yang Sama Jantina Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
14 38 Penyalahgunaan Tanda Halal Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
15 210 Penghinaan Mahkamah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
16 211 Maklumat, Keterangan @ Pengakuan Palsu Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003
17 212 Pegawai Agama Yang Mengingkari Arahan Undang-Undang Dengan Niat Hendak Menyebabkan Bencana Kepada Mana-mana Orang Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM1,000.00 @ TIDAK MELEBIHI 6 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
18 20 Tidak Menunaikan Solat Jumaat Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
19 30 Lelaki Berlagak Seperti Perempuan Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
20 31 Perbuatan Tidak Sopan Di Tempat Awam Enakmen Jenayah Syariah Selangor No. 9 Tahun 1995
21 35 Tidak Hadir Di Hadapan Pendaftar Dalam Masa Yang Ditetapkan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
22 124 Poligami Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
23 125 Perceraian Di Luar Mahkamah Tanpa Kebenaran Mahkamah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
24 126 (1) (2) Tidak Membuat Laporan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
25 127 Meninggal Langsung Isteri Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
26 128 (1) (2) Menganiayai Isteri / Suami Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
27 129 Tidak Memberi Keadilan Yang Sewajarnya Kepada Isteri Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM100.00 (Untuk Kesalahan Yg Pertama)
TIDAK MELEBIHI RM500.00 (Bagi Kesalahan Yg Kedua & Seterusnya)

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
28 130 Isteri Tidak menurut Perintah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


HUKUMAN: TIDAK MELEBIHI 1 TAHUN PENJARA

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
29 131 Percubaan Menjadi Murtad Untuk Membatalkan Perkahwinan Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003
30 133 (1) (2) Kecuaian Dengan Sengaja Untuk Mematuhi Perintah Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


DENDA: TIDAK MELEBIHI RM500.00 @ TIDAK MELEBIHI 3 BULAN PENJARA @ KEDUA-DUANYA SEKALI.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
31 132 (1) (2) (3) Persetubuhan Luar Nikah Antara Orang Yang Bercerai Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


HUKUMAN @ DENDA SAMA SEPERTI KESALAHAN YANG DIPERUNTUKAN DALAM KESALAHAN ITU.

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
32 134 Percubaan Dan Subahat Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003


TATACARA JENAYAH

BIL SEKSYEN KESALAHAN ENAKMEN
33 224 Pampasan jika tuduhan tak berasas Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003

Sumber: http://www.esyariah.gov.my/portal/page?_pageid=185,78852&_dad=portal2&_schema=PORTAL2


Hukuman Terhadap Bung Moktar Bukti Ketegasan Mahkamah
KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah adalah jelas dan tegas.
Shahrizat berkata, hukuman itu juga menunjukkan bahawa tiada kompromi dalam isu berpoligami oleh mana-mana lelaki Islam di negara ini.
"Peruntukan poligami di dalam Undang-Undang Keluarga Islam adalah jelas bahawa mana-mana individu lelaki Islam yang ingin berpoligami hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu, secara bertulis, daripada Mahkamah Syariah," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Beliau berkata, peruntukan ini bertujuan untuk memastikan kepentingan dan kebajikan isteri, anak dan keluarga sedia ada terpelihara.
Sehubungan itu, katanya undang-undang itu tidak patut dipermainkan atau diperlekehkan oleh mana-mana individu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini yang mengenakan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Bung Mokhtar kerana kesalahan berpoligami dengan pelakon Zizie Izette Abdul Samad tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.
Bung Moktar, 51, didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isteri, pelakon Zizie Izette, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember tahun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. - BERNAMA

Friday, May 14, 2010

Anakku

Boleh kata dalam setiap hari, suara aku akan berbunyi mungkin lebih dari sepuluh kali untuk melarang ataupun menyuruh anak aku tentang sesuatu. Pada pandangan aku, mereka ini sentiasa mencuba satu demi satu perkara dan perhatikannya sama ada itu boleh atau tidak. Percubaan untuk mencapai satu keputusan dalam diri mereka ini kadangkala menyebabkan sesetengah ibubapa secukup rasa melabelkan, 'anak aku ngada2', 'anak aku buas', 'anak aku tak reti duduk diam' whatsoever.

Setelah 14 tahun mempunyai anak, aku juga telah berkali2 melarang orang rumah aku aku dari menggunakan perkataan2 negatif ini untuk anak sendiri juga kepada anak orang lain. Untuk anak sendiri kerana kata2 ibu juga adalah doa. Untuk anak orang lain adalah bagi mengelak perbuatan mengumpat dan demi mengelakkan diri kita akan diuji dengan anak seperti anak orang yang dikata itu.

Sebenarnya, jika terkeluar perkataan2 yang aku sebutkan itu, serasanya kita masih tidak cukup memahami fitrah seorang anak. Apakah sebenarnya yang kita mahukan? Anak berusia 2-3-4 tahun bangun pagi, mandi dan kemudiannya duduk bersandar di dinding? Kemudian menunggu maknya suap makan dan kemudian bersandar semula di dinding? Kemudian diajak tidur dan dia tidur? Kemudian terjaga dan kembali bersandar ke tepi dinding??

Adakah begitu kita definisikan sebagai 'budak yang baik'?? Awaslah dengan fahaman kita. Kanak2 mempunyai fitrahnya yang tersendiri. Kita sewajarnya tidak cepat melenting bila mereka mencuba itu dan ini. Tapi setiap percubaan mereka itu memerlukan perhatian dari kita. Setiap percubaan anak, akan ada jalan penyelesaiannya tapi kita juga akan mengambil masa untuk mendapat formula terbaik untuk guide anak kita itu.

Sejujurnya, aku mudah terasa hati bila orang kata, "Ya ALLAH buasnya anak kau..." tapi alhamdulillah takde lagi la orang direct gitu dengan aku. Aku cuma imejinnya sahaja. Maka aku akan mengelakkan untuk berkata dengan perkataan yang sama. Andai ada yang kelam kabut mengejar anak mereka dalam kedai, aku akan kata, "Biasalah budak2 nak belajar."

Bagi mendalami diri setiap anak itu, rasanya aku perlu lebih banyak study. Aku mempunyai 3 anak dan perangai mereka tidak sama. Aku bernasib baik sekalipun perangai mereka berbeza, namun jika diberi baju sebagai contoh, mereka tak pernah kata, "Taknaklah, yang ni tak elok untuk Amin."

Apa yang kami bagi, itulah yang mereka terima. Kerana itulah aku yakin, ia akan kembali kepada apa yang kita ajarkan akhirnya. Formula aku mungkin sesuai untuk diri aku dan boleh jadi formula aku tidak cukup bagus untuk menjadikan anak aku lebih bagus.

Sunday, May 2, 2010

Nombor Ekor Halal

1) Semalam ada terbaca satu berita yang bertajuk "Polis Tumpas Sindiket Ekor Haram".

2) Kalau ada nombor ekor haram tentunya ada "Nombor Ekor Halal" agaknya.

3) Patutnya tajuk berita "Polis Tumpas Sindiket Ekor Tidak berlesen"
Berita Asal:
KUALA LUMPUR: Polis menumpaskan sindiket nombor ekor haram membabitkan pertaruhan kira-kira RM2.4 juta sebulan dengan penahanan lima wanita warga tempatan di sebuah unit di Apartmen Suria, Taman Perindustrian Kepong malam tadi.
Ketua Operasi Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap Bukit Aman, Supritendan Maszley Minhad berkata, tiga daripada mereka adalah adik beradik dan kesemua yang ditahan berumur antara 21 dan 28 tahun.
Dalam serbuan pukul 6.40 petang itu polis turut merampas empat buah komputer riba, enam mesin faksimili, lima telefon bimbit, wang tunai RM291.40 dan beberapa dokumen perjudian dipercayai untuk kegiatan judi ekor haram.
Maszley berkata sindiket itu dipercayai telah bergiat sejak setahun lepas dan unit tersebut dilengkapi dengan lima kamera litar tertutup dipercayai untuk mengawasi keadaan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan ada anggota sindiket itu yang masih bebas.Kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 atau penjara tidak lebih lima tahun. - BERNAMA