Friday, May 14, 2010

Anakku

Boleh kata dalam setiap hari, suara aku akan berbunyi mungkin lebih dari sepuluh kali untuk melarang ataupun menyuruh anak aku tentang sesuatu. Pada pandangan aku, mereka ini sentiasa mencuba satu demi satu perkara dan perhatikannya sama ada itu boleh atau tidak. Percubaan untuk mencapai satu keputusan dalam diri mereka ini kadangkala menyebabkan sesetengah ibubapa secukup rasa melabelkan, 'anak aku ngada2', 'anak aku buas', 'anak aku tak reti duduk diam' whatsoever.

Setelah 14 tahun mempunyai anak, aku juga telah berkali2 melarang orang rumah aku aku dari menggunakan perkataan2 negatif ini untuk anak sendiri juga kepada anak orang lain. Untuk anak sendiri kerana kata2 ibu juga adalah doa. Untuk anak orang lain adalah bagi mengelak perbuatan mengumpat dan demi mengelakkan diri kita akan diuji dengan anak seperti anak orang yang dikata itu.

Sebenarnya, jika terkeluar perkataan2 yang aku sebutkan itu, serasanya kita masih tidak cukup memahami fitrah seorang anak. Apakah sebenarnya yang kita mahukan? Anak berusia 2-3-4 tahun bangun pagi, mandi dan kemudiannya duduk bersandar di dinding? Kemudian menunggu maknya suap makan dan kemudian bersandar semula di dinding? Kemudian diajak tidur dan dia tidur? Kemudian terjaga dan kembali bersandar ke tepi dinding??

Adakah begitu kita definisikan sebagai 'budak yang baik'?? Awaslah dengan fahaman kita. Kanak2 mempunyai fitrahnya yang tersendiri. Kita sewajarnya tidak cepat melenting bila mereka mencuba itu dan ini. Tapi setiap percubaan mereka itu memerlukan perhatian dari kita. Setiap percubaan anak, akan ada jalan penyelesaiannya tapi kita juga akan mengambil masa untuk mendapat formula terbaik untuk guide anak kita itu.

Sejujurnya, aku mudah terasa hati bila orang kata, "Ya ALLAH buasnya anak kau..." tapi alhamdulillah takde lagi la orang direct gitu dengan aku. Aku cuma imejinnya sahaja. Maka aku akan mengelakkan untuk berkata dengan perkataan yang sama. Andai ada yang kelam kabut mengejar anak mereka dalam kedai, aku akan kata, "Biasalah budak2 nak belajar."

Bagi mendalami diri setiap anak itu, rasanya aku perlu lebih banyak study. Aku mempunyai 3 anak dan perangai mereka tidak sama. Aku bernasib baik sekalipun perangai mereka berbeza, namun jika diberi baju sebagai contoh, mereka tak pernah kata, "Taknaklah, yang ni tak elok untuk Amin."

Apa yang kami bagi, itulah yang mereka terima. Kerana itulah aku yakin, ia akan kembali kepada apa yang kita ajarkan akhirnya. Formula aku mungkin sesuai untuk diri aku dan boleh jadi formula aku tidak cukup bagus untuk menjadikan anak aku lebih bagus.

No comments: