Tindakan BN melalui SPR membuat persempadanan semula pilihanraya dengan memperbanyakkan kawasan campuran iaitu peratusan pengundi bukan Melayu sekitar 30-50% akhirnya memakan diri mereka. Ini kerana jika 70 % pengundi bukan Melayu khasnya Tionghua mengundi PR maka sudah tentu BN akan tergugat. Inilah sebabnya majoriti 2/3 BN berjaya dinafikan kerana banyaknya kerusi campuran yang dimenangi oleh DAP, PKR maupun PAS.
Paling jelas pada PRK Sibu minggu lalu, DAP yang sebelum itu dilihat mustahil untuk menang di Sibu akhirnya berjaya melalukan upset, sesuatu yang diluar jangkaan ramai. Walaupun ramai yang menjangkakan pertarungan DAP-BN di Sibu adalah sengit tetapi tidak ramai yang yakin DAP akan memberikan pukulan maut kepada BN. Ini kerana mereka melihat lokasi Sibu yang agak pedalaman tidak memungkinkan rakyatnya menerima tempias dari Kuching atau Semenanjung. Namun akhirnya sangkaan dan ramalan mereka meleset.
Jelas sekali 66 % pengundi Tionghua memberikan sokongan padu kepada DAP sehingga berjaya menenggelamkan kira-kira 2,500 undi pos dan undi dari masyarakat Melayu/Melanau dan Iban di Sibu. Secara kasarnya lebih dari 75 % pengundi Tionghua mengundi DAP walaupun dihidangkan dengan pelbagai isu seperti isu negara Islam dan lain-lain.
Selepas Pilihanraya Umum 1999, BN mengambil langkah memecahkan banyak kawasan parlimen majoriti melayu dijadikan kawasan campuran antaranya Pokok Sena, Kuala Kedah, Yan (Jerai) dan lain-lain. Di mana kawasan ini yang dimenangi oleh PAS pada PRU 1999 akhirnya kembali ke tangan BN pada PRU 2004 akibat tindakan BN/SPR memasukkan kawasan padat pengundi Tionghua ke kawasan tersebut. Namun pada PRU semua kawasan tersebut di tawan kembali oleh PAS dengan sokongan padu pengundi Tionghua dan India.
Kini BN tersepit. Mereka tidak mempunyai majoriti 2/3 di parlimen untuk membuat persempadanan baru. Itulah sebabnya BN memujuk (tapi dinafikan oleh pemimpin BN)Ahli-Ahli Parlimen PR supaya melompat menyertai BN atau menjadi bebas. Walaupun ada segelintir yang melakukannya bilangannya belum cukup untuk memungkin BN mendapat kembali 2/3 majoriti di parlimen.
No comments:
Post a Comment