Wednesday, January 26, 2011

Akibat Enggan Jual Tanah




Inilah akibatnya jika enggan menjual tanah kepada pemaju. Kes ini berlaku di Negeri China. Kalau di Malaysia tak tahulah...

Friday, January 21, 2011

Wednesday, January 19, 2011

PensyarahTanpa Ph.D.......

Salam,

Tulisan berkenaan dengan pensyarah dan kerjaya ini datangnya dari Dr Fauziah Mohd Noor dari UIAM. Harap dapat dijadikan panduan dan pengajaran.
..........................................................................

Allahyarham Prof Ahmad Ibrahim (pengasas Universiti Islam Antarabangsa (UIA))berkata:

"jika seorang pensyarah itu tidak mempunyai Doktor Falsafah (Ph.D), bukan bermakna seseorang itu tidak boleh mengajar dengan baik."

Adakalanya seorang pensyarah tanpa Ph.D mempunyai mutu pengajaran yg lebih baik di dalam pengajaran berbanding dengan pensyarah yang mempunyai Ph.D.

Saya sesekali tidak pernah dan tidak akan menyanggah kata-kata tersebut. Bahkan saya bersetuju seratus peratus dan kalau saya diberi pilihan pada tahun 1997.

Persoalannya mahu buat Ph.D atau tidak? Mungkin memilih tidak, kerana terlalu banyak yang perlu dikorbankan.

Sebagai contoh, suami terpaksa bercuti tanpa gaji selama 3 tahun dan anak sulung pula ketinggalan dalam pelajaran selama 3 tahun. (kerana polisi waktu itu mewajibkan Ph.D dari universiti di luar negara)

Tetapi untuk mereka yang memilih untuk menjadi pensyarah universiti terutamanya di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA), perkara ini menjadi satu kewajiban.

Tanpa Ph.D, mereka boleh diminta supaya berhenti atau memilih kerjaya lain. Oleh kerana itu setiap pensyarah universiti perlu menyambung pelajaran ke tahap Ph.D, walaupun ada di antara mereka yang berat hati untuk berbuat demikian.

Namun tidak dinafikan terdapat juga pensyarah yang memang bercita-cita menyambung pelajaran ke tahap doktor falsafah kerana mereka memang mempunyai minat untuk menyambung pelajaran dan cinta kepada pelajaran.

Bagaimanapun, jika hanya ingin mengejar sekeping kertas kerana inginkan gelaran 'doktor' pada pangkal nama hingga ada yang menipu dengan membeli gelaran tersebut, atau mengupah orang lain untuk membuat kajian dan menulis tesis, perjuangan itu tidak mempunyai makna.

Jika seseorang itu ingin menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi, biarlah niatnya ikhlas kerana mencari ilmu dan bukan kerana gelaran yang bakal diterima serta mengharapkan orang lain lebih hormat pada mereka.

Ada pihak yang berfikir dengan mempunyai gelaran doktor boleh memberikan kemewahan kepada mereka, saya rasa mereka telah tersimpang jauh dari matlamat sebenar.

Melalui pengalaman, saya pernah dijemput sebanyak tiga kali menjadi ahli panel di dalam perbincangan di dua buah stesyen televisyen (isu Aids, poligami dan mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) tetapi tidak pernah diberi sebarang hononarium kecuali secawan teh dan sekeping kuih.

Kenalan saya pernah berkata, "Rugilah macam tu, Fauziah. Habis tenaga, habis duit minyak dan habis masa."

Tetapi bagi saya itu adalah peluang saya berbakti kepada masyarakat.

Kalau bercakap tentang gaji, hakikatnya gaji mereka yang mempunyai Ph.D tidak setinggi mana dan atas dasar itu apabila penuntut-penuntut di universiti saya bertanya tentang gaji pensyarah yang memegang Ph.D, saya memberitahu mereka;

"kalau kamu nak buat duit dengan jadi pensyarah, lupakanlah. kalau kamu nak jadi kaya, pilihlah profesion lain yang lebih menjanjikan pulangan yang lumayan. Pensyarah hanya sesuai utk mereka yang cintakan ilmu dan suka belajar dan mengajar. Biarlah apa yang kita buat kerana Allah Ta'ala"

Semakin banyak yang kita pelajari akan semakin tahu berapa jahilnya kita dan berapa kerdilnya kita kerana banyak lagi ilmu yang kita tidak tahu.

Ph.D bukan untuk bermegah-megah dan bukan untuk mencari nama. Semoga Allah memberkati kita semua dalam apa jua yang kita lakukan. Maaf jika ada tutur kata yang menyinggung perasaan.

Dr Fauziah Mohd Noor

Sunday, January 9, 2011

Hukum Bermain dan Menonton Bola Sepak

Artikel ini aku dapat dari tulisan Ibnu Muhammad dari Gua Musang. Tabik betul dengan penulis ini. Siap beri nombor telefon kalau ingin berdebat dengannya.


**********************************************************
Menurut sejarah, permainan bola sepak bermula di Mesir dan dipopularkan di China. Seterusnya permainan tersebut berkembang maju sampai ke hari ini. Persoalan yang saya ingin kemukakan di sini ialah, apakah hukumnya bermain dan menyaksikan perlawanan bola sepak?

Umat Islam tidak akan terlepas daripada hukum lima dalam setiap perbuatannya,samada kecil atau besar.Merujuk kepada maksud surah Az-Zalzalah ayat 7 dan 8, : Maka sesiapa yang berbuat kebaikan seumpama sebesar zarah(walaupun kecil),pasti akan dilihatnya(dibalas di akhirat).Dan sesiapa yang berbuat kejahatan seumpama sebesar zarah(walaupu kecil),pasti akan dilihatnya (dibalas di akhirat)

Hukum lima yang dimaksudkan ialah Wajib,Sunat,Makruh,Harus dan Haram.Tiada yang terkeluar daripada hukum tersebut.Ini perlu difahami oleh setiap mukallaf,iaitu muslim yang sudah mencapai umur baligh dan berakal sempurna.Dalam apa jua perbuatan,samada perniagaan,pelancongan,muamalat,kemasyarakatan,politik,sosial,budaya dan sebagainya,kita mesti melalui kelima-lima hukum tersebut.Ianya bersifat mandatori.Juga bersifat berubah-ubah mengikut niat dan keadaan si pembuatnya.

Contoh mudah,solat yang dilakukan dengan sempurna maka hukumnya sah pada zahirnya.Tetapi jika solat yang sah zahirnya itu dilakukan dengan riak,maka solat itu berubah menjadi dosa dan ianya merupakan dunia dan bukan lagi akhirat.Contoh lain ialah,seseorang yang kerjanya membuat pasu bunga,maka hukumnya halal.Tetapi jika kerja halal itu dilakukan dan pada masa yang sama dia meninggalkan solat 5 waktu,maka hasil kerja halal itu serta merta akan berubah menjadi haram.Inilah keadaan-keadaan yang akan berubah mengikut niat dan tindakan seseorang yang membuat kerja tersebut.

Persoalan yang mahu dilontarkan kepada pembaca sekalian,apakah hukumnya bermain dan menyaksikan perlawanan bola sepak?Pendapat saya hukumnya ialah HARAM.Kenapa saya mengatakan HARAM?Sebabnya ialah kerana perlawanan bola sepak itu menyaksikan pemainnya mendedahkan aurat.Aurat lelaki dewasa ialah antara pusat dan lutut.Asalnya lutut dan pusat bukan aurat.Tetapi sesuatu yang tidak sempurna wajibnya kecuali dengannya,maka ia juga menjadi wajib.Hukum jelas disebut dalam kitab-kitab feqah ialah sesuatu yang terdapat di antara lutut dan pusat merupakan aurat bagi lelaki dewasa.

Saya ingin memperincikan aurat ini jika pembaca masih belum dapat memahaminya.Pusat,kemaluan, paha dan lutut.Itulah aurat lelaki dewasa.Perbahasan aurat ini sebenarnya luas tetapi asasnya ialah pusat dan lutut bagi lelaki dewasa.Maka,pemain bola sepak sentiasa berada dalam keadaan berdosa kerana membuka aurat.Orang yang menyaksikannya juga berdosa.Penganjur perlawanan bola sepak juga mendapat saham dosa yang sama.Tidak terkecuali juga penontot di rumah,juga mendapat saham dosa kerana menyaksikan perlawanan yang mendedahkan aurat.

Mungkin ada pembaca yang akan membangkitkan persoalan,bagaimana pula dengan gimnastik,gusti,bina badan,renang,gimrama dan sebagainya?Saya ingin tegaskan di sini,jika permainan bola sepak yang mendedahkan pusat dan lutut itu hukumnya haram,maka gimnastik,gusti,bina badan dan gimrama serta yang sewaktu dengannya hukumnya lebih-lebih lagi haram dan berdosa besar.

Membuka aurat hukumnya berdosa besar.Bukannya dosa kecil.Namun oleh kerana penjajah telah memasukkan jarum syaitan dalam sukan,maka Negara Malaysia yang kononnya mempunyai mufti-mufti,pusat-pusat pengajian pondok,institusi-institusi keagamaan,alim ulama,tok-tok guru,kesemuanya menjadi kelu lidah untuk memperbetulkan jenayah aurat yang mengundang kemurkaan Allah SWT.Allah SWT telah mencabut kekuatan umat Islam untuk bangkit menyatakan kebenaran kerana kita semua telah membelakangkan syariatNya.Ilmu Islam hanya terdapat dalam kitab-kitab dan ianya gagal untuk diimplementasikan dalam kehidupan seharian.Ilmu yang kita ada seumpama buih.Ianya tidak mampu mengubah kehidupan berlandaskan syariat.Kita sebenarnya sudah gagal walaupun sudah 50 tahun lebih merdeka.Tahi dan najis penjajah masih melekat dalam pemikiran kita yang tertutup dari hidayah.

Perancangan penjajah mahu melihat umat Islam menurut telunjuknya telah berjaya dengan permainan bola sepak ini.Oleh kerana kita telah dijajah begitu lama,maka jenayah aurat ini kita anggap sesuatu ‘yang biasa’.Mungkin kenyataan ini agak keras,tetapi saya bertanggungjawab untuk memperbetulkan dan membuka minda semua pembaca agar memahami bahawa kita sebenarnya ‘akan sentiasa berdosa’ jika syariat Allah SWT tidak terlaksana sepenuhnya di muka bumi ini.

Pemain bola sepak yang mendedahkan aurat hukumnya fasiq.Segala amalan baiknya tidak diterima Allah SWT.Solatnya,puasanya,sedekahnya dan lain-lain lagi termasuklah umrahnya.Ada tajaan mengerjakan umrah kepada pemain bola sepak.Umrahnya tidak akan diterima Allah SWT kerana pemain itu sendiri fasiq.Contoh mudah,lepas waktu asar kita bermain bola sepak dengan berseluar pendek dan mendedahkan aurat.Selepas itu kita menunaikan solat maghrib.Maka solat maghrib kita tidak akan diterima oleh Allah SWT kerana kita seolah-olah mempersendakan hukum Allah.Kecuali kita bertaubat dan bermain bola sepak dengan memakai seluar panjang dan menutup aurat.

Kita mungkin tidak menyedari,di kampung kita ada padang bola sepak.Pemain-pemain bola sepak setiap petang ialah kita,adik beradik kita dan kawan-kawan sekampung dengan kita.Semuanya mendedahkan aurat.Maka kita sebenarnya mengundang fasiq dengan perlakuan kita yang menyalahi syariat.

Dulu,kanak-kanak sekolah memakai seluar pendek.Saya masih ingat,hanya pada awal sesi persekolahan dibuka pada tahun 1988,iaitu 31 tahun selepas merdeka,barulah anak-anak kita memakai seluar panjang.Dulu,jururawat memakai skirt dan skaf.Juga mendedahkan aurat.Sekarang ni alhamdulillah mereka dapat memakai pakaian yang menutup aurat.Dulu,polis dan tentera juga memakai seluar pendek dan membuka aurat.Sekarang Alhamdulillah mereka dapat memakai uniform yang menutup aurat.

Persoalannya kenapa dalam bidang kesihatan,pendidikan dan ketenteraan semuanya dapat berubah kepada menutup aurat,tetapi tidak dalam bidang sukan?Di mana silapnya dan di mana suara mufti-mufti?Perdana Menteri orang Islam,Timbalan Perdana Menteri orang Islam,Negara pun mengaku Negara Islam,Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Islam itu agama rasmi.Kenapa persoalan aurat dalam sukan ini masih tidak berubah.Soalnya,bila kita nak berubah?

Saban tahun kita menyambut Maal Hijrah.Saya ingin bertanya,hijrah apa kalau begini keadaannya sama?50 tahun dahulu bermain bola sepak mendedahkan aurat,sekarang pun sama,di mana HIJRAH itu?Inilah yang dimaksudkan dengan bercelarunya najis penjajah dalam pemikiran kita yang bangsat dengan hukum Allah SWT.Kita menganggap ini perkara remeh.Namun dalam Islam,persoalan aurat ini adalah persoalan pokok.Sila rujuk surah An Nur untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Saya bertanggungjawab mengemukakan dan melontarkan persoalan ini.Bukannya saya anti bola sepak.Tetapi ingin mengajak pembaca sekalian supaya ‘terjaga dari lena’ dengan dosa besar yang kita tidak sedari ini.

Kesimpulannya,jalan mudah dan senang untuk menjadikan permainan bola sepak itu suatu ibadah ialah SEMUA PEMAINNYA HENDAKLAH MEMAKAI SELUAR PANJANG.Senang bukan?Jika pemain bola sepak itu memakai seluar panjang,maka bermain bola sepak hukumnya harus,melihat dan menyaksikan perlawanan itu hukumnya juga harus.menyaksikan perlawanan bola sepak melalui kaca televisyen juga hukumnya harus.

Tetapi jika keadaannya masih seperti sekarang,iaitu pemain MASIH KEKAL DENGAN MEMAKAI SELUAR PENDEK DAN MENDEDAHKAN AURAT,maka bermain bola sepak itu hukumnya HARAM,menyaksikan perlawanan bola sepak itu hukumnya HARAM,menganjurkan perlawanan itu hukumnya juga HARAM dan menyaksikan perlawanan bola sepak melalui kaca televisyen juga hukumnya HARAM.

Usah ditanya hukum nyanyian mendedahkan aurat,mengabaikan solat,bina badan,gimnastik,gimrama dan sebagainya…semua itu lebih-lebih lagi HARAM dan DILAKNAT Allah SWT.

Kembalilah kita kepada Islam dan syariat-syariatnya sekali.Jangan kita hanya melihat Islam itu seperti yang tertera dalam Kad Pengenalan,namun kita sebenarnya telah mencabut jauh ruh dan pelaksanaan Islam itu secara kita tidak sedarinya.
“ Wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu ke dalam agama Islam ini secara keseluruhannya(dengan mematuhi segala syariat-syariatnya)dan janganlah kamu mengikuti jejak langkah syaitan.Sesungguhnya dia (syaitan) itu adalah musuh yang nyata bagi kamu ”…maksud AlQuran

Jika pembaca masih belum berpuas hati…penulis mempelawa sesiapa sahaja menghubungi penulis di talian 0139370061.Penulis anak jantan.Bukan pondan dan pengecut.

Wassalam
Ibnu Muhamad,
Gua Musang,
Kelantan."
*******************************************************

Kalau berhajat nak bertanya, bolehlah dail telefon seperti nombor yang tertera.

Friday, January 7, 2011

Miskin di Negara Maju

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Melaka tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!" Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:"

Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya. "Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu.

Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu. Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya. Saya bertanya kenapa dia membeli sardin. "Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya. Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi. Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa. Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju.

Thursday, January 6, 2011

MASIH RAMAI LULUSAN UNIVERSITI BERGAJI KECIL

AKHIR-AKHIR ini kita begitu ghairah hendak melonjakkan negara dari kedudukannya sekarang sebagai negara berpendapatan sederhana kepada negara berpendapatan tinggi menjelang 2020. Maka pelbagai usaha dijalankan kerajaan untuk mencapai matlamat ini.

Dalam pada itu apakah realitinya kalau dilihat daripada keadaan yang wujud sekarang? Benar kerajaan berazam melaksanakan Model Baru Ekonomi (MBE) untuk mengubah nasib golongan berpendapatan rendah, iaitu kurang daripada RM1,500 sebulan yang dikatakan mewakili lebih 46 peratus daripada tenaga kerja negara untuk menerima pendapatan tinggi menjelang 2020.

Antara mereka yang berpendapatan rendah ini termasuk juga lulusan universiti. Mungkin mereka yang bernasib baik akan mendapat pekerjaan dengan syarikat besar, syarikat berkaitan kerajaan atau dengan kerajaan. Mereka akan menerima ganjaran setimpal dengan kelulusan.

Tetapi dengan pendapatan melebihi RM2,000 sebulan pun mereka akan hanya dapat menampung kehidupan seharian dengan membayar sewa bilik, belanja pengangkutan untuk pergi balik bekerja dan belanja makanan. Apa pun tidak juga ada maknanya berpendapatan tinggi tetapi masih tidak mampu memiliki rumah sendiri. Kalau hendak membeli kereta pun terpaksa berhutang hingga tujuh tahun untuk melangsaikannya.

Untuk menampung keadaan sekarang pinjaman kepada pembeli rumah dilonggarkan dengan tempoh bayaran balik melebihi 30 tahun, iaitu kalau sudah bersara pun rumah masih tergadai dengan bank hinggakan bank sudah pun mengadakan peraturan bayaran balik pinjaman rumah boleh diambil alih oleh anak.

Inilah keadaan yang dihadapi rakyat. Apa yang perlu ialah menentukan rakyat biasa mampu membeli rumah mereka sendiri tanpa perlu berhutang hingga sudah bersara masih belum dapat melangsaikan piutang dengan bank.

Maka itu apakah seorang lulusan universiti yang sudah bekerja lima tahun misalnya sudah mampu untuk membeli rumahnya sendiri? Kalau dilihat keadaan sekarang, ini tidak mungkin. Harga rumah berterusan melambung tanpa ada hadnya. Rumah teres di sesetengah tempat pun kini sudah ada yang mencecah jutaan ringgit.

Kerajaan wajar memastikan rakyat dapat memenuhi tiga keperluan utama dalam kehidupan mereka, iaitu mampu menyara diri sendiri dan anak isteri, mampu memiliki rumah sendiri dan mampu pula berulang alik ke tempat kerja dengan mudah atau pun mampu memiliki kereta sendiri.

Maknanya kerajaan harus menentukan adanya pelbagai skim menyediakan rumah mampu dibeli pekerja demikian ini.

Inilah keperluan minimum setiap pekerja. Apakah menjelang 2020 nanti kita akan dapat menjamin bahawa majoriti pekerja kita boleh memenuhi kehendak ini?

Kalau dilihat keadaan yang wujud sekarang kita sememangnya menghadapi suatu keadaan yang sungguh mencabar untuk mencapai impian ini walaupun dengan adanya pelbagai inisiatif strategik untuk menjayakan MBE yang diumumkan kerajaan hampir setahun lalu.

Buat masa ini seorang lulusan universiti pun menghadapi pelbagai cabaran mendapatkan pekerjaan hinggakan ada di antara mereka berterusan dieksploitasi oleh banyak majikan syarikat kecil yang mengambil mereka bekerja tanpa diberikan surat pelantikan.

Syarikat seperti agensi pengiklanan, syarikat pembikinan filem atau syarikat yang menguruskan acara peristiwa banyak mengambil lulusan universiti hanya secara lisan. Mereka tahu bahawa lulusan itu akan menerima saja pekerjaan walaupun secara lisan asalkan dapat menerima gaji yang boleh menyara kehidupan mereka di kota.

Maka dengan itu pekerja ini tidak akan tersenarai sebagai pekerja dan tidak mempunyai apa-apa pun hak sebagai pekerja. Jadi mereka bekerja mengikut suka hati pemilik syarikat itu tanpa mempunyai caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), tidak berhak mendapat perbelanjaan rawatan kiranya jatuh sakit, tidak mempunyai sebarang cuti sakit dan kalau tidak bekerja pada hari-hari sakit gaji bulanan akan dipotong mengikut jumlah hari yang dia tidak datang bekerja.

Demikian pula waktu bekerja juga panjang hingga ada yang perlu bekerja hingga larut malam jika dikehendaki menyiapkan sesuatu projek yang diterima majikan tanpa diberikan bayaran lebih masa.
Mereka juga boleh diberhentikan dengan mudah hanya dengan lisan tanpa sebarang alasan munasabah.

Inilah yang dialami seorang gadis muda lulusan bidang penyiaran dari UiTM baru-baru ini yang dipecat majikan sebuah syarikat pembikinan filem.

Walaupun dia telah mewakili syarikatnya naik ke pentas menerima hadiah pada majlis Anugerah Skrin TV3 baru-baru ini tetapi dia sebenarnya tidak mempunyai sebarang bukti bahawa dia adalah pekerja syarikat produksi berkenaan.

Kisahnya dimuatkan dalam blog ‘Sifu.Net’ yang kebetulan dikendalikan rakan majikan gadis malang itu. Blog itu menyatakan pemilik syarikat itu mewakilkan gadis berkenaan naik ke pentas menerima hadiah kerana majikannya tidak dapat hadir. Gadis itu disuruh mengenakan pakaian yang cantik.

Ditakdirkan drama syarikat itu menang, lalu gadis berpakaian cantik dan seksi itu pun naik ke pentas untuk menerima trofi seperti juga beberapa penerima lain berpakaian seksi sehingga mereka ditegur Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim, kerana berpakaian sedemikian.

Blog itu menambah: “Ternyata pakaian yang dipakainya tidak sesuai untuk menghadiri majlis anugerah berprestij seperti Anugerah Skrin yang disiarkan secara langsung dan turut dihadiri orang kenamaan. “Difahamkan, dia dipecat selepas insiden itu kerana majikannya malu mempunyai pekerja sepertinya sebab dia hadir ke majlis itu mewakili syarikat.”

Gadis ini menjadi mangsa dipecat serta-merta secara lisan tanpa diberi notis atau surat, malah tidak pun dinyatakan sebab dipecat. Kiranya soal pokok mengenai hak sah seseorang pekerja pun kita tidak dapat memantau dan menentukan majikan tidak akan mengeksploit mereka bagaimana kita hendak melonjakkan negara ke tahap yang diidamkan itu?

Apakah Kementerian Sumber Manusia tidak boleh menyiasat wujudnya syarikat yang mengeksploitasi rakyat sedemikian?

Penulis adalah Felo Kanan UKM

http://www.bharian.com.my/articles/Masihramailulusanuniversitibergajikecil/Article/

Saturday, January 1, 2011

Pasukan 'Harimau' Malaysia Naik Kereta Perisai 'Barracuda' Di Jakarta.



Laporan berita mengatakan bahawa pasukan 'Harimau' Malaysia dan K Rajagobal telah di escort kerita perisai Barracuda dari Hotel Sultan ke Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta semasa pertandingan akhir (peringkat 2 ) Pila AFF Suzuki.


Syukur Alhamdulillah kerana semuanya selamat dan tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku. Penyokong-penyokong tuan rumah tidak bertindak liar walau pun di tempat sendiri.

Dan kepada sesiapa yang berkesempatan, luangkan masa untuk menyambut wira-wira 'Harimau' di KLIA.


Skil Pemain Malaysia (Piala AFF Suzuki) Atau Mereka Yang Tak Sempat Nak Tonton !!


p/s : Kepada sesiapa yang ingin menonton kembali saat-saat manis kemenangan pasukan 'Harimau' Malaysia, sila klik :- 'Mesti Tonton : Pasukan 'Harimau' Malaysia'.
Di sini penulis sertakan 2 klips video untuk sesiapa yang tidak berkesempatan atau ingin melihat kembali skil yang ditunjukkan oleh pemain-pemain 'Harimau' Malaysia semasa pertandingan akhir Piala AFF Suzuki.


Tahniah MIM ucapkan!! Tidak dapat dinafikan bahawa corak permainan, komitmen dan skil individual serta teamwork yang ditunjukkan oleh pasukan 'Harimau' Malaysia sangat membanggakan kita semua.

Lihat 2 video di bawah :-

1. Video Pertandingan Akhir (Peringkat 1) Di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur (26 Disember) :-




Video Di Stadium Bukit Jalil.





2. Video Pertandingan Akhir (Peringkat 2) di Stadium Bung Karno - Jakarta, Indonesia (29 Disember) :-

Video di Stadium Bung Karno, Jakarta.




p/s : Yang penting sekarang ialah untuk mengekalkan prestasi pasukan 'Harimau' Malaysia. Dalam masa yang sama, kita juga mengharapkan agar pasukan bolasepak negara kita akan terus maju dan berjaya lagi selepas ini.

Sumber: http://novandri.blogspot.com

PENDEDAHAN , Siapa Maling Siapa sekarang? Siapa yang mencuri sekarang?

Semenjak kebelakangan ni ,Malaysia sentiasa dicemuh oleh puak Indonesia yang Malaysia Maling iaitu pencuri,kerana menciplak Budaya dialah, kain batik dan sebagainya.Yang menjadi perit atau mengeruhkan keadaan lagi apabila Indonesia kalah di AFF Suzuki baru baru ni.

Pelbagai alasan diberinya sampai naik muak.Yang lebih perit lagi bila provokasi yang amat kurang beradaban (kurang ajar) terhadap kedutaan Malaysia dibaling taik, Jalur Gemilang kita dibakar dan berbagai bagai perilaku kelakuan demi untuk menegak benang yang basah. Satu video clip untuk tontonan semua rakyat Malaysia wawancara yang di lakukan di INDONESIA sendiri bukan Malaysia,nanti kata fitnah la ..mereka ni kan pakar pemberi alasan! PENDEDAHAN SAPA YANG MENCURI SEKARANG ATAU MALING?.