"Orang Malay maling (Pencuri)! Bendera pun dijiplak (ditiru) dari bendera Amerika Serikat" Itulah kecaman yang penulis terima semasa sedang berbicara dengan seorang rakyat Indonesia di laman maya. Hal Bendera pun boleh kecoh"
Maka balas forumer dari Malaysia "Cuba lihat bendera Indonesia, sama sahaja dengan bendera Monako (Monaco) tanpa ubahsuai langsung. Ataupun terbalikkan bendera Poland untuk menjadi Sang Saka Merah Putih (nama bendera Indonesia)" Lihat sahaja bendera Belanda (Holand), koyakkan sahaja bahagian bawah yang bewarna biru sudah menjadi bendera Indonesia. Ada riwayat mengatakan semasa perang kemerdekaan, Sukarno hanya mengoyakkan bahagian bawah bendera Belanda untuk dijadikan bendera Indonesia".
Ramai forumer sama ada dari Indonesia mahupun Malaysia yang mengapi-apikan isu sensitif antara kedua negara ini sebenarnya adalah dari satu kaum/keturunan yang sama. Apakah kaum mereka & apa tujuan mereka mengadu domba dua bangsa serumpun ini? Pembaca teka & carilah sendiri. Berhati-hatilah semasa membaca thread yang cuba mengapi-apikan hubungan Malaysia-Indonesia ini.
Sejarah Merah Putih
Bangsa Indonesia menggunapakai warna Merah-Putih kerana warna tersebut digunapakai oleh sebuah Kerajaan yang sangat dibanggakan oleh mereka iaitu Kerajaan Majapahit (Memandangkan lebih satu pertiga rakyat Indonesia dari etnik Jawa). Namun begitu, sewaktu zaman pra kemerdekaan dahulu, pengaruh bendera Merah-Putih ini juga sebenarnya sudah tersebar ke kawasan yang di bawah pengaruh British dan Thailand.
Penulis pernah terbaca dalam sebuah buku tulisan Lee Kuan Yew (The Singapore Story jika tidak silap) bahawa beliau terpaksa tunduk kepada kemahuan masyarakat Melayu di pulau tersebut yang mahukan warna Merah-Putih sebagai lambang Bangsa Melayu dan Bulan sabit dan Bintang sebagai lambang agama Islam diletakkan pada Bendera Singapura.
Salah sebuah kumpulan yang memperjuangkan kemerdekaan dan penubuhan sebuah Republik Islam Patani yang diketuai oleh Haji Sulong juga turut mengabadikan warna Merah-Putih pada bendera mereka dengan ditambah dengan warna hijau dan Bulan Sabit dan Bintang sebagai lambang agama Islam pada bendera mereka.
Begitu juga dengan dengan "Bendera Rakyat" yang digunapakai oleh kumpulan berhaluan kiri Putera-AMCJA semasa zaman pra-kemerdekaan negara kita dahulu. Bendera ini berwarna Merah-Putih dan disertakan dengan 12 buah bintang berwarna kuning yang melambangkan 11 buah negeri semenanjung bersama-sama Singapura.
Seperkara lagi yang menarik, warna Merah-Putih juga diabadikan pada bendera-bendera parti politik yang ditunjangi oleh kaum Pribumi/Bumiputera di negara kita iaitu UMNO, PAS, PBB dan USNO (kini tidak lagi wujud).
Bendera Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang bergelar "Sang Saka Bangsa" turut diletakkan Keris sebagai lambang Bangsa Melayu
Salah satu bendera yang pernah digunakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kini PAS lebih banyak menggunapakai bendera Hijau berlambangkan bulan putih sebagai bendera rasmi mereka.
Bendera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak. PBB merupakan gabungan Parti Pesaka milik kaum Dayak dengan Parti Bumiputera yang ditunjangi oleh kaum Melayu-Melanau Islam.
Bendera Merah-Putih yang terdapat pada lambang United Sabah National Organisation (USNO), sebuah parti politik di Sabah yang kini tidak lagi aktif.
sumber:http://ibnurusydi.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment