Wednesday, October 1, 2025

Minyak Masak & RON95 Subsidi Kat Selatan Thailand, Tak Pernah Putus


Minyak Masak & RON95 Subsidi Kat Selatan Thailand, Tak Pernah Putus

Kalau kat Malaysia kita nak beli minyak masak paket kena limit — dua paket je sorang. Tapi kat Sungai Golok, Thailand lain cerita. Minyak masak subsidi dari Malaysia melambak, jual terbuka kat kedai runcit, pasar pagi, siap ada stok sampai Pattani. Harga? Dalam empat puluh sampai lima puluh baht sekilo (lebih kurang lima ringgit lebih), padahal kat Malaysia cuma dua ringgit lima puluh sen.

Nak beli sepuluh kotak sekali pun takde hal, peniaga kat sana cakap bekalan memang banyak. Brand pun familiar — 303, DW7, 101, 3T, Tiga Udang — semua dipercayai datang dari kilang kat Kelantan.


Petrol Malaysia Pun Ada “Stesen” Kat Tepi Jalan

Kat sana, bukan minyak masak je. Petrol RON95 Malaysia pun bersepah dijual macam ada “stesen minyak” haram tepi jalan, dari Golok sampai Pattani. Harga sekitar tiga ringgit tiga puluh sen ke tiga ringgit enam puluh sen seliter. Kalau sepuluh liter, dalam tiga puluh satu sampai tiga puluh tiga ringgit. Banding dengan harga rasmi RON95 Thailand, minimum empat ringgit lebih seliter, memang jauh beza.

Pelanggan? Bukan orang Thailand je, kereta Malaysia pun ramai singgah isi sebab masih lebih murah dari stesen rasmi kat sana.


Macam Mana Boleh Sentiasa Ada Stok?

Menurut seorang peniaga nama Yahya, bekalan tak pernah putus sebab ada je orang tengah bawa masuk. Ada yang ikut jalan darat biasa, ada juga ikut pangkalan haram. Kereta Malaysia isi minyak penuh kat sini, ulang alik bawak masuk. Malaysia walaupun dah ketatkan pembelian, harga RM2.60 seliter masih jauh lebih murah daripada Thailand.


Senang cerita, subsidi Malaysia bukan setakat bantu rakyat tempatan, tapi dah jadi “rezeki” sampai ke sempadan negara jiran.

No comments: