Saturday, December 25, 2010

BAHAI DIIKTIRAF ATAU TIDAK?

BAHAI DIIKTIRAF ATAU TIDAK?

Jika dilihat dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan Lima,dalam subtopik Akidah - Ajaran Sesat telah didedahkan beberapa jenis ajaran sesat yang telah dibawa masuk ke Malaysia iaitu Qadiani,Bahai dan Taslim.

Apapun,apa yang menarik untuk diperhatikan adalah Bahai (Bahaullah) yang mendakwa mereka sebagai agama termuda di dunia.Berikut diperturunkan secara ringkas mengenai Bahai (seperti yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan Lima):

BAHAI
(sempena nama pengasasnya Baha'ullah)
Pengasas : Husain Ali Al-Mazandari
(dibawa ke Malaysia oleh Yan Kee Leong pada tahun 1953)
Kesesatan:
1.Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah
2.semua agama adalah sama
3.Kitab mereka diberi nama Al-Bayan
4.menolak kewujudan neraka,syurga,malaikat dan mukjizat


Bahai merupakan salah satu dari beberapa agama yang cuba menggabungkan beberapa agama yang berlainan menjadi satu agama. Contohnya Din-i-Ilahi yang diasaskan oleh Akbar Agung.
Agama Bahá'í adalah agama dunia termuda. Pengasasnya, Bahá'u'lláh menganggap bahawa setiap agama agung disampaikan oleh Pesuruh Allah—seperti Musa, Krishna, Buddha,Zarathustra, Jesus, Muhammad, dan terkini sekali adalah Báb — mewakili bahagian-bahagian dalam perkembangan kerohanian ketamadunan. Mereka percaya bahawa Bahá'u'lláh adalah Pesuruh terkini dalam turutan dan membawa ajaran yang menangani cabaran moral dan kerohanian dunia moden. Oleh sebab itu, walaupun Ajaran Bahá'í tidak digolongkan kedalam agama Ibrahim, ia mengakui kebanyakan tokoh agung yang sama.
Perlu diperhatikan bahawa,ajaran pluralisme ini adalah asas utama yang digunapakai dalam Agama Bahai yang dianggap satu ajaran sesat.
Pesoalannya sekarang,adakah kerajaan mengiktiraf Agama Bahai atau tidak.


Jika Ya,malanglah kita apabila sibuk menghentam pluralisme sana-sini sedangkan Bahai adalah salah satu fahaman yang menganjurkan kesamarataan agama.


Jika TIDAK,mengapa kerajaan seperti mengiktiraf Bahai sebagai agama di Malaysia?
Sila lihat lampiran gambar di bawah:

Klik untuk paparan yang lebih jelas
Ternyata,penulis juga baru "terperasan" akan kewujudan pilihan BAHAI dalam kebanyakan isian maklumat online kerajaan termasuklah dalam banci penduduk baru-baru ini dan terbaru,dalam isian Permohonan Masuk ke IPTA bagi lepasan SPM/STPM.

Adakah kita terlepas pandang atau Bahai memang diiktiraf?Kalau diiktrif,apalah guna menentang pluralisme kalau ia sudah lama diiktiraf?

Penganut Islam Sunni,

Kuala Lumpur.

ARTIKEL ASAL DI http://propartiislammalaysia.blogspot.com/2010/12/ada-pihak-bersungguh-gempur-syiahtetapi.html

1 comment:

Salahuddin Ayyubi said...

http://barahinahmadi.blogspot.com/2009/11/fakta-qadiani-di-sekolah-menengah.html