Friday, December 31, 2010
Alasan Anne Ngasri Buka Tudung dan komen pembaca
***************************
AKTRES kecil molek, Anne Ngasri yang cukup sinonim dengan watak remaja kini selesa dengan penampilan bertudung.
Ibu kepada dua cahaya mata ini menganggap dirinya kini sudah sampai ke titik perubahan.
Bagaimanapun katanya, perubahan tersebut biarlah berlaku secara perlahan-lahan.
“Sejak pulang dari menunaikan umrah, saya merasakan diri saya sudah bersedia untuk membuat perubahan.
“Sebenarnya saya sudah lama menyimpan hasrat untuk pakai tudung tapi sekarang adalah masa paling sesuai.
“Namun begitu untuk cerita Mayang Mengurai, saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki. Lagipun memang susah kalau kita nak harap watak yang pakai tudung sahaja,” ujar Anne.
Menurutnya, biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja.
“Saya tahu tidak manis jika saya buka dan pakai tudung, namun biar Tuhan sahaja yang mengetahui niat saya.
“Mungkin orang akan keliru dengan penampilan saya, dalam drama saya tak pakai tapi jika mereka jumpa saya diluar saya pakai tudung lengkap.
“Saya tahu jaga batasan saya dengan penampilan baru ini, saya tidak pakai baju yang jarang dan menjolok mata serta berlakon watak yang berpegangan tangan,” ujar ibu kepada dua cahaya mata lelaki Abdul Warits dan Abdul Wardi.
Ketika ditanya tentang tawaran berlakon dengan penampilan bertudungnya, kata Anne dia menyerahkan segalanya kepada Allah.
“Saya percaya rezeki itu datang dari-Nya, kalau kita berubah ke arah kebaikan pasti Allah membuka jalan rezeki yang lain untuk saya,” ujar Anne yang tidak mahu komitmen terhadap lakonan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri dan ibu.
Bercerita tentang lakonannya dalam drama Mayang Mengurai, Anne memegang watak sebagai Mayang Indra, adik kepada Mayang Mengurai yang mempunyai kuasa untuk memukau orang.
“Saya terpaksa mengunakan bulu mata palsu yang tebal di bahagian atas dan bawah. Sebelum ini saya jarang mengunakan bulu mata palsu ketika berlakon.
“Untuk bawa watak Mayang Indra, saya perlu membaca buku-buku dongeng puteri seperti Cinderella dan Rapunzel,” kata Anne.
Mayang Mengurai merupakan adaptasi cerita dongeng Rapunzel yang akan ke udara pada jam 4.30 petang mulai Isnin (12 Januari) hingga Khamis dalam slot Lagenda TV3.
Antara barisan pelakon drama bersiri itu adalah Tania Hudson (Mayang Mengurai), Zarina AF (Mayang Merdu), Ammar (Khalif), Kamal Adli (Shahrul), Sabrina Ali (Kornilam) dan ramai lagi.
Anne mengakui dia tidak mahu pengambaran yang dilakukan di luar Kuala Lumpur kerana enggan berjauhan dengan anak-anaknya.
“Setiap tawaran saya akan pastikan tidak ada pengambaran yang jauh-jauh dari Kuala Lumpur, untuk cerita ini ada babak yang dibuat di Perak, jadi saya terpaksa ulang alik setiap hari dari rumah ke sana,” kata Anne yang juga tidak mahu memegang watak utama kerana komitmen yang tinggi.
“Saya lebih gemar membawa watak pembantu berbanding watak utama, ini kerana saya tidak mahu komitmen, saya lebih senang dengan watak pembantu,” kata Anne mengakhiri perbualan.
Bookmark and Share
Posted by Tan Sri Ami Shah Maharaja Blog at 12:40 PM
32 comments:
Anonymous said...
WARDINA pakai tudung..tapi rezeki dia ok pun...tudung bukan fesyen..tapi kemestian untuk wanita..kan?
January 23, 2010 9:25 AM
Anonymous said...
Nak bukak, bukak je ... naper nk bg alasan cari rezeki plak. Byk lg sumber rezeki yg tak perlu bukak aurat. Tepuk dada tanya iman
March 1, 2010 4:38 PM
Anonymous said...
kalau camtu leh bogel lah...'niat nak cari rezeki'
March 17, 2010 1:30 AM
Anonymous said...
apa kes??bukak tudung cari rezeki..x sepatutnya tu..bukak tudung saji cari makanan la wei
November 4, 2010 9:09 AM
Anonymous said...
gelap betul hati minah ni.....
November 8, 2010 3:55 PM
Anonymous said...
terserah pd manusia utk menilai...moga ALLAH memberi kekuatan buat Anne utk teruskan niatnya utk bertudung...amin...
November 8, 2010 10:54 PM
Anonymous said...
anne takyah pakai tudung terus lagi bagus! buat apa pakai tudung2...menyusahkan sahaja!
November 10, 2010 1:12 PM
cinny said...
janganlah mngata kat orang.betulkan diri sendiri .yang komen ni sempurna ka?.tepuk dada tanya selera.kalau dah rezeki dia dalam lakonan nak buat macam mana.takan nak keja cuci longkang.fahami situasi orang.maaflah kalau kata kata saya ni pedas
November 13, 2010 2:17 PM
Anonymous said...
boleh ke mcm tu? buka tudung niat cari rezki? tudung tu kan aurat? hukum pun haram dedahkan aurat...kalau mcm tu nanti semua GRO boleh cakap saya berzina niat nak cari rezki....huahuahuahua...cetek sungguh ilmu agama manusia sekarang....Ya Allah...hanya Engkau Yang Maha Mengetahui..
Cinny - aku plak says : ko tu kapir laknattullah..takder halal haram..takder dose pahala...org cuci longkang..kalau dia beriman..jauh lagi mulia dari org paling kaya didunia ni....rezki tu Allah yang bagi...Dia yang maha kaya..Maha berkuasa...sampai time ko berjimak pun dia boleh bagi bagi rezki anak...hahahaha inikan pula kalau usaha untuk kerja yang baik..lagi la senang dapat rezki...jangan sempitkan pikiran bodoh ko tu kat orang lain k...Islam itu syumul...Wallahualam..
November 16, 2010 12:19 PM
Anonymous said...
BILA ALLAH DAH WAJIB KAN SESUATI MAKNANYA PERKARA TU PASTI ADA KEBAIKANNYA..
SEAKAN2 MENGHINA HUKUM ALLAH PLAK BILA DIA KATA BERTUDUNG SUSAH NAK CARI REZEKI..
KALU KITA IKUT PERINTAH ALLAH REZEKI TU AKAN SENTIASA DGN KITA..MUNGKIN TAK BANYAK..TAPI KEBERKATAN TU YANG PENTING
ALLAHUALLAM
November 16, 2010 12:28 PM
Anonymous said...
niat tak menghalalkan cara...
November 16, 2010 2:29 PM
Anonymous said...
"biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja".
emmm.....kte xlayak nak judge die camner, sbb bkn kte yg tentukn dose pahale n syurga nerake..sbb yg baik 2 dtg dri Allah n yg buruk 2 dtg dri kte sendri..huhuh..
November 18, 2010 4:35 PM
Anonymous said...
tak guna sembahyang 5 waktu klu mulut tahap setan nak bercakap.. cermin diri dulu sebelum nak bagi nasihat kat org.. amboiii... klu nak menyedarkan seseorang ttng baik dan buruk sesuatu perkara.. jgn la smpai memaki hamun... cakap BODOH / SUNDAL / GATAL / SHIAL.. pe bezanye korang ngan setan!!! ... bagi la nasihat yg berfaedah..
November 19, 2010 5:02 PM
hardyzs said...
This post has been removed by the author.
November 19, 2010 10:27 PM
Anonymous said...
aku setuju la dengan pemberi nasihat di atas ni. takde beza korang dengan iblis kalau cakap camtu semua. takpelah dia pon dah cakap tu antara dia dengan tuhan kan. haa lantaklah kubo hang dgn dia sama ka ? memang betoi kita ni kena bagi nasihat tapi bukan cara camtu maklong oiii....
November 20, 2010 4:54 AM
Anonymous said...
saye pon setuju, klu mcm tu care nk bg nasihat, baik tak payah. silap2 kita pulak yg berdosa. sekurang2nya tak pakai tudung tu dosa dia dgn Allah, yg kita dok mengata itu ini dosa sesama manusia, bawakla ke akhirat nnt klu dia tak maafkan.
November 23, 2010 12:52 PM
Anonymous said...
kalau DIA xbg rzki btol2 bru tau...matlamat x menghalalkan cara..TQ
November 23, 2010 10:23 PM
Anonymous said...
untuk pengetahuan, hanya Allah SWT saja yg boleh membuat judgement.. kita manusia adalah tidak layak sekali.. kalau nak tegur org pun, gunakanlah bahasa yg paling halus dan beradap lah sopan sikit.. janganlah bercakap seolah2 kita yg perfect.. maki hamun pun berdosa jugak... sepatutnya kita sebagai hamba Allah berdoalah supaya Allah SWT membukakan segala pintu2 keberkatan dan rahmat terhadap Anne dan keluarga.. bukannya nak kutuk2... senang ajer, B4 u judge org lain, u judge ur self first.. Renung2 kan lah dan selamat beramal... ///
November 24, 2010 6:56 PM
Anonymous said...
Agama Islam tidak mengajar pengikut2 nya supaya memaki hamun sesama manusia... haruslah diingat tu.. cuba kita baca balik ajaran2 yang diturunkan oleh Allah melalui kitab suci Al-Quran... adakah boleh kita memaki hamun sesama ummat manusia.. bukan setakat itu saja, malahan Islam tidak mebenarkan sama sekali untuk mengutuk Agama2 lain.. kalau nak tegur pun penuh dengan adap sopan dan santun.. jadi saya ingin menegur sahabat2 supaya gunakanlah cara2 yang telah di ajar oleh Rasullullah SAW untuk menegur sesama manusia... amiin..
November 24, 2010 7:04 PM
Anonymous said...
malaysia adalah negara secular...korang penyokong-penyokong PAS jangan paksa orang pakai tudung!kami akan halang dari kamu melakukannya! hidup UMNO...hidup PERKASA!
November 25, 2010 9:55 AM
Anonymous said...
Pas ke Umno ke..Orang Islam kan??
Saya bukan Pas bukan Umno dan bukan PKR, tapi hukum Islam suruh kita tutup aurat bukan sebab kita Pas ..ok?
November 25, 2010 4:26 PM
misah said...
Bertaubatlah kawan2 andai kita tersalah cakap....Menutup aurat bukan kerana parti....Islam tetap Islam....
November 26, 2010 3:37 PM
Anonymous said...
bukan masalah dosa dia ngan allah saje la bro.. kite pon dapat dose gak k kalo x tegur... pikir r??
November 28, 2010 1:32 AM
joe said...
ala shiela rusli boleh je belakon watak jahat tp pakai tudung...ape masalahnye????
Anne > harap2 hati ko terbuka nk pakai tudung sampai mati..jgn buka2 lagi k..pakai tudung tu da betol!
November 29, 2010 12:35 PM
Anonymous said...
Anne, bahaya kenyataan kamu tu. Rezeki datang daripada Allah. Bukan manusia yang tentukan. Cuma sebagai manusia kita kena usaha. Bukanka ada juga pelakon yang memakai tudung tapi dia tetap juga dipilih sebagai pelakon. Yang penting mutu lakonan kamu jaga. Kenyataan kamu tu dah tunjuk yang seolah-olah amalan Islam ni menyekat rezeki org bila bertudung. Jangan kata itu antara kamu ngan Allah. Berat tak tertanggung kamu bila berhadapan dengan Nya nanti. Bahaya tu. Cuba kamu perhati keliling kamu. Ramai org bertudung juga mampu berjaya dan memegang jawatan tinggi.
December 1, 2010 7:12 AM
Anonymous said...
Wow..kalau cara nasihat kena rujuk al quran...tapi ada sapa2 rujuk alquran pasal buka aurat..korang ni bila kena tegur/maki/kutuk/nasihat semua kena ikut ajaran islam/alquran..jadi bila diorang yg bagi nasihat cara kasar tentang buka tudung korang melenting tapi dia buka aurat korang tak melenting...KALAU DAH HARAM TU HARAM JUGA...JANGAN CARIK ALASAN UNTUK MENGHALALKAN YG HARAM NANTI JADI TREND/IKUTAN PULA..MAKI/KUTUK ORANG PUN HARAM TAPI MESTI INGAT TAK TUTUP AURAT PUN SALAH JUGA.
December 1, 2010 12:36 PM
Anonymous said...
suka hati kolah anne. tutup aurat hukumnya wajib
December 2, 2010 7:46 AM
Zaharuddin.net said...
Menutup aurat HUKUMNYA WAJIB.
Tidak Menutup aurat HUKUMNYA HARAM.Titik.
December 3, 2010 7:22 AM
Anonymous said...
.......Di mata saya, anda Anne Ngasri, seorang manusia yang begitu lemah!!! Baru sikit ujian ALLAH bagi, dah tak terdaya nak mengharunginya....berubahlah, bertaubatlah.....setiap ujian yang datang pasti ada ganjaran pada penghujungnya....BERTUDUNG itu dituntut oleh islam, islam itu agama ALLAH, dan ALLAH itu tuhan yang satu, bila kamu percaya pada ALLAH nescaya dan pasti ALLAH akan bantu kamu......mohonlah keampunan ALLAH
December 6, 2010 12:31 PM
Anonymous said...
betul..dia x boleh mcm tu...kefahaman manusia ttg Islam skrg semakin teruk...
December 6, 2010 5:18 PM
Shamil Saad said...
Kita sebagai umat Islam kena percaya kepada Qadak & Qadar. Baru la bleh yakin yg rezeki tu akan datang sekiranya kita berusaha.
Dalam kes Anne nih, dia mgkn baru nak mendalami Islam. So kita kena tegur sekiranya dia silap.
Macam komen2 sebelum ini. Niat tidak menghalalkan cara. So kita kena tegur utk lepaskan tanggungjawab kita di akhirat.
Sesetengah org di kalangan kita akan komen "Biarlah Allah S.W.T yg tentukan dosa pahala seseorang tu", sedangkan kita belajar tentang seurat rambut yg didedahkan, 600 tahun berada dalam neraka. 1 hari di neraka sama dgn 1000 tahun di dunia. Api Neraka 70 kali panasnya dpd api dunia. Ini adalah basic pengetahuan Islam.
Biasanya ayat maut (yg dalam kurungan) tadi digunakan apabila kita jumpa situasi yg berlaku qilaf (pandangan berbeza) di kalangan Ulama.
Nak kata ilmu tak sampai agak mustahil kerana negara kita telah maju dari segi perhubungan jalanraya, telefon, internet dan sebagainya.
Kesimpulannya, takde alasan untuk Anne tidak pakai tudung dan di harap tidak ada di kalangan kita yg beragama Islam yg menyokong pendiriannya.
Org yg tahu hukum tetapi tetap menyokong tindakannya boleh di anggap mempersendakan agama.
Harap maaf sekiranya penerangan ini mengguriskan perasaan pembaca. Sy hanya mengingatkan DIRI SAYA SENDIRI serta pembaca2 sekalian.
December 27, 2010 11:11 PM
FARISZ@AZ.Com said...
Tidak salah menegur tetapi salah apabila hanya mengutuk tanpa memberikan jalan penyelesaian.
1. "saya terpaksa membuka tudung kerana niat untuk mencari rezeki."
niat tidak menghalalkan cara.
2. membuka aurat dengan segaja ia jelas berlanjjaran dengan batas.
3. , "biarlah niatnya membuka tudung dinilai antara dia dan Allah sahaja."
sepatutnya statment ini tidak patut dikeluarkan.jika melakukan kesalahan dan sekadar alasan begitu maka pekerja Gro juga akan membuat alasan tersebut.dan statment tersebut boleh menyebabkan orang lain mengguna pakai alasan tersebut untuk melakukan kesalahan.
4. Cuba cari watak yang menutup aurat atau bekerja dengan melakukan bisnes sendiri.
Apa-apa pun alhamdulillah sebab cuba berubah,yang penting giatkan lagi usaha dan pelajari ilmu.Sokongan perlu diberikan,bukan saja pada ann tetapi pada sesiapa saja yang ingin berubah.Jika caranya salah maka perbaiki cara.
Sumber: http://gambargambarpelik.blogspot.com
Dinar dan Dirham
Kesohoran dinar sebagai satu mata wang rasmi dalam sektor ekonomi sudah lama tersemat dalam lembaran sejarah Tamadun Islam. Dewasa ini komoditi ini seringkali dicanangkan sebagai instrumen alternatif dalam aktiviti ekonomi dunia semasa. Fakta ini adalah berasaskan kepada nilai intrinsik atau tersendiri yang diyakini boleh digunapakai secara lebih meluas serta konsisten. Namun demikian, masih ramai belum mengetahui dari mana dan bagaimana ia boleh berkembang sehingga menjadi satu mata wang utama dalam kronologi ketamadunan Islam.
Sekiranya dinar emas mampu dinobatkan sebagai mata wang utama pada ketika itu adalah tidak mustahil seandainya penggunaan komoditi ini boleh diperkenalkan semula sebagai mata wang alternatif pada alaf baru ini. Barangkali slogan Nothing Beats Gold, Zero Inflation in 1400 years adalah amat berketepatan dan bersesuaian dalam menyatakan hakikat tersebut.
Terfikirkah anda semenjak zaman Nabi Muhammad SAW lagi, kita tidak pernah mendengar serta mengalami keadaan inflasi. Tetapi pada hari ini ungkapan tersebut seringkali “menjelma“ sambil disulami atau lebih sinonim dengan kelesuan ekonomi sejagat. Kenapa semua ini boleh berlaku? Jawapannya ialah mata wang konvensional yang tersedia ada tidak lagi berlandaskan pada sandaran emas secara mutlak. Justeru marilah kita mengimbas kembali keunggulan serta kegemilangan dinar emas semenjak bermulanya era ketamadunan Islam.
Masyarakat Arab Jahiliyyah pada ketika itu menggunakan dinar emas Heraclius Byzantine yang berasal dari negeri Syam manakala dirham perak Sasaniyah pula dari Iraq. Tatkala itu mereka tidak mempunyai mata wang tersendiri untuk melaksanakan urusniaga perniagaan dalam mahupun luar negara.
Penggunaan kedua-dua mata wang ini adalah bagi memudahkan urusniaga terutamanya pada masa yang melibatkan perdagangan utama di Syam pada musim panas manakala di Yaman pada musim sejuk. Namun demikian, keadaan mulai berubah apabila Nabi Muhammad SAW dipilih sebagai Rasul, dinar dan dirham telah dinaiktarafkan sebagai matawang rasmi urusniaga sektor ekonomi kerana terdapat keseragaman bagi tujuan memudahkan urusniaga.
Ketika ini jugalah reka bentuk berunsur Islam mula digunakan dalam penempaan dinar serta dirham. Pada tahun 18H atau 20H, Saidina Omar RA telah menambah pada dirham Sasaniyah beberapa elemen dengan tulisan khat Kufi seperti Bismillah, Bismillah Rabbi dan Alhamdullillah serta sesetengahnya Muhammad Rasulullah yang ditempa pada keliling gambar Kisra.
Beliau turut menetapkan piawaian bahawa 10 dirham bersamaan 7 dinar dan ini kekal digunapakai sehingga kini. Satu dinar mempunyai 91.6 peratus atau 22 karat seberat 4.25 gram manakala dirham ialah syiling perak seberat 2.975 gram.
Dalam rekaan ini ukiran pada permukaan mata wang adalah rekabentuk Islam yang khusus tanpa wujudnya elemen-elemen Byzantine dan Parsi muncul pada tahun 76H hasil cetusan idea Khalifah Abd al-Malik bin Marwan pada zaman Bani Umaiyyah. Senario ini turut dimangkinkan oleh perselisihan faham yang berlaku antara baginda dengan Raja Rom. Pada ketika itu khalifah Abd Al-Malik bin Marwan telah diktiraf oleh Ibn Jarir al-Tabari dan Ibn al-Athir sebagai perintis menempa dinar dan dirham dalam unsur-unsur Islam.
Aplikasi dinar tidak hanya berlegar di bumi Arab tetapi melangkaui kepada ketamadunan Andalusia. Kegiatan perdagangan berkembang pesat selama 700 tahun di Andalusia telah memangkin penggunaan dinar emas serta perak sebagai mata wang utama.
Pada tahun 716 M, umat Islam Andalusia telah mula menempa dinar emas dengan ukiran bahasa Arab serta ditulis “Muhammad Rasulluah” di samping mencatatkan nama Andalusia iaitu tempat tempahan dinar berserta tahun diperbuat. Di belakang dinar emas ini turut diukir dengan tulisan Latin yang bersesuaian dengan kehidupan masyarakat Islam Andalusia pada ketika itu.
Bukti sejarah juga menunjukkan bahawa setelah tamatnya pemerintahan Andalusia, masyarakat semasa pemerintahan Kristian masih meneruskan penggunaan dinar emas selama lebih 400 tahun. Dalam era moden ini, pada tahun 1992 dinar emas pertama Eropah kembali ditempah di Granada, Sepanyol yang sekaligus merupakan sesuatu peristiwa yang sungguh menarik.
Menurut analisa yang dibuat sepanjang kecemerlangannya dinar emas turut mengalami ketidaktentuan terhadap cabaran serta krisis semasa. Pada suatu ketika stok emas tidak mencukupi memandangkan siri peperangan semakin meruncing. Justeru perak dicampurkan tembaga menjadi matawang rasmi dan digunakan di Mesir serta Syam di bawah pentadbiran Bani Ayyub.
Penggunaan dinar serta dirham terus bertahan aplikasinya pada masa keagungan kerajaan Othmaniah Turki (1299M-1924M). Pada hari ini, nama dinar serta dirham masih digunakan sebagai mata wang rasmi di beberapa buah negara di Timur Tengah seperti dinar di Tunisia, Kuwait, Libya, Bahrain, Algeria, Jordan manakala dirham Di Emiriah Arab Bersatu, Qatar dan Maghribi.
Di Malaysia berkat pengalaman kelesuan ekonomi global pada 1997 dinar emas yang diperbuat daripada emas 916 telah mula dikembalikan kegemilangan sebagai medium penyimpan nilai yang tinggi, stabil, sentiasa berpotensi untuk meningkat nilai serta komoditi yang paling selamat.
Dalam konteks yang lebih luas dinar emas turut mampu dijadikan perantaraan urusniaga , gaji dan bonus pekerja, mahar dan hantaran perkahwinan, urusan haji dan umrah, zakat dan serta semua pembayaran perniagaan dalam dan luar negara bagi negara yang berminat.
Hal ini kerana dinar emas mempunyai nilai intrinsik atau tersendiri yang diterimapakai oleh masyarakat dunia. Nilai emas adalah stabil dan meningkat dari semasa ke semasa berbanding mata wang konvesional yang seringkali menjadi mangsa “serang hendap” para penyangak mata wang antarabangsa bagi mengaut keuntungan mudah dan besar.
Sumber: http://emasdinar.blogspot.com
Saturday, December 25, 2010
BAHAI DIIKTIRAF ATAU TIDAK?
Jika dilihat dalam silibus Pendidikan Islam Tingkatan Lima,dalam subtopik Akidah - Ajaran Sesat telah didedahkan beberapa jenis ajaran sesat yang telah dibawa masuk ke Malaysia iaitu Qadiani,Bahai dan Taslim.
Apapun,apa yang menarik untuk diperhatikan adalah Bahai (Bahaullah) yang mendakwa mereka sebagai agama termuda di dunia.Berikut diperturunkan secara ringkas mengenai Bahai (seperti yang terdapat dalam buku teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan Lima):
BAHAI
(sempena nama pengasasnya Baha'ullah)
Pengasas : Husain Ali Al-Mazandari
(dibawa ke Malaysia oleh Yan Kee Leong pada tahun 1953)
Kesesatan:
1.Beriktikad bahawa pengasasnya adalah jelmaan Allah
2.semua agama adalah sama
3.Kitab mereka diberi nama Al-Bayan
4.menolak kewujudan neraka,syurga,malaikat dan mukjizat
Jika Ya,malanglah kita apabila sibuk menghentam pluralisme sana-sini sedangkan Bahai adalah salah satu fahaman yang menganjurkan kesamarataan agama.
Jika TIDAK,mengapa kerajaan seperti mengiktiraf Bahai sebagai agama di Malaysia?
Sila lihat lampiran gambar di bawah:
Klik untuk paparan yang lebih jelas |
Adakah kita terlepas pandang atau Bahai memang diiktiraf?Kalau diiktrif,apalah guna menentang pluralisme kalau ia sudah lama diiktiraf?
Penganut Islam Sunni,
Kuala Lumpur.
ARTIKEL ASAL DI http://propartiislammalaysia.blogspot.com/2010/12/ada-pihak-bersungguh-gempur-syiahtetapi.html
Tuesday, December 21, 2010
Maklumat-maklumat Utama Tentang Kesesatan Syiah
Berikut pautannya:
- JAKIM – Artikel Khas tentang fahaman Syiah: http://www.islam.gov.my/e-rujukan/syiah.html#seleweng
- DARULKAUTSAR.NET – Koleksi bahan ilmiah tentang kesesatan Syiah: http://www.darulkautsar.net/article_cat.php?CategoryID=93
- AL-AHKAM.NET – Himpunan beberapa artikel & bahan media tentang Syiah: http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=category&id=62:bahaya-syiah
- http://www.tenteradajjal.blogspot.com - Syiah & Dajjal
- http://www.abunaaielah.blogspot.com - Catitan Blog Tentang Syiah
- Penjelasan JAKIM tentang fahaman Syiah – http://muzir.wordpress.com/2009/06/03/penjelasan-terhadap-fahaman-syiah-disediakan-jakim/Video Mudzakarah Ulama Membongkar Kesesatan Syiah – http://muzir.wordpress.com/2009/06/03/mudzakarah-ulama-membongkar-kesesatan-syiah/
- Video Dato’ Harun Taib Membongkar Hakikat Syiah – http://muzir.wordpress.com/2009/06/01/dato-harun-taib-membongkar-hakikat-syiah/
Di dalam posting kali ini, blog ini akan menyenaraikan beberapa pautan berbahasa Melayu yang insyaALLAH akan membuka kefahaman kita semua tentang bahaya kesesatan Syiah:
Di dalam pautan-pautan yang diberikan di atas, tuan/puan akan didedahkan dengan hakikat Syiah yang sebenar. Bukan sahaja dalam bentuk artikel atau rencana, malah banyak paparan dalam bentuk video juga terdapat di dalam pautan-pautan di atas, terutama pautan no. 2, 3 dan 4. Lawatlah laman-laman web tersebut.
Ramai belum sedar tentang kesesatan Syiah. Syiah bukan sahaja sesat malah amat menyesatkan dan jauh terpesong dari ajaran agama ISLAM yang sebenar. Kita sedih kerana terdapat ramai penganut Syiah yang belum sedar tentang kesesatan Syiah. Pernah saya terbaca kenyataan seorang wanita berumur dalam lingkungan 30an di Iran yang telah sedar tentang kesesatan Syiah dengan berkata: “Oh, kenapa engkau datang lewat, selepas 30 tahun baru kami sedar tentang hal ini!!!”. Beliau sedar tentang keindahan Islam yang sebenar setelah mendengar seruan dakwah dari seorang pendakwah Ahli Sunnah wal Jamaah.
Ternyata, kebanyakan penganut Syiah tidak menyedari kesesatan Syiah. Di Iran, mereka hanya mewarisi apa yang dianuti oleh nenek moyang mereka tanpa mendapat pendedahan tentang Islam yang sebenar. Mereka anggap itulah ISLAM. Sedangkan pada hakikatnya mereka telah jauh tersasar dari menganut agama yang suci, iaitu ISLAM. Kasihan kita kepada orang-orang awam yang jahil ini, mereka ditipu dan diperdaya oleh para ulama Syiah yang menyebarkan doktrin-doktrin palsu yang kononnya ia adalah agama Islam.
Usaha taqrib di antara Sunni & Syiah telah banyak dilakukan oleh ramai ulama sejak dahulu hingga sekarang. Malah terdapat beberapa ulama Malaysia yang terlibat sama dalam usaha ini. Walaupun semua usaha taqrib untuk mendekatkan Ahli Sunnah wal Jamaah dan Syiah menemui jalan buntu akibat daripada sifat taqiyyah yang menjadi salah satu daripada anutan Syiah, namun kita masih mengharapkan usaha-usaha taqrib ini diteruskan bagi menyelamatkan mereka yang berfahaman Syiah.
Bukan setakat taqrib, tetapi yang paling penting ialah menyampaikan kebenaran Islam kepada mereka dan menyedarkan mereka bahawa doktrin Syiah adalah sesat jauh dari ISLAM. Semoga mereka kembali kepada ISLAM yang sebenar, amin…
Mudah-mudahan pautan yang diberikan di atas dapat dimanfaatkan oleh semua dalam usaha memahami tentang kesesatan Syiah dan apa bahaya yang bakal menimpa ummat Islam khususnya di Malaysia sekiranya Syiah ini tidak dibendung sejak dari awal. Rakyat Malaysia mesti didedahkan dengan hal ini supaya tiada generasi kita yang terjebak dengan Syiah.
Sama-samalah kita do’akan agar penganut-penganut Syiah kembali ke jalan yang benar, amin…
- www.muzir.wordpress.com
Monday, December 13, 2010
Laptop pertama dicipta di dunia
Namun tahukan anda bilakah dan laptop apakah yang pertama di ciptakan didunia?
Laptop pertama di dunia yang dibuat adalah laptop buatan Toshiba yang di cipta pada tahun 1985 .Mungkin anda berfikir laptop tersebut sudah tinggal sejarah dan telah dimuziumkan, akan tetapi laptop Toshiba T1100 ini masih ada dan masih boleh running.
Laptop ini mempunyai memory 256KB RAM, mempunyai keybord QWERTZ (tidak seperti keybord sekarang QWERTY) , processor menggunakan Intel 4.77MHz dan beratnya 4.1 kg (cukup berat juga). Untuk harga laptop itu sendiri adalah $1899. Mempunyai floppy disks tetapi tidak menggunakan hard drive.
sumber: http://zhuliana.blogspot.com/ "
Friday, December 10, 2010
Penyebaran Orang Rumpun Melayu
Dalam sumber Cina, Srivijaya dirujuk sebagai Sye-li-fo-sye’ (She-li-fo-she’, Shelifosche, Se-li-fo-se, San-fo-ts’i, Sanfotsi, atau Fo-che). Mengikut Sastri (1949),nama-nama itu dipakai penulis Cina dalam kurun 10 hingga 14 Masehi. Liang Liji (1996) menambah terdapat juga penulis Cina di Dinasti Tang menyebut Srivijaya sebagai He Ling atau Ka Ling. Ternyata nama ini kurang popular. Coedes dan Damais (1992) telah menjelaskan bagaimana perkataan-perkataan ini berasal daripada Srivijaya dengan panjang lebar. Ketika berada di kemuncaknya, kerajaan ini (Sastri 1949; Slametmuljana 1970), terdiri daripada 15 buah negeri di Tenggara Asia, termasuk beberapa daerah di Nosa Koncana (Malaya/Tanah Melayu atau Semenanjung Malaysia dan termasuk selatan Thai sekarang) yang disenaraikan mengikut sumber Cina sebagai Pa-ta’ (daripada Batak, merujuk kepada kawasan yang didiami suku kaum Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Malaysia), Tan-ma-ling (Tamralinga, Ligor), Kia-lo-hi (Grahi di Teluk Bandon, Selatan Thai land), Ji-lo-ting (Jelutong, Pulau Pinang), dan Ling-ya-asi- kia (Langkasuka, iaitu sekurang-kurangnya Kedah dan Thailand Selatan sekarang), bahkan termasuk Silan atau Sirandip/Suvarndip/Suvarnadvipa (Silon/Ceylon atau Sri Lanka sekarang)! Catatan terkenal ialah yang dibuat oleh I-Tsing, (Ye-Sing, atau Yi Jing dan beberapa versi ejaan yang lain lagi), seorang sami dari benua China, yang belayar ke India untuk menuntut agama Buddha. Sesampai beliau di pusat Srivijaya di Sumatera (Sastri (1949), sebutan Cina tempat itu pada mulanya ialah Ku-Kang, dan kemudian P’o-lin-pang, Pao-lin-pang, Pa-lin-pang, atau Pa-lin-fong) beliau terpesona dengan tamadun di situ, lalu tinggal di situ selama 7 tahun, iaitu 688- 695 Masehi, walaupun ada setengah sumber mengatakan beliau tinggal selama 4 tahun dan yang lain mengatakan beliau tinggal selama 14 tahun. Pada abad ke-12, Java (Majapahit) dan Sanfotsi disebut penulis China sebagai dua buah negara komers yang penting dengan kerajaan yang besar.
Pengertian Melayu sesempit-sempitnya dalam rencana ini merangkumi pribumi di Malaysia, Sumatera, Kepulauan Riau, Jawa, Selatan Thailand, Brunei, Singapura dan Campa; sementara pengertian Melayu yang seluas-luasnya seharusnya mengikut persempadanan sejarah dunia pra-Perang Dunia II, iaitu pribumi di Alam Melayu, Madagaskar, Filipina dan Taiwan. Peta 1 menunjukkan peta Alam Melayu mengikut pengertian yang luas (juga termasuk secuit di Kemboja). Istilah Melayu Raya pernah dipakai di Zaman Sukarno tahun 1940-an, dengan istilah Nusantara (Coedes & Damais 1992) dan Maphilindo (tahun 1960-an daripada Malaysia, Philippina dan Indonesia), Malindopura (Shaharir 2000/1987) dan lain-lain lagi bagi menamakan semula Alam Melayu moden itu ternyata tidak diterima umum. Walaupun istilah Nusantara agak popular hingga kini, tetapi semantik di Indonesia dengan di Malaysia tentang istilah ini berbeza. Perbezaan itu disebabkan di Indonesia, Nusantara meliputi Asia Tenggara, tetapi tidak termasuk Jawa, maka ia tidak menjadi istilah rasmi bagi Alam Melayu, walaupun semua bersetuju bahasa nasional Indonesia, Malaysia, Brunei Darussalam adalah bahasa Melayu. Tidak hairanlah majlis kerjasama bahasa antara Malaysia dengan Indonesia sejak 1970 itu dikenali sebagai Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia sahaja, atau singkatannya MABIM, dan kemudian menjadi Majlis Bahasa Brunei Darusslam-Indonesia-Malaysia, atau singkatannya MABBIM, apabila Brunei menjadi ahlinya. Sehingga kini, persetujuan masih belum tercapai untuk menamakan bahasa dan bangsa yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa nasional masing-masing. Pada tahun 1998, Shaharir (1998a) memperkenalkan istilah Pascabima untuk merujuk rantau yang dahulunya dinamai alam Melayu atau Kepulauan Melayu itu bagi merangkumi Patani, Filipina, Singapura, Campa (orang Melayu di Vietnam dan Kemboja sekarang), Brunei, Indonesia dan Malaysia untuk memudahkan bicara dan memungkinkan penyelesaian masalah bahasa dan bangsa.
Thursday, December 9, 2010
Penemuan Baru. Melaka Diasaskan Tahun 1262 dan Bukan 1400
Syabas kepada penyelidik-penyelidik yang berusaha mengumpul bukti dan menemukan fakta baru yang secara langsung akan mengubah banyak peristiwa dan sejarah yang sedia ada. Sememangnya banyak peristiwa serta sejarah yang diberitakan serta ditulis, mempunyai keraguan dan pertindihan tarikh dan masa seperti Kerajaan Melayu Benua Siam Islam dengan Melaka. Begitu juga sejarah Hang Tuah yang banyak mempunyai versinya tersendiri menerusi Hikayat serta catatan sejarah yang ditulis.
Menurut sumber kosmo bertarikh 1 Jun 2010, Zaman Kesultanan Melaka yang diasaskan oleh Parameswara wujud dalam 30 tahun lebih awal daripada kerajaan Majapahit di pulau Jawa yang diasakan pada tahun 1292 sebelum kedua-duanya bersaing mengusai rantau Nusantara.
Penemuan yang diperakukan oleh 9 penyelidik tempatan yang dilantik kerajaan negeri Melaka sekaligus menolak tarikh yang diumumkan sebelum ini iaitu tahun 1278. “Setakat ini mereka yakin bahawa tarikh kerajaan Melayu Melaka diasaskan ialah pada tahun 1262 iaitu 138 tahun lebih awal tetapi jika ada pihak lain yang menemui bukti baru, sila berikan bukti,” demikian kata Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menerusi akhbar kosmo selepas merasmikan Seminar Tahun Pengasasan Kerajaan Melayu Melaka di Melaka.
April lalu, sekumpulan penyelidik merumuskan sejarah penubuhan kerajaan Melayu Melaka diasaskan pada tahun 1278 tetapi kali ini tarikhnya berubah kepada lebih awal iaitu 1262 dan bukannya pada tahun 1400 yang menjadi sumber rujukan selama ini.
“Keputusan ini diputuskan oleh sepasukan penyelidik yang dilantik kerajaan negeri menerusi kerjasama Institut Sejarah dan Patriotisme Malaysia (IKSEP). Setakat ini keputusan adalah muktamad ekoran hasil kajian penyelidik sejak tahun 2009 yang sepakat menolak pendapat penulis-penulis terdahulu.
Tarikh 1400 dan 1278 yang dikemukakan tidak mempunyai ciri fakta yang kukuh sebagai tahun sebenar penubuhan kerajaan Melayu Melaka kerana tahun itu diperolehi daripada andaian dan tujuan penulisan berdasarkan sumber-sumber yang ada,” menurut Datuk Mohd. Ali Rustam lagi.
Berdasarkan tulisan Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) versi Raja Bongsu, kerajaan Melayu Melaka telah diasaskan pada 660 Hijrah bersamaan tahun 1262. Ini secara langsung menolak kesepakatan sarjana Barat sebelum ini termasuk dari Portugal kerana bukan berdasarkan fakta sejarah. Fakta Barat diambil dari Suma Oriental yang ditulis oleh Tom Pires pada tahun 1512-1515 hanya berdasarkan pengumpulan maklumat menggunakan kaedah dengar cakap.
Menurut Datuk Mohd. Ali Rustam, keputusan yang diperolehi akan dimasukkan ke dalam jurnal tempatan dan antarabangsa. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik adalah berdasarkan sumber bertulis, artifak dan lisan serta penyelidikan yang dijalankan di Malaysia dan di Indonesia. Antara tempat yang dilawati penyelidik termasuklah Kepulauan Riau, Pulau Penyengat, Pulau Singkep, Pulau Lingga, Sumatera Selatan iaitu di Jambi dan Palembang serta Padang dan Batu Sangkar di Sumatera Barat.
Menurut Pakar Sejarah, Prof Emiratus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim, penemuan tarikh baru ini tidak boleh dianggap muktamad kerana sejarah memang selalu dikaji semula setiap kali terdapat penemuan baru. Ia tidak boleh bergantung pada sumber di dalam negara sahaja kerana ia melibatkan sumber-sumber negara lain yang terlibat,” kata beliau lagi.
Sumber: berita Kosmo. Nuzulsham Shamssuddin.
http://resam-melayu.com
Monday, December 6, 2010
Lukisan dari Steve Hank-Menakjubkan
Online Forex Senjata Kekayaan Terhebat Dunia?
MINAT penulis yang suka mengembara ke luar negara memerlukan setiap wang perbelanjaan perlu ditukarkan dengan mata wang negara yang ingin dilawati.
Banyak kaunter menyediakan khidmat pertukaran wang asing namun ia boleh mengelirukan berikutan masing-masing menawarkan kadar jualan berbeza.
Ternyata bukan mudah untuk mendapatkan nilai jualan yang menguntungkan pengembara berikutan kadar mata wang asing sentiasa berubah pada setiap masa.
Dalam kekusutan menyelubungi fikiran penulis itu mengingatkan kepada penceritaan seorang rakan, Adam mengenai perihal mata wang asing yang lebih merumitkan.
Adam sebelum ini pernah menghadiri satu taklimat yang menawarkan program latihan mengenai pelaburan dalam tukaran wang asing dalam talian.
Topik perbualan itu berjaya mengalihkan perhatian penulis apabila serta-merta bertanyakan tentang kehebatan pelaburan yang dikenali sebagai Online Forex itu.
“Aku tak melabur pun. Sekadar datang ke taklimat itu sebab nak tahu apa sebenarnya apa itu Online Forex yang ramai kata boleh cepat jadi kaya.
“Dengar cerita, syarikat tu dah tidak beroperasi lagi apabila banyak cerita keluar dalam akhbar tentang skim urus niaga mata wang asing secara haram,” katanya.
Adam menyambung cerita kepada penulis berkata, fungsi Online Forex itu menyamai dengan operasi yang dilakukan aktiviti pertukaran mata wang.
Perbezaannya apabila mata wang ringgit Malaysia dan mata wang negara lain menunjukkan komisen yang bakal diperoleh si pedagang.
Online Forex tidak dilakukan secara fizikal dan semuanya melalui operasi secara maya dan operasinya lebih besar sama ada berkaitan dengan risiko, untung atau rugi.
Tidak sah di Malaysia
Penulis difahamkan Online Forex merupakan pemasaran kewangan terbesar di dunia dengan nilai dagangan AS$4 trilion sehari atau kira-kira RM12.61 trilion.
Nilai tersebut begitu besar sekali gus menjawab mengenai kehebatan pelaburan yang jauh lebih menarik daripada skim cepat kaya.
“Menarik, tapi kenapa kau tak melabur dalam Online Forex?” soal penulis kerana Adam seolah-oleh terlepas lubuk emas di hadapan mata.
“Aku tak ada duit masa tu. Tapi kawan aku, Shah ada join. Berjam-jam duduk di hadapan komputer. Tapi dalam masa dua hari sahaja keuntungan yang dia dapat berganda lebih 100 peratus.
“Mula-mula dia laburkan sebanyak AS$1,000 (RM3,170) tetapi 48 jam terus melonjak kepada untung AS$3,450 (RM10,876).
“Aku macam tak percaya bila dia dapat duit sebanyak itu dalam masa dua hari saja, jumlah yang menyamai gaji tiga bulan,” katanya.
Bagaimanapun Adam berkata, ia tidak sah untuk beroperasi di Malaysia kerana Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mengiktiraf aktiviti perdagangan itu di negara ini.
Jelasnya, setiap operasi Online Forex memerlukan server dan broker. Jika server tersebut dibawa masuk ke Malaysia maka ia akan ‘terikat’ dengan pengawasan BNM.
“Online Forex ibarat aktiviti dagangan di luar negara tetapi operasinya seolah-olah dijalankan di Malaysia,” katanya.
Selagi seseorang itu dihubungkan dengan kemudahan internet maka dia boleh melakukan transaksi pelaburan maya itu di mana-mana pada bila-bila masa.
Penting pilih broker terbaik
Difahamkan, terdapat beribu-ribu broker di dunia bagi Online Forex mempunyai server tersendiri yang dihubungkan kepada akses internet dan antara bank.
“Broker ada beribu, kita boleh pilih mana-mana broker yang kita hendak. Dengan dunia tanpa sempadan ini membolehkan masing-masing memilih yang terbaik.
“Online Forex sememangnya tidak menggunakan wang orang lain untuk didagangkan bagi mendapatkan pulangan. Ramai yang salah faham,” kata Adam.
Jelasnya, mereka yang berminat untuk menyertai Online Forex memerlukan pengetahuan asas mengenai perdagangan tukaran asing secara berperingkat.
Ini termasuk kepada pilihan broker terbaik yang diiktiraf bagi memastikan ia benar-benar tulen dan berkeupayaan untuk memberikan sokongan kepada dagangan.
Ketulenannya boleh dikenal pasti menerusi portal kewangan seperti Penguatkuasa Khidmat Kewangan (FSA), Pertubuhan Masa Depan Nasional (NFA) dan Pertubuhan Rakan Pasaran Kewangan Rusia (RAFMM).
“Selepas itu barulah seseorang itu boleh melaburkan sejumlah wang untuk diperdagangkan bagi mendapat keuntungan berlipat ganda,” katanya lagi.
Adam berkata, pedagang kemudiannya dinasihatkan untuk menghubungi sokongan kepada broker di Malaysia yang berkhidmat sebagai perunding bagi Online Forex.
“Difahamkan terdapat ratusan penyokong broker luar negara yang menjalankan kursus bimbingan. Taklimat yang aku pergi tu mungkin salah satu antaranya,” katanya.
Penulis membayangkan mungkin pedagang perlu melaburkan sejumlah wang besar untuk menjadi kaya seperti yang banyak dilaporkan di dalam blog.
Cuba membuat carian berdasarkan perkataan Forex, pasti banyak senarai laman web dan blog yang menawarkan khidmat perguruan bagi mendalami ilmu Online Forex.
Namun apa yang diberitahu kepada penulis, tiada nilai dagangan tetap atau pulangan apatah lagi mewajibkan penambahan modal sepanjang urus niaga didagangkan.
Adam menjelaskan bahawa setiap dagangan diuruskan oleh pedagang itu bagi mendapatkan keuntungan serta bersedia menanggung segala risiko dan kerugian.
“Tiada paksaan dalam perdagangan elektronik ini sama ada melibatkan panggilan margin atau penambahan modal bagi mengaktifkan kelancaran dagangan.
“Ini kerana nilai modal yang boleh didagangkan adalah serendah AS$5 berbanding segelintir sindiket yang menetapkan syarat berjumlah ribuan dolar,” katanya.
Penipuan dan penganiayaan yang berlaku sebenarnya telah ‘merosakkan’ industri Online Forex itu sehingga menjejaskan keyakinan para pedagang.
Justeru, mereka perlu rajin membuat kajian bagi mendalami selok-belok ‘permainan’ Online Forex bagi memudahkannya menganalisis pasaran bagi mengelakkan daripada ditipu.
Tiada untung luar biasa
Adam berkata, belajar mengambil masa dan bukan boleh difahami dalam masa sehari atau dua hari kerana orang yang berpengalaman pun masih belajar mengenainya.
“Kejayaan Online Forex yang dicanang dalam blog? Sesiapa pun boleh mengiktirafkan dirinya sendiri boleh menjanjikan keuntungan luar biasa. Itu katanya.
“Mereka yang berlagak hero boleh tunjukkan bukti hasil keuntungannya berdasarkan paparan dagangan tetapi tidak pula diberitahu berapa banyak kerugiannya.
“Paparan dagangan yang menunjukkan keuntungan sebagai bukti kekayaan itu pula belum tentu milik dia, berkemungkinan kepunyaan orang lain,” katanya.
Adam menambah, hero itu sebenarnya mengharapkan orang lain akan terpengaruh dengan kata-katanya dan kemudian datang menuntut ilmu Online Forex.
“Selepas itu, dia akan mengambil kesempatan dengan mengenakan caj tinggi kepada peserta, itulah keuntungan yang dia dapat,” katanya.
Bagaimanapun tidak dinafikan Online Forex memerlukan pengetahuan dan kemahiran mengenainya, pasaran serta risiko dagangan pada peringkat permulaan.
Selepas itu pula menyusuri fasa seterusnya dengan mendalami tentang bagaimana untuk melakukan dagangan, mendapatkan keuntungan dan menganalisis pasaran.
Adakah mereka yang terlibat dalam Online Forex perlu ada asas pengetahuan dalam pasaran atau mereka yang terdiri daripada golongan profesional sahaja?
“Tidak. Sesiapapun boleh terlibat tidak kira apa jenis pekerjaan atau latar belakang sekalipun kerana keutamaan adalah pengetahuan. Petani juga boleh buat.
“Yang penting adalah kemahuan, ada masa untuk belajar dan melakukan dagangan serta modal untuk diperdagangkan,” katanya.
Adam berkata, dia dan peserta taklimat lain dipesan berkali-kali oleh penganjur bahawa Online Forex bukan satu skim cepat kaya kerana ia tidak menjanjikan pulangan lumayan semata-mata kerana risiko dan rugi tetap ada.
“Ramai yang melihat ia sebagai lubuk duit namun harus diingatkan takkan dengan modal hanya RM100 tetapi mahu dapat untung RM100 juta?
“Semuanya dalam Online Forex masih berasaskan logik, jika nak dapat RM100 juta sudah tentu kena laburkan RM10 juta. Tiada keuntungan luar biasa,” katanya.
Sumber: MStar Online
Friday, December 3, 2010
Kelebihan Merantau - Imam Syafie
سافر تجد عوضاً عمَّن تفارقهُ وَانْصِبْ فَإنَّ لَذِيذَ الْعَيْشِ فِي النَّصَبِ
إني رأيتُ وقوفَ الماء يفسدهُ إِنْ سَاحَ طَابَ وَإنْ لَمْ يَجْرِ لَمْ يَطِبِ
والأسدُ لولا فراقُ الأرض ما افترست والسَّهمُ لولا فراقُ القوسِ لم يصب
والشمس لو وقفت في الفلكِ دائمة ً لَمَلَّهَا النَّاسُ مِنْ عُجْمٍ وَمِنَ عَرَبِ
والتَّبْرَ كالتُّرْبَ مُلْقَى ً في أَمَاكِنِهِ والعودُ في أرضه نوعً من الحطب
فإن تغرَّب هذا عزَّ مطلبهُ وإنْ تَغَرَّبَ ذَاكَ عَزَّ كالذَّهَبِ
Pergilah bermusafir, pasti kamu akan mendapat ganti apa yang kau tinggalkan dan bersusah payahlah kerana sesungguhnya lazatnya hidup itu apabila bersusah payah.
Sesungguhnya kulihat berhentinya mengalir air itu akan merosakkannya, sebaliknya bening dan segar ia jika terus mengalir.
Singa tak akan mendapat mangsanya kalau ia hanya tetap di gubuknya dan anak panah tak akan mengenai sasarannya kalau tak lepas dari busurnya
Matahari, andaikan tetap tersangkut di dada langit, tentulah jemu kepadanya oleh orang Arab maupun Ajam.
Jika seseorang ini tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia dapatannya dan jika seseorang itu tinggalkan tempatnya akan menjadi mulia seperti emas.
Thursday, December 2, 2010
Al-Falaq
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Saturday, November 27, 2010
Kelebihan Surah Al-Fatiha
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)
Kelebihan Surah Al-Fatiha
Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan 'Ummul Quran" (yang bermaksud induk Al-Quran) atau "Ummul Kitab" ( yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.
Antara Hadis Rasulullah S.A.W. yang memperkatakan tentang Fadhilat Al-Quran ialah:
- "Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar dari racun."
- "Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan "amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."
- "Barangsiapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah Al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya ia memperolehi ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah."
- "Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta ia mendapat banyak kebajikan di rumahnya."
- Suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W. sedang berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah jalan di kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki sedang membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda: "Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."
Saturday, November 20, 2010
Empayar Benua Islam Siam Kedah: Bahagian 2
“SAYA BERHARAP DENGAN JASA BAIK YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA AGAR MENYERAHKAN NEGARA MALAYSIA PADA SAYA...MENGIKUT HUKUM KHUTBAH WIDA NABI MUHAMMAD”
Kalaulah Pak Najib kita terlalu naif sehinggakan beliau sanggup menyerahkan negara Malaysia pada orang tua dan geng Merong ini, maka seluruh dunia akan gempar, keluar berita utama tu!
Sumber: http: kedahcybersyburi
Thursday, November 18, 2010
Empayar Benua Islam Siam Kedah?
Saya terbaca beberapa buah artikel yang mendakwa wujud sebuah empayar yang bernama Empayar Benua Islam Siam Kedah. Mereka telah menafikan kewujudan empayar Melaka yang ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1400 (jika dirujuk buku teks sekolah pada hari ini). Mereka mengatakan bahawa Melaka hanyalah sebuah kerajaan yang diperintah oleh raja daerah. Kebanyakan hujah mereka adalah berdasarkan kepada "Buku Undang-Undang Kedah". Cubalah baca antara catatan yang dimuatkan oleh salah satu daripada blogger yang menyokong teori tersebut. Nyatakan pendirian anda.
Peta di atas didakwa "Empayar Benua Islam Siam Kedah"
..........................................................................................
Berikut adalah salah satu artikel dari blog resam Melayu
Semua pernah membaca sejarah Melaka. Paling tidaknya mengetahui sejarah Melaka diajar di sekolah. Buku sejarah nyata menyebut Melaka dibuka oleh Parameswara pada tahun 1400. Bukti sejarah awal Melayu di utara (Kedah Siam), telah ada kerajaan atau empayar Melayu berkembang di sana dan jajahannya meluas ke Nusantara termasuk Acheh dan Semenanjung Tanah Melayu (disebut Melaka).
great monggol 1744
Empayar Benua Islam Siam Kedah
Sejarah Melaka dipengaruhi oleh catatan Munshi Abdullah, ketika Farquhar dan Standard Raffles bertuan di Melaka. Inggeris hanya datang ke Melaka selepas Portugis dan Belanda, sedangkan cerita tentang Melaka (Semenanjung Tanah Melayu) sudah dicatat lebih awal dalam Manuskrip Melayu Lama – Buku Undang-Undang Kedah. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa Kerajaan Benua Siam Islam Kedah telah bertapak lebih dahulu dari Empayar Melaka.
Tidak keterlaluan jika dikatakan asal-usal raja Melayu juga datang dari Kerajaan Benua Siam Islam Kedah. Mereka melaksanakan adat istiadat Melayu yang diterima pakai dari Siam. Ini ada disebut dalam buku Undang-Undang Kedah. Parameswara Melaka (1424-1448) juga disebut sebagai Marhum Naga. Marhum Naga ialah almarhum Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III. Baginda dikenali sebagai Rama Tibodi II dalam sejarah Thailand.
Sultan Muhammad Shah bukan sahaja Sultan Nagara Kedah, malah baginda juga memerintah Melaka bermula dari tahun 1201 lagi, ketika Melaka termasuk dalam jajahan Kerajaan Benua Islam Siam Kedah. Sedangkan Parameswara hanya disebut sekitar tahun 1424. Sejarah Melaka adalah sama namun tahunnya berbeza jika dibandingkan antara Buku Undang-Undang Kedah dan Sejarah Melaka. Penemuan syiling emas/perak di Langkawi yang tertera perkataan ‘Muhammad Syah, Al-Sultan Al-Qadah’ bersama-sama tembikar di Langkawi menguatkan bukti bahawa Kerajaan Maharaja Benua Islam Nagara Kedah telah lama wujud sebelum Melaka.
Pokoknya, kenapa buku teks sejarah Melayu kita tidak selari dengan sejarah asal benua Islam Kedah? Kemungkinan, manuskrip Melayu lama baru dipulangkan oleh Inggeris kepada kerajaan Malaysia pada tahun 2003 (tak silap saya), setelah Inggeris merampas manuskrip tersebut ketika peperangan Kota Beruas dahulu. Buku Undang-Undang Kedah adalah dari manuskrip Melayu lama tersebut yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Bagaimana pula bukti yang menunjukkan pengaruh Siam dalam adat istiadat Melayu? Juga nama-nama tempat di Malaysia seperti Lukut dan Se rem ban di Negeri Sembilan yang bermakna lombong bijih dan beli rumah kampung. Bagaimana pula teori Hang Tuah, pahlawan Melaka yang hebat itu? Teori mengatakan Hang Tuah itu pahlawan bangsa Cina? Hang Tu ah dari makna Siam ialah laksamana berani (jadi) ketua. Cuba anda pikirkan! Bukan setakat sejarah Melaka yang terpesong, banyak lagi sejarah Melayu kita yang harus dikaji kembali agar bangsa Melayu kenal bangsa dan sejarah tamadun bangsa sendiri.
Ulasan
Di antara penghujung abad ke 13 dan pertengahan abad ke 14, terdapat 2 (dua) orang pengembara dari Itali (Venice) dan seorang lagi dari Timur Tengah / Moroko, iaitu masing-masing Marco Polo (1290-an), Odoricus Boemus de Foro (1320-an) dan Ibnu Battutah (1344-1345) yang melakukan pelayaran dari dan ke China melewati Selat Melaka. Dalam laporan mereka, mereka telah singgah di beberapa tempat di Sumatera, seperti Malaiur (Melayu / Zabag), Lamuri, Samudera Pasai, Barus dan sebagainya. Ketiga-tiganya sama sekali tidak menyebutkankan Melaka maupun Kedah. Ibnu Battutah hanya menyebutkan beliau telah singgah di pantai Timur Semenanjung tanpa menspesifikasi nama bandarnya (kemungkinan di pantai Timur belum ada bandar-bandar yang besar, hanya masih berupa kampung nelayan saja. Dari ketiga laporan pengembara tersebut boleh disimpulkan bahawa Melaka belum wujud / baru berupa kampung nelayan.
Seharusnya mitos tidak dicampur-adukkan dalam penulisan sejarah. Apakah benar Kedah (Kerajaan Benua Siam Islam Kedah) telah menjadi sultanat Islam pada penghujung abad ke 12 dan telah menguasai Melaka pada tahun 1201 ? Dari mana datangnya angka 1201 tersebut? Apakah buku Undang Kedah tersebut cukup sahih dan "reliable" untuk dijadikan dasar pengkajian sejarah ? Mengapa data dalam Undang Kedah berkenaan tidak di-”crosscheck ” atau dibuat ujian kesahan selari (con-current validity) dengan Sejarah kerajaan Sukothai / Ayuthaya atau Pattani ? Sejak bila pula orang-orang Siam dapat menembusi ke Semenanjung ? Catatan : Kerajaan Sukothai (yang beragama Buddha ) saja baru didirikan / ditubuhkan tahun 1238 dan diperlukan waktu yang lama puluhan tahun untuk mereka sampai ke Semenanjung. Islamisasi Pattani (Jiran Kedah) baru mulai pada akhir abad ke 13 / awal abad ke 14 yang bermula disyiarkan oleh orang-orang Pasai (dari kerajaan Islam pertama di Nusantara). Jadi, apa yang dimaksud dengan Kearajaan Benua Islam Siam Kedah ? Dari mana datangnya orang-orang Siam Islam tersebut?
Friday, November 12, 2010
Hukum Hudud dari Manuskrip Undang-undang Kedah
"Adapun akil baligh membunuh seorang Islam dengan sahajanya, laki-laki atau perempuan atau besar, maka yang membunuh itu pun dibunuh pula hukumnya. Tiada harus Islam membunuh sebab membunuh kafir, tiada harus merdeheka dibunuh sebab abdi, tiada harus dibunuh bapa sebab membunuh anaknya. --ms85
Sebermula hukum zina dengan ikrar atau dengan empat orang saksi laki-laki yang merdeheka melihat orang zina itu seperti jolok-jolok masuk celah kangkang. Adapun dua orang saksi berkata Islam melihat dia zina itu pada suatu penjuru lain, maka tiada sabit hukum zina, hendaklah kata empat saksi maka sabit hukum zina itu --ms86
Fasal pada menyatakan hukum bermaki-maki orang dengan maki haram zadah. Jika seorang bermaki seorang maka mungkar yang memaki daripada tiada saksi maka didera delapan puluh kali orang yang memaki...itulah hukumnya --ms86"
Akan kebesaran kadi itu tatkala menjatuhkan hukum Allah taala. Jika raja menteri pun turut katanya dan kebesaran Maharaja Jalil itu dalam barang suatu perintah, jika anak raja atau menteri pun bersalah daripada adat berjumpa di dalam lawang dibunuhnya, tiadalah suatu kata lagi, mati sahaja --ms39
Adapun zaman Sayidina Ali wa Maulana Paduka Sultan Muhammad Syah di Melaka Johan berdaulat zilullahu fil'alam Adamamallahu taala pada masa baginda menitahkan hukum ini datanglah sekarang ini turun temurun kepada anak cucunya baginda pun kabullah hukum ini tiada lagi bersalahan, semuanya mengikut --ms87
...hubaya-hubaya diturut hukum ini yang tertulis di dalam kertas ini kerana hukum di bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah yang kerajaan dalam negeri Melaka supaya selamat sempurna kepada negeri yang takluk dan berkasih-kasihan dengan negeri itu, iaitu pada segala Islam yang dilaut dan didarat, wallahualam --88
Dan ini juga menunjukkan bahawa Yahudi dan Nasrani adalah tertakluk dibawah undang-undang syariat DYMM Benua Siam-Kedah. Tiada pilih kasih walaupun mereka menjadi Islam mahupun bersahabat dengan seorang Islam dibumi ini.