Monday, September 29, 2025

Meremang Bulu Roma…” Bila Radio Jepun Mainkan Lagu Isabella

“Meremang Bulu Roma…” Bila Radio Jepun Mainkan Lagu Isabella

Bayangkan tengah chill dalam kereta kat Jepun, tiba-tiba radio TokyoFM pasang lagu Isabella dari kumpulan Search. Fuhh, memang lain macam rasa dia — terus meremang bulu roma beb!

Kisah ni jadi viral lepas seorang rakyat Malaysia yang dah duduk kat Jepun hampir tiga tahun, share video kat TikTok bila dia terdengar lagu keramat tu diputarkan kat sana. Bukan setakat pasang lagu je, DJ radio tu siap explain lagi maksud lirik Isabella. Katanya lagu ni kisah cinta dua insan yang terhalang sebab beza latar hidup, macam cerita Romeo & Juliet versi Malaysia gitu.

“First time dalam tiga tahun duduk Jepun dengar lagu Malaysia masuk radio, terus merinding,” tulis lelaki tu dalam caption TikTok.


Bangga Lagu Malaysia Sampai Ke Jepun

Dekat ruang komen, ramai rakyat Malaysia teruja dan bangga. Ada yang siap share pengalaman sendiri bila dengar lagu Melayu diputarkan kat luar negara.

Seorang netizen cakap dulu masa awal 2000-an, dia pernah dengar Sinaran nyanyian Sheila Majid diputarkan kat TokyoFM. Katanya tersenyum sorang-sorang dalam pejabat bila dengar lagu tu.

Ada jugak yang cerita dia pernah dengar lagu Melayu diputarkan kat Kanada. Nampaknya memang betul, lagu-lagu kita bukan setakat berhantu kat Malaysia je, tapi dah merentas sempadan dunia.


Pendek kata, walaupun dah berpuluh tahun, lagu macam Isabella ni tetap hidup dan terus buat orang meremang bulu roma — bukan je kat Malaysia, tapi sampai ke Jepun sekali.



No comments: