Thursday, May 31, 2012
Dastar Balung Raja (Sultan Selangor)
Labels:
Pengetahuan am,
Sejarah
Wednesday, May 30, 2012
DASTAR SULTAN PERAK: TENGKOLOK AYAM PATAH KEPAK
Labels:
Pengetahuan am,
Sejarah
Tuesday, May 29, 2012
Sultan dan Temenggung Johor
Labels:
Sejarah
'The Unmaking of Malaysia
Sebuah buku yang baru diterbitkan, yang menceritakan
peristiwa-peristiwa 'di belakang tabir' mengenai dunia perniagaan
jutawan Tan Sri Vincent Tan, tidak dijual di rangkaian kedai buku Borders yang dikuasai oleh ahli perniagaan tersebut.
Buku dalam bahasa Inggeris bertajuk 'The Unmaking of Malaysia' itu
ditulis oleh bekas Pengurus Besar Bernama, Ahmad Mustapha Hassan (foto)
- seorang bekas aktivis pelajar, kakitangan awam, aktivis politik dan
diplomat.
Di samping fokus tentang politik Umno, buku itu juga turut
menceritakan bagaimana Vincent Tan menubuhkan syarikat Sports Toto (M)
Sdn Bhd dalam tahun 1980-an.
Ketika dihubungi Malaysiakini, Ahmad Mustapha (foto) berkata beliau telah dimaklum oleh penerbit bukunya bahawa rangkaian kedai buku Borders tidak akan menjual bukunya.
"Nampaknya, saya telah menulis mengenai perkara-perkara tertentu yang tidak bagus untuk Vincent Tan (foto)," katanya.
Kedai Borders di The Berjaya Times Square pula memberitahu, pihaknya 'sudah kehabisan bekalan" buku tersebut.
Ahmad Mustapha berkata, Borders telah membuat menempah
bukunya, tetapi dipercayai, satu pekeliling dalaman telah mengarahkan
supaya buku tersebut tidak dipamerkan di rak buku.
Bidang perniagaan Vincent Tan (foto) turut membabitkan bidang hartanah dan media.
Hubungan jadi dingin
Buku setebal 282 muka surat itu turut mengandungi kisah-kisah 'di
belakang tabir' mengenai legasi dua bekas Perdana Menteri - Tun Abdul
Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ahmad Mustapha pernah menjadi setiausaha akhbar kepada Abdul Razak
dan kemudian berkhidmat dengan Dr Mahathir ketika menjadi timbalan
perdana menteri.
Selepas itu, pada 1980, Ahmad Mustapha berkhidmat dengan agensi berita nasional, Bernama sehingga 1987.
Dalam bukunya itu, beliau menggambarkan Tun Abdul Razak sebagai seorang yang rendah diri dan mengambil berat terhadap rakyat.
Manakala
Dr Mahathir pula, digambarkan oleh Ahmad Mustapha, sebagai seorang yang
terburu-buru 'yang menyemai benih kebencian dan perpecahan' di kalangan
orang Melayu dan seorang yang 'yang tidak mempedulikan aturan dan
peraturan'.
Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pula digambarkan
sebagai seorang yang berusaha untuk mengembalikan legasi Tun Razak dalam
usaha membasmikan kemiskinan rakyat.
Buku itu juga mengandungi bab-bab mengenai kapitalisme di Malaysia di
mana Ahmad Mustapha menceritakan secara terperinci pertemuannya dengan
Vincent Tan dan seorang lagi jutawan, Tan Sri T Ananda Krishnan.
Ahmad Mustapha berkata, beliau telah memperkenalkan Tan kepada Dr Mahathir dalam satu lawatan ke Rome pada 1984.
"Saya telah menasihatkan beliau mengenai pendekatan dan kandungan
cadangannya untuk mengswastakan Sports Toto. Cadangan tersebut bertujuan
untuk memastikan operasi syarikat itu lebih cekap dan menguntungkan,"
tulisnya.
Selepas berkhidmat dengan Bernama, beliau menyertai Berjaya Textiles
Bhd - salah sebuah syarikat milik Vincent Tan - tetapi hubungan mereka
bertukar menjadi dingin yang menurut Ahmad Mustapha kerana jutawan itu
tidak menunaikan beberapa janjinya kepada beliau.
Buku tersebut akan dilancarkan pada 14 November ini di Kelab Diraja
Selangor oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, yang
bersama Team B menentang Team A pimpinan Dr Mahathir pada 1987. Abdullah
juga bersama dengan Team B.
Labels:
Ulasan Buku
Sunday, May 27, 2012
Ini 'Wasatiyyah' Atau 'Wa Tala Kisah' : Himpunan 2 juta Belia
Kejahilan generasi muda terhadap Islam
Sumber: Blog Na'im Nikmt
Labels:
Renungan
Friday, May 25, 2012
TURKI : PENDIDIKAN PERCUMA
Labels:
Pendidikan,
Politik
Politik di Malaysia: Masih tidak matang.
Labels:
Politik
Thursday, May 24, 2012
Malaysian Maverick: "Buku dalam tahanan" laris di Singapura
Buku tulisan Barry Wain, Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times
yang kini masih dalam "tahanan" Kementerian Dalam Negeri, muncul
sebagai buku laris di Singapura, menyebabkan pengedarnya terpaksa
menempah seribu naskah tambahan dari luar negara.
Selain
dakwaan bahawa puluhan bilion ringgit Malaysia "terjatuh" ke dalam
lubang hitam semasa zaman pemerintahan Mahathir Mohamad, buku ini
menyarat beberapa cerita yang tidak diketahui umum.
Setelah menghubungi kedai buku berangkai di Singapura pada hari ini, MerdekaReview
mendapati bahawa buku ini telah habis stoknya di kedai-kedai buku
berangkai yang utama, melainkan Kinokuniya yang terletak di Takashimaya.
Kedai buku Prologue yang terletak di pusat beli belah ION, Orchard Road memberitahu wartawan MerdekaReview melalui telefon, bahawa buku berjudul Malaysian Maverick yang
dibeli oleh kedainya telah habis dijual dalam tempoh dua minggu.
Mereka telah membuat tempahan kedua, yang belum sampai stoknya. Mereka
mempercayai bahawa penerbit buku kini sedang menambah cetakannya.
Kedai
buku berangkai seperti MPH, Borders pula telah habis stoknya.
Satu-satunya kedai buku berangkai di Singapura yang masih ada stok
sekarang adalah Kinokuniya. Bagaimanapun, kedai ini enggan memaklumkan
jumlah jualan Malaysian Maverick atas alasan "maklumat sulit komersial".
Pengedar: Menambah tempahan 1,000 naskah
Menurut statistik daripada pengedar buku, Palgrave Macmillan, sejumlah 1,700 naskah buku berjudul Malaysian Maverick
diedarkan di Singapura. Menurut respon daripada kedai buku di "akar
umbi", stok buku ini telah habis dijual, maka mereka mengambil keputusan
untuk menambah tempahan sebanyak 1,000 naskah. Namun demikian,
disebabkan stok ini dihantar dengan pengangkutan laut, maka ia perlu
menunggu sehingga Februari untuk diedarkan ke pasaran.
Pada hakikatnya, sejumlah 800 naskah Malaysian Maverick telah
tiba di kastam Malaysia pada awal Disember 2009. Namun, buku baru ini
"ditahan" kesemuanya oleh kastam atas alasan untuk diperiksa KDN. Buku
ini masih dalam "tahanan" di pejabat Pelabuhan Klang, dan gagal masuk ke
pasaran buku Malaysia.
Barry Wain adalah editor The Wall Street Journal, kini sebagai pengkaji di Institute of Southeast Asian Studies. Dalam buku setebal 363 muka surat ini, Barry Wain telah mengulas pentadbiran PM keempat, Mahathir Mohamad selama 22 tahun.
Selain
itu, Barry Wain juga mengulas pengalaman Mahathir dalam pengajian, dan
pengalamannya ketika berkecimpung dalam politik dalam bab kedua. Selain
daripada maklumat yang dikumpulnya, Barry Wain juga menemuramah sahabat
Mahathir, termasuk Allahyarham Tunku Abdullah Tunku Abdul Rahman.
Walau
bagaimanapun, Mahathir pernah menafikan apa yang ditulis oleh Barry
Wain, setelah isu ini menjadi kontroversi. Malah, Mahathir mencabar KDN
untuk memberi laluan agar buku ini diedarkan di pasaran, supaya beliau
boleh menyaman penulisnya, dan beberapa orang lain yang "memfitnah"
beliau, lantas membersihkan nama untuk dirinya.【Baca blog Mahathir: MALAYSIAN MAVERICK】
Mahathir
muncul sebagai ahli parlimen buat kali pertama pada tahun 1964. Beliau
tinggal di rumah Tunku Abdullah semasa parlimen bersidang. Bekas
putera Negeri Sembilan ini membawa Mahathir untuk berlegar di Royal
Selangor Club, "memujuknya untuk menari dan mimum arak" (persuading him to dance and have a glass of white wine).
Sememangnya,
apa yang menarik adalah skandal yang berlaku ketika zaman pemerintahan
Mahathir (gambar kanan). Di bawah pena Barry Wain, Mahathir jelas
"cakap tak serupa bikin". Beliau melaungkan slogan "bersih, cekap dan
amanah", tetapi pentadbirannya bercanggah dengan apa yang dilaungkannya.
Pada
tahun 1980-an, semasa kejatuhan harga timah di dunia, Mahathir memberi
lampu hijau kepada syarikat "dua ringgit" Maminco Sdn Bhd untuk masuk ke
pasaran, supaya melambungkan harga timah. Ia berakhir dengan
kegagalan. Ketika ditemuramah oleh Barry Wain pada 31 Mac 2008,
Mahathir mengakui bahawa "saya tidak masak dengannya ketika itu, saya
tidak faham."
Malah, skandal Bank Bumiputera lebih membeliakkan mata. Untuk bail out syarikat
yang menjadi lambang perusahaan bumiputera ini, kerajaan telah
menyuntik wang secara langsung dan tidak langsung, sebagai cubaan
untuk membantunya melalui Petronas, tetapi akhirnya gagal.
Menurut Malaysian Maverick,
Bank Bumiputera ini telah menjadi mesin ATM peribadi. Pada tahun 1983,
UMNO telah meminjam RM200 juta daripada Bank Bumiputera, untuk membina
ibu pejabatnya di PWTC. Namun, UMNO tidak mampu untuk menjelaskan
hutang ini. Sehingga Julai 1988, UMNO telah berhutang dengan Bank
Bumiputera sebanyak RM300 juta, termasuk faedahnya. Malah pada tahun
1989, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa Bank Bumiputera berhak untuk
mengambil alih PWTC yang dicagarkan.
Bekas
menteri kewangan, Daim Zainuddin ketika ditemuramah Barry Wain berkata,
UMNO akhirnya mencapai muafakat dengan Bank Bumiputera untuk membayar
pampasan RM126 juta.
Bab keenam yang
bertajuk, "Skandal, Skandal apa?", menyatakan bahawa tiga juta ringgit
hanyalah sebahagian kecil daripada keseluruhannya. Menurut Malaysian Maverick, skandal
seterusnya membawa jumlah kepada puluhan bilion ringgit, dan mendakwa
bahawa negara mungkin rebah kalau bukan disokong cukai dari Petronas.
Sumber: MerdekaReview
Labels:
Politik
Mayat Tak Diterima Bumi Di Pahang
Kisah ini berlaku di sebuah perkampungan kecil di Pahang pada tahun
1973.Ia nya diceritakan oleh Salleh kepada penulis untuk pedoman semua
pembaca budiman.
Kisah berlaku di sebuah Pekan yang bernama Kampung Pulau Tawar, Jerantut .Seorang lelaki yang bernama Omar (nama sebenar dirahsiakan bagi menjaga nama baik keluarga tersebut). Omar adalah seorang bomoh di kampung tersebut.
Beliau merupakan seorang bomoh yang agak disegani oleh kerana setiap kali apabila beliau mengubati setiap penyakit yang pelik, beliau akan berjaya.Satu hari diwaktu senja ada seorang budak melalui rumah Omar budak itu adalah Salleh pencerita kisah ini.
Salleh terdengar seseorang sedang bercakap dalam bahasa yang agak pelik dan tidak pernah didengarinya sebelum ini.Salleh cuba mengintai dari celah lubang dinding yang agak usang. Beliau melihat Omar bercakap mengadap sekeping cermin.
Oleh kerana lubang tersebut agak kecil Salleh tidak nampak keseluruhan cermin tersebut. Salleh cuba mencari lubang yang agak besar. Akhirnya dia menjumpai lubang yang lebih besar. Melalui lubang tersebut, Saleh dapat melihat bayangan pada cermin tersebut bukanlah Omar tetapi sekujur tubuh yang sungguh ngeri wajahnya.
Matanya kelihatan tersembul dan pipinya kelihatan berlubang. Tubuh makhluk itu dibaluti oleh kain putih yang berwarna coklat seperti warna tanah. Tiba-tiba Salleh melihat mahkluk itu seperti memandang kearahnya. Bulu romanya meremang. Tanpa membuang masa Salleh terus melarikan diri.
Sampai saja dirumah beliau terus menemui bapanya dan menceritakan kepada bapanya.Bapanya sekadar tersenyum seraya memberitahu ramai orang kampung sudah lama mengetahui perihal Omar. Bapanya mengatakan bahawa Omar menggunakan hantu peliharaannya untuk merasuk orang dan apabila orang tersebut sakit beliau akan datang dan mengubati orang tersebut.
Dengan cara ini beliau akan lebih mendapat duit dan orang kampung akan menghormatinya. Mereka hanya menunggu masa untuk membuktikan pada orang kampung.Pada malam tersebut Salleh berasa seperti tidak sedap badan, tubuhya seperti merasa lemah. Mungkin kerana terkejutkan peristiwa yang dilihatnya tadi membuatkan dia rasa begitu.
Selepas makan malam, Salleh terus masuk tidur. Apabila dia cuba hendak melelapkan mata dia terbau seperti bau bangkai di dalam biliknya. Dia cuba membuka matanya tetapi kelopak matanya berasa amat berat sekali.
Salleh cuba menjerit untuk memanggil bapanya tapi suara tersekat dikerongkong sahaja. Dia cuba membaca ayat suci yang diingatinya.Akhirnya beliau berjaya juga menjerit memanggil bapanya, Sebelum jatuh pengsan.
Apabila Salleh membuka matanya didapati rumahnya penuh dengan orang dan mendengar orang menyebut nama Omar. Dia memandang ke arah bapanya yang sedang menghampirinya sambil tersenyum dan meminta dirinya supaya bertenang kerana segalanya telah berakhir. Dia kembali terlelap.
Pagi besoknya apabila dia tersedar Salleh melihat bapanya berjalan diiringi ibunya dengan pakaian seperti orang ingin ke masjid. Dia bertanya bapanya apa yang berlaku. Bapanya menyuruh salleh bersiap2 utk pergi menziarahi kubur Omar. Salleh terkejut mendengarnya dan penuh dengan persoalan bermain dibenaknya sambil mengorak langkah kebilik mandi.
Sesampainya di tanah perkuburan Salleh melihat orang sedang menggali kubur. Tiba-tiba dia tedengar orang didalam lubang bertempik apa ni!!! Salleh berlari untuk melihat dengan lebih dekat tetapi dihalang oleh bapanya.Salleh melihat beberapa orang dewasa seperti mengangkat sesuatu yang berat dari lubang tersebut.
Sebaik sahaja objek tersebut berjaya dikeluarkan dari lubang tersebut,
Mereka semua terpegun melihat UBI KAYU yang sangat besar.Jadi sesiapa yang ingin beli UBI tersebut bolehlah menghubungi saya di talian bebas tol :
1-800-88-88-88
Kerepek Ubi Pedas - RM 2.00 sebungkus
Kerepek Ubi Masin - RM 2.30 sebungkus
Kerepek Ubi - RM 1.50 sebungkus
Kerepek Ubi Mentah - RM 0.50 sebungkus
Penghantaran akan dibuat kepada kawasan di Lembah Kelang sahaja. Cukai perkhidmatan sebanyak 2% akan dikenakan.
UBI...... UBI... SAPER NAK BELI UBIIIII.. hehehehehe kekeke.. sapa kena... jangan marah... :-)
korang rasa TERKENA? xkn xnk kongsi ngan kekawan?
apa lagi? jom share. baru ADIL samer2 kena hahaha.
admin pom terkena jugak macam korang! best apa hahaha .. [AA]

Lawak
Friday, May 11, 2012
Thursday, May 10, 2012
Wednesday, May 9, 2012
Tuesday, May 8, 2012
Sunday, May 6, 2012
Saturday, May 5, 2012
Thursday, May 3, 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)