Thursday, April 21, 2011

Kisah Wanita Tua Yahudi yang Memeluk Islam

"Ingat lagi kisah seorang wanita tua yang sering menyakiti Rasulullah SAW? Nabi SAW sentiasa bersabar. Akhirnya apabila wanita tua itu sakit, Nabi SAW menziarahi dan merawati wanita tua tadi, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.

Kisah yang seakan sama berlaku pada masa kini di Amerika Syarikat. Diceritakan oleh Suhaib Webb antara beberapa siri ceramah beliau di Youtube.

Suhaib menceritakan seorang Islam dari Sudan menetap di kediaman yang banyak kes jenayah iaitu di Bronx, New York. Jiran warga Sudan tadi ialah seorang wanita tua Yahudi.

Warga Sudan dan isterinya sering menyapa dan memberi makanan kepada jiran Yahudi tadi. Tapi wanita Yahudi tadi mencampakkan segala pemberian dan sering memarahi mereka. Tapi keluarga warga Sudan tadi terus menyantuni jirannya, kerana ini adalah tuntutan Islam dalam hak berjiran.

Pada satu hari wanita Yahudi tadi dirompak, warga Sudan tadi nampak dan menyelamatkan wanita tersebut. Akibat kecederaan wanita tadi terlantar di hospital. Di hospital tiada siapa yang menziarahi, hanya warga Sudan tadi. Namun wanita tadi masih memarahi warga Sudan tadi.

Apabila sihat, wanita tua tadi kembali ke rumah. Warga Sudan tadi masih berbuat baik kepada jirannya walaupun wanita tadi tidak menyukainya.

Akhirnya wanita tua tadi jatuh sakit. Sekali lagi dia terlantar di hospital. Dan sekali lagi tiada sesiapa yang menziarahi warga tua tadi hanya warga Sudan tadi dan isterinya. Lalu wanita tua tadi bertanyalah kepada warga Sudan tadi mengenai Islam, lalu diterangkanlah mengenai Islam, terbukalah pintu hidayah, lalu wanita tua tadi memeluk Islam.

Tiga hari selepas memeluk Islam, wanita tua tadi menemui ajal, menghadap Allah SWT.

Apabila dibacakan wasiat, wanita tua Yahudi tadi telah menyerahkan semua hartanya kepada warga Sudan tadi.

Moral of the story :

Hidayah hanya Allah yang beri kepada sesiapa yang dikehendakki. Kita cuma boleh ketuk pintu hidayah.

Kalau wanita tua Yahudi, yang memaki hamun kita, Islam suruh kita berbuat baik, apa lagi ibu kandung kita sendiri yang beragama Islam, yang sudah tua, yang sentiasa berleter.

Sejarah itu sentiasa berulang.

Siapakah Suhaib Webb ini ? Saya ada tulis sedikit sebelum ini mengenai siapa Suhaib Webb di waghih.blogspot.com

Seorang wanita tua selalu menyakiti Rasulullah SAW dengan meletakkan duri, najis dan lain-lain halangan di jalan yang selalu dilalui oleh Rasulullah SAW. Namun Rasulullah SAW tidak bertindak balas. Pada satu ketika apabila wanita itu sakit, Rasulullah SAW menziarahi dan menunjukkan kasih sayang terhadapnya. Wanita tua itu terharu dengan kebaikan Rasulullah, lantas memeluk Islam di tangan baginda.

Saturday, April 16, 2011

Melayu Pendatang???


“Ia menggambarkan bahawa orang Cina, orang India adalah pendatang. Dan orang Melayu adalah tuan tanah di dalam err... err... Malaysia ini. Kerana sebenarnya, ramainya err... er... Melayu pun adalah datang dari err... luar Malaysia. Yang betul-betul orang asal di sini ialah Orang Asli”

Itulah yang diungkapkan oleh Ahli Parlimen Ultra-Kiasu dari Bukit Mertajam pada 24 Mac 2011 yang lalu semasa dia mengulas mengenai isu novel Interlok. Sama ada dia ini memang buta sejarah dan geografi, atau memang sengaja membutakan mata dan hatinya tentang hakikat wilayah Nusantara ini yang serumpun. Sudahlah nak bercakap bahasa Kebangsaan pun dengan gagap dan tunggang-langgangnya (diingatkan semula si Ultra-Kiasu ini bertaraf Ahli Parlimen!). Penulis tidak berhasrat untuk mengulas panjang tentang apa yang telah diutarakan oleh si Ultra-Kiasu ini. Rasanya artikel terdahulu http://ibnurusydi.blogspot.com/2011/02/melayu-dituduh-pendatang.html telah cukup untuk menghuraikan mengenai perkara tersebut.


Apa yang ingin dikongsikan di sini adalah hakikat mengenai hubungan kekerabatan dan persaudaraan yang telah lama terjalin antara penduduk di wilayah Nusantara ini. Sudah tentu beberapa contoh yang dipaparkan ini adalah sejarah Raja-raja di Nusantara ini, memandangkan golongan Ultra-Kiasu sering memomokkan bahawa Parameswara dan orang Melayu yang mengasaskan Kesultanan Melaka adalah ‘pendatang yang datang dari Indonesia’.




1. Di Acheh, selepas kemangkatan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1637, yang menggantikan baginda sebagai Sultan Acheh adalah menantu baginda iaitu Sultan Iskandar Tsani. Apa yang menariknya, Sultan Iskandar Tsani ini berasal dari semenanjung Tanah Melayu kerana baginda adalah putera Sultan Pahang. Pernah ditanya kepada Sultan Iskandar Tsani ini lebih kurang begini, "Kamu ini orang Pahang atau orang Acheh". Apa jawapan baginda? "Aku orang Melayu". Agak-agaklah kan, boleh tak seorang Ultra-Kiasu berketurunan Sino-Tibetan bukan Islam yang datang dari tanah besar China tiba-tiba diangkat menjadi Sultan di Acheh ini?




2. Di Kalimantan Barat, Kesultanan Sambas didirikan oleh Sultan Muhammad Shafiuddin I yang merupakan anak Sultan Sarawak iaitu Sultan Tengah pada sekitar tahun 1675 Masihi. Sultan Sarawak ini pula adalah anak kepada Sultan Brunei. Mesti pening kepala si Ultra-Kiasu bagaimana pendatang dari Negara Brunei boleh menjadi Raja di Malaysia (Sarawak), dan kemudiannya keturunan pendatang dari Malaysia ini menjadi Raja pula di Indonesia (Sambas).




3. Di selatan pulau Mindanao, Kesultanan Sulu diasaskan oleh seorang ulama Melayu-Arab yang datang dari Negeri Johor iaitu Shari'ful Hashem Syed Abu Bakar pada tahun 1457, sementara Kesultanan Maguindanao juga diasaskan oleh seorang Melayu dari Johor iaitu Shariff Mohammed Kabungsuwan sekitar tahun 1203 hingga 1205. Ye Ultra-Kiasu, ada juga pendatang dari Malaysia yang menjadi Raja di Republik Filipina.




4. Di Sumatera, Sultan Indragiri yang pertama iaitu Raja Kecik Mambang @ Raja Merlang I yang memerintah sekitar tahun 1298 – 1337 merupakan anak kepada Sultan Melaka yang berpusat di semenanjung Tanah Melayu. Pelikkan Ultra-Kiasu, macam mana anak rakyat Malaysia boleh menjadi Raja di Indonesia pula?




5. Di selatan segenting Kra, bermula pada sekitar tahun 1688, Kesultanan Patani telah diperintah oleh Dinasti Raja-raja yang berasal dari Kelantan. Ha, jangan main-main ye Ultra-Kiasu, ada juga pendatang dari Malaysia yang menjadi Raja di Provinsi Pattani, Thailand.




6. Di Sulawesi Tenggara, Negeri Buton telah didirikan oleh oleh empat orang bangsawan yang disebut sebagai Mia Patamiana yang datang dari semenanjung Tanah Melayu pada akhir abad ke-13 Masihi. Menurut sumber sejarah lisan Buton, nama keempat-empat individu terbabit ialah Sipanjonga, Simalui, Sitamanajo dan Sijawangkati. Keempat-empat individu ini berserta para pengikutnya telah meninggalkan tanah asal di semenanjung Tanah Melayu menuju ke kawasan timur dengan menggunakan sebuah perahu palolang pada bulan Syaban 634 Hijriyah (1236 M) dan akhirnya sampai di Buton. Kemudian mereka mengibarkan bendera Kerajaan Melayu yang disebut sebagai bendera Longa-Longa. Ketika Kerajaan Buton didirikan, bendera Longa-Longa ini dipakai sebagai bendera rasmi kerajaan Buton. Ya Ultra-Kiasu, pendatang dari Malaysia ini telah belayar hingga sejauh penghujung pulau Sulawesi dan yang peliknya, diangkat pula menjadi Raja di Indonesia.


Apa yang dipaparkan di atas ini hanyalah sebahagian contoh kecil mengenai hubungan yang terjalin antara penduduk di seluruh Nusantara ini biarpun dipisahkan oleh beberapa pulau besar dan beribu-ribu lagi kepulauan kecil. Bagaimanakah para ‘pendatang’ dari semenanjung Malaysia ini boleh menjadi Raja dengan mudah di Indonesia, Thailand dan Filipina ye Ultra-Kiasu? Jawapannya mudah, mereka bukannya pendatang! Mereka adalah saudara serumpun dan kebanyakannya seagama. Para bangsawan mahupun rakyat biasa bebas untuk berhijrah dan menetap di mana-mana kawasan pun di dalam lingkungan alam Nusantara ini yang terbentang dari Acheh di barat hinggalah Maluku dan Papua di timur, dari selatan pulau Singapura hinggalah Champa di utara Indochina. Justeru itu, janganlah dihairankan jika terdapat juga anak cucu orang Melayu di Malaysia pada hari ini yang ayah atau datuk mereka berasal dari Indonesia, Singapura, Thailand, Filipina, dan hatta sejauh Vietnam dan Kemboja sekalipun. Kerana pada masa dahulu, nenek moyang mereka sendiri mungkin berasal dari Tanah Melayu dan mereka bebas 'berkeliaran’ dan menjelajah di seluruh Nusantara untuk mendirikan Kerajaan/Negeri baru. Dan perlu diingat, pada masa tersebut, tidak wujud sempadan politik sebagaimana yang ada pada hari ini.

Sebelum tamat, penulis ingin bertanya dua soalan kepada Y.B. (Yang Bongok) Chong Eng sebagai Ahli Parlimen yang bertanggungjawab untuk berdebat dalam menggubal undang-undang negara kita di Parlimen, “Bila Malaysia ditubuhkan?” dan “bila orang Melayu mula datang ke semenanjung tanah Melayu?”

Sumber: ibnurusydi

Friday, April 1, 2011

Jangan Tangiskan ......

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali.
Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai,
kenyataan yang tidak sesuai harapan. Akhirnya angan ini lelah
berandai-andai ria. Pffhh ... sungguh semua itu tlah hadirkan sensara yang begitu bergelora dalam jiwa.

Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat bergoncangnya jiwa masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran.

Masih
ada kekuatan untuk melangkahkan kaki untuk mencari ilmu, mencari rezeki, dan kebahagiaan yang akan membawa kepada ketenteraman jiwa.

Hidup ini ibarat belantara.Tempat kita mengejar berbagai keinginan. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak, mempunyai keinginan. Tetapi tidak setiap yang kita inginkan boleh tercapai, tidak setiap yang kita mahu boleh terjadi.

Dan tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.

Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa sejatinya itu semua pemberian Allah hingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan benar. Padahal dimensi dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.

Apa yang memang menjadi sebahagian dari kita di dunia, entah itu Rezeki, jabatan, kedudukan pasti akan Allah sampaikan.Tetapi apa yang memang bukan milik kita, ia tidak akan boleh kita miliki, meskipun ia nyaris menghampiri kita, meskipun kita bermati-matian mengusahakannya.

Dan akhirnya kalaupun Allah memberikanya maka tidak selalu itu yang terbaik. Boleh jadi Allah tidak mengulurkanya tidak dengan kelembutan, tapi melemparkanya dengan marah kerana niat kita yang kotor.

Maka wahai jiwa yang sedang gundah-gulana, dengarkan ini dari Allah: Maka setelah ini wahai jiwa ..., jangan kau hanyut dalam nestapa jiwa berpanjangan terhadap apa-apa yang luput darimu.

Setelah ini harus benar-benar difikirkan bahawa apa-apa yang kita rasa perlu di dunia ini harus benar-benar perlu bila ada kesesuaiannya dengan harapan kita akan bahagia di akhirat. Kerana seorang "baik" tidak hidup untuk dunia tetapi menjadikan dunia untuk mencari hidup yang sesungguhnya: hidup di akhirat kelak!

Maka sudahlah ....., jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!