Salam kepada semua rakyat Malaysia dan juga pembaca-pembaca blog ni. Kalau kita lihat sekarang, dah macam-macam perkara yang kadang-kadang tu kita pun tak menjangka akan berlaku. Politik sekarang pun aku tak percaya dah. Entah betul ke tidak sebab susah dah nak menjangka sekarang mana yang baik dan mana yang buruk. Pada yang addicted pada politik tu, jangan marah ye. Ini pandangan aku. Sama juga la dengan kelakuan dan tingkah laku rakyat Malaysia kita sekarang. Dah macam-macam perangai dah sampai ada orang kata dah hampir kepada barat dah budaya kita nih. haha. Tapi kali ni aku tak nak la bagi pandangan secara meluas berkaitan rakyat Malaysia. Sebab? Kalau nak cerita mau dekat 3 page baru habis cerita. Itu pun kalau dah takda isi dah aku nak goreng. haha. Cukupla setakat..
aku berkongsi pandangan aku tentang rakyat Malaysia yang majoritinya banyak terdiri dari bangsa atau masyarakat Melayu kita. Aku fikir dari dulu hingga sekarang, ada sesetengah perkara kadang-kadang buat aku terfikir dan tertanya-tanya, kenapa kena buat begitu? Memang perangai masyarakat kita macam tu ke? Kat sini aku nak beri pandangan dan aku senaraikan antara perlakuan masyarakat kita dari dulu hingga sekarang still maintain je buat perkara ni. hehe
SITUASI 1 : DI TRAFFIC LIGHT
Rakyat kita ni apa aku lihat kalau dekat traffic light, tak kisah la naik kereta ke atau motor, macam tak sabar-sabar nak jalan dah. Relax la dulu. Nak ke mana bawak laju-laju kan? Bila dah habis turn traffic light kat bahagian lain dan lepas tu turn kita lak, belum nak hijau lagi. Dah memecut dah semaksima yang boleh! Kadang-kadang mak cik yang tengah tunggu traffic light pun boleh melatah tetiba je bunyi deruman kereta terus memecut sedangkan belum hijau lagi. Ape cer? Itulah antara aksi lagak berani masyarakat kita hari ni.
Memang bahaya kerana kalau la ada la si polan tu memecut tanpa tunggu lampu hijau, dan dekat traffic light lain sebelum nak jadi merah tu, ada la satu kereta memecut dengan laju semata-mata nak lepas traffic light dari merah. Nahas la jawabnya!
SITUASI 2 : CAKAP LOGHAT BANGSA LAIN PUN BOLEY
Hah! Ini kalau aku fikir pun rasa nak tergelak je. Memang dari dulu sampai sekarang aku tengok memang dah macam jadi budaya masyarakat kita lak. Cuba korang fikir, kenapa ye kita, Melayu ni bila cakap dengan bangsa lain tak kisah la Cina atau India, mesti ada yang buat loghat bangsa mereka. Kenapa ye? Tak ke pelik? Kita pulak ya kena ikut diorang. Bukan aku nak kata salah, tak salah pun tapi kadang-kadang kelakar la juga dengar orang cuba sedaya-upaya nak cakap dengan bahasa loghat mereka. Mungkin lebih friendly dan mesra rakyat kut.
SITUASI 3 : MARKETING DAN SKIM CEPAT KAYA
Ini tidak aku nafikan apa-apa jenis skim dan marketing yang menawarkan keuntungan dalam masa yang singkat tumbuh bak cendawan! Aku rasa korang pun mesti dah sedar dah FENOMENA SKIM CEPAT KAYA ni yang kian melanda di negara kita ni. Yang selalu jadi target semestinya orang Melayu kan. Memang banyak la kalau aku nak cakap , pelbagai jenis skim, marketing dan MLM tu sekarang yang berada di negara kita ni. Aku tahu tak semua yang tidak betul kan. Tapi bagi korang yang nak masuk apa-apa jenis skim ni, baik korang periksa dengan lebih detail terlebih dahulu.
Sebab? Kadang-kadang keuntungan yang dinyatakan tu tak masuk akal langsung berbanding apa yang perlu kita buat. Memang lumayan beb! Kalau kat laman sosial facebook tu, memang dah berlambak dah orang promote skim-skim yang menawarkan keuntungan berlipat ganda dengan hanya modal sedikit je. Better korang check dengan terperinci, proses pendapatan, halal ke tak dan proses yang perlu dilakukan supaya nanti tidak mendatangkan masalah nanti. Bukan apa, sekarang ni, banyak dah aku lihat rakyat kita cepat tertarik dengan keuntungan tanpa memeriksa terlebih dahulu.
SITUASI 4 : KEPERCAYAAN MELAYU
Kadang-kadang kalau korang time kecik-kecik dulu atau pun dah besar sekarang pun, pernah tak dengan ungkapan-ungkapan kepercayaan Melayu? Antaranya yang aku selalu dengar :-
- Kalau anjing menyalak tengah-tengah malam, maknanya ada makhluk halus sedang berkeliaran ketika itu.
- Kalau ada pelesit ( bentuk macam belalang) datang singgah ke rumah kita bermakna ada benda atau makhluk halus yang tidak elok datang ke rumah kita.
- Kalau gigi patah atau tercabut, baling je gigi tu kat atas bumbung, nanti gigi akan kembali cantik dan tersusun. (Paling Popular)
Ini apa yang dapat aku lihat dari dulu sehingga kini terdapat ramai lagi yang masih percaya dan tidak kurang juga ada yang menganggap ianya perkara tahyul semata-mata. Apa pandangan korang?
pada mak bapak kepada anak ni, tak ada rasa kasihan ke melihat anak anda jadi sebegini???
SITUASI 5 : BUANG ANAK !
Perkara ni memang dah popular dah. Aku rasa kalau dulu tak la sangat bangkit hal pasal buang anak ni tetapi sejak peningkatan kerajinan masyarakat kita membuang anak, kini baru memdapat perhatian yang serius. Mak bapak yang sanggup buang anak mereka memang tak berperikemanusiaan dah. Cuba kalau mereka sendiri melihat anak mereka sudah dimamah dan dimakan ulat, kesian tak? Aku rasa sudah ada langkah-langkah nak buat satu pusat peliharaan anak-anak ‘buangan’ . Kalau dilihat dari aspek positif, ianya akan menyelamatkan nyawa-nyawa insan yang tidak bersalah tetapi dari aspek negatifnya, ianya seperti menggalakkan lagi perbuatan zina ini. Adakah ini menjadi satu langkah yang positif atau negatif pada masa hadapan?
mak bapak buang anak sempat lagi tinggal mesej ye.
So inilah antara sedikit pandangan aku terhadap ragam masyarakat kita. Ada yang baik dan ada yang buruk. Mana yang buruk tu elok ditinggalkan la ye sebab tak berfaedah pun kan. Sebenarnya banyak lagi benda kita boleh lihat, mungkin korang ada nak tambah apa-apa ke? Kalau orang ada apa-apa pandangan atau pendapat ke, luahkan je kat kotak komen tu. senang kan. Malaysia Tanah Airku…hehe.