Saturday, November 27, 2010

Kelebihan Surah Al-Fatiha

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)


Al-Fatiha (English)
In the name of Allah, the Beneficent, the Merciful (1)

Praise be to Allah, Lord of the Worlds, (2) The Beneficent, the Merciful. (3) Owner of the Day of Judgment, (4) Thee (alone) we worship; Thee (alone) we ask for help. (5) Show us the straight path, (6) The path of those whom Thou hast favoured. Not (the path) of those who earn Thine anger nor of those who go astray. (7)

Al-Fatiha (Malaysia)
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (1)

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (2) Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam. (3) Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani. (4) Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat). (5) Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (6) Tunjukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (7)

Kelebihan Surah Al-Fatiha
Al-Fatihah merupakan surah pertama yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan 'Ummul Quran" (yang bermaksud induk Al-Quran) atau "Ummul Kitab" ( yang bermaksud induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran, serta menjadi intisari dari kandungan Al-Quran, dan kerana itu diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat.

Antara Hadis Rasulullah S.A.W. yang memperkatakan tentang Fadhilat Al-Quran ialah:
  1. "Surah Al-Fatihah adalah ubat dari segala penyakit dan penawar dari racun."
  2. "Apabila selesai imam membaca surah Al-Fatihah, hendaklah kamu mengucapkan "amin", nescaya permintaan kamu akan diperkenankan."
  3. "Barangsiapa datang ke suatu tempat dan mendengar orang membaca surah Al-Fatihah dari awal surahnya hingga ke akhir, nescaya ia memperolehi ganjaran pahala seumpama orang yang berperang di jalan Allah."
  4. "Sesiapa yang membaca surah Al-Fatihah dan Al-Ikhlas ketika pulang ke rumah, nescaya terhindar daripada kefakiran dan kepapaan serta ia mendapat banyak kebajikan di rumahnya."
  5. Suatu ketika sedang Rasulullah S.A.W. sedang berjalan-jalan dengan Abi Zaid di sebuah jalan di kota Madinah, tiba-tiba terdengar suara seorang lelaki sedang membaca surah Al-Fatihah, lantas baginda bersabda: "Kita berhenti dan dengar bacaannya hingga selesai."

Saturday, November 20, 2010

Empayar Benua Islam Siam Kedah: Bahagian 2

Salam para pembaca sekalian. Nampaknya saudara megat al jefri dari blog Kedah cyber sybury telah melalut di hari raya qurban. Nampaknya sudah terlalu jelas telahan dan tekaan sebelum ini bahawa mereka mahukan TAKHTA dan HARTA sultan-sultan Malaysia adalah benar!

Saudara Megat dengan megah memaparkan apa yang dikatakannya sebagai surat rasmi tuntutan keatas aset-aset dan takhta kesultanan Melaka dahulu. Terasa lucu bercampur kasihan dan marah dengan apa yang berlaku. Pertama berasa lucu kerana tuntutan yang dibuat oleh geng merong ini adalah seolah-olah mintak bulan jatuh ke riba, adakah mereka ingat dengan sekadar membuat surat rasmi kepada PM sahaja mereka akan dapat apa yang mereka mahu. Ayat yang paling menyentak jiwa bila membaca surat ini adalah ini:

“SAYA BERHARAP DENGAN JASA BAIK YAB PERDANA MENTERI M
ALAYSIA AGAR MENYERAHKAN NEGARA MALAYSIA PADA SAYA...MENGIKUT HUKUM KHUTBAH WIDA NABI MUHAMMAD”

Kalaulah Pak Najib kita terlalu naif sehinggakan beliau sanggup menyerahkan negara Malaysia pada orang tua dan geng Merong ini, maka seluruh dunia akan gempar, keluar berita utama tu!

Sumber: http: kedahcybersyburi

Thursday, November 18, 2010

Empayar Benua Islam Siam Kedah?


Saya terbaca beberapa buah artikel yang mendakwa wujud sebuah empayar yang bernama Empayar Benua Islam Siam Kedah. Mereka telah menafikan kewujudan empayar Melaka yang ditubuhkan oleh Parameswara pada tahun 1400 (jika dirujuk buku teks sekolah pada hari ini). Mereka mengatakan bahawa Melaka hanyalah sebuah kerajaan yang diperintah oleh raja daerah. Kebanyakan hujah mereka adalah berdasarkan kepada "Buku Undang-Undang Kedah". Cubalah baca antara catatan yang dimuatkan oleh salah satu daripada blogger yang menyokong teori tersebut. Nyatakan pendirian anda.

Peta di atas didakwa "Empayar Benua Islam Siam Kedah"

..........................................................................................

Berikut adalah salah satu artikel dari blog resam Melayu

Semua pernah membaca sejarah Melaka. Paling tidaknya mengetahui sejarah Melaka diajar di sekolah. Buku sejarah nyata menyebut Melaka dibuka oleh Parameswara pada tahun 1400. Bukti sejarah awal Melayu di utara (Kedah Siam), telah ada kerajaan atau empayar Melayu berkembang di sana dan jajahannya meluas ke Nusantara termasuk Acheh dan Semenanjung Tanah Melayu (disebut Melaka).
great monggol 1744

Empayar Benua Islam Siam Kedah

Sejarah Melaka dipengaruhi oleh catatan Munshi Abdullah, ketika Farquhar dan Standard Raffles bertuan di Melaka. Inggeris hanya datang ke Melaka selepas Portugis dan Belanda, sedangkan cerita tentang Melaka (Semenanjung Tanah Melayu) sudah dicatat lebih awal dalam Manuskrip Melayu Lama – Buku Undang-Undang Kedah. Banyak bukti yang menunjukkan bahawa Kerajaan Benua Siam Islam Kedah telah bertapak lebih dahulu dari Empayar Melaka.

Tidak keterlaluan jika dikatakan asal-usal raja Melayu juga datang dari Kerajaan Benua Siam Islam Kedah. Mereka melaksanakan adat istiadat Melayu yang diterima pakai dari Siam. Ini ada disebut dalam buku Undang-Undang Kedah. Parameswara Melaka (1424-1448) juga disebut sebagai Marhum Naga. Marhum Naga ialah almarhum Sultan Rijaluddin ibni Muhammad Johan Syah III. Baginda dikenali sebagai Rama Tibodi II dalam sejarah Thailand.

Sultan Muhammad Shah bukan sahaja Sultan Nagara Kedah, malah baginda juga memerintah Melaka bermula dari tahun 1201 lagi, ketika Melaka termasuk dalam jajahan Kerajaan Benua Islam Siam Kedah. Sedangkan Parameswara hanya disebut sekitar tahun 1424. Sejarah Melaka adalah sama namun tahunnya berbeza jika dibandingkan antara Buku Undang-Undang Kedah dan Sejarah Melaka. Penemuan syiling emas/perak di Langkawi yang tertera perkataan ‘Muhammad Syah, Al-Sultan Al-Qadah’ bersama-sama tembikar di Langkawi menguatkan bukti bahawa Kerajaan Maharaja Benua Islam Nagara Kedah telah lama wujud sebelum Melaka.

Pokoknya, kenapa buku teks sejarah Melayu kita tidak selari dengan sejarah asal benua Islam Kedah? Kemungkinan, manuskrip Melayu lama baru dipulangkan oleh Inggeris kepada kerajaan Malaysia pada tahun 2003 (tak silap saya), setelah Inggeris merampas manuskrip tersebut ketika peperangan Kota Beruas dahulu. Buku Undang-Undang Kedah adalah dari manuskrip Melayu lama tersebut yang telah dibukukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bagaimana pula bukti yang menunjukkan pengaruh Siam dalam adat istiadat Melayu? Juga nama-nama tempat di Malaysia seperti Lukut dan Se rem ban di Negeri Sembilan yang bermakna lombong bijih dan beli rumah kampung. Bagaimana pula teori Hang Tuah, pahlawan Melaka yang hebat itu? Teori mengatakan Hang Tuah itu pahlawan bangsa Cina? Hang Tu ah dari makna Siam ialah laksamana berani (jadi) ketua. Cuba anda pikirkan! Bukan setakat sejarah Melaka yang terpesong, banyak lagi sejarah Melayu kita yang harus dikaji kembali agar bangsa Melayu kenal bangsa dan sejarah tamadun bangsa sendiri.

Ulasan
Di antara penghujung abad ke 13 dan pertengahan abad ke 14, terdapat 2 (dua) orang pengembara dari Itali (Venice) dan seorang lagi dari Timur Tengah / Moroko, iaitu masing-masing Marco Polo (1290-an), Odoricus Boemus de Foro (1320-an) dan Ibnu Battutah (1344-1345) yang melakukan pelayaran dari dan ke China melewati Selat Melaka. Dalam laporan mereka, mereka telah singgah di beberapa tempat di Sumatera, seperti Malaiur (Melayu / Zabag), Lamuri, Samudera Pasai, Barus dan sebagainya. Ketiga-tiganya sama sekali tidak menyebutkankan Melaka maupun Kedah. Ibnu Battutah hanya menyebutkan beliau telah singgah di pantai Timur Semenanjung tanpa menspesifikasi nama bandarnya (kemungkinan di pantai Timur belum ada bandar-bandar yang besar, hanya masih berupa kampung nelayan saja. Dari ketiga laporan pengembara tersebut boleh disimpulkan bahawa Melaka belum wujud / baru berupa kampung nelayan.

Seharusnya mitos tidak dicampur-adukkan dalam penulisan sejarah. Apakah benar Kedah (Kerajaan Benua Siam Islam Kedah) telah menjadi sultanat Islam pada penghujung abad ke 12 dan telah menguasai Melaka pada tahun 1201 ? Dari mana datangnya angka 1201 tersebut? Apakah buku Undang Kedah tersebut cukup sahih dan "reliable" untuk dijadikan dasar pengkajian sejarah ? Mengapa data dalam Undang Kedah berkenaan tidak di-”crosscheck ” atau dibuat ujian kesahan selari (con-current validity) dengan Sejarah kerajaan Sukothai / Ayuthaya atau Pattani ? Sejak bila pula orang-orang Siam dapat menembusi ke Semenanjung ? Catatan : Kerajaan Sukothai (yang beragama Buddha ) saja baru didirikan / ditubuhkan tahun 1238 dan diperlukan waktu yang lama puluhan tahun untuk mereka sampai ke Semenanjung. Islamisasi Pattani (Jiran Kedah) baru mulai pada akhir abad ke 13 / awal abad ke 14 yang bermula disyiarkan oleh orang-orang Pasai (dari kerajaan Islam pertama di Nusantara). Jadi, apa yang dimaksud dengan Kearajaan Benua Islam Siam Kedah ? Dari mana datangnya orang-orang Siam Islam tersebut?

Friday, November 12, 2010

Hukum Hudud dari Manuskrip Undang-undang Kedah

Artikel ini saya dapatkan dari Blog The Malay Press. Satu bukti yang menunjukkan Hukum Hudud telah lama diamalkan di Alam Melayu.

"Adapun akil baligh membunuh seorang Islam dengan sahajanya, laki-laki atau perempuan atau besar, maka yang membunuh itu pun dibunuh pula hukumnya. Tiada harus Islam membunuh sebab membunuh kafir, tiada harus merdeheka dibunuh sebab abdi, tiada harus dibunuh bapa sebab membunuh anaknya. --ms85
Sebermula jika Yahudi membunuh Nasrani atau kafir Majusi maka dibunuh atasnya tiada temannya jika menjadi Islam sekalipun --ms85
Sebermula hukum zina dengan ikrar atau dengan empat orang saksi laki-laki yang merdeheka melihat orang zina itu seperti jolok-jolok masuk celah kangkang. Adapun dua orang saksi berkata Islam melihat dia zina itu pada suatu penjuru lain, maka tiada sabit hukum zina, hendaklah kata empat saksi maka sabit hukum zina itu --ms86
Fasal pada menyatakan hukum bermaki-maki orang dengan maki haram zadah. Jika seorang bermaki seorang maka mungkar yang memaki daripada tiada saksi maka didera delapan puluh kali orang yang memaki...itulah hukumnya --ms86"

Ulasan Penulis
Seperti yang termaktub dalam Manuskrip Undang-undang Kedah, bab hukum itu, seperti di atas ini terhimpun diantara dua nama Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Empayar Islam Benua Siam-Kedah.

Hukum syariat ini dibuka kembali atas arahan Syarif (yakni setelah 30 tahun tidak di kemaskini) lalu diperkemaskan pada hari Isnin, 09 Januari tahun 1785 dizaman Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia. Yang mana Baginda disebut sebagai Syarif, menyuruh muafakatlah antara Datuk Bendahara, Datuk Paduka Maharaja, Datuk Ku Raja Chenak, Datuk Seri Raja Putera dan *Paduka Seri Maharaja Jalil (Khadi) segala hakim-hakim dan menitahkan Menteri Kanun (menteri undang-undang) Datuk Besar Kota Setar menyalin kembali dan di'update - revise' undang-undang tersebut. (ms43)

Adalah dipercayai bahawa Paduka Seri Maharaja Jalil itu adalah Syeikh Abdul Jalil alaihi rahmatullah kadi besar Benua Siam-Kedah. Ini kerana terdapat satu perenggan yang membicarakan tanggungjawab dan kuasa yang tergalas dibahunya untuk menjalankan hukum yang berbunyi seperti berikut:
Akan kebesaran kadi itu tatkala menjatuhkan hukum Allah taala. Jika raja menteri pun turut katanya dan kebesaran Maharaja Jalil itu dalam barang suatu perintah, jika anak raja atau menteri pun bersalah daripada adat berjumpa di dalam lawang dibunuhnya, tiadalah suatu kata lagi, mati sahaja --ms39
Maka seterusnya aduran undang-undang ini ditutup dengan nama seorang lagi Maharaja Melayu dengan gelaran yang sama Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah di Melaka yang mana undang-undang itu asalnya yang dibuat rujukan.
Adapun zaman Sayidina Ali wa Maulana Paduka Sultan Muhammad Syah di Melaka Johan berdaulat zilullahu fil'alam Adamamallahu taala pada masa baginda menitahkan hukum ini datanglah sekarang ini turun temurun kepada anak cucunya baginda pun kabullah hukum ini tiada lagi bersalahan, semuanya mengikut --ms87
...hubaya-hubaya diturut hukum ini yang tertulis di dalam kertas ini kerana hukum di bawah Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Muhammad Syah yang kerajaan dalam negeri Melaka supaya selamat sempurna kepada negeri yang takluk dan berkasih-kasihan dengan negeri itu, iaitu pada segala Islam yang dilaut dan didarat, wallahualam --88
Menariknya disini adalah telah pun tersebut gelaran Duli Yang Dipertuan Yang Maha Mulia yang mana gelaran itu jika disingkatkan menjadi DYMM.

Tersebut juga perkataan Yahudi, Nasrani dan Majusi menunjukan bahawa telah direkodkan bahawa puak-puak ini telah pun dikenalpasti berada di Tanah Melayu ini sejak dari dahulu lagi, dan pernah berbunuhan sesama sendiri. Sudah pasti ada kubur puak-puak Yahudi di Malaysia hari ini cuma tidak digali dan dikenalpasti lokasinya atau pun mungkin tidak dihebahkan secara umum. Membuktikan juga Yahudi dan Nasrani akan tetap berbunuhan hatta di bumi mana sekalipun. Jika mereka ini bersatu maka sudah tentu ada udang disebalik batu ada fitnah yang sedang membisu.

Dan ini juga menunjukkan bahawa Yahudi dan Nasrani adalah tertakluk dibawah undang-undang syariat DYMM Benua Siam-Kedah. Tiada pilih kasih walaupun mereka menjadi Islam mahupun bersahabat dengan seorang Islam dibumi ini.

Tersebut perkataan haram zadah - ini adalah maki hamun yang telahpun menjadi bicara mulut orang Melayu hari ini. Asalnya perkataan ini adalah gabungan Arab dan Parsi.

Maka dengan melihat kepada undang-undang Kedah ini, dapatlah dibuat satu sukatan, dan dapat digambarkan bertapa dekatnya kita umat Melayu di Malaysia ini dengan sebuah penghidupan zaman silam yang tidak banyak bezanya dari segi perangai dan tingkah lakunya. Secara rasionalnya jika di sadur undang-undang itu kepada masyarakat hari ini, pastinya nampak relevan, kerana perkara yang tersebut didalam undang-undang itu masih boleh dipakai malah sesuai dengan kehidupan kita hari ini yang hanya nampak moden dengan konsep rumah terbuka - akibat daripada dasar langit terbuka.

Wednesday, November 10, 2010

Gambar Makkah Terkini

"Gambar Mekah terkini pada musim haji 2010. Sungguh bertuah kepada mereka yang dijemput Allah menjadi tetamuNya." (Sila "click" untuk paparan yang lebih jelas)