Sunday, August 22, 2010

Mengatasi masalah jantung dan Paru-paru

Nasihat ini saya ambil dari laman MJ. Kebenarannya, wallahualam. Jika ada pertanyaan anda boleh diemail di alamat ini kangmasjb@hotmail.com.

Bagi mengelakkan masalah jantung atau paru-paru ini silalah amalkan perkara berikut:

1. Elakkan makan ais krim cornetto / vanilla / strawberry / cokelat / jagung dsb.

2. Elakkan makan junk food spt twisties, o ring, double decker, Pringles, Mr Potato dan sebagainya

3. Elakkan makan mee segera seperti maggi mee

4. Elakkan makan fast food seperti Mc Donald, KFC dsb

5. Elakkan makan kentang goreng (french fry di Mc Donald dan KFC atau yang dibeli di pasar raya), burger, sausage, nugget dsb. Makan kentang goreng yang dibuat sendiri dengan mengupas kentang dan meraciknya masih boleh diterima.

6. Elakkan makan margerine atau soft margarine atau sebarang produk margerine

7. Elakkan kerap minum susu pekat manis dan krimer (dalam teh atau kopi dsb)

8. Elakkan makan kek dan krim pada kek kecuali kek yang dibuat dari mentega tulen

9. Kurangkan makan barangan bergoreng dan bersantan

10. Elakkan lemak daging (tetel), kulit ayam, bontot ayam.

11. Kurangkan makanan yang mengandungi krim seperti biskut yang ada krim ditengahnya atau biskut wafer cream.

12. Elakkan Suka minum air batu atau air sejuk dalam peti ais

13. Elakkan tabiat mandi malam iaitu antara waktu masuk maghrib hingga kira-kira 4.30 pagi walaupun mandi air panas.

14. Kurangkan makan telur kecuali telur ayam kampung (jangan ambil lebih 3 biji seminggu)

15. Elakkan mandi selepas makan

16. Makan sayuran yang pahit seperti peria, ulam raja, kailan, daun ubi, dsb

17. Elakkan minum semasa makan. Minum hanya selepas makan.

18. Elakkan tidur di bawah kipas yang laju.

19. Usahakan minum air suam atau panas

20. Usahakan minum susu lembu segar atau susu tepung biasa (bukan susu anelene atau rendah lemak atau high low dengan sukatan ½ cawan sekali ambil 2 hinga 4 kali sehari. Boleh mencuba menambah kuantiti susu sekadar mampu ditangani oleh badan anda. Sekiranya anda menghadapi masalah sukar untuk bernafas akibat banyak lendir keluar dari hidung, ia adalah reaksi yang baik tetapi anda perlu kurangkan sukatan setiap kali meminum tetapi jangan kurangkan bilangan minum sehari.

21. Bagi yang sudah mula kalah panas (tidak selesa bila panas atau kena matahari) Elakkan atau kurangkan makanan pedas, lada hitam, buah pear, pisang dan daging.

22. Elakkan kopi, cokelat, nescafe

23. Elakkan merokok. Ia adalah haram dan merosak.

24. Elakkan burger, naget, sosej dan yang sewaktu dengannya.

25. Elakkan sama sekali krimer seperti coffemate dsbnya.


Bagi yang telah merasai sakit di bahagian dada, ia menambah lagi simptom penyakit jantung.

Bagi mereka atau kanak-kanak yang telah mengalami hidung berdarah terutama sekali bila cuaca panas, ini mengesahkan bahawa jantung telah bermasalah.

No comments: