Tuesday, June 8, 2010

Belajar Grammar

Salam di sini ada sedikit tentang pelajaran English. Saya ambil dari blog Cikgu Mohd Yusoff (cikgutuition@yahoo.com). Kalau nak tuisyen boleh contact di email atau tel kkat bawah. Selamat Belajar

Jenis-jenis Verbs

Sebelum anda belajar secara mendalam tentang Verb Tenses seperti Present tenses, Past Tenses,Future tenses dan sebagainya, pastikan anda kenal jenis Verb terlebih dahulu. Ini amat penting kerana anda perlu tahu samaada Verbs yang anda akan gunakan itu boleh wujud dalam semua Tenses atau tidak.

Ada 3 jenis utama iaitu:-

1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif
2. Non progressive Verbs - Kata kerja tidak progresif
3. Mixed Verbs - Kata kerja campuran

1. Progressive Verbs / Normals Verbs -Kata kerja progresif

Kebanyakan verbs adalah dalam kategori ini iaitu Verb jenis ini boleh ditambah
-ing untuk menunjukkan ianya sedang berlaku (progressive /continuous)

Biasanya Verbs jenis ini ialah verbs Physical Actions yang mana anda boleh lihat seseorang/sesuatu itu membuatnya.

Progressive Verbs boleh wujud dalam semua 12 bentuk Tenses dalam bahasa Inggeris.

Cth2 Verbs - walk, talk, sleep, eat dsbnya

Untuk jenis ini anda boleh gunakan mereka dalam bentuk Verb + -ing atau Present Participle

Jadi anda boleh gunakan dalam Progressive tenses seperti:-

1. Ali
is sleeping right now. -Kala Present Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku sekarang.

2. Ali
was sleeping last night when I went to his house. -Kala Past Progressive untuk perbuatan yang sedang berlaku di masa lepas(was sleeping)dan dicelah oleh perbuatan lain ( I went)

3. Ali
will be sleeping when I go to his house tonight. - Kala Future Progressive untuk perbuatan yang akan sedang berlaku di masa akan datang (will be sleeping) dan dicelah oleh perbuatan lain ( I go)


Ada lagi bentuk Progressive tenses seperti Present perfect progressive, Past perfect progressive, Future perfect progressive yang semuanya diterangkan oleh saya dalam kelas Intermediate Grammar saya..

Nanti sambung lagi ya..

Yusoff
0193090711

No comments: