dan Umar. Pada masa pemerintahan Umar bin Abdul Aziz ini, walaupun amat pendek, namun ia merupakan suatu masa yang berdiri sendiri, mempunyai ciri-ciri sendiri dan mengandung falsafah Islam yang murni, yang tidak terpengaruh oleh aliran-aliran dan peraturan-peraturan Bani Umaivah yang disesali orang.
Umar bin Abdul Aziz dilahirkan di kota Hulwan, tidak jauh dari kota Kairo, ketika itu ayahnya yang jadi gabernor di Mesir 107 (lihat Tahzibul Asma; karya Nawawi). Tetapi Ibnu Abdil Hakam meriwavatkan bahwa Umar dilahirkan di Madinah.108. Salsilah keturunannya dari pihak ibunya, bersambung kepada Khalifah yang kedua, Umar Ibnul-Khattab. Mungkin disebabkan itu, beliau telah mewarisi daripadanya banyak sifat-sifat yang mulia dan jarang tandingannya. Bahkan di masa kecilnya beliau tinggal bersama pakcik-pakcik ibunya di Madinah. Dalam suasana yang semerbak itulah ia mempelajari bimbingan-bimbingan dan pendapat-pendapat yang sihat, dan di sana jugalah beliau membesar dengan sifat baiknya. Pendidikan yang diperolehnya dalam masa tersebut mempunyai pengaruh yang besar terhadap sifat-sifatnya yang istimewa dan terpuji itu.
Khalifah Umar melarang sama sekali untuk mencaci-maki Ali bin Abu Talib, padahal di masa-masa yang lalu para khalifah Bani Umaiyah selalu mencaci-maki dalam pidato-pidato dan khutbah-khutbah mereka (Ahmad Shalaby, 1975).
Sebagai gantinya, Umar meletakkan di tempat cacian itu, firman Allah:
إِنَّ اللَّهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالْإِحْسَانِ وَإِيتَاءِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَيَنْهَىٰ عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَالْبَغْيِ ۚ يَعِظُكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ
(an-Nahl: 90)
Oleh kerana itu, di waktu Umar bin Abdul Aziz meninggal, maka as-Syarifur-Ridha meratapinya dengan bait-bait sebagai berikut:
Duhai, Ibnu Abdul Aziz......
Kalaulah boleh mata menangis,
Meratapi remaja Bani Umaiyah,
Niscaya beta meratapi tuan,
Tuan berjasa melepaskan kami,
Dari bahaya perbuatan keji,
Mencaci-maki kepada Ali,
Andaiku dapat membalas jasa,
Kepada tuan kuserahkan dia. (Al-Fakri, m.s 111)
Umar meninggal dunia tatkala badannya meniadi kurus. kerana terlalu banyak mencurahkan tenaganya, dan terlalu mengekang nafsunya sampai hidupnya menderita.