Kucing kampung sering disebut sebagai kucing,
kerana jenis kucing ini adalah campuran dari berbagai ras kucing. Kucing ini (Felis catus-silvestrid)
telah hidup dengan manusia sejak 3500 tahun yang lalu. Orang-orang
Mesir kuno menggunakan kucing jenis ini untuk mengusir hama tikus dan haiwan perosak yang lain.
Berat kucing ini secara umum adalah sekitar 2,5 kg
sampai 7 kg, kecuali diberi makanan khusus, beratnya mampu menjangkau hingga 23 kg. Jika kucing ini dibela dengan rai usianya dapat menjangkau 15-20 tahun.
Kucing yang berkeliaran tanpa ada yang mengurus, mungkin dapat
hidup kurang dari 2 tahun.
Kemampuan kucing
Kucing kampung yang sering dijumpai, dan biasa tidur
sekitar 12-16 jam sehari. Kadang-kadang ada juga kucing tidur selama 20 jam
sehari. Meskipun seperti haiwan pemalas, dia adalah salah
satu Predator paling cekap. Ia mampu memburu beberapa ribu spesies berbanding harimau dan singa, yang hanya mampu memangsa kurang dari 100 spesies haiwan.
Kucing mempunyai kemampuan untuk melindungi diri apabila jatuh dari tempat yang tinggi. Ini kerana kucing memiliki kecepatan terminal
atau kecepatan jatuh maksimum, yang adalah 60 batu per jam. Kucing mampu mengawal perengangan kaki bagi mengurangi impak apabila jatuh dari tempat yang tinggi.
Kucing juga termasuk dalam kategori haiwan yang mapu mengurus kebersihan diri. Air liur atau air ludah kucing yang dijilatkan ke dalam tubuh
mereka mampu membersihkan bulu-bulu. Dan kadang-kadang, ia juga mampu memuntahkan gulungan bulu (hairball yuck) dari dalam perut mereka.