Hari ini saya cuba memaparkan sejarah Muawiyah II iaitu seoarng Khalifah dari bani Umaiyah yang jarang diperkatakan dalam sejarah Islam. Muawiyah II (atau Mu'awiyah ibn Yazid) (معاوية بن يزيد) (28 Mac 661 - Januari / Februari 684) adalah seorang khalifah Umayyah selama kira-kira empat bulan selepas kematian bapanya Yazid bin Muawiyah. Empayar yang diwarisi berada dalam keadaan kucar-kacir. Pada masa yang sama Abdullah bin Zubair juga yang mengaku sebagai khalifah yang benar dan yang juga telah menguasai Hijaz dan juga kawasan-kawasan lain.
Kelahiran dan tahun-tahun awal
Muawiyah II dilahirkan pada 28 Mac 661 iaitu anak kepada Yazid I dari Dinasti Umayyah. Ibunya juga berketurunan Quraisy di Hijaz. Ayah ibunya bernama Abu Hashim ibn Utbah ibn Rabi'ah pernah dilantik sebagai Gabenor Basra. Ibunya berkahwin Yazid 1 pada tahun 660. Muawiyah II adalah anak lelaki sulung daripada enam adik-lelaki. Beliau juga mempunyai ramai adik beradik perempuan (tidak diketahui jumlahnya).
Pada masa yang sama dengan kelahiran Mua'wiyah II, datuknya (Muawiyah 1) telah bertemu dengan ahli-ahli Shura. Apabila Muawiyah 1 mendengar kelahiran cucu lelakinya lalu beliau berkata, "Sesungguhnya ini adalah satu rahmat dari Tuhan dan satu tanda pasti, bahawa Akulah Khalifah yang benar. Kanak-kanak itu (cucunya) telah dinamakan Mua'wiyah iaitu sempena nama dirinya sendiri.
Menurut al-Tabari, Muawiyah II berumur 13 tahun, pada ketika kematian datuknya (Muawiyah I). Ini bermakna Muawiyah II telah dilahirkan pada 671 iaitu pada ketika bapanya Yazid berumur 25 tahun.
Muawiyah II adalah putera pertama dari Bani Umayyah yang membesar pada era Khalifah Bani Umayyah.
Pergolakan selepas pembunuhan Saidinah Husein
Al Hushain bin Al Namir dari Syria telah ditugaskan untuk menentang pasukan Abdullah bin Zubair di Makkah. Beliau menemui jalan buntu.. Kerana tak mampu menembusi pertahanan lawan dan mendengar berita wafatnya Khalifah Yazid bin Muawiyah, Al Hushain menyeru gencatan senjata. Abdullah bin Zubair tidak keberatan.
Masa damai itu membuat kedua pasukan membaur satu sama lain, seolah tak terjadi permusuhan. Ahli pasukan dari Syria dengan bebas melaksanakan umrah, thawaf di sekitar Ka'bah, dan sa'i antara Shafa dan Marwah.
Ketika thawaf itulah, Panglima Al Hushain bin Al Namir bertembung dengan Abdullah bin Zubair. Sambil memegang lengan Abdullah, Al Hushain berbisik, "Apakah anda mahu berangkat bersamaku ke Syria? Saya akan berupaya supaya orang banyak mengangkat anda sebagai khalifah. "
Abdullah bin Zubair menarik tangannya seraya menjawab, "Bagiku tak ada pilihan lain kecuali perang. Bagi setiap satu korban di tanah Hijaz, harus ditebus dengan sepuluh korban di Syria. "
Panglimah Al Hushain menjawab dengan kata-kata yang cukup terkenal dalam sejarah, "Bohong orang yang menganggap anda sebagai cendekiawan Arab. Saya bercakap dengan berbisik, tetapi anda menjawab dengan berteriak. "
Tidak lama selepas itu, Al Hushain dan pasukannya kembali ke Syria. Boleh jadi, tawarannya bukan sembarangan. Sebab, di Syria sendiri sedang berlaku kemelut yang cukup membimbangkan. Sepeninggal Yazid bin Muawiyah, telah ditunjuklah putranya, Muawiyah bin Yazid sebagai khalifah yang pada ketika itu berusia 23 tahun.
Berbeza dengan ayahnya, Muawiyah bin Yazid lebih mengutamakan ibadah ketimbang urusan duniawi. Hari-harinya dipenuhi dengan keshalihan dan ketaatan. Jabatan sebagai khalifah bukanlah keinginannya, tetapi warisan dari sang ayah.
Muawiyah bin Yazid bukanlah seorang negarawan, tetapi seorang ahli agama. Ia sendiri merasa tidak layak menduduki jabatan khilafah. Ia merasa tak sanggup menghadapi urusan pemerintahan dan kenegaraan. Apalagi sepeninggal ayahnya, Yazid bin Muawiyah, bumi Syria terus dilanda kemelut. Disokong lagi oleh pangaruh Abdullah bin Zubair di tanah Hijaz yang semakin meluas.
Dengan segala pertimbangan itu, akhirnya khalifah ketiga Bani Umayyah ini menyatakan mundur dari jabatan khalifah selepas hanya tiga bulan memerintah. Di hadapan para tokoh istana, ia menyerahkan jabatannya. Para pemuka istana dan tokoh keluarga Bani Umayyah memintanya untuk menunjuk seorang pengganti.
Namun, cucu pengasas Daulah Umayyah itu dengan tegas menjawab, "Aku bukan seperti Abu Bakar yang mampu menunjuk seorang pengganti. Aku belum mendapati seorang pun di antara kalian yang mempunyai keutamaan seperti Umar bin Al-Khattab. Aku juga bukan seperti Umar yang boleh menunjuk Ahli Syura. Kalian lebih tahu dan pilihlah orang yang kalian kehendaki. "
Sejak saat itu, Muawiyah bin Yazid menyerahkan hidupnya hanya untuk beribadah dengan uzlah (mengasingkan diri). Menjelang pengujung tahun 64 H / 684 Masehi, ia meninggal dunia dalam usia masih belia, 23 tahun. Ada yang mengatakan kematiannya tidak wajar, ia dibunuh secara diam-diam.
Sepeninggalnya, terjadi perpecahan di wilayah Syam (Syria dan Palestin). Satu pihak cenderung mengikuti pendirian penduduk Hijaz untuk mengangkat baiat atas Abdullah bin Zubair yang berkedudukan di Makkah. Selain itu penduduk wilayah Iraq dan Iran telah menyatakan baiat. Abdullah bin Ziyad yang menjadi gabenor wilayah itu buru-buru melarikan diri ke Syria untuk meminta perlindungan dari para tokoh Bani Umayyah.
Dengan demikian, wilayah kekuasaan Abdullah bin Zubair sudah meliputi Hijaz, Yaman, Iraq dan Iran. Sebuah perutusan yang berangkat dari Mesir ke Makkah membawa berita bahawa penduduk bumi Pyramid itu pun menyatakan sokongan atas Abdullah bin Zubair.
Sementara itu, perpecahan di wilayah Syam semakin tajam. Pihak yang menyokong Abdullah bin Zubair dipimpin oleh Dhahak bin Qais. Sedangkan di sebelah utara wilayah Syam, tepatnya di bandar Hims dan Halab, gerakan penyokong Abdullah dipimpin Nu'man bin Basyir Al-Ansari. Gerakan ini semakin meluas sehingga hampir mampu menguasai istana Bani Umayyah yang sedang kritikal.
Oleh sebab itu, kalau Abdullah bin Zubair menerima tawaran Panglima Al Hushain untuk berangkat ke Syria, tidak mustahil ia akan dibaiat oleh banyak orang. Apalagi dari sisi keturunan, ia termasuk keluarga dekat Rasulullah SAW. Namun sejarah tak menghendaki hal itu. Abdullah bin Zubair menegaskan menetap di wilayah Hijaz dengan segala sokongan penduduknya. Agaknya, apa yang menimpa Husain bin Ali bin Abi Talib, begitu membekas di benaknya...