Wednesday, July 31, 2013
KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH KOTAK HITAM
Kafir: Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?
Muslim: Oh.. itu Ka'abah atau nama lainnya Baitullah
Kafir: Baitullah tu apa?
Muslim: Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah.
Kafir: Allah ada dalam tu?
Muslim: Tak..
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?
Muslim: Yang aku sembah bukannya bangunan tu...
Kafir: Kau sembah apa?
Muslim: Aku sembah Allah SWT.
Kafir: Jadi, kenapa sembah bangunan tu?
Muslim: Aku menghadap sahaja ke arah Kaabah tetapi aku tak sembah Kaabah.
Kafir: Bukankah kau sujud ke arah Kaabah, maknanya ku sembah Kaabah la.
Muslim: Kau pernah tgk perlawanan bola dalam TV?
Kafir: Pernah.. selalu...
Muslim: Kau tengok TV ke tengok perlawanan bola?
Kafir: Tengok perlawanan bola la.
Muslim: Di mana?
Kafir: Dalam TV la...
Muslim: Cuba buka TV tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak.
Kafir: Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada...
Muslim: Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu.."
Kafir: Jadi...?
Muslim: Maknanya kau tengok TV, bukan perlawanan bola.. betul tak?
Kafir: Tak.. Aku tengok perlawanan bola la melaui TV tu...
Muslim: Peliknya...
Kafir: Sebab apa pulak pelik?
Muslim: Ye la, kau cakap tengok perlawanan bola, sedangkan aku tengok dalam TV tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat...
Kafir: Memanglah dalam TV tu ada banyak wayar, tapi TV tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya...
Muslim: Hmmm... jadi tak peliklah ni...?
Kafir: Ya.. tak pelik
Muslim: Jadi tak pelik jugalah aku sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt.. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah...
Kafir: Erk.. kau betul..
Semoga beroleh kefahaman dan manfaat.
Labels:
Agama
Thursday, July 25, 2013
Jangan Bersedih
Bayangkan.
Kita ada anak kecil.
Umur 3 tahun.
Suatu hari.
Kita tengah masak di dapur.
Si anak ternampak pisau.
Merengek-rengek dia menangis.
Nakkan pisau jadi mainan.
Agak-agak kita bagi?
Tentulah tidak, kan?!.
Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
Walaupun di mata anak.
Pisau itu 'menyeronokkan'
Tapi kita lebih tahu.
Ia merbahaya untuk anak kita.
Kita lebih tahu.
Anak tidak tahu.
Begitu juga.
Kita dengan Allah.
Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
Tetapi Allah tidak izinkan.
Adakah Allah tidak sayangkan kita?
Bahkan, kerana sayanglah.
Kemahuan kita tidak diturutkan.
Malah diganti dengan yang lebih baik.
Kerana apa yang kita mahukan itu.
Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
Labels:
Agama
Thursday, July 4, 2013
Harga yang perlu dibayar dengan penggulingan presiden Mursi : puas hati sekarang??
Seorang lelaki yang berketurunan petani dari delta sungai Nil, membesar dalam
persekitaran agama, dan ilmu akademik duniawi, membawa lelaki ini ke
tahap pencapaian akademik dan kebendaan yang cukup tinggi. Ber dekad
menjadi pensyarah kejuruteraan kimia di Universiti dalam dan luar
negara, Menjadi staff muslim di NASA, malah menerima gelaran Profesor,
itu semua tidak membawa lelaki ini jauh dari ALLAH. beliau, Mohamed
Mursi merupakan seorang haffiz al Quran, malah isteri dan 5 orang
anaknya juga turut dididik menjadi hafiz al Quran.
Jun 2012, Mursi dilantik menjadi presiden Mesir. Beliau yang memilih Ikhwanul Muslimin sebagai landasan juang hidupnya, tidak pernah mencalonkan dirinya, sebaliknya dipilih oleh syura. Presiden Mursi yang meringkuk didalam Penjara sewaktu era Hosni, kini diangkat menjadi presiden sebuah negara Mesir yang disebut berkali-kali didalam Al Quran.
Presiden Mesir menyahut perlantikan ini dengan ucapan syukur dan mengimami solat hajat dan sunat syukur. Lantas berpidato umpama Khalifah Abu Bakar dan Umar. Tidak menunggu lama, beliau telah berusaha sehabis daya untuk memulihkan hubungan umara’ dan para ulama mesir yang telah lama terpisah sejak era 32 tahun Hosni. Lelaki berani ini, menolak surat ucapan tahniah dari Israel atas kemenangannya. Beliau membuktikan, beliau bukan mudah diperalat dan diboneka kan seperti patung-patung negara arab yang lain. Morsi telah membuka semula pintu sepadan Rafah antara Mesir dan Gaza, bagi memudahkan urusan penghantaran bantuan. Ini merupakan jasa terbesar beliau dan kemerdekaan terbesar rakyat Gaza dan kesenangan hakiki kepada para sukarelawan Gaza.
Morsi tidak cukup dengan itu, mengaum deras di persidangan NAM di Tehran dengan memulakan aluan ucapannya dengan memuji-muji saidina Abu Bakar dan Umar, sedangkan beliau sedang berada di negara Syiah yang sering mencerca para sahabat nabi ini. Didalam ucapannya itu, Presiden Morsi telah mengutuk sekeras kerasnya tindakan rejim Basyar keatas rakyat Syria hingga memaksa delegasi syria yang turut berada di dewan itu melangkah keluar dewan dengan rasa tidak puas hati.
Didalam negara pula, presiden Mursi berkeras untuk tetap tinggal di rumah lamannya berbanding tinggal di istana mewah presiden. Beliau memutuskan agar pegawai-pegawai tentera yang berpanas untuk mengawalnya, agar tidak perlu berkawal dan boleh mencari tempat berteduh. Ucapannya yang paling popular, “tidak mengapa, ALLAH ada untuk menjaga saya..” setelah sekian lama Mesir berada dalam cengkaman kerajaan yang pro israel, alhamdulillah kini mesir merdeka dan bakal mendirikan kerajaan khilafah yang pemimpinnya seorang protaz (profesional dan ustaz).
Namun! 3 julai 2013 merubah segala-galanya. Golongan kecil manusia bodoh di Mesir berusaha keras untuk menjatuhkannya. Tidak cukup dengan itu, pegawai tertinggi tentera juga berpaling tadah. Ini membuatkan kumpulan kecil ini menjadi garang dan besar hingga menyaksikan penggulingan kerajaan Mursi dilakukan dengan cara yang sangat biadap!
Dunia islam yang terkenal dengan bacul dan pengecut tahap langit ke tujuh, seperti biasa, mendiamkan diri. Rumah presiden ini dikepung puak khianat ini. Ancaman bertalu talu menghala kearahnya. Dan, profesor dr.Mohamed Mursi Al Hafiz ini akhirnya karier politiknya ditamatkan dengan cara yang cukup kurang ajar. Bagi Morsi, beliau tidak rugi apa-apa. 30 juzuk masih kekal didalam dadanya, profesor dan pakar kejutueraan kimia masih segar di kepalanya. siapa yang rugi dalam hal ini??
Kita!! Termasuk Malaysia. Isu mursi adalah isu dunia islam sejagat. Bukan sekadar isu dalaman mesir semata-mata. Saya sangat sedih bila melihat negara-negara islam dunia menjadi tuli dan bisu dengan pengkhianatan ini, sebaliknya hanya Turki yang menyuarakan sokongan penuh kepada Presiden Mursi. Adakah hanya turki sahaja negara islam didalam dunia ini??
Selepas ini, penempatan tenteran israel di tanah arab akan mara semula, pintu sempadan rafah yang merupakan talian hayat penduduk Gaza bakal ditutup kembali, ulama mesir akan dipinggir dan disingkir semula,rakyat Mesir akan kembali berada dalam wilayah pemerintahan diktator kekeluargaan yang tidak berperi kemanusiaan dan menjadi balaci barua yahudi.
Usah salahkan yahudi dalam hal ini, kerana sebilangan kecil manusia muslim di mesir yang bodoh dan bertindak diluar timbang rasa Iman. Mengapa 32 tahun kezaliman Hosni anda diamkan, 1 tahun perubahan Morsi anda bertindak keterlaluan? Padamlah cahaya dari bumi mesir ini, hilang satu-satunya suara lantang dari negara islam dunia.
Sejarah hanya berulang semula, Umar Abd Aziz hanya sempat memerintah dua tahun, lalu dibunuh oleh kerabat sendiri kerana khianat. Sedangkan baginda memerintah dengan cukup adil. Begitu juga Saidina Uthman, beliau dibunuh ketika usianya 86 tahun, rumahnya dikepung selama 40 hari oleh golongan pemuda islam yang bodoh, lalu beliau dikerat tangannya , dan dipancung tanpa belas kasihan oleh pedang milik islam sendiri. sejarah sekadar berulang. Disebalik kebodohan minoriti muslim ini, kita pemerhati luar tidak sudah-sudah menghentam Yahudi yang berada disebalik konspirasi ini. CUKUP!! Berhenti menunding jari kepada Yahudi, pandanglah kepada diri sendiri! ahh.. mudah benar kita ini, berlaku apa-apa kekalutan dan kecelakaan, kita berasalan, ‘ahh.. ini agenda Yahudi.’ Sedangkan yang berteriak membakar gambar Morsi, memancung saidina Uthman, dan membunuh Khalifah Umar Abd Aziz adalah mereka yang sama mengucap dua kalimah syahadah! Kalau benar pun Yahudi terlibat, apakah bodoh benar kita ini untuk mengikut mereka?? Ya.. peristiwa pembunuhan saidina Uthman menyaksikan puak Yahudi yang mengapi-apikan kemarahan. Tetapi siapa yang mara membawa pedang meragas istana dan memancung saidina Uthman?? Bukankah islam itu sendiri? Yahudi hanya bertepuk tangan. Silap-silap, Yahudi berkata didalam hati, “alamak, gua acah je.. sampai mati pemimpin mereka dibuatnya..”
Buat kita pemerhati luar, bukalah tempurung besimu, lihatlah sekitar mu kini, maka nanti aku akan bertanya, puas hati sekarang? Disaat nanti pintu sepadan rafah kembali dikunci, negara mesir kembali ditindas, aku ingin bertanya, ‘puas hati sekarang?” dan ketika islam dimain-mainkan, dihina, negara islam dizalimi, dan ketika itu OIC berlari bersembunyi dalam dasar laut, ketika itu semua mencari mana pemimpin negara islam yang berani bangun melawan? Pandang kiri, saudi menyorok dibawah meja, pandang kanan, Malaysia berlari bersembunyi dalam bilik paip bomba, dan ketika itu, aku ingin bertanya, “Puas hati sekarang?”
Musuh islam sedang berpesta, dan si bodoh-bodoh di mesir itu pun sedang bergembira, entah apa yang mereka suka. Ingat, jika Morsi hidup, ia tetap pakar kejuruteraan kimia, 30 juzuk tetap tak lekang dalam kepalanya, dan jika beliau mati pun, syurga sedang menantinya. Sekarang kita dan musuh islam sama-sama bersuka. Tunggulah.. tak lama.. nanti dunia islam akan kembali menderita. Ketika itu, aku ingin bertanya, mungkin ini yang kalian mahukan, PUAS HATI SEKARANG??!

Wednesday, July 3, 2013
Asas Usul Sistem Wang Kertas: Ideologi Zionis (Perumpamaan)
Berikut saya berikan contoh cerita ringkas bagaimana asal usul sistem
ini diterima oleh masyarakat diseluruh dunia satu ketika dulu. Fahamkan
dan anda pasti termanggu melihat kecerdikan dan kelicikkan Yahudi
Zionis untuk menguasai dunia sekarang ini.
"Suatu
ketika dahulu, jauh di tengah lautan terdapat dua buah pulau yang
berjiran. Sebuah bernama Aya dan sebuah lagi bernama Baya. Mereka yang
tinggal di pulau Aya dipanggil kaum Ayan, pulau mereka amat subur dan
penuh dengan tanaman dan juga buah-buahan tropika. Terdapat banyak air
terjun dan sungai yang bukan sahaja memberi mereka sumber air minuman
malahan ianya menjadi tumpuan penduduk Aya untuk bersantai dan beriadah
bersama keluarga.
Lautan
disekeliling pulau mereka amat bersih dan bebas dari pencemaran,
dipenuhi dengan pelbagai hidupan laut yang juga memberi sumber makanan
untuk mereka. Pulau Aya juga mempunyai emas dan kaum Ayan terutamanya
wanita amat sukakan perhiasan dari emas. Mereka juga menggunakan
kepingan2 emas sebagai wang kerana bagi mereka emas adalah sesuatu yang
bernilai. Raja Aya memerintah Pulau Aya dan dialah yang mengawal
pengeluaran kepingan2 emas tersebut untuk digunakan sebagai wang. Kaum
Ayan hidup saling bantu membantu sesama sendiri dan mereka juga tidak
mengenakan riba, faedah atau bunga apabila mereka meminjam wang sesama
mereka.
Ada
kalanya, Aya dilanda ribut dan ombak besar memusnahkan rumah dan harta
mereka, akan tetapi dengan segeranya mereka saling tolong menolong
membantu membina dan membaiki kerosakan yang berlaku. Jika tiada ribut,
hidup mereka adalah sebuah pulau dengan komuniti masyarakat yang aman
dan hidup dengan harmoninya.
Dipulau
yang sebuah lagi iaitu Baya yang mana penduduk disitu dipanggil kaum
Bayan, ia diketuai oleh seorang pemimpin bernama Tuk Bayan, beliau
adalah lelaki berumur yang dihormati dikalangan mereka. Pulau Bayan juga
adalah pulau yang subur, kaum Bayan rata2nya adalah pesawah atau pun
penternak lembu, kambing dan juga ayam. Sesetengah mereka amat mahir
didalam bertukang dan membuat pelbagai barang kegunaan. Mereka juga
hidup dengan aman dan saling tolong menolong sesama mereka didalam
meneruskan kehidupan.
Kaum
Bayan bagaimanapun tidaklah semoden kaum Ayan, mereka hanya bertukar2
barang sesama mereka. Mereka sedar yang pulau mereka tidak sehebat pulau
Aya yang lebih kaya malah mereka menganggap pulau Ayan lebih canggih
daripada pulau mereka sendiri. Mereka merasakan kaum Ayan bernasib baik
dan lebih hebat daripada mereka. Sekali sekala mereka juga bertukar
barangan dengan kaum Ayan, mereka tidak tahu apa itu konsep wang.
Walaubagaimana pun kaum wanita mereka juga sukakan emas terutamanya
barang kemas yang dibuat oleh kaum Ayan.
Pada
satu hari, dua lelaki asing Gago dan Mago, yang belayar dengan kapal
berlabuh di Pulau Aya. Kaum Ayan yang amat peramah dan baik hati itu
menyambut kedatangan dua tetamu mereka itu. Gago dan Mago menceritakan
kisah pelayaran mereka yang hebat dan ini mengkagumi kaum Ayan. Mereka
juga menunjuk kepada kaum Ayan beberapa wang shiling emas dan wang
kertas yang digunakan oleh orang2 ditempat lain.
Kaum
Ayan tidak pernah melihat wang kertas sebelum ini, malahan pada wang
kertas itu ada gambar pisang yang juga merupakan buah kegemaran mereka.
Gago dan Mago juga menunjukkan kepada mereka mesin pencetak wang kertas,
apalagi, ini lantas menarik perhatian kaum Ayan. Mereka amat takjub
kerana mereka tidak pernah melihat mesin sebegitu. Kaum Ayan amat
meyenangi Gago dan Mago lantas mengajak mereka hidup bersama mereka
dipulau itu.
Gago dan Mago kemudiannya meyakinkan kaum Ayan yang sesuatu yang dinamakan bank akan memberi faedah yang amat besar kepada mereka. Gago dan Mago menjelaskan yang bank
akan memberikan tempat yang selamat untuk menyimpan wang emas mereka
dan pada masa yang yang akan menaik taraf ekonomi dengan membolehkan
simpanan itu dipinjamkan kepada orang lain untuk memberi manafaat yang
mana jika tidak hanya tersimpan begitu sahaja. Kaum Ayan yang
sememangnya suka membantu sesama mereka menganggap itu satu idea yang
amat bagus. Gago dan Mago lantas membina sebuah bangunan kecil dengan
tempat simpanan selamat dan bermulakan operasi bank yang pertama dipulau
Aya.
Mereka meraikan penubuhan bank itu dengan meriahnya. Kaum Aya berpusu2 menyimpan wang emas mereka didalam bank
Gago dan Mago. Bagi setiap emas yang disimpan kaum Aya akan diberi
sekeping kertas bercetak yang mana mereka boleh gunakan untuk menuntut
kembali wang emas mereka.
Kaum
Aya amat gembira dengan wang kertas mereka, malah pada wang kertas
tersebut terdapat gambar pemimpin mereka Raja Aya, yang mana membuatkan
Raja Aya juga bangga dengannya
Sejumlah
100,000 kepingan emas didepositkan oleh kaum Ayan dan sejumlah wang
kertas yang sama juga dikeluarkan. Sekarang mereka menggunakan kertas
sebagai wang dan mendapati lebih mudah menggunakannya berbanding
kepingan emas yang berat sebelum ini. Wang kertas cetakan Gago dan Mago
menjadi salah satunya matawang yang digunakan dipulau Aya. Tiada lagi
mereka yang menggunakan kepingan emas.
Kaum
Ayan amat gembira kerana dengan mudahnya mereka boleh berurusan sesama
mereka. Mereka amat percayakan Gago dan Mago kerana setiap kali mereka
memulangkan wang kertas tersebut, kepingan emas mereka dikembalikan
semula. Gago dan Mago lama kelamaan menjadi seorang yang dihormati dan
dipuji didalam masyarakat pulau Aya.
Cerita
mengenai wang kertas di pulau Aya sampai kepengetahuan kaum Bayan dan
mereka juga tertarik dengan wang kertas tersebut. Mereka lantas meminta
bantuan Gago dan Mago. Dengan tersenyum, Gago dan Mago menyatakan mereka
dengan senang hati juga ingin membantu mereka. Mereka kemudian membina
bangunan yang sama di pulau Baya untuk digunakan sebagai bankdan Mago menjadi pengurus bank tersebut.
Berbeza
dengan pulau Aya, pulau Baya tidak mempunyai emas untuk disimpan oleh
kaum Bayan sebagai deposit. Mago menyatakan tidak mengapa, sebaliknya
dia akan memberikan 1000 keping wang kertas kepada setiap keluarga di
pulau Baya. Disebabkan ada 100 keluarga di Baya maka 100,000 keping wang
kertas diedarkan.
Akan
tetapi Mago memberi syarat, pada setiap tahun setiap keluarga mesti
memulangkan 1100 keping wang tersebut, 10 peratus lebihan tersebut
adalah untuk upah perkhidmatan mereka. Kaum Bayan mendapati wang kertas
suatu yang ajaib, ia membuatkan urusan perniagaan mereka semakin mudah
dan tiada lagi kerenah mencari orang lain yang ingin bertukar barangan
dengan mereka. Mereka semakin boleh tumpukan perhatian kepada satu
pekerjaan sahaja.
Ekonomi
Aya dan Baya semakin berkembang dengan pesatnya, Gago dan Mago membuat
keputusan sudah tiba masanya untuk menjalankan tipu muslihat mereka.
Gago mendapati pada satu2 masa, hanya 10% sahaja simpanan emas dituntut
oleh kaum Ayan, selebih 90% lagi selamat didalam simpanan. Melihat wang
kertas cetakan mereka sudah semakin diterimapakai, mereka mencetak lagi
sebanyak 900,000 wang kertas. Gago mengira, jika kaum Ayan datang
menuntut kembali wang emas mereka, dengan kadar 10% tuntutan pada satu2
masa, 100,000 kepingan emas cukup untuk menampung tuntutan itu.
Gago
kemudiannya meminjamkan wang kertas yang dicetak itu kepada penduduk
Aya yang memerlukannya dengan kadar faedah 15%. Lama kelamaan kaum Ayan
mendapati harga barangan mereka semakin meningkat. Mereka tertanya2 akan
tetapi tiada siapa yang tahu mengapa terjadinya demikian. Sesetengah
dari mereka yang meminjam wang dari Sago tidak mampu membayar balik
pinjaman walaupun mereka bekerja keras untuk mendapatkan wang yang
lebih. Persaingan semakin sengit didalam perniagaan dan masyarakat
menjadi semakin kurang prihatin dan tidak lagi ambil peduli kebajikan
sesama mereka seperti sebelum ini.
Kaum
Bayan juga mendapati perkara yang sama terjadi kepada mereka, pada
mulanya mereka tidak nampak harga barangan yang meningkat, akan tetapi
mereka perasan akan perubahan dari segi sikap sesama mereka. Mereka
terpaksa lebih bersaing dan semakin kurang prihatin sesama mereka.
Walaupun terpaksa bekerja keras dan dengan cuba bersaing, sesetengah
mereka tidak mampu membayar balik pinjaman. Mereka tidak berjaya
mendapat wang yang cukup untuk dipulangkan kepada bank kepunyaan Mago.
Mago
mula merampas harta kepunyaan kaum Bayan yang tidak mampu membayar
pinjaman seperti tanah dan juga ternakan seperti lembu dan kambing. Tuk
Bayan juga antara mereka yang tidak mampu membayar balik akan tetapi
Mago memberi pinjaman semula kepada Tuk Bayan dan juga kepada kaum Bayan
yang lain yang mana ini menambah lagi hutang mereka. Tuk Bayan kemudian
tidak mampu lagi membayar dan Mago membiayainya lagi dengan lebih
banyak hutang yang perlu dibayar. Tuk Bayan mula mengelak dari berjumpa
dengan Mago, beliau sungguh malu malah kuasa, keberanian dan kehormatan
yang dimilikinya dahulu semakin hilang. Tuk Bayan sebaliknya mendapati
Mago menjadi semakin kaya dengan mengambil harta kaumnya. Malah beliau
merasakan kuasa, keberanian dan juga kehormatan yang dipunyainya dahulu
sekarang beralih kepada Mago.
Selepas
beberapa tahun, Gago dan Mago yang dahulunya berlabuh dipantai pulau
Aya dengan hanya mesin pencetak, sekarang adalah tuan punya kebanyakan
tanah dan harta dikedua2 pulau Aya dan Baya. Penduduk pulau tersebut
sekarang hanya menjadi pekerja dan hidup didalam kemiskinan. Mereka
terpaksa bekerja lebih masa untuk menampung hidup yang semakin sukar.
Semakin kurang masa untuk bersama keluarga, rakan2 malahan untuk
beribadat. Masalah sosial semakin berleluasa, manusia semakin tidak
pedulikan manusia yang lain. Tidak dapat dinafikan lagi dengan
kemiskinan, penyakit sosial lain seperti kecurian, rompakan, pelacuran
juga semakin meningkat. Begitu juga dengan alam sekitar mereka yang
dahulunya bersih sekarang sudah tercemar akibat aktiviti penduduk Aya
dan Baya sendiri yang terpaksa mengekspoitasi sumber alam untuk membayar
hutang2 mereka.
Cara
hidup mereka sikit demi sedikit berubah kerana Gago dan Mago
memperkenalkan budaya "hebat" olahan masyarakat "hebat" dari mana mereka
berasal. Inilah penghujung budaya prihatin dan penyayang masyarakat
pulau Aya dan Baya yang hidup dengan aman dan prihatin sebelum Gago dan
Mago datang dengan mesin pencetak.
Gago
dan Mago tidak berhenti disitu, mereka terus menyebarkan pengaruh
mereka manusia dan masyarakat lain. Impian utama mereka adalah untuk
menjadi raja yang memerintah dunia dengan mewujudkan satu sistem
perbankan dengan satu sistem kewangan global.
Kita
boleh menganggap, berdasarkan perumpamaan diatas, dibawah sistem
kewangan antarabangsa, kejadian yang berlaku diatas adalah apa yang
berlaku pada negara2 membangun diserata dunia termasuklah negara kita
Malaysia.
1.
Inilah cara bagaimana wang dicipta dibawah sistem perbankan semasa.
Jika keperluan simpanan disyaratkan adalah 10% maka dengan simpanan
sebanyak 100,000, maka jumlah pinjaman yang boleh diberikan adalah
sebanyak 1,000,000 (100,000/0.1).
2. Lebih mudah untuk melihat permasalahan diatas dengan formula untuk pertukaran yang mana MV = PY
Didalam contoh diatas, dengan bertambahkan wang didalam kitaran M tanpa bertambahnya dengan kadar yang sama akan jumlah barangan atau perkhidmatan Y, paras harga P akan meningkat (dengan anggapan kadar kitaran, V, kekal tidak berubah).
3.
Pinjaman (bercampur dengan bunga/faedah) tidak akan habis dibayar
kerana bunga/faedah tersebut tidak wujud dalam bentuk wang. Perhatikan
faedah 15% dari 900,000 iaitu 135,000, jadi jumlah yang perlu dibayar
adalah 1,035,000 tetapi hanya 1,000,000 wang yang wujud didalam sistem,
maka ketidak bolehan membayar balik memang tersedia didalam sistem tersebut.
4.
Disebabkan wang faedah/bunga yang dikenakan tidak wujud didalam sistem
itu maka persaingan untuk mengaut wang sedia berlaku, ini dapat dilihat
dalam persaingan didalam perniagaan. Sikap manusia secara keseluruhan
juga berubah dan lebih mementingkan diri sendiri.
5.
Disebabkan tiada wang yang cukup untuk membayar keseluruhan hutang
didalam sistem, akan terdapat mereka yang tidak dapat membayar hutang
(bankrup/harta dirampas/rumah dilelong).
6.
Bayangkan jika anda meminjam Rm10,000 dari rakan anda, apakah kelakuan
anda terhadap rakan anda itu tidak berubah, contohnya apabila
terserempak dijalanan? Lebih2 lagi apabila tempoh masa pinjaman yang
anda persetujui sebelum ini sudah terlewat?
Kredit kepada Prof Ahamed Kameel Mydin Meera untuk bukunya "The Theft Of Nation - Returning to Gold dan korekgold blogspot"
Terkejutkan?
Inilah rancangan jahat Yahudi Zionis yang dirancang sejak 100 tahun
dahulu lagi. Saya akan kupaskan lagi kepintaran mereka ini menerusi
artikel berikutnya. Perkongsian artikel ini saya lakukan sebagai ibadah
dan kesedaran bahawa sistem kewangan yang kita amalkan sekarang
sememangnya amalan Yahudi sejak zaman berzaman lagi yang suka
menjalankan amalan Riba dalam urusan perdagangan. Ia juga satu jalan
untuk Yahudi memiliki tanah seperti yang terjadi di Palestin dan menjadi
raja dunia. Fikir-fikirkan.
Sumber: Nazri Salleh
Apa Itu Saham?
1. Saham adalah bisnes.
2. Misalnya, kita mahu jual air soya tepi jalan. Kita keluarkan modal RM 500, kawan kita keluarkan RM 500. Jadi, dalam bisnes air soya, saham bisnes kita adalah 50%.
3. Bisnes berkembang, kita pun pergi bank minta pembiayaan. Bank luluskan. Kita dapat buka kilang.
4. Bisnes makin berkembang. Kita pergi bank. Bank kata, “Kalau bank nak bagi duit boleh, tapi kos pembiayan sekarang agak tinggi. Cara lebih murah adalah jual saham syarikat encik kepada orang awam untuk tambah modal.”
5. Kita setuju. 50% dari saham kita dan rakan kita tadi dijual kepada orang ramai. 100,000 unit saham baru akan dijual. Namanya saham terbitan awam atau initial public offering (IPO).
6. Sekarang, pemilik saham syarikat berhad air soya tadi adalah kita, rakan kita dan 100,000 pemegang saham yang lain.
7. Farizal Marlias (bukan nama sebenar) adalah salah seorang pemilik saham yang baru itu tadi. Oleh kerana terlalu ramai yang mahu saham syarikat berhad air soya, harga sahamnya naik di Bursa Malaysia. Untunglah pelabur bernama Farizal Marlias. Dia pun jual saham dia untuk dibeli oleh orang lain.
8. Nazmi Faiz (bukan nama sebenar) juga adalah salah seorang pemilik saham. Walaupun harga saham telah naik, tapi dia tak mahu jual lagi. Rupa-rupanya dia menunggu dividen hasil dari keuntungan operasi syarikat. Malah, dia tambah lagi pegangan saham dia apabila ada orang lain mahu menjual sahamnya.
9. Kita selaku pemilik asal syarikat tersenyum lebar sebab dah dapat modal dari IPO. Orang ramai juga dapat menumpang keuntungan syarikat kita dengan membeli saham-saham syarikat. Maklumlah, bukan semua orang berbakat uruskan bisnes sendiri sampai boleh diapungkan ke Bursa Malaysia.
10. Cuma kita selaku pembeli / penjual saham, urusan jual beli ini diuruskan oleh Bursa Malaysia menerusi pelbagai syarikat broker yang berdaftar. Manakala, untuk mengelakkan penipuan terhadap pelabur kita ada Suruhanjaya Sekuriti (SC) untuk mengawal selia (.e.g. badan hisbah).

Mohamad Shahizan
Labels:
ekonomi
Tuesday, July 2, 2013
MAGMA SEDANG MENGGELEGAK BAK AIR MENDIDIH DI BAWAH TANAH, TETAPI ORANG HIDUP DI ATASNYA DALAM KESELESAAN
Adalah menakjubkan bahawa terdapat magma panas yang menggelegak di
bawah tanah, ia menggelegak dengan bisingnya. Maksud saya magma ini yang
menggelegak seperti air dan kita mengadakan perbincangan diatasnya,
sebahagian berlayar, ada yang menganjurkan majlis perkahwinan, ada yang
menari di disko, ada yang tidur nyenyak, mereka semuanya sangat selesa.
Adakah anda tahu bahawa kerak bumi adalah senipis kupasan kulit epal,
ianya sebegitu nipis. Dan terdapat ruangan yang menakjubkan dan tambahan
lagi dalam luasnya ruangan tersebut, kita sedang bergerak dengan
kelajuan yang luar biasa. Bumi mungkin berlanggar dengan sesuatu
bila-bila masa, sesuatu dapat menyerang kita bila-bila masa... ini tidak
juga berlaku. Perkara ini sering terlepas. Misalnya, mereka berkata
meteor telah muncul di langit dan kemudian mereka berkata ia akan tangen
dengan Bumi, ianya akan tangen begitu, akan tangen begini, ia sentiasa
akan menjadi tangen tetapi ia tidak akan berlanggar. Tetapi lintasan
tangen begitu ini tidak akan berlaku dalam 2120. Ia tidak akan tangen
begitu tetapi terhempas terus ke dalam bumi ini, ia akan menyerang, ia
akan membuat lubang di bumi dan keluar dari arah sebelah lainnya, ia
akan berputar keliling, berpusing balik sekali lagi dan datang
menghempas dunia sekali lagi. Terdapat rujukan mengenai pertembungan
kedua di dalam al-Quran. Bumi ini akan rebah selepas itu, bumi ini akan
dibakar, bersama perlanggaran pertama akan ada gempa bumi besar-besaran
di bumi dan kemudian dengan perlanggaran kedua bumi ini akan dibakar
keseluruhannya. Biarlah mereka menulis begini untuk mereka yang akan
hidup pada tahun 2120.
Harun Yahya
Harun Yahya
Monday, July 1, 2013
Syria: Sejarah Penindasan yang Disembunyikan Dari Mata Dunia
Syria yang memiliki 75 peratus umat Islam, 11 peratus Syiah, dan 9 peratus Kristian, memiliki sejarah Islam yang panjang dan warisan budaya yang sangat dalam. Ramai para ulama Islam lahir di bumi ini.
Syria ditakluk ketika zaman Khalifah Umar, dan kemudian diperintah oleh Umaiyyah, Abbassiyah, Seljuk dan Ayyub. Tanah Syria menjadi sebahagian daripada wilayah Turki Uthmaniyyah pada tahun 1517, dan mereka hidup dalam keadaan aman damai sehingga penggal pertama abad ke-19. Pada tahun 1831, Syria jatuh ke tangan Muhammad Ali Pasha, yang menjadi penentang kerajaan Turki Uthmaniyyah dan kemudian menubuhkan kerajaannya sendiri. Syria kemudian berada di bawah kekuasaan Turki Uthmaniyyah semula sehinggalah ia dijajah Perancis pada tahun 1920. Penaklukan oleh Perancis telah menjadi detik permulaan kekacauan dan kezaliman ke atas rakyat Syria. Perancis telah merobek Syria dari Lubnan, yang mana Lubnan pada zaman dahulu adalah sebahagian dari Syria, kemudian ia telah dipisahkan daripadanya.
|
Perancis terpaksa berundur dari Syria selepas Perang Dunia II, dan ia akhirnya menerima kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Namun demikian, mereka meninggalkan Syria dalam keadaan yang tidak stabil dan sering terdedah kepada konflik. Mandat Perancis yang dikenakan ke atas Syria selepas Perang Dunia I telah memberikan lebih manfaat kepada puak Syiah berbanding kumpulan-kumpulan lain (Puak Syiah percaya kepada kesucian Saidina Ali r.a. Ia hampir mirip kepada pendewaan yang dilakukan oleh orang-orang Kristian ke atas Nabi Isa a.s.). Pentadbiran Perancis telah meletakkan minoriti Syiah dalam jawatan-jawatan penting kerajaan, lalu menimbulkan rasa tidak senang kepada umat Islam dari kalangan ahli sunnah wal jama'ah. Ini seterusnya membenihkan bibit-bibit permusuhan di antara dua golongan tersebut. Ramai pakar di Timur Tengah berpendapat bahawa puak Syiah berjaya mencapai kedudukan politik dan militari yang tinggi semenjak deklarasi kemerdekaan Syria pada tahun 1946. Berikutan dengan kemerdekaan tersebut, perkara penting yang berlaku ialah puak Syiah berjaya mengambil alih pemerintahan negara dengan meminggirkan kedudukan golongan ahli sunnah wal jama'ah yang telah lama menerajui perkembangan politik dan ekonomi tanah air.
Selepas kemerdekaan, Syria menjadi sebuah negara yang sering berlaku rampasan kuasa. Mereka bermula pada tahun 1949 dan terus melakukannya sehingga tahun 1970 yang pada waktu itu dipimpin oleh diktator Hafez Al-Assad. Rejimnya telah menamatkan rampasan kuasa tetapi telah mewujudkan sebuah sistem pemerintahan yang bersifat menekan. Kerajaan Baath telah menambah lagi kesusahan kepada umat Islam Syria. Negara itu telah jatuh ke tangan puak minoriti Syiah, yang hanya terdiri daripada 11 peratus sahaja dari keseluruhan populasi. Kesemua ras-ras yang lain telah kehilangan pengaruh. Dalam masa yang singkat sahaja, rejim Assad, yang menggelarkan diri mereka sebagai "Demokrasi Rakyat Sosialis," telah mengenakan pemerintahan yang zalim di negara itu. Kesemua parti politik telah ditutup, dan sokongan terhadap pandangan parti politik lain selain dari ideologi sosialis yang disokong oleh Parti Baath diharamkan. Kesemua pergerakan Islam dihalang. Para pemimpin gerakan-gerakan tersebut telah ditangkap dan didera dengan kejam sehingga mati. Pertubuhan hak-hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan bagaimana umat Islam Syria dikenakan penindasan yang sangat teruk dan telah menderita sepanjang era Assad, dan bagaimana wanita Islam diperkosa dan penderaan yang tersangat zalim telah dikenakan ke atas lelaki.
Kekejaman dan Penindasan, Simbol Era Assad
|
Contoh paling ngeri kebuasan rejim Assad ialah pembunuhan beramai-ramai yang dilakukan di bandar Hama. Satu-satunya sebab yang membawa kepada penghancuran bandar itu ialah pergerakan-pergerakan Islam amat berkuasa di sana. Rifaat Assad, adik kepada Hafez dan juga merupakan ketua Staf Jeneral, telah mengarahkan satu siri serangan darat dan udara ke atas bandar Hama pada satu malam Februari 1982. Majoriti askar yang enggan menurut perintah telah dibunuh serta-merta. Bandar tersebut telah musnah teruk. Kira-kira 40,000 umat Islam kehilangan nyawa kesan daripada kebuasan rejim Assad selama 27 hari itu.
Terdapat banyak lagi pembunuhan yang dilakukan oleh Assad selama 3 dekad sebagai seorang diktator. Ramai umat Islam Syria yang melarikan diri dari Assad masih hidup di perantauan sebagai seorang pelarian. Terdapat kira-kira 1 juta umat Islam Syria di Arab Saudi sahaja.
Di sebalik semua ini, polisi Bashar Assad, yang mengambil alih pemerintahan negara selepas kematian bapanya, telah menghantar signal yang lebih positif tentang sikapnya terhadap komuniti agama di Syria. Kami berharap signal ini akan membawa kepada satu perubahan positif dan seterusnya membolehkan Syria bebas, aman dan menjadi sebuah negara yang adil. Tiada seorang pun yang ditekan disebabkan oleh kepercayaan dan asal-usul keturunannya.
Namun demikian, kita harus ingat bahawa tiada satu pun masalah sosial di Timur Tengah dan di kawasan-kawasan Islam lain yang tidak memiliki jalan penyelesaian. Sekali pandang, memanglah masalah yang berlaku di kawasan tersebut sangat kompleks dan tidak dapat diselesaikan sama sekali. Namun demikian, jalan penyelesaiannya di cari selama beratus-ratus tahun di tempat yang salah. Jawapan kepada permasalahan itu ialah dengan hidup berlandaskan ajaran Al-Quran yang telah Allah turunkan kepada seluruh manusia. Menjadi lemah dalam menghadapi situasi sedemikian adalah tidak patut bagi diri umat Islam. Ini kerana Allah, yang telah menciptakan segala-galanya, yang membina sebuah sistem yang membolehkan manusia hidup di dalamnya dalam aman, sejahtera dan selamat, dan telah mewahyukan semua itu kepada manusia melalui al-Quran. al-Quran telah menunjukkan kepada kita jalan yang sebenar bagi setiap perkara, seperti yang diterangkan dalam ayat berikut, "...Kami turunkan kepada kamu Al-Kitab (Al-Quran) untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi Muslimin." (An-Nahl, 16:89)
Adik kepada Hafez al-Assad, Rifaat telah mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Hama selama 27 hari yang bermula pada 2 Februari 1982. Rifaat telah diberikan kuasa sepenuhnya oleh abangnya, dan dia mengarahkan 12,000 orang askar, termasuk pasukan-pasukan khas. Satu pertiga dari bumi Hama yang diduduki seramai 350,000 orang telah dimusnahkan. Seramai 30-40,000 orang telah dibunuh dan tiada berita tentang 15,000 yang lain. Beribu orang penduduk terpaksa melarikan diri. Masjid-masjid dan bangunan bersejarah telah diruntuhkan. Kerajaan Syria telah mengambil tindakan bagi memastikan berita tentang peristiwa itu tidak sampai ke pengetahuan wartawan asing. Segala bentuk komunikasi denga bandar tersebut telah diputuskan, dan tiada siapa yang dibenarkan masuk atau keluar. Walaupun begitu, mereka tetap gagal untuk menyembunyikan pembunuhan beramai-ramai yang kejam. |
Kami hanya bertanggungjawab untuk menyampaikan dengan
jelas. (Yaasin, 36:17)
Sumber: Harun yahya
Sumber: Harun yahya
Pembunuhan umat Islam di China
Kebuasan yang Disorokkan oleh kerajaan Komunis China
Walaupun kita bersetuju bahawa rejim komunis telah tumbang dengan pecahnya Kesatuan Soviet, namun ideologi dan amalan komunisme sebenarnya masih terus wujud, sama ada secara terbuka mahupun sulit. Umat Islam Turki di Turkestan Timur masih terus berada di bawah penindasan Maoist Red China. Pencabulan hak asasi manusia di Turkestan Timur tidak boleh diabaikan sama sekali.
Kekejaman China di Turkestan Timur
Umat Islam Turki di Turkestan Timur yang dikenali sebagai Uighurs,
telah hidup di bawah dominasi kerajaan China selama lebih kurang 250
tahun. China telah memberikan nama kepada wilayah Islam tersebut sebagai
"Xinjiang" ataupun "tanah yang ditawan," dan menganggapnya sebagai
tanah milik mereka sendiri. Berikutan dengan pengambilalihan China oleh
komunis pada tahun 1949 oleh Mao, penindasan yang berlaku di Turkestan
Timur semakin menjadi-jadi. Rejim komunis mula melakukan penghapusan
umat Islam yang enggan untuk diasimilasikan.Bilangan umat Islam yang dibunuh amat mengejutkan. Di antara tahun 1949 dan 1952, 2.8 juta umat Islam mati, sama ada dibunuh oleh tentera China ataupun mati akibat kebuluran. Di antara tahun 1952 dan 1957, lebih 3.5 juta nyawa terkorban, kemudian 6.7 juta di antara 1958 dan 1960, dan kemudian di antara tahun 1961 dan 1965 pula, seramai 13.3 juta manusia mati.
Kaum Uighurs yang berjaya hidup pula berada di dalam penindasan dan penderaan. Pemerintah Turkestan Timur terkini iaitu Isa Yusuf Alptekin, yang banyak menghabiskan umurnya dalam buangan, telah menggambarkan situasi tersebut di dalam bukunya Dogu Turkistan Davasi (Hubungan Turkestan Timur) dan juga Unutulan Vatan Dogu Turkestan (Turkestan Timur: Tanah yang Dilupakan). Berdasarkan kepada buku-buku tersebut, penindasan yang dilakukan terhadap rakyat Turkestan Timur tidak banyak bezanya dengan apa yang berlaku kepada umat Islam di Bosnia, ataupun majoriti kaum Albania oleh Serbia. "Hukuman" yang dikenakan oleh mahkamah China terhadap negara tersebut adalah terlampau kejam dan sangat tidak berperikemanusiaan. Ini termasuklah membakar manusia hidup-hidup, memukul manusia sehingga hampir mati dan kemudian membogelkan mereka dan membiarkan mati di dalam kesejukan salji. Malah ada juga yang diikat dengan lembu jantan pada kedua-dua belah kaki mereka untuk memisahkannya daripada badan.
Amalan Asimilasi yang Bertujuan Menghapuskan Budaya Secara
Besar-besaran
Semenjak tahun 1949 lagi, rejim komunis telah mula merancang program
penghapusan populasi umat Islam, dan telah memindahkan pendatang China
ke kawasan tersebut dengan begitu sistematik sekali. Kesan daripada kempen
ini yang dimulakan oleh kerajaan China pada 1953, begitu berkesan sekali.
Pada tahun 1953, 75 peratus daripada keseluruhan populasi adalah umat
Islam, dan hanya 6 peratus dikuasai oleh orang-orang China. Pada tahun
1982, nisbahnya telah berubah dengan menyaksikan penurunan populasi umat
Islam kepada 53 peratus, manakala populasi China meningkat kepada 40 peratus.
Berdasarkan bancian yang dilakukan pada 1990, populasi yang dilaporkan
adalah 40 peratus umat Islam dan 53 peratus rakyat China, dengan itu telah
mendedahkan dengan jelas proses pembersihan etnik yang sedang berlaku
di wilayah tersebut.Baru-baru ini, bangsa Uighurs telah ditempatkan di kawasan perkampungan, manakala orang-orang China dipindahkan ke bandar. Oleh itu, wujud beberapa buah bandar yang memiliki kira-kira 80 peratus orang-orang China. Ia bertujuan untuk menjadikan bandar yang majoritinya adalah rakyat China. Polisi kerajaan China yang menggalakkan perkahwinan campur di antara penduduk tempatan dengan orang-orang China juga menjadi sebahagian daripada polisi asimilasi tersebut.
UJIAN-UJIAN NUKLEAR
KE ATAS UMAT ISLAM
Semenjak tahun 1964, China telah menjalankan 44 kali ujian nuklear ke atas Turkestan Timur yang telah mengakibatkan kematian seramai 210,000 orang dan menjadikan beribu yang lain mengalami penyakit-penyakit seperti kanser. Di samping itu, ribuan kanak-kanak telah dilahirkan cacat. |
Dari tahun 1964 sehingga kini, China telah meletupkan kira-kira 50 buah bom-bom atom dan hidrogen di Turkestan Timur. Ahli-ahli pakar dari Sweden telah mengukur gegaran yang berlaku disebabkan letupan bawah tanah pada tahun 1984 dan mencatatkan bacaan 6.8 pada skala Richter.
Punca Sebenar Kekejaman: Kebencian Terhadap Islam
Sebab
utama yang membawa kepada penindasan rakyat Turkestan Timur oleh China
adalah kerana mereka beragama Islam. Kerajaan komunis China melihat Islam
sebagai halangan terbesar untuk mereka memantapkan penguasaan terhadap
kawasan tersebut.China telah menggunakan bermacam-macam bentuk penindasan untuk membuatkan mereka berpaling jauh dari agama. Puncak peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan diktator komunis Mao. Ketika itu, Revolusi Budaya sedang berlaku dari tahun 1966-76. Masjid-masjid diruntuhkan, ibadah secara beramai-ramai diharamkan, pengajaran Al-Quran dihalang, dan rakyat China yang berpindah dibenarkan untuk mengganggu umat Islam. Sekolah-sekolah digunakan untuk menyebarkan propaganda atheis. Segala bentuk komunikasi dikawal untuk membuatkan manusia lari dari agama. Mereka telah dilarang untuk mendengar ceramah-ceramah agama yang menyentuh tentang keimanan, dan pemimpin agama pula dilarang mengajar tentangnya. Namun demikian, di sebalik segala penindasan yang dilakukan, mereka masih berpegang teguh kepada tali Islam.21
Salah satu cara ugutan dan tekanan yang dilakukan masih terus dilaksanakan di institusi-institusi pendidikan. Pendidikan universiti di kawasan tersebut telah diberikan kepada rakyat China, dan umat Islam yang belajar di universiti-universiti tersebut hanya membentuk 20 peratus sahaja daripada keseluruhan jumlah pelajar. Kemelesetan ekonomi turut menjadi faktor halangan yang membawa kepada rendahnya tahap pendidikan yang diterima oleh umat Islam di situ. Sekolah-sekolah yang diajar dalam bahasa China menikmati kemudahan-kemudahan yang canggih. Sebaliknya sekolah-sekolah Uighur berada dalam keadaan serba kekurangan. Pendidikan yang kononnya dianggap bersifat keagamaan yang diajar di sekolah-sekolah sebenarnya didirikan di atas fahaman ateisme.
Peristiwa penukaran abjad sebanyak 4 kali dalam tempoh 30 tahun merupakan sebahagian daripada polisi asimilasi yang ditujukan kepada umat Islam di sana. Meskipun Revolusi Budaya sedang berlaku, Mao tetap tidak mengubah skrip abjad China. Namun Mao menukar abjad Uighur daripada abjad Roman kepada abjad Cyrillic jenis Rusia. Selepas abjad itu digunakan buat beberapa ketika, ia ditukar semula kepada abjad Roman. Walau bagaimanapun, selepas itu ia ditukar menjadi skrip Arab untuk menghalang dari terbentuknya jambatan budaya dengan Turki. Kesannya, generasi-generasi di situ sukar untuk memahami di antara satu sama lain yang mana abjad mereka telah diubah berkali-kali.
Peranan Komunis China yang Anti-Islam di Timur Jauh
Penindasan berdarah yang dikenakan ke atas umat Islam Uighur Turki di
Turkestan Timur masih belum reda sehingga kini. China telah menangkap
golongan muda Uighur Turki yang menyuarakan penentangan mereka, dengan
alasan mereka adalah musuh yang berpotensi di masa hadapan. Untuk
melepaskan diri dari penganiayaan tersebut golongan muda telah melarikan
diri ke gunung-gunung ataupun ke padang pasir.Semenjak tahun 1996, berpuluh ribu remaja Uighur Turki telah ditahan di kem-kem yang mana di situ mereka telah dikenakan bermacam-macam jenis penderaan. Sebuah pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa telah melaporkan di dalam laporan rasminya bahawa para suspek telah dibawa ke khalayak ramai, dan mereka sama ada dikenakan hukuman berkerja berat ataupun dibunuh oleh skuad penembak di hadapan masyarakat awam. Mahkamah-mahkamah beroperasi di bawah arahan Parti Komunis. Mungkin apa yang lebih dahsyat ialah wanita-wanita mengandung dibawa lari dari rumah mereka. Selanjutnya kandungan mereka digugurkan secara paksa dengan menggunakan teknik yang tidak selamat. Manakala kanak-kanak yang dilahirkan melepasi kuota kerajaan dibunuh, dan harapan keluarga mereka tidak didengari dan dihiraukan.
DIDERA
DI TANAH MEREKA SENDIRI
Selepas tahun 1949, rejim komunis Mao telah membunuh kira-kira 35 juta orang Uighur Turki. Sebilangan umat Islam telah dibakar hidup-hidup atau dipukul hampir mati dan kemudian diseret dan dibiarkan mati dalam salji. Yang lain diikat kepada lembu-lembu jantan dan kemudian anggota-anggota badan mereka diceraikan apabila lembu-lembu jantan itu bergerak pada arah yang berlainan. Tiada seorangpun yang dibenarkan untuk mengamalkan agama dengan bebas. Hari ini, Red China masih mengikut dasar polisi Mao dan melakukan kekejaman yang sama. Tiada sebarang pertubuhan hak-hak asasi manusia yang dibenarkan hidup di Turkestan Timur. Kawalan komunikasi pula terletak sepenuhnya di dalam tangan China. Akibatnya umat Islam menderita teruk. Dalam masa 2 tahun sahaja, iaitu dari 1995-1997, lebih dari 500,000 Uighur Turki telah ditahan tanpa sebab oleh pihak berkuasa China. Sepanjang tempoh waktu yang sama juga, lebih dari 5,000 mati akibat penderaan oleh China, ataupun hilang begitu sahaja. |
Setelah mengetahui semua ini, maka kita patut memberi perhatian kerana rakyat Turkestan Timur masih tidak menerima sebarang sokongan daripada Barat sepertimana yang diharap-harapkan.
Kekejaman yang dikenakan oleh komunis China ke atas Uighur Turki di Turkestan Timur masih berlaku sehingga kini, dan ia akan terus berlaku selagi falsafah Darwin-materialis yang menjadi dalang di sebaliknya tidak dihapuskan dengan perkembangan saintifik. Tidak cukup dengan hanya membaca polisi-polisi yang tidak berperikemanusiaan di dada-dada akhbar, melihat gambar-gambar mangsa kekejaman, dan kemudian mengeluh. Langkah-langkah saintifik dan kebudayaan mesti diambil bagi menghancurkan ideologi yang membawa kepada penindasan itu, dan setiap mereka yang beriman mesti mengambil posisi masing-masing bagi melakukan perang intelektual. |
Harus diingat bahawa punca kekejaman dan penganiayaan di Turkestan Timur terletak pada falsafah Komunis China yang bencikan agama. Perang yang tidak berperikemanusiaan yang dilancarkan terhadap manusia yang tidak berdaya adalah kesan daripada pemikiran materialistik dan komunis yang bersifat ateis. Para pemimpin komunis yang kejam sewaktu abad ke-20 telah meninggalkan suatu ideologi pembunuh dan kesannya berjuta nyawa terkorban. Turkestan Timur adalah contohnya. Satu-satunya cara yang boleh dilakukan untuk menyekat mimpi ngeri ini dari terus menghantui manusia adalah dengan melancarkan peperangan ideologi untuk menentang ideologi-ideologi atheis seperti komunisme. Penghapusan asas-asas ideologi komunis adalan langkah pertama untuk menamatkan penindasan komunis di muka bumi.
Seperti yang telah ditegaskan di awal bab buku ini, asas kepada komunisme ialah Darwinisme. Karl Marx, iaitu pengasas komunisme telah mendedikasikan bukunya Das Kapital kepada Darwin, iaitu seorang tokoh yang amat beliau sanjungi. Di dalam bukunya yang bertajuk Ever Since Darwin, seorang saintis pro-Marxis-evolusinis yang terkenal telah menulis:
...Marx dan Darwin adalah secocok, dan Marx memuja Darwin setinggi-tingginya... Darwin sesungguhnya seorang pejuang revolusi yang berhemah.22
Pemimpin komunis China, Mao telah berkata menerusi satu ucapannya, "Sosialisme China dibina dengan berasaskan Darwin dan teori evolusi," maka dengan itu jelaslah dari mana beliau mendapat inspirasi terhadap kekejaman yang dilakukannya.23
Himpunan kenyataan ini yang telah mendedahkan asal-usul Marxisme dengan jelas memberitahu kita bahawa Darwinisme merupakan ideologi yang berselindung di sebalik praktis-praktis kejam yang dilaksanakan beberapa tahun dahulu di negara-negara seperti Rusia dan China, dan yang mana sehingga kini ia masih dilakukan terhadap orang-orang Chechen dan umat Islam di Turkestan Timur. (Untuk mengetahui lebih lanjut tentang saintifik Darwinisme dan kejatuhan ideologinya, rujuk bahagian apendiks tentang penipuan evolusi.)
Sumber: Harun Yahya
Subscribe to:
Posts (Atom)