Mereka
yang cinta Allah , akan cinta negara, akan cinta negeri, akan cinta
bangsa, akan cinta budaya sendiri, itulah kata-kata seorang ahli sufi
yang saya kenali. Generasi kini semakin melupakan sejarah bangsa, pada
mereka adat hanyalah satu pertunjukan kebudayaan. Untuk menarik minat
generasi muda khususnya para pelajar kepada sejarah, kita perlu beri
kesedaran kepada mereka bahawa kita mempunyai teknologi yang lebih hebat
dari Eropah sebelum kejatuhan Melaka.
Orang
Minangkabau mendirikan kerajaan Rembau bersama orang Asli dari Suku
Jakun yang begitu digeruni Portugis. Orang Minangkabau membawa bersama
senapang yang dipanggil matchlock, meriam serta keris yang hebat yang
diberi nama Guloh Rembau.
Tapi malang , tiada kajian, penemuan sehingga saat ini, bagaimana rupa bentuk senapang ini.
Semoga ada usaha kajian dilakukan untuk menjejaki kembali teknologi anak tempatan yang amat hebat satu ketika dulu.
"Terdapat
seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali
sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan
seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada
kaca.
Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang
itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu.
Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing
itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.
Untuk
memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang
atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah
yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk
mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian
makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.
Adakah
penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing
itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk
membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia
menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam
balang itu?
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.
Apa
yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat
mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang
boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak
kucing itu!
Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini
dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini
menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi
yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang
dalam sanubari manusia itu sendiri.