Thursday, November 29, 2012

Friday, November 9, 2012

Journal Sosiohumanika

Tinjauan Faktor-faktor Pendorong Kejayaan Kerjaya Ahli Akademik: Konteks Universiti Penyelidikan di Malaysia

Author: Al-Mansor Abu Said & Roziah Mohd Rasdi | Vol 5 No 2 November 2012

Abstract

  
IKHTISAR: Kajian ini telah meninjau teori-teori kejayaan kerjaya seperti Teori Sosial Kognitif Kerjaya (TSKK), Model Lanjutan TSKK, Model Perilaku Proaktif, dan Model Bersepadu Kejayaan Kerjaya. Berdasarkan teori-teori tersebut, kajian literatur ini telah meramalkan beberapa faktor individu (seperti modal insan, personaliti individu, dan modal sosial) serta faktor kontekstual (seperti sokongan organisasi dan kesesuaian individu-persekitaran) dalam mempengaruhi kejayaan kerjaya ahli akademik. Di samping itu, kajian ini juga menerangkan tentang pengaruh perilaku proaktif seseorang individu dalam mencetuskan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti pengurusan strategi melancarkan kejayaan kerjaya. Kajian ini mempercayai bahawa kesemua teori dan model yang dikemukakan dapat menerangkan fenomena kejayaan kerjaya individu ahli akademik. Model-model tersebut telah dibangunkan serta boleh diaplikasikan pada pelbagai golongan, sama ada individu pelajar atau pekerja. Ini membuktikan bahawa model-model tersebut juga turut sesuai digunakan dalam kalangan ahli akademik di Universiti Penyelidikan di Malaysia.
KATA KUNCI: Kerjaya, kejayaan kerjaya, ahli akademik, teori bersepadu, dan universiti penyelidikan di Malaysia.
 
ABSTRACT: This study has reviewed the theories of career success such as Social Cognitive Career Theory (SCCT), Advanced Model of SCCT, Model of Proactice Behavior, and  Integrated Model of Career Success. Based on the theories, this study has predicted several individual factors (such as human capital, individual personality, and social capital) and contextual factors (such as organisational support and individual-environment fit) in influencing the academic career success. In addition, this study describes the influence of individual proactive behavior in creating their involvement in management activities and strategies to launch successful careers. This study argued that the theories and models presented can explain the phenomenon of academic career success. These models have been developed and can be applied to various groups of either individual students or employees. This indicates that the models are also suitable for use in academia in Research Universities in Malaysia.
KEY WORD: Career, career success, academics, integrated theory, and research universities in Malaysia.
 
About the Authors:
Al-Mansor Abu Said, M.Sc. ialah Pelajar Ph.D. di Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM (Universiti Putra Malaysia), Serdang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia; dan Dr. Roziah Mohd Rasdi ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pemajuan Professional dan Pendidikan Lanjutan, Fakulti Pengajian Pendidikan UPM. Bagi urusan sebarang akademik, penulis dapat dihubungi dengan alamat e-mail: almansor.abu.said@mmu.edu.my
Please click here to see the full text in PDF.