Sunday, December 30, 2012
Monday, December 24, 2012
Siapa Aminuddin Baki
Aminuddin Baki dilahirkan pada 6 Januari 1926 di sebuah kampung dalam daerah kecil Chemor di Perak. Beliau menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Chemor dari tahun 1932 hingga 1936. Selepas lulus peperiksaan darjah lima beliau meneruskan pelajarannya di Sekolah Anderson, Ipoh. Sekolah tersebut merupakan sekolah Inggeris terbaik dan mempunyai guru yang baik dan berpengalaman. Aminuddin belajar di sekolah tersebut dari tahun 1936 hingga 1941. Sekitar tahun 1945 hingga 1946 beliau mula menunjukkan minat dengan persatuan pelajar. Beliau sangat kagum dengan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu yang ditubuhkan pada 20 November 1945 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada ketika itu hanya mempunyai 11 orang ahli. Persatuan ini kemudiannya menjadi Kesatuan Kesuratan Penuntut-penuntut Melayu yang ditubuhkan pada 11 Februari 1946. Kesatuan ini telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi menyatukan semua persatuan pelajar di negara ini dan Aminuddin telah dilantik sebagai setiausaha. Pada masa yang sama beliau telah menubuhkan Persatuan Pelajar di Perak yang dikenali sebagai Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf (PERMI) pada bulan April 1946. Namun begitu penglibatannya hanya sementara kerana pada bulan Oktober 1947 beliau diterima sebagai pelajar di Raffles College, sebuah kolej termasyhur.
Pada masa ini UMNO telah ditubuhkan bagi
menentang penubuhan Malayan Union. Dalam masa yang sama
pemimpin-pemimpin persatuan pelajar digalakkan berusaha ke arah
pencapaian matlamat mereka. Oleh kerana itu, Aminuddin dan pemimpin
pelajar lain mengambil keputusan untuk menubuhkan persatuan yang lebih
kuat. Tujuh persatuan telah bersidang selama dua hari di Jalan Tambun,
Ipoh. Hasil daripada persidangan itu terbentuklah Gabungan
Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada 15 Ogos 1948. Walau
bagaimanapun pada tahun 1949 Aminuddin terpaksa berhenti bergiat aktif
dalam persatuan pelajar kerana ditawarkan ke Universiti Malaya,
Singapura. Pada ketika itu beliau hanya mengikuti perkembangan persatuan
dari jauh sahaja. Semasa di universiti beliau berminat mengajar dan
untuk menimba pengalaman beliau telah mendaftar sebagai guru sambilan di
Anglo-Malay Evening School. Beliau telah mengajar di sekolah itu dari
tahun 1949 hingga 1951. Dalam tahun 1950, beliau bergiat aktif dalam
GPMS dan dilantik sebagai Yang Dipertua persatuan. Dalam tahun yang sama
beliau telah lulus peperiksaan Sarjana Sastera dan pada tahun
berikutnya, lulus Ijazah Kepujian Sarjana Sastera.
Selepas menamatkan pelajarannya, beliau
kembali ke Perak dan menjadi guru di Sekolah Inggeris Sultan Yusuf di
Batu Gajah. Pada tahun 1951 hingga Julai, 1952, beliau telah berkhidmat
di Sekolah Anderson. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalam bidang
pendidikan di Institut Pendidikan, Universiti London dengan Biasiswa
Queen. Beliau meninggalkan Pulau Pinang dengan menaiki kapal SS Canton
pada 12 Julai 1952. Aminuddin menamatkan pengajiannya pada bulan Julai
1953 dengan mendapat Ijazah Master of Methods dalam bidang pendidikan.
Selepas pulang ke tanahair beliau ditawarkan jawatan Pensyarah di Maktab
Perguruan Sultan Idris di Tanjung Malim. Sumbangan besarnya kepada
pelajar dengan memperkenalkan Sejarah Islam tetapi tidak termasuk dalam
sukatan pelajaran. Pada bulan September 1955 Aminuddin terlibat dalam
menyediakan Laporan Pendidikan Razak dan pada tahun 1960 pula beliau
dipilih sebagai ahli jawatankuasa penasihat dalam menyiapkan Laporan
Rahman.
Pada usia 36 tahun beliau telah dilantik
menjadi Ketua Pegawai Pendidikan Selangor. Pada masa yang sama beliau
aktif dalam persatuan dan pertubuhan lain seperti Senat Universiti
Malaya, Persatuan Al-Rahman, Persatuan Sejarah Tanah Melayu dan Dewan
Bahasa dan Pustaka. Dengan usaha beliau juga peperiksaan Sijil Rendah
Pelajaran (SRP), Sijil .Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi
Pelajaran Malaysia (STPM) diwujudkan. Beliau telah menubuhkan Lembaga
Peperiksaan pada tahun 1963. Aminuddin Baki meninggal dunia pada 24
Disember 1965 kerana diserang penyakit jantung selepas menunaikan
sembahyang. Pada ketika itu memegang jawatan Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia.
by Kulanzsalleh
Jika anda dapati artikel ini bermanfaat, anda boleh kongsikan kepada pembaca lain.
Labels:
Bahasa Melayu,
Sejarah
Friday, December 21, 2012
Kusangka aur di pinggir tebing
Kusangka aur di pinggir tebing
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
Kiranya tebu di pinggir bibir
Kusangka jujur pancaran batin
Rupanya palsu penghias zahir
Kukira hati jiwa nurani
Suci seindah wajah terbayang
Kukira puji seikhlas budi
Kulupa lidah tidak bertulang
Di manis gula semut binasa
Kail berduri bersalut umpan
Di manis kata insan terlena
Kerana budi hamba terkorban
Inikah dia lakunan hidup
Di pentas dunia insan berpura
Tipu dan daya pencapai maksud
Budi dan harta merangkum noda
Monday, December 17, 2012
Asalnya wang kertas hanyalah resit simpanan syiling emas
Syiling emas 10 dollar : 1834
Proses pertama: Sijil dikeluarkan sebagai bukti kamu menyimpan syiling emas
Proses kedua : Tiada lagi tertulis simpanan syiling emas pada kertas.
Proses ketiga : Mereka ( Federal Reserve ) menyimpan semua emas.
Proses keempat : Kita hanya mendapat kertas !
Dengan
wang ini mereka berbelanja, membiayai peperangan di Iraq, Afghanistan,
membantu Israel. Wang ini sebenarnya tidak ada nilai ( no intrinsic
value ) tetapi kerana manusia percaya, ia menjadi bernilai. Kenapa ?
Kerana kejahilan umat Islam sendiri mengenal matawang mereka.
Bank mewujudkan wang melalui rizab berkanun dan meminjamkannya kepada pelanggan dengan interest.
Pelanggan membeli tanah, rumah ,mesin dll. Aset berpindah tangan tetapi
jumlah wang yang ada dalam ekonomi bertambah. Perpindahan harta berlaku
melalui inflasi.
Implikasinya :
Barangan semakin naik.
Kawalan harga keatas barangan tertentu.
Harga bagi aset – aset semakin naik kerana menyerap jumlah wang yang bertambah.

Muflis atau bankrup
Kita patut dengar apa yang diucapkan oleh Tun Dr. Mahathir tentang kejatuhan sistem ekonomi barat.
Tidak
seperti duit kertas emas tetap mempunyai nilai dimana-mana dalam dunia.
Dinar Emas dicadang hanya untuk menyelesaikan bayaran dagangan
antarabangsa. Apakah ada cukup emas dalam dunia untuk dijadikan wang antrabangsa? Sudah tentu tidak. Tetapi
kita tidak perlu bayar dengan dinar emas sepenuhnya. Memadai jika kita
bayar cuma lebihan antara import-eksport antara dua buah negara.
Sebagai contoh, Jika
sebuah negara mengeksport 100 juta Dinar kepada sebuah negara lain dan
negara itu pula mengeksport kepada negara pertama barangan atau khidmat
yang bernilai 110 juta Dinar, maka bayaran yang harus dibuat oleh Bank
Negara negara yang pertama hanyalah 10 juta Dinar emas. Jika tidak ada
Dinar Emas yang mencukupi maka bayaran boleh dibuat kemudian dengan
eksport bernilai 10 juta Dinar.
Sistem ini boleh diterima oleh masyarakat dunia satu ketika dulu yang
sebenarnya perosak sistem masyarakat yang makmur. Yahudi Zionis sangat
pintar!!
Rujukan:dirham2dinar.com
Labels:
ekonomi
Majalah Ahkam Johor: Johor dan Kerajaan Uthmaniyah
Johor diperintah menggunakan Sistem Khalifah, bukan sistem "British" seperti yg di gambarkan buku teks..
Bendera Khalifah Othmaniah
Bendera Khalifah Johor (bendera sultan)
Ramai yangg tidak mengetahuiakan kewujudan Majallah Al Ahkam Johor, dari tahun 1893 sehingga tahun 1914.. sets of written law, yang berlandaskan hukum Syariah seperti Majallah Al Ahkam Al Adliyah, yang digunakan Khalifah Othmaniah Turki...
Salinan "Majallah Al Ahkam Johor" terdapat di Library Petaling Jaya and National Library KL..
Raja Ali Kelana of Johor
Kaitan Johor dgn Khalifah Turki

Ramai yang tidak mengetahui kewujudan Majallah Al Ahkam Johor, dari tahun 1893 sehingga tahun 1914.. sets of written law, yang berlandaskan hukum Syariah seperti Majallah Al Ahkam Al Adliyah, yang digunakan Khalifah Othmaniah Turki...
- Sultan Albert Baker pernah melawat Khalifah pada tahun 1866, 1879 dan 1893
- Khalifah menghadiahkan 2 orang wanita Turki kepada Sultan Johor = Khadijah Hanim dan Ruqayyah Hanim.. dan dikahwinkan dgn Sultan Albert Baker dan Sultan Ibrahim utk menyambungkan Nasab keturunan mereka setaraf dengan Khalifah Turki
- 1894, Kapal Perang Attughrul dari Turki mendarat di Istana Besar
- Seruan dan doa utk Raja2 pertama kali dignakan apda tahun 1895 mengikut adat dan amalan Khalifah Turki = seterusnya ditiru oleh negeri lain sehingga kini
- 1904 - Pegawai Khalifah Uthmaniah diberikan bintang kebesara kerajaan Johor
- Raja Ali Kelana dari Riau di lantik menjadi Sheikh Al Islam, satu jawatan yg lebih tinggi dari Mufti Kerajaan seperti yang digunakan oleh Khalifah Turki = beliau Meninggal dunia di Johor Bahru pada tahun 1927
- Raja Ali Kelana dihantar ke Turki untuk mendalami undang2 mualamalat dan shariah pada tahun 1883, 1895, 1899 dan 1913
- Syed Hasan dan Syed Abu Bakar Al Attas dan 4 orang pegawai kerajaan dihantar menghadiri persidangan khalifah 1926 sebagai wakil Sultan Johor
- Penubuhan sekolah agama kerajaan Johor diguna pakai dari Maktab Uthmani di Turki
- Kitab2 rujukan mcm Muttaal Badrain yg digunakan oleh sekolah agama Johor adalah ditranslate dari syllibus Maktab Uthmani Turki
Ini adalah lambang darjah kebesaran Khalifah Othmaniah yg digunakan oleh turki..
Lihat persamaan dgn yang ni :
Darjah kebesaran Johor
Kaitan "Sultan"
- Kite diwar-warkan yang Sultan Ibrahim diberikan gelaran "Sultan" oleh Queen Victoria... fikir semula ; seorang wanita kristian memberi gelaran 'sultan' kepada raja islam??
wrong... British cube memusingkan Fakta disini ;- kerana... Anugerah gelaran "Sultan" adalah pemberian Khalifah Uthmaniah semasa lawatan baginda ke Turki pada tahun 1866..
Lihat sejarah :
- Dalam Buku "Hikayat Hang Tuah".. Sultan Melaka.. Muzaffar Shah ade menghantar Hang Tuah ke Turki untuk mendapat 'recognition' dari Khalifah utk memakai title SULTAN..
- Sama juga seperti Pasai dan Sultan Acheh Iskandar Alam = semua mengadap Khalifah utk mendapat 'recognition' memakai gelaran Sultan.. Johor pun buat mcm tu pada tahun 1866..
Ahkam Shariah Johor
We knew that Johor become successfully independent sejak tahun 1855.. tapi.. ape sistem kehakiman yang digunakan??? British?? tak mungkin, sebab.. british cume datang pada tahun 1914..
That is the clue.. Undang2 Adat dan Shariah Majallah Ahkam Johor..
Semasa Undang2 shariah ini dijalankan - semua Peguam, persuruhjaya Polis, pegawai dan kakitangannya terdiri daripada Ulamak dan orang Islam SAHAJA.. sebab tu, ramai Melayu yang kerja dgn kerajaan zaman tu di Johor..
Dalam Hikayat Johor.. Hakim2 dan Kadi2 diberi kuasa menghukum pegawai kerajaan yg tak sembahyang Jumaat.. begitu jugak yang berjudi dan minum arak di Kasino Wong Ah Fook.. yg diberi kuasa utk melapurkan kepada Kadi2 jika terdapat orang islam dalam premisnya berjudi dan minum arak..
Undang2 Tubuh Negeri Johor
Undang2 negeri ini di sedia kan oleh Rodyk & Davidson.. firma guaman British yg berkerja dgn Sultan Johor. The funny thing is.. firma guaman ini menggunakan set undang2 yang digunakan oleh Kesultanan Lama Riau dan Acheh.. dalam buku Thammarat Al Muhimmah..
Dengan tertubuhnya undang2 ini pada tahun 1895.. secara rasmi Agama Islam menjadi agama negeri.. DAN... undang2 ini TIDAK BOLEH DIGUBAL, DIUBAH, DIPINDA, DIHAPUSKAN selagi ade bulan dan bintang..
Now...
- British source tak pernah sentuh sikit pun pasal hubungan Khalifah Turki dgn Kerajaan Johor..
- Undang2 Malaysia, di guna pakai cara Inggeris kerana 'anggapan' bahawa tiada undang2 yang diguna pakai sebelum Merdeka kecuali undang2 adat... so, klu ade orang expose yg ade undang2 yg berjaya terlaksana dgn tatacara yang baik dan teratur.. tentu undang2 malaysia sekarang tidak seperti ini.. again, takde siape dalam cabinet Tun Abd. Rahman yg bercakap tentang fakta ini..
Menteri Pendidikan, cepat! tulis balik buku teks tu!

Thursday, December 13, 2012
Tuesday, December 11, 2012
Melukut Di Tepi Gantang
Labels:
Pengalaman,
Renungan
Wednesday, December 5, 2012
FBL Student Initiative Workshop
Labels:
Pengalaman
Sunday, December 2, 2012
Pendidikan aliran Cina halang perpaduan -Prof Dr Teo Kok Seong
Pendidikan aliran Cina di Malaysia, yang menjadi sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan, mempunyai warisan cemerlang yang sudah berusia dua abad. Ia sering dipuji kerana mutu pendidikannya yang tinggi. Ini hasil daripada pengurusan yang cekap serta pembabitan komuniti yang aktif. Kini terdapat 1,280 buah sekolah jenis kebangsaan Cina dan 60 buah sekolah persendirian Cina di seluruh negara.
Walau bagaimanapun, ia selalu dipersepikan sebagai antinasional pada julat yang paling ekstrem dan sebagai isu perkauman saja pada julat yang kurang ekstrem. Hal ini disebabkan, antaranya oleh perjuangan dan tuntutan sesetengah persatuan Cina. Antaranya adalah Dong Zong, iaitu Persatuan Pengurus Sekolah Cina Malaysia dan Jiao Zong, iaitu Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia. Perjuangan dan tuntutan dua persatuan ini sering didapati keterlaluan. Ini kerana mereka tidak mahu mengambil kira Malaysia sebagai masyarakat majmuk, dengan kaum Melayu selaku penduduk asal dan dominan. Sehubungan ini, dalam banyak tindakan mereka, resam di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung, sengaja dikesampingkan.
Usaha parti politik Cina, seperti MCA dan GERAKAN untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh sekolah Cina, seperti kesesakan pelajar dan kekurangan guru, bukan saja diperlekeh. Malah, ia ditolak sebagai tidak sesuai untuk pelestarian pendidikan aliran Cina di Malaysia oleh dua persatuan ini.
Akibat keadaan yang tidak mesra kepada bahasa Melayu ini, lepasan sekolah Cina rata-ratanya didapati bukan saja tidak cekap berbahasa Melayu. Tetapi lebih malang lagi mereka tidak mempunyai sikap integratif terhadap bahasa Melayu dan juga orang Melayu selaku penutur jatinya. Sehubungan ini, mereka didapati tidak mampu mempamerkan jati diri kebangsaan, khususnya dalam konteks kecekapan berbahasa Melayu.
Persepsi umum masyarakat Malaysia, khususnya daripada kaum Melayu dan juga sebilangan orang Cina sendiri, mengenai pendidikan aliran Cina adalah penghalang kepada perpaduan yang cuba dipupuk, melalui sistem pendidikan kebangsaan. Hal ini didapati benar apabila diteliti beberapa tuntutan dan syarat yang pernah dan sedang dihantar sebagai memorandum oleh dua persatuan ini kepada kerajaan.
Pertama ialah keengganan untuk menerima bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar untuk Malaysia Negaraku, mata pelajaran kerakyatan yang sepatutnya mula diajar pada 2011 melalui Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Ia yang hanya mengambil masa 30 minit seminggu dan ingin disampaikan dalam bahasa Melayu, sebagai lambang negara, untuk membentuk jati diri kebangsaan dalam kalangan golongan muda kita, ditolak atas pelbagai alasan yang tidak munasabah.
Kedua ialah syarat penempatan guru. Semua guru yang berkhidmat di sekolah jenis kebangsaan Cina, dikehendaki memiliki kepujian dalam bahasa Mandarin pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia, walaupun sesetengahnya tidak pun mengajar mata pelajaran yang menggunakan bahasa itu. Dengan pelaksanaan syarat ini, boleh dikatakan semua guru di sekolah Cina, akan terdiri daripada kaum Cina saja. Peraturan begini sudah tentu boleh menjejaskan pemupukan perpaduan di sekolah.
Guru hanya kaum Cina
Ketiga ialah keengganan menambah masa pendidikan bahasa Melayu untuk kedua-dua tahap satu dan dua, serta menyelaraskan sukatan pelajaran bahasa Melayu untuk tahap dua agar sama dengan yang digunakan di sekolah kebangsaan. Tujuannya adalah untuk mempertingkat pengetahuan dan penguasaan pelajar Cina agar menjadi lebih baik lagi.
Sesungguhnya tiga tindakan ini boleh ditafsirkan sebagai perbuatan keterlaluan untuk melindungi bahasa Mandarin selaku bahasa etnik Cina. Malang sekali, ia dilakukan dengan mengetepikan bahasa Melayu, yakni bahasa negara yang diberi peranan untuk menyatukan rakyat dan membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda.

Oleh sebab keengganan kaum Cina untuk ikut membantu memupuk perpaduan dan membentuk jati diri, melalui bahasa Melayu, tujuan murni kerajaan untuk membina negara bangsa yang bersatu padu dan rakyat yang berjaya mempamerkan jati diri kebangsaan dengan menggunakan lambang dan proses sosiobudaya Melayu, tidak kesampaian.
Sesungguhnya, bahasa Melayu mampu menyatupadukan rakyat kita yang berbilang kaum, serta mampu membentuk jati diri kebangsaan yang utuh dalam kalangan kita semua. Hanya kita sendiri yang menghalangnya atas kejahilan bahawa pengetahuan dan penguasaan bahasa Melayu yang lebih baik itu, boleh menggugat etnisiti tertentu.
Penulis Profesor Linguistik di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Subscribe to:
Posts (Atom)