Sunday, October 31, 2010

Bendera Merah Puteh

"Orang Malay maling (Pencuri)! Bendera pun dijiplak (ditiru) dari bendera Amerika Serikat" Itulah kecaman yang penulis terima semasa sedang berbicara dengan seorang rakyat Indonesia di laman maya. Hal Bendera pun boleh kecoh"

Maka balas forumer dari Malaysia "Cuba lihat bendera Indonesia, sama sahaja dengan bendera Monako (Monaco) tanpa ubahsuai langsung. Ataupun terbalikkan bendera Poland untuk menjadi Sang Saka Merah Putih (nama bendera Indonesia)" Lihat sahaja bendera Belanda (Holand), koyakkan sahaja bahagian bawah yang bewarna biru sudah menjadi bendera Indonesia. Ada riwayat mengatakan semasa perang kemerdekaan, Sukarno hanya mengoyakkan bahagian bawah bendera Belanda untuk dijadikan bendera Indonesia".

Ramai forumer sama ada dari Indonesia mahupun Malaysia yang mengapi-apikan isu sensitif antara kedua negara ini sebenarnya adalah dari satu kaum/keturunan yang sama. Apakah kaum mereka & apa tujuan mereka mengadu domba dua bangsa serumpun ini? Pembaca teka & carilah sendiri. Berhati-hatilah semasa membaca thread yang cuba mengapi-apikan hubungan Malaysia-Indonesia ini.

Sejarah Merah Putih

Bangsa Indonesia menggunapakai warna Merah-Putih kerana warna tersebut digunapakai oleh sebuah Kerajaan yang sangat dibanggakan oleh mereka iaitu Kerajaan Majapahit (Memandangkan lebih satu pertiga rakyat Indonesia dari etnik Jawa). Namun begitu, sewaktu zaman pra kemerdekaan dahulu, pengaruh bendera Merah-Putih ini juga sebenarnya sudah tersebar ke kawasan yang di bawah pengaruh British dan Thailand.





Penulis pernah terbaca dalam sebuah buku tulisan Lee Kuan Yew (The Singapore Story jika tidak silap) bahawa beliau terpaksa tunduk kepada kemahuan masyarakat Melayu di pulau tersebut yang mahukan warna Merah-Putih sebagai lambang Bangsa Melayu dan Bulan sabit dan Bintang sebagai lambang agama Islam diletakkan pada Bendera Singapura.





Salah sebuah kumpulan yang memperjuangkan kemerdekaan dan penubuhan sebuah Republik Islam Patani yang diketuai oleh Haji Sulong juga turut mengabadikan warna Merah-Putih pada bendera mereka dengan ditambah dengan warna hijau dan Bulan Sabit dan Bintang sebagai lambang agama Islam pada bendera mereka.





Begitu juga dengan dengan "Bendera Rakyat" yang digunapakai oleh kumpulan berhaluan kiri Putera-AMCJA semasa zaman pra-kemerdekaan negara kita dahulu. Bendera ini berwarna Merah-Putih dan disertakan dengan 12 buah bintang berwarna kuning yang melambangkan 11 buah negeri semenanjung bersama-sama Singapura.





Seperkara lagi yang menarik, warna Merah-Putih juga diabadikan pada bendera-bendera parti politik yang ditunjangi oleh kaum Pribumi/Bumiputera di negara kita iaitu UMNO, PAS, PBB dan USNO (kini tidak lagi wujud).



Bendera Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang bergelar "Sang Saka Bangsa" turut diletakkan Keris sebagai lambang Bangsa Melayu



Salah satu bendera yang pernah digunakan oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Kini PAS lebih banyak menggunapakai bendera Hijau berlambangkan bulan putih sebagai bendera rasmi mereka.



Bendera Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Sarawak. PBB merupakan gabungan Parti Pesaka milik kaum Dayak dengan Parti Bumiputera yang ditunjangi oleh kaum Melayu-Melanau Islam.



Bendera Merah-Putih yang terdapat pada lambang United Sabah National Organisation (USNO), sebuah parti politik di Sabah yang kini tidak lagi aktif.

sumber:http://ibnurusydi.blogspot.com/

Friday, October 29, 2010

Wajib Lulus Sejarah: Apa kata Profesor Khoo Kay Kim

Ahli Sejarah, Profesor Emeritus Khoo Kay Kim hari ini menyifatkan pengumuman Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini untuk memertabatkan mata pelajaran Sejarah dalam sistem pendidikan negara amat wajar.Namun begitu, beliau tidak menolak keraguan sesetengah pihak yang mendakwa langkah ini diambil bertujuan menyelamatkan kepentingan politik parti pemerintah dan bukanlah semata-mata demi kepentingan sejarah itu sendiri.

Keraguan ini memang mempunyai asasnya jika dilihat kembali terhadap usaha-usaha yang telah dijalankan oleh ahli-ahli akademik khasnya untuk memertabatkan Sejarah yang selama ini dilihat sepi oleh kerajaan.

Hanya setelah kedudukan politik parti pemerintah ini dalam kedudukan genting, barulah kepentingan Sejarah dibangkitkan mereka.

Berbanding dengan usaha yang telah lama dijalankan oleh ahli akademik yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan peribadi.

"Kami, para akademik memang telah lama mengharap dan kemukakan usul agar Sejarah dijadikan salah satu mata pelajaran utama dalam sistem pendidikan negara ini.

"Tetapi nampaknya ia hanya boleh terlaksana apabila ada perwakilan Umno yang menyuarakannya dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini," demikian luahan Profesor Khoo ketika dihubungi FMT hari ini.

"Ahli politik bukanlah orangnya yang patut membuat keputusan tentang Sejarah dan dasar-dasar dalam sistem pendidikan negara.

"Perkara ini harus diputuskan oleh ahli-ahli akademik yang telah membuat penyelidikan begitu lama tentang sesuatu dasar yang ingin dilaksanakan dalam sistem pendidikan negara.

Ahli sejarah tulen

"Dalam konteks melibatkan Sejarah, keputusan harus melibatkan ahli sejarah yang tulen, yang tidak boleh dipengaruhi oleh agenda mana-mana parti politik," kata beliau lagi.

Menurut beliau lagi, matlamat untuk memperkasakan mata pelajaran Sejarah hanya boleh terlaksana jika pihak-pihak terbabit jujur untuk melaksanakannya dengan mengambil kira beberapa syarat.

"Guru-guru yang mengajar subjek Sejarah haruslah diberikan latihan semula. Mesti guru yang benar-benar memahami Sejarah, Undang-undang dan Perlembagaan Negara. Mereka haruslah memahami bagaimana negara ini ditubuhkan.

Beliau turut memberikan syarat sukatan mata pelajaran Sejarah dan buku teks Sejarah perlu dikaji dan ditulis semula.

"Penulis buku teks Sejarah haruslah di kalangan ahli sejarah yang benar-benar membuat penyelidikan tentang sesuatu Sejarah.

Bukannya menulis dengan jalan mudah, sekadar mengutip fakta dimana-mana buku, internet dan sebagainya," kata beliau lagi.

"Tindakan ‘menghitamkan’ dan ‘memutihkan’ sesuatu bahagian Sejarah adalah tindakan yang dibuat oleh bukan ahli sejarah tulen".

Sebelum ini, ketika menggulung perbahasan oleh Muhyiddin dalam Perhimpunan Agung Umno baru-baru ini, beliau mengumumkan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus sebagai syarat lulus dalam peperiksaan SPM.

Monday, October 25, 2010

UNIVERSITI

UNIVERSITI sinonim dengan pembangunan modal insan. Justeru, hampir setiap kali Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyebut mengenai agenda nasional bagi merealisasikan matlamat Malaysia sebagai sebuah negara maju berpendapatan tinggi, maka universiti menjadi keutamaan. Ini bersesuaian dengan peranan universiti iaitu pengajian tinggi yang mempunyai kaitan langsung dengan pemikiran masyarakat, model ekonomi dan kemahiran tinggi dalam segala bidang.

Ketika berucap pada Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kesebelas (Mappa XI) Selasa lalu, Najib menggunakan istilah ‘murabbi’ yakni tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dan bermotivasi merujuk kepada pensyarah universiti. Dalam konteks pendidikan, murabbi adalah guru berwawasan, berhemah tinggi, bijaksana, berpendidikan tinggi dan mempunyai kemahiran sesuai dengan keperluan zaman.

Murabbi juga adalah pendidik abadi dan insan berakhlak mulia menjadi teladan bukan saja kepada khalayak pelajarnya bahkan kepada seluruh lapisan masyarakat. Tugas murabbi dalam konteks universiti moden semakin luas dan mencabar. Tugas itu tidak lagi sekadar mendidik secara berkuliah dan tutorial, malah meliputi juga tugas kesarjanaan lebih menyeluruh seperti mengemudi wacana ilmiah, memacu penyelidikan, mengembang penulisan dan menjana harta intelek.

Pada Syarahan Anugerah Merdeka 9 Februari lalu di UTM Kampus Antarabangsa Kuala Lumpur, saya mengusulkan cadangan untuk mendorong mewujudkan ‘keghairahan’ ilmiah di kalangan warga akademia. Antara faktor pendorong itu ialah kemantapan misi ilmiah, sama ada menggunakan paradigma Max Weber (pengasas konsep universiti penyelidikan moden berfahaman utilitarian) atau Imam Shafie (sekadar contoh mewakili konsep pendidikan pemikiran idealis).

Dua pola ini penting untuk kita fahami bagi menjelaskan pelbagai aliran pemikiran mengenai pengajian tinggi. Memang sukar untuk seseorang pensyarah ketika ini hanya menumpu kepada sesuatu pola sepenuhnya. Dengan pelbagai keperluan dan petunjuk prestasi utama (KPI) dirangka peringkat Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan institusi, maka kedua-dua pola berkenaan perlu digabung-jalin.

Dengan peranan lebih mencabar sebagai murabbi, maka memang wajar saranan Najib supaya kerajaan mengkaji skim perkhidmatan pensyarah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan pensyarah institut perguruan. Dalam konteks ini, tumpuan tidak sepatutnya menjurus kepada aspek gaji dan skim perkhidmatan saja.

Saya tidak bersetuju jika hanya gaji diberi penekanan. Seseorang pensyarah yang cemerlang – begitu juga dalam semua kerjaya – tidak terlalu memikirkan soal imbuhan sepanjang berkhidmat. Hal ini lebih ketara bagi seseorang murabbi yang mementingkan keikhlasan, kejayaan hakiki dan kejujuran ilmiah. Mereka memilih sesuatu kerjaya disebabkan idealisme dan khidmat yang perlu disumbangkan.

Selain peningkatan gaji, tumpuan juga perlu diberikan kepada kemudahan dan prasarana yang membolehkan warga akademia memberi perkhidmatan terbaik. Ketika ini memang isu gaji mendapat perhatian kerana skim gaji pensyarah di Malaysia sudah tidak lagi setara dengan negara jiran, khususnya Singapura dan Brunei. Secara purata, profesor di Singapura, sebagai contoh, mendapat gaji sekurang-kurangnya tiga kali lebih tinggi berbanding IPTA Malaysia.

Selain itu, profesor turut ditawarkan pakej perkhidmatan merangkumi kemudahan geran penyelidikan, peralatan makmal, biaya, pembantu penyelidik dan bidang kepakaran yang perlu dimajukan. Hal ini bukan saja amalan di Singapura. Sejak kebelakangan ini, beberapa universiti awam di Indonesia dan Thailand juga berbuat demikian.

Sehubungan itu, KPT menubuhkan jawatankuasa khas mengkaji semula peranan, skim dan pengiktirafan ahli akademik. Secara kebetulan saya mengetuai jawatankuasa berkenaan. Antara lain, perbincangan banyak tertumpu kepada imbuhan kewangan kepada pensyarah universiti (awam dan swasta) agar setanding dengan kepakaran mereka dan setara dengan negara maju, atau sekurang-kurangnya jiran terdekat.

Memang kenyataan Najib untuk membenarkan skim profesor meningkat sehingga peringkat tertinggi Turus tanpa perlu memegang sebarang jawatan pentadbiran di IPTA mendapat sambutan hangat yang diharap menghangatkan juga iltizam dan menyegarkan lagi sumbangan akademia.

Namun, dalam keghairahan untuk mendapatkan skim gaji lebih menarik, kita jangan sekali-kali alpa bahawa tujuannya adalah untuk memastikan meritokrasi membudaya, sekali gus mengangkasa pengajian tinggi. Mediokriti atau budaya kecincaian adalah barah kepada tradisi ilmu. Pokok pangkalnya, sebagaimana kata Najib, kita mahukan IPTA di Malaysia menjadi paragon of excellence.

Prof Datuk Zaini Ujang ialah penulis buku Mengangkasa Pengajian Tingg (2008) dan Universiti, Kreativiti dan Inovasi (2009)

Wednesday, October 20, 2010

Barber Tak Wujud?

Ada Seorang Lelaki Pergi Ke Kedai Gunting Rambut Utk Menggunting Rambut Dan Janggutnya. Apabila Barber Itu Memulakan Tugasnya, Mereka Pun Berborak Dan Bercakap Mengenai Byk Perkara.Tapi Bila Mereka Mula Berbicara Mengenai Allah,Barber Itu Pun Berkata,

'' Saya Tak Percaya Allah Itu Wujud.''

''Kenapa Kamu Kata Begitu?'' Tanya Si Lelaki Tadi.

'' Cuba Kamu Keluar Di Tgh Jln Itu Dan Tunjukkan Pd Saya Bahawa Allah Itu Wujud. Kalau Betul Allah Wujud,Kenapa Ramai Sgt Org Sakit Kat Luar Tu?Kenapa Masih Ada Kanak2 Yg Terbiar? Kalau Betul Allah Wujud,Dah Tentu Tiada Kesakitan Dan Keperitan Hidup Dlm Dunia Ni. Saya X Dpt Bayangkan Allah Yg Maha Penyayang Boleh Membenarkan Semua Ini Berlaku''.

Si Lelaki Itu Pun Berfikir Sejenak. Tapi Dia Tidak Memberi Sebarang Jawapan Kerana Tidak Mahu Memulakan Pertengkaran. Selepas Barber Itu Menghabiskan Tugasnya, Si Lelaki Tadi Pun Pergi.

Selepas Beberapa Langkah,Si Lelaki Tadi Ternampak Seorg Lelaki Berambut Panjang,Selekeh,Kotor Dan Janggut Tidak Terurus. Si Lelaki Tadi Pun Berpatah Balik Dan Pergi Semula Ke Kedai Gunting Rambut Tadi Dan Berkata,

'' Kamu Tahu Tak Yg Sbnrnye Barber Jgk Tidak Wujud?''

''Kenapa Kamu Kata Mcm Tu? Sedangkan Saya Baru Saje Gunting Rambut Kamu Tadi''.Kata Barber.

''Tidak!'' Kata Si Lelaki Tadi.''Kalau Barber Wujud, Dah Tentu Tidak Ada Org Yg Berambut Panjang Tidak Terurus Dan Kotor Serta Janggut Yg Panjang Dan Kotor Mcm Lelaki Di Tepi Jalan Itu''.

''Ah!Barber Mmg Wujud! Lelaki Tu Jadi Mcm Tu Sbb Dia Tidak Dtg Pada Saya Utk Menggunting Rambutnye!''.Kata Barber.

''Tepat Sekali!''. Kata Si Lelaki Tadi.

''That's The Point!. Allah Jgk Wujud. Itulah Yg Terjadi(Keperitan&Penderit aan) Jika Manusia Tidak Mengingatinya Dan Kembali Padanya Utk Memohon Pertolongan.''

Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta BMW yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya.

Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan, ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta BMW tersebut melintasi kawasan tersebut; anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta BMW tersebut. Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri.

Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil, menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi. Kita selalu kasar... siapa kita ?

"Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru, mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut..

Anak kecil itu tunduk sedih, sayu dan memohon maaf ; "Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat, ia merayu. Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil".

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. "Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing di sebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya, ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya.

Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. Terima kasih, pakcik. Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat.

Tak dapat digambarkan dengan perkataan, Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.

Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta, BMW kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian.

Pengajaran
Allah tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, Panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

Tuesday, October 12, 2010

Para Syuhada Gaza Tersenyum.

Mereka berjihad untuk Allah,mereka perang untuk Allah,mereka mempertahankan umat Nabi Muhammad demi umat Islam dan Allah...Ganjaran nikmat yang tak
terhingga untuk mereka...

Alangkah agungnya sorang yang syahid. Di akhirat dia memperoleh kebesaran luar biasa. Dia tidak meninggalkan dunia ni kecuali dengan barisan yang mulia. Manusia menangis, sedangkan syahid tersenyum.

Kegembiraan melihat tempat tinggalnya di syurga mengukir senyum di bibir sang syahid, seperti yang kita lihat para Syuhada Gaza berikut ini.




Sunday, October 10, 2010

KELEBIHAN MEMBACA SURAH AL-IKHLAS

'Au zubillah himinashsyaitan nirrajim...bismilla hirrahmannirrahi m'

Tafsirannya:
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.


  1. Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan. Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu ahad. Allahussamad. Lamyalid walam yu-lad. Walam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.
  2. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.
  3. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
  4. Diriwayatkan oleh Iman Bukhari sabda Nabi Muhammad s.a.w: 'Barang siapa membaca Qul huwa'llahu ahad 100,000 kali maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi.
  5. Kusaksikan bahwa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka'. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua'llah ahad satu hatam yaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.
  6. Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).
  7. Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya Siapakah antara Kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangkamasa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat..
  8. Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
  9. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 juzuk kitab Al-Quran.
  10. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
  11. Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan.
  12. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.
  13. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
  14. Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a..s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.
  15. Siapa membaca surah Fatihah, al-ikhlas, al-falaq, dan an-annas setiap satu sebanyak 7 kali selepas solat jumaat, nescaya terpelihara dari perkara keji dan segala bala hinggalah ke jumaat yang berikiutnya.
  16. Jika dibaca 3 surah ini al-ikhlas, al-falaq and an-nass pagi dan petang nescaya tidak mengalami apa-apa kesusahan.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber: Blog Ayur3ngg4ni_blog


Tuesday, October 5, 2010

R E N U N G A N:


1) Dari bujang-kahwin No 1 ---- no.2 ----- DLL.

2) Dari pakai moto kap --- kancil-wira --- Honda ---- seterusnye..

3) Badminton ----- Golf ----

4) Rumah sewa---- rumah murah ---rumah teres --- banglow....

5) Technician ----supervisor ----- engineer --- manager...

6) Tv 14' --- 21' --- 29' ---- Home theather...

7) Sg Danga --- Tanjung Leman --- Langkawi ---- Hadnyai --- Bangkok ..

8) Dalam semua segi kita mau kan perubahan kearah yang lebih baik dan
glamour...

9) mancing kat parit /longkang ---- sungai --- kolam (bayar punye)----
laut dalam (sewa bot mewah)...... Kalong


.....
T E T A P I...



KITA JUGA LUPA....
SEMAKIN BANYAK KITA KECAPI KEJAYAAN, SEMAKIN HAMPIRLAH SAAT KEMATIAN
KITA....

DITAKUTI SEMAKIN BERJAYA, KITA SEMAKIN LUPA, SEMUA YANG KITA DAPAT
ADALAH
PEMBERIAN TUHAN...'ON LOAN'...

SETIAP KALI KITA BUAT ACTION PLAN ATAU BUAT REVISION, BERAPA BANYAKKAH
KITA MASUKKAN ITEM-ITEM YANG MEMBAWA KEARAH 'PERSEDIAAN
UNTUK MATI'


Umpamanya:


1) tak sembahyang ---- pastikan sembahyang-- -jadikan amalan.....

2) banyak maksiat ----- kurangkan ----- hapuskan...

3) Bangi ---- madinah ---- mekah---

4) sedekah RM1.00 ---- RM10.00 --- RM100.00/

5) sembahyang dirumah --- sembahyang di surau/masjid. ...

6) 5 jam sehari menonton TV ----- 3 jam TV & 2 jam majlis ILMU.....

7) 3 jam baca suratkabar/majalah /internet ----- 2 jam majalah/surat
khabar/internet & 1 jam membaca AL QURAN /selawat , zikir.

8) Apa-apa aktiviti yang hasilnya adalah untuk AKHIRAT.

Tetapi apa yang banyak berlaku pada ZAMAN AKHIR ini ialah PERSONAL
improvement banyak kepada ke arah KEDUNIAAN SEMATA. Perkara berkaitan
AKHIRAT slowly di ketepikan... . .


Contohnya:


Kalau dulu rajin dan tak tinggal 5 waktu, tetapi beransur-ansur. .......

Kalau dulu tak kenal DANGDUT/KARAOKE. .. bila tuhan beri kenaikan pangkat &

gaji lebih benda seperti ni dah jadi biasa... Macam macam lagi yang kita
pun sedia maklum dan tahu... malah berlaku dikalangan ahli keluarga kita,
jiran, rakan-rakan, DLL. Jadi samalah kita membuat BALANCE ACTION PLAN,
BALANCE OBJECTIVE & TARGET dan BALANCE IMPROVEMENT.

Tuhan beri semua makhluk didunia ini 24 jam sehari, tiadalah seorang pun
yang mendapat kurang atau lebih barang sesaat pun... Tuhan juga memberi
kita peluang untuk menggunakan masa yang ada untuk di manafaatkan. ..

dengan sebaik mungkin.. Tuhan hanya mahu kita beramal selama lebih
kurang 40~~50 tahun demi untuk mendapat balasan Syurga untuk selamanya...


......infiniti. ......


Semuga tuhan terus memberi kita petunjuk dan hidayah untuk kita berjaya
di dunia dan akhirat.
1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus ..

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut
kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi
dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak
misik..

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka
diseksa beserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat.'


Telah bersabda Rasullullah S.A.W:

'Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat
pada hari mereka keluar dari kuburnya:-

1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.'

Sekian untuk ingatan kita bersama.

Wassalam.


Dituduh Mencuri Buku, "Detektif Lim" Dibuang Keluarga


Farid Farid Amirul Hisham Abdullah menceritakan kisah sedih dibuang keluarga dan ditinggalkan kekasih gara-gara dituduh mencuri dua buah buku. Farid bagaimanapun bersyukur Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada pada 24 September lalu telah membebaskan atas tuduhan tersebut. Foto The Star oleh: SHAARI CHEMAT.
PETALING JAYA: Pelakon Gerak Khas, Farid Amirul Hisham Abdullah,44, atau lebih dikenali sebagai Detektif Lim dalam drama bersiri itu terpaksa bekerja sebagai pam atendan selepas dituduh mencuri dua buah pada Mac tahun lalu.
Farid berkata bukan sahaja trauma dengan kejadian berkenaan sebaliknya dia juga dibuang keluarga sementara kekasihnya turut meminta untuk memutuskan hubungan.
“Hidup saya selepas dituduh mencuri buku menyebabkan saya hilang pekerjaan. Watak saya dalam drama bersiri Gerak Khas terpaksa direhatkan. Saya hanya bekerja di sebuah stesen minyak di Alor Gajah, Melaka.
“Lebih sedih lagi ibu dan bapa juga menyisihkan saya manakala kekasih saya turut memutuskan hubungan,” katanya seperti dipetik akhbar Mingguan mStar keluaran Ahad.

Pada 24 September lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengetepikan hukuman dua bulan penjara dan denda RM2,000 yang dijatuhkan terhadap Farid bagi kesalahan mencuri dua buah buku di pusat beli-belah Mid Valley, Megamall, Kuala Lumpur.
Dia dibebaskan selepas mahkamah mendapati tiada bukti yang menunjukkan kedua-dua buah buku itu dicuri oleh tertuduh.
Jelas Farid, ketika menghadapi tekanan itu, dia juga sering disindir oleh orang ramai yang menuduhnya sebagai pencuri manakala syarikat-syarikat produksi pula takut untuk menawarnya berlakon sedangkan dia tidak digam oleh mana-mama stesen penyiaran termasuklah RTM.
“Begitu juga dengan drama Gerak Khas, Datuk Yusof Haslam terpaksa merehatkan saya atas arahan pihak polis di Bukit Aman.
“Pernah sekali saya terfikir, mungkin karier seni saya akan berakhir disebabkan kejadian yang berlaku ini sehingga membuatkan saya hilang pekerjaan dalam bidang seni.
“Saya ralat kerana kejadian ini juga memberi kesan kepada keluarga, majikan dan rakan-rakan saya,” katanya.
Ujian yang berlaku itu ujar Farid, menyebabkan dia hidup dalam kesusahan dan menghadapi kesempitan wang sehinggalah Datuk Yusof Haslam memintanya bekerja di belakang tabir sebagai penolong pengarah drama.
Katanya, selepas dua bulan bekerja di stesen minyak, akhirnya dia meletakan jawatan untuk meneruskan kerjayanya di belakang tabir bagi projek drama Roda-Roda Kuala Lumpur dan Aku Bukan Tomboy.
Bercerita bagaimana ibu dan bapa menyisihkannya, ujar Farid mereka amat kecewa dan malu dengan kejadian itu dan tidak menerimanya sebagai anak mereka.
“Emak dan ayah juga enggan bercakap dengan saya selama setengah tahun. Setiap kali saya telefon, mereka tak mahu jawab. Kadang-kala bila mereka terjawab panggilan, telefon akan diserahkan kepada adik beradik saya yang lain.
“Tapi itulah, air yang dicincang tidak akan putus. Lama kelamaan, mereka sudah boleh menerima hakikat dan tahu hal yang sebenar,” katanya.
Ujarnya dia mendapat pengajaran daripada kes yang berlaku dan nasihat Farid kepada para selebriti agar sentiasa peka dan sensitif apabila berada di mana-mana.
“Saya akui selalu mengambil buku yang banyak di kedai-kedai buku dan mencari sudut sesuai untuk membacanya. Tapi apabila kita berbuat seperti itu di sesetengah kedai buku pihak berkenaan akan pandang serong dan mula mengesyaki kita hendak mencuri.
“Keadaan ini mengajar saya menjadi lebih peka dengan keadaan sekeliling apatah lagi saya seorang artis.. Cukuplah sekali ini sahaja. Saya tak sanggup mengharunginya lagi,” katanya mengakhiri perbualan.

* Artikel ini dipetik dari Mingguan mStar yang diterbitkan setiap Ahad bersama Sunday Star, sekitar Lembah Kelang.

Monday, October 4, 2010

Kenangan di UTHM-Parit Raja Batu Pahat Johor

Kebanyakan gambar adalah suasana di perkarangan UTHM dan rumah sewa yang disewa bersama Irwan, Shamri dan Klairul























Saturday, October 2, 2010

Melawat Zoo





















Melawat Zoo Melaka. Lepaskan tension.

Gambar atas sekali, anak-anak aku.

Gambar kedua, Capybara "the world's largest rodent".

Gambar ketiga , itik air (boleh terbang macam burung.

Gambar ke4 dan ke5. Iguana.

Seterusnya, rasanya semua dah tahu nama haiwan tersebut.