Asyraf Wajdi, Pengerusi Mara, kongsi satu cerita yang agak menyedihkan. Ada seorang pelajar bijak gila – SPM dapat 9A, masa asasi pula capai CGPA 3.87. Tapi sayangnya, sebab hidup susah, dia terpaksa berhenti belajar dan masuk kerja kilang.
Cerita ni lagi menyentuh hati bila tahu dia bekas budak MRSM. Ayah dia tengah sakit, mak dia pulak hanya tolong bungkus nasi lemak. Jadi bila universiti emel bagitahu tak ada bantuan kewangan, pelajar ni buat keputusan sendiri untuk tak sambung ke kampus induk, sebaliknya terus kerja kilang untuk bantu keluarga.
Asyraf kata, dia dah minta bahagian Umno tolong keluarga ni dan dia sendiri nak jumpa pelajar tu, pujuk supaya sambung belajar.
Kabar baiknya, Mara dah bincang dengan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan dan setuju nak tawarkan tempat dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di British Malaysia Institute (BMI), UniKL – ikutlah prestasi akademik budak tu yang memang hebat.
Mara juga akan tawarkan pembiayaan belajar dan jamin laluan kerjaya yang lebih baik. Asyraf sempat pesan, hanya ilmu yang boleh ubah nasib hidup.

No comments:
Post a Comment