Monday, September 29, 2025

Isi Minyak Subsidi Sehari Sekali Je? πŸ˜…

 Isi Minyak Subsidi Sehari Sekali Je? πŸ˜…



Bayangkan macam ni, kau ada kereta yang tangki penuh 40 liter. Dengan penggunaan minyak dalam 15 km per liter, kau boleh jalan lebih kurang 600 km sekali isi penuh. Kalau ikut harga subsidi sekarang, RM 2.05 seliter, kos dia jadi lebih kurang RM 79.60. Okay lah kan?


Tapi... ada twist. πŸ‘€


Kalau kau dah habiskan 600 km tu dalam hari yang sama (contohnya long trip balik kampung), nak isi lagi RoN95 subsidi memang tak boleh dah. Kena bayar harga penuh RM 2.60 seliter. So bila isi balik penuh tangki 40 liter, terus kena cucuk RM 104.


Kalau campur total sehari tu, jadi RM 183.60. Lagi mahal sebenarnya berbanding kalau kau isi dua kali dengan harga subsidi penuh (80 liter x RM 2.05 = RM 164).


Moral of the story?

Siapa yang kaki travel jauh sehari, especially balik kampung beratus km, memang akan rasa perit sikit dengan sistem baru ni. Yang jalan dekat-dekat mungkin tak terasa sangat. Tapi dalam kira-kira, sekali sehari isi subsidi ni boleh buat pengguna terpaksa bayar lebih kalau perjalanan panjang.

No comments:

Post a Comment